MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Tan Bun Teet Lebih Baik Balik Rumah Ajar Tiusyen…

Agak payah untuk diterima akal bila kumpulan “Save Malaysia Stop Lynas” (SMSL) mendakwa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan sangat merbahaya dan mampu mengancam kehidupan rakyat di sekitar kawasan tersebut.

Sudah berbuih-buih pelbagai pihak menerangkan kepada kumpulan “katak hijau muda” itu, namun mereka tetap degil enggan menerima kenyataan dan hakikat, termasuklah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang semakin hari semakin “bebal”.

Sepatutnya, isu kilang Lynas sudah tidak timbul sama sekali memandangkan ia sudah pun disahkan selamat secara keseluruhannya oleh agensi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Untuk pengetahuan kumpulan yang diketuai oleh seorang “bekas cikgu sekolah” itu, AELB dan IAEA dibarisi oleh pakar-pakar tenaga atom, nuklear, nano dan seangkatan dengannya. Kalau nak dibandingkan dengan kumpulan SMSL, sudah tentu bagaikan “langit dengan bumi”!

Kreadibiliti yang dimiliki oleh AELB dan IAEA tentang bidang radiasi sememangnya diiktiraf antarabangsa. Sebut saja nama AELB, ia diiktiraf IAEA. Sebut saja nama IAEA, ia diiktiraf pula di seluruh dunia.

Siapa pula yang iktiraf SMSL? Parti politik pembangkang? SMSL ada pakar radiasi tak? Cuba sebut satu nama pemimpin pembangkang yang pakar sangat tentang atom, boleh? Ada tak? Kalau tak ada, lebih baik SMSL diam dan balik tidur!

Lagipun, SMSL perlu tahu membezakan di antara kilang kimia dengan kilang radioaktif. Untuk pengetahuan kumpulan SMSL yang “bijak sangat” itu, kilang Lynas tersebut merupakan sebuah kilang kimia. Saya ulang, KILANG KIMIA dan BUKAN kilang radioaktif. Faham?

Jadi, jelaslah propaganda yang dimainkan oleh kumpulan yang dipercayai “diupah” parti pembangkang itu tidak berpaksikan kepada bukti-bukti kajian secara saintifik dan berpandukan kepada persepsi bagi menakut-nakutkan rakyat sahaja.

Dulu ketika kilang itu masih dalam cadangan, Fuziah Salleh canang keliling negara mendakwa sebuah kilang “loji nuklear” akan dibina di Pahang. Padahal, Fuziah sendiri salah fakta dan berbohong mengenainya.

Mungkin mereka sudah terlalu terdesak kerana tersilap terjah, maka mereka terpaksa teruskan bantahan. Nak tarik balik dakwaan sudah tentu mereka malu. Mahu atau tidak, terpaksalah “jual temberang” sambil makan angin di Australia…

Apakah kumpulan SMSL itu tidak punya akal untuk berfikir bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah “anak Pahang” dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pahang suatu ketika dulu?

Dan apakah dengan pertalian yang rapat di mana Pahang merupakan kampung halamannya maka Perdana Menteri tergamak menganiaya rakyat negeri Tok Gajah itu dengan sebuah kilang yang mampu membunuh?

Agak-agaklah sedikit bila mahu menuduh tentang sesuatu perkara. Kalau terdesak sangat dipaksa parti pembangkang untuk menyerang BN sekalipun, buatlah secara waras, rasional, logik, matang dan boleh diterima akal.

Sebenarnya, rakyat Kuantan sedikit pun tidak hiraukan kempen-kempen “tong kosong” SMSL ini. Mereka tahu tentang niat SMSL dan sudah lama menyampah dengan gerakan yang diketuai oleh Fuziah Salleh itu.

Orang Kuantan sebenarnya tak kisah pun tentang kilang Lynas itu. Malah dengan wujudnya kilang itu, dijangka kawasan di sekitar Gebeng akan pesat membangun di mana beberapa syarikat dari China telah bersetuju untuk melabur di Kawasan Perindustrian Malaysia-China di situ.

SMSL fikir syarikat-syarikat dari China itu bodoh untuk membuka kilang di sebelah kilang Lynas jika ia boleh membunuh manusia? Pelabur-pelabur dari China itu sudah tentu bijak keran pandai mengambil peluang berniaga berbanding SMSL yang tak ada kerja lain selain “jual temberang”.

Saya menyarankan agar Presiden SMSL, Tan Bun Teet, yang merupakan bekas guru itu supaya balik ke rumah dan buatlah kerja yang berfaedah. Apa sangatlah bekas cikgu itu tahu tentang radioaktif dan tenaga atom?

Kalau dia balik mengajar tiusyen matematik pun bagus, sekurang-kurangnya dapat juga duit lebih berbanding membantah tentang sesuatu yang dia sendiri tidak faham, kan?


Posted by dukeofmontecristo on January 26th, 2013 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses to “Tan Bun Teet Lebih Baik Balik Rumah Ajar Tiusyen…”

  1. raplahjingaa
    January 26th, 2013

    Sebenarnya terlalu ramai orang cina yang bodoh kat malaysia ni…tapi kobodohan mereka selama ni cuma di ketahui oleh ah long dan tokey-tokey judi….hanya sekarang ni kita didedahkan dengan kebodohan melampau orang cina.

  2. tony gunawan
    January 26th, 2013

    apa kebodohan melampau?
    setiap warganegara malaysia berhak menyuarakan pandangan dan pemikiran masing-masing asalkan tidak melanggar undang-undang!

  3. baba
    January 27th, 2013

    bak kata hadi awang cikgu sekolah, apa dia tau,hehehe

  4. raplahjingaa
    January 27th, 2013

    kebodohan melampau hang tak tau ke tooni ? kebodohan melampau tu macam hang la !!

  5. mahadeykutty
    January 27th, 2013

    keh..keh..keh.. cik gu dari parti syaitan yg di kenali.. nasib baik Allah tak jadikan nko sebagai ketua.. kalau tidak habis dunia.. bantah sikit.. suruh jadi guru tusyen.. bantah sikit.. suruh balik jadi guru tusyen.. bila puak2 syaitan yg dikenali membuat bantahan.. nko menggalakkan lagi.. terima lah kenyataan bahawa syaitan bukannya dari golongan yg cerdik.

  6. raplahjingaa
    January 27th, 2013

    Suka aku baca ayat hang yang last sekali…

    kena sungguh dengan hang.

  7. gambus
    January 27th, 2013

    mestilah kebodohan melampau puak DAPigs ni !!!

    apabila kilang Lynas dikatakan loji nuklear menyerlahkan lagi kebodohan melampau puak DAPigs dan kau sendiri ..

    apabila mengatakan Lynas akan menyebabkan radioaktif bertambah lagi kebodohan melampau kau dan puak DAPigs tu

    apabila Lynas tu dikatakan akan merosakkan alam sekita , betapa manusia bodoh macam kau dan DAPigs menunjukkan kebodohan melampau !!!

    kebodohan melampau kau dan puak DAPigs tu amat terserlah … pemikiran apa ni?? pemikiran menipu dan buat fitnah !!!

  8. gambus
    January 27th, 2013

    mestilah suruh jadi guru tusyen , silap-silap tak layak apabila orang bodoh yang terdiri daripada PAS/PKR dan DAPigs cuba mempolitikkan perkara ini dan menyebarkan fitnah , menunjukkan otak korang sendiri tak cerdik dan menolak penjelasan pakar-pakat nuklear semua yang terdiri pelbagai bangsa !!!

    hahahaha inilaa perangai setan asyik nak menipu dan buat fitnah !!!

  9. PASpartyNGOK
    January 27th, 2013

    Untuk manusia jadi bebal mudah sekali. Nak balik jadi pandai semula tersangat susah.

    Otak segelintir manusia ini sudah ditune jadi bebal oleh king of PUtar Alam. Mereka jadi bebal selepas itu dan rasa tak perlu hidup ikut peraturan, jauh sekali mengikut sunnah.

    Mereka mesti tentang apa saja kerana sepanduk yg mereka tegakkan ialah menentang bukan ikut dan setuju.

  10. Yussaini
    January 27th, 2013

    TV, Telefon Cellular, Pinggan Tembikar China, Microwave oven dan banyak lagi benda sekeliling kita ada radiation… buat la demo….ramai yang dah mati

  11. Topup
    January 27th, 2013

    nak bersuara kena la ada ilmu tony, kalau tak sapa2 pun akan cakap sesuka hati !

  12. Topup
    January 27th, 2013

    org2 yg bersungguh2 kempen anti lynas ni mmg tak tahu dah tak faham hal2 berkaitan radioactive , tapi percayalah bila ada kalangan mereka yg dah didiagnos ada kanser , mereka akan terima bulat2 akan ada dan perlunya rawatan radioactive ni !

  13. sakithati..
    January 27th, 2013

    fauziah salleh bebal? kalau fauziah bebal bagaiman pengundi-pengundi beliau.. kita lihat PRU13 siapa bebal…

  14. tengkudin
    January 27th, 2013

    depa cina bukit yang mogok lapar itu hari kat dataran merdeka pun pakai ipad dengan hand phone..hahaha

  15. yon76er
    January 28th, 2013

    Kumpulan Kebodohan Terlampau tuuu termasuk kaulah …Tony .Cakap pakai Otak DiTempurung Lutut bkn diKepala Ooohtak …

  16. bangKano
    January 29th, 2013

    Betoi semua rakyat ada hak nak beri pendapat tapi biaq la ada fakta bukan penuh ngan AUTA. Bukan pakai kelentong & torak semata mata. Ni tak semua pakai main fitnah,teori teori bodo & persepsi falasi belaka.

    Cukup cukup la tu henti la buat temberang kami bukan puak puak yang mudah melopong bila dengaq hang pa begebang. Kat puak puak bebai leh la hang pa tibai macam cibai….!!!

  17. Ismail
    May 1st, 2013

    Cuba tanya Fuziah Salleh mana rumah dia? Kalau nak tahu ia di Bang/dengkil yang terletak berhampiran reaktor nuklear Agensi Nuklear Malaysia. Kenapa tak berdemonstrasi di sana???
    Sebab orang Bangi tak mudah dijual.

  18. Pakar nuklear
    May 1st, 2013

    Fuziah Salleh ahli psikologi, jadi kerja dia psiko orang lah untuk kepentingan dia dan Pakatan Rakyat yg SEMUA tahu hanya berjanji kosong….
    Tan Bun Tit pula, cuba tanya dia samada pernah menerima dan bersemuka dengan Lynas. Jawabnya TIDAK tapi pernah d tangkap menyeludup masuk Lynas.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: