MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Jualan Kereta Meningkat, Janji Anwar Tidak Dipercayai Rakyat

Sejak tahun 2011 diikuti sepanjang tahun 2012 para pemimpin pakatan pembangkang khususnya dari PKR agak rancak mencanang janji propaganda mereka untuk menurunkan harga kereta sekiranya PR menang dalam PRU 13 kelak.

Mereka menjanjikan dalam jangka sebulan selepas PR mengambil alih semua harga kereta akan diturunkan dan untuk itu pemimpin PKR meminta rakyat menangguhkan dulu sebarang niat untuk membeli kereta baru.

Gesaan itu diulang-ulang oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan turut dilagukan oleh orang kanannya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam setiap ceramah mereka.

Dilihat dari perspektif perkembangan ekonomi negara gesaan sedemikian boleh dikira sebagai satu sabotaj ekonomi kerana akan memberi impak negatif terhadap industri automatif negara sekiranya ia menjadi ikutan ramai rakyat jelata.

Namun mujurlah tidak ramai rakyat negara ini yang terpesona dengan janji manis sebegitu, kerana rata-rata khalayak umum semakin menyedari setiap butir kata yang keluar dari mulut bangkai Anwar dan kuncu-kuncunya tiada satu pun yang layak dipercayai.

Buktinya rekod jualan kenderaan bagi tahun 2012 telah mencatat rekod baru mencecah angka jualan 627,753 unit merangkumi 555,189 unit kenderaan penumpang dan 75,564 unit kenderaan komersial.

Ia merupakan kenaikan hampir 5% berbanding rekod jualan pada tahun 2011 yang mencatat angka jualan 600,123 unit dan jauh lebih baik berbanding rekod jualan tertinggi 605.156 unit kenderaan yang dijual pada tahun 2010.

Kali terakhir PKR khususnya Anwar Ibrahim menggesa khalayak memboikot pembelian kereta baru ialah pada 15 Disember 2012 sewaktu berceramah di Dungun, Terengganu.

Dalam ceramah yang dihadiri sekitar 8,000 orang itu (tapi PR isytihar 50,000 yang hadir di atas tanah lapang yang kecil sedikit daripada padang bolasepak), Anwar telah menyeru rakyat termasuk orang Terengganu menangguhkan dahulu hasrat membeli kereta baru kerana katanya PR akan menurunkan cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus apabila berjaya ke Putrajaya.

Alih-alih lain pula yang berlaku apabila rekod jualan sehingga akhir bulan Disember 2012 mencatatkan peningkatan mendadak dengan angka jualan 53,402 unit kenderaan yakni 26% lebih tinggi berbanding rekod jualan pada bulan Disember 2011.

Apa maknanya ini semua? Inilah petanda besar betapa rakyat semakin meragui kredibiliti Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya. Segala janji PR dibakul sampahkan saja oleh majoriti rakyat kerana sedar semuanya hanya retorik politik demi undi sahaja.

Kalau adapun segelintir yang teruja dan terpengaruh dengan janji retorik PR itu hanyalah dari kalangan barua dan balaci PR yang akalnya sejemput, bulat-bulat menelan tanpa fikir panjang segala kata-kata yang yang keluar dari mulut bangkai pemimpin mereka.

Namun demikian, disebalik gesaan Anwar dan PR sibuk menggesa rakyat memboikot pembelian kereta baru, dalam masa yang sama khalayak dapat melihat pula dengan jelas ramai pemimpin PR dan YB-YB PR sedang berseronok sakan dengan kenderaan baru yang serba mewah.

YB Zuraidah yang dikenali ramai sebagai Mak Lampir misalnya, kini sibuk bergaya dengan kemewahan Toyota Hilux & Mercedes Benz E240 yang baru dibeli pada tahun 2011 dan 2012. Sebelumnya sudah ada sebiji Hilux versi lama, agaknya nak tambah bergaya ditambah sebuah lagi versi baru bersama dengan Mercedes E240.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menyeru rakyat Kelantan menerima kemiskinan sebagai takdir pula kini kelihatan selesa dengan Toyota Vellfire baru yang harganya lebih dari suku juta ringgit.

Manakala Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin pula khabarnya sedang mencuba-cuba kehebatan Porsche Cayman yang harganya melebihi setengah juta ringgit. Kot kalau betul khabar ini, memang zuhud betul gaya hidup pemimpin PR.

Tatkala rakyat digesa memboikot pembelian kereta baru untuk keselesaan keluarga ke sana ke mari, pemimpin PR pula sibuk bergaya sakan dengan kereta baru yang serba mewah. Jadinya di sini sahaja kita dah nampak kenapa makin hari buah butir yang keluar dari mulut busuk pemimpin PR semakin dipandang sepi rakyat jelata.

Bila sudah begini, tak peliklah PRU 13 kelak ramai pemimpin PR termasuklan Anwar Ibrahim bakal menemui noktah untuk kerjaya politik mereka dek kerana bahana asyik bermain dengan pelbagai retorik janji dan temberang politik yang memualkan khalayak.


Posted by HackerXP on January 25th, 2013 :: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses to “Jualan Kereta Meningkat, Janji Anwar Tidak Dipercayai Rakyat”

  1. Moohyideeeeen
    January 25th, 2013

    Memanglah jualan meningkat, bukan semua org beli kereta sebab nak menunjuk, tapi kebyanakannnya satu keperluan.

    Ketahuilah kereta di Malaysia teramat mahalnya. Di sebabkan Cukai. Maka pendapatan benar (Income Disposal Rakyat Malaysia menjadi semakin kurang). Dgn sbb itu tahap keberhutangan isi rumah Malaysia adalah amat tinggi, iaity 76% yg sebahagian besarnya ialah pembayaran ansuran kereta dan rumah. Ini tidak sihat. Kita kena ubah. Jangann tengok data jualan yg tinggi shaja, tapi beban yg rakyat tanggung.

    Sebagai contoh, kerata Myvi harganya di sekitar RM50,000 (1.3) tapi kalau kat Europe, harga setara dgnnya ialah Pound Sterling 7,000, (RM34k dgn kadar tukar 4.8). Fresh Grad (Degree) di London berpendapatan di sekitar pound sterling 1,500, manakala Fresh grad di Malaysia di sekitar RM2,200. Bukankah dgn pendapatan pound 1,500, mereka jauh lebih mampu membeli Myvi di sana?? Ini menunjukkan ketidakmampuan kita. Manakala, mereka membayar ansuran selama 3-4 tahun, kita pula membayar selama 9 tahun. Kita kononnya mampu membeli kereta kerata kita strech kemampuan kita dgn membayar selama 9 tahun. ini menunjukkan kemampuan kita yg sebenar tidak boleh dilambangkan dgn jumlah jualan kereta.

  2. hoodymack
    January 25th, 2013

    moo pula dgn keter peugeot pulak…memang bertambah laaa jumlah nya

  3. tengkudin
    January 25th, 2013

    barang anuwar je yang naik..hehehe

  4. raplahjingaa
    January 25th, 2013

    Mooo…rakyaat di beri bermacam-macam pilihan…ada kereta yang murah ada kereta yang mahal…hang pilih jer laaa.
    buat apa hang saja nak pening kepala.

    Ntah berapa pulak harga myvi kat spore ???

  5. Anonymas
    January 25th, 2013

    Tengok-tengok, bila PR naik harga kereta sama jugak sebab manifesto bukan janji. PR memang, janji langit dan bumi tapi habuk pun takda.

    Alaaa DSAI buleh sewa jet, beli bas dua tingkat…turun harga kereta ke takde kena mengena dengan dia. Dia beli yg mahal jugak. Ass Min Ali beli Ferrari duit cash, takde masalah.

  6. syaa
    January 25th, 2013

    janji menipu,rakyat tidak akan percaya..rakyat tertipu..

  7. EVLee
    January 25th, 2013

    Adoss…harga kat negeri kebanggaan PR tu?
    - MYVi EZi(A) lebih kurang S$105k termasuk COE
    - harga petrol 95 lebih sikit dari $2/liter
    - sewa rumah biasa(HDB flat) dalam $2200 – $3000/bulan
    - masak sendiri(makanan asas) kat rumah utk 1 couple dlm S$400/bulan
    - makan kat luar utk 1 couple S$1000 – S$1200/bulan

    Belanja untuk kanak2, kesihatan …….Eihhh tosah teruskanlah…ngeri… Jadi sapa yg irihati kat sapa? S’pore>M’sia atau M’sia>S’pore?

  8. gambus
    January 26th, 2013

    sudah laa moo lembu , janji nak bagai pendidikan tadika percuma pun tak mampu nak bagi dan menipu lagi mau auta sana sini .. yang aku tahu pemimpin Pakatan DAPig semua makin kaya

  9. EVLee
    January 26th, 2013

    Oopppss…semua tu dalam Sing Dollars…ok?

  10. raplahjingaa
    January 26th, 2013

    hehe…mana mooooo sudah lari ???

  11. Oya
    January 26th, 2013

    Cuba Encik Lemboo kira plak kos petrol kat Europe… Perbandingan harga kereta dah cantik dah..kira sekali tuk petrol bole. Jangan menghilangkan diri plak mcm biasa yer Lembooo….hahahaah

  12. baba
    January 26th, 2013

    kenapa negeri pakatan tak bagi subsidi kepada rakyat di negeri mereka……cakap saja lebih.

  13. raplahjingaa
    January 26th, 2013

    Mooo kalau hang nak beli Myvi ezi kat spore…harganya lebih kurang RM 200,000 tolak campur.

    hang tak rasa bertuah ke duduk kat Malaysia ????

  14. anakbochek
    January 26th, 2013

    Compare apple to apple la bongok. Apa jadah compare Malaysia dengan UK. Compare la dengan Thailand atau Indonesia atau Singapore. Bila kita sebut harga kereta jangan tengok harga jualan saja bongok, tengok total cost of ownership. Total cost of ownership melibatkan harga kereta + interest rate + harga bahanapi + harga penyelenggaraan.

    Harga kereta di Malaysia mungkin mahal sedikit tetapi interest rate kita rendah compare dengan Indon dan Thailand ditambah pulak dengan installment kereta sampai 9 tahun. Kau ingat dekat Indon dan Thailand buleh dapat 9 tahun ke.

    Satu lagi dalam tempoh 5 tahun kau pakai kereta kau isi minyak atau isi air. Minyak di Malaysia adalah yang termurah compare to Indon, Thai dan Singapore. Kecualilah kalau kau beli kereta untuk simpan rumah sahaja.

    Satu lagi mana ada “income disposal” bro. Kau pakai bahasa Inggeris Nigeria ke? Disposable Income adalah. Itulah akibatnya kalau belajar ekonomi dari Penasihat RM1. Knowledge pun dapat nilai RM1 sahaja.

  15. duluPas
    January 26th, 2013

    Dia lari ke Perlis….sebuah kereta sports Porche Cayman dibeli tunai oleh anak pemimpin Pas Perlis menggunakan AP peruntukan ahli parlimen/adun.

    Peruntukan itu sebenarnya bagi membolehkan MP/Adun memberi perkhidmatan kepada rakyat.

    Kereta2 MYvi, Proton mana lagi dipandang oleh pemimpin2 Pas. Sejak banyak kutipan derma, tender balak, pemberian tanah dan terkini terjumpanya telaga minyak terbesar dibawah bandar Kota Bharu oleh Husam, maka jenama2 pilihan lebai Pas skrg ialah Merc, Bmw, Jag dan terkini Porche.

  16. raplahjingaa
    January 27th, 2013

    Aku tak tahan geli bulu hidung bila husam musa kata kerajaan kelantan menjumpai medan minyak di bawah kota baru, yang mana keluasannya jauh melebihi keluasan medan minyak petronas di laut !!

    oiii husam..lagi 2/3 bulan nak PRU, dok tak duduk hang jumpa minyak di kota baru..kat mana ?? bawah rumah nik ajis kot !!

    hang jumpa minyak pulak..sehari selepas PM mengumumkan 7 projek mega di Kelantan !!

    Aku tak rasa orang Kelantan se naif seperti yang hang sangkakan.

  17. joe jambul
    January 27th, 2013

    yup betul tu kereta dekat UK memang murah..tapi hairan kenapa ramai warga UK lebih suka beli kereta kompak dan murah yer.. sebab walau kereta murah insurance adalah lebih mahal dari kereta.. kalau insurance RM5000 setahun tu normal malah ada kena RM15000 setahun… minyak pula dlm RM5.50 seliter. upah mekanik disini mmg mahal tu ramai org seperti saya dan kawan2 lain repair sendiri di rumah kawan yg ada tanah lapang or hantar di kedai paki or arab yg mana lebih murah kosnya. cukai pendapatan juga amatlah tinggi.. bayangkan jika gaji 3000 pound setelah tolak segala tax tinggal 2000 atau 1800 sahaja…. saya akui harga kereta di malaysia sedikit mahal harap kerajaan kurangkan sedikit or maybe ada pengedar yg tak mau turunkan harga walau taxdah dikurangkan…

  18. dato k
    January 29th, 2013

    teringat ceramh mat sabu sewaktu mula2 pas jajah kelantan sekitar th 1980an,.”kerajaan pas tlh jumpa kaw rezab minyak yg besar,.xlama lagi minyak akan memancut dri bumi kelantan,.knp minyak di xdijumpai sebelum ini,.Allah swt telah sembunyikan dari BN utk diserah kpd Pas,.”…disambut laungan takbirrr,…dh lebih 20thn dahh oii,..bila lagi nk memancut,..??? hahahahha

Leave a Reply

Type your comment in the box below: