January 28, 2013 · 7 Comments
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.
Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.
“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.
“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.
Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.
Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.
Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.
Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.
“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi.Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.
“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.
Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.
Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.
Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama’ Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.
By tengkudin
laaaaa… tak pi rupanya…hehehee.
selatan thailand yg dekat pun tuk guru tak berani pi, inikan plak tempat jauh yg lagi susah nak kawal keselamatan, lagi la tak berani.
tapi sudah tentu tak sehebat anugerah tuhan yg sebelumnya menyalak cakap “jika takut dgn risiko usah biacara pasal perjuangan” tetapi belum apa2 terus lari pi kedutaan turki bila konon dengar rumor nak ditembak.
Laaa…Rosmah pun GAZA boleh bagi PHD…kesian Hadi…agaknya sebab Allah dia lain dgn Allah Islam Palestin…orang Syirik dari parti PAS tak boleh masuk GAZA…Dr Rani tu pun geng Syirik ttp mungkin dsh taubat kot…Parasit lah katakan mcm Kalid Samad
Apa-apapun aku respect pd DS Najib nih kerana merupakan pemimpin melayu pertama pergi ke tempat yang berisiko tinggi dan menghulurkan bantuan.
Bukan macam pemimpin Pas Pis Pus tu, cakap saja berdegar-degar tapi…hamPAS!
Sah PAS memang HAMPAS….
alaa..itu je isunye..
alahaiii..cdey aku tgk korang ni. takde ke isu melibatkan rakyat ckit
tp takpe dah ramai org pas confim kluar pas lps ni sume masuk umno lps baca isu nie.. hehe. mai borang umno seploh. aku pon nak isi.
p/s: org umno mengalami sindrom kebodohan yg melampau. patut la che det kate xde yg cerdik yg masuk umno
Hehehehhahaahhihihihi…..dia nak pi laaa nanti..almaklom laaaa belum dapat lampu hijau dari LGE khalifah “umar abd aziz” depa tuhhh dan belom dapat ilham dari kapai singh.Opppp..nuat pun nak pi sama juga, tapi laaa nih dia takut….