MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Kalimah Allah: Majlis Syura Hanya Untuk Ahli PAS, Apa Azmin Merepek?

Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya

Kenyataan di atas keluar dari mulut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri, tidak ada tokok, tidak ada tambah, exactly macam mana dia cakap ya.

Sudah tentulah kenyataan itu nak menjelaskan pendirian Pakatan Rakyat selepas Majlis Syura Ulama PAS membuat pusingan U, dengan menolak kalimah Allah dari digunakan oleh puak Kristian dalam bentuk yang dimahukan mereka – tulisan dan terjermahan.

Dari cara ia dicakap dan diucap, Azmin cuba nak menafikan peranan Majlis Syura Ulama sebagai badan pembuat dasar tertinggi PAS.  Seolah-olahnya, Majlis Syura Ulama hanyalah satu biro yang hanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal ahli PAS sahaja.

Sedangkan dalam perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama ada diberikan kuasa dalam menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan PAS.

Kalau nak lebih faham, Majlis Syura Ulama ini umpama stering kereta dan PAS sebagai keretanya.  Ke mana stering dipusing, ke situlah kereta itu pergi. 

Jadi sekarang bila Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, itu bermaksud ahli-ahli PAS, pemimpin-pemimpin PAS, jentera-jentera PAS, semuanya wajib mengikut ketetapan tersebut.

Bagaimana Azmin boleh kata Majlis Syura tidak berkaitan?

Lagi satu, dibandingkan Majlis Syura Ulama dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang Azmin pegang sangat keputusannya tu, Majlis Syura Ulama adalah entiti yang sah sebab disebut dalam perlembagaan PAS (Perkara 3).  Sementara Majlis Presiden Pakatan Rakyat ini, sebut dimana kewujudannya secara tertulis?

Pakatan Rakyat itu sendiri hanyalah gabungan beberapa huruf yang membentuk 2 patah perkataan, tidak lebih dari itu.  Nak bertanding dalam pilihanraya tidak boleh, nak di dakwa dan mendakwa sesiapa kerana menyalahgunakan nama itupun, tidak boleh.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat apatah lagi.

Azmin mengajak penyokong pembangkang untuk mengikut ketetapan oleh badan yang tidak wujud buat apa?  Sebab itu penulis kata pembangkang ini bodoh, benda tak wujud pun dia sokong dan anggap seolah-olah ada!!

Kesimpulannya disini, Azmin cuba kelirukan rakyat dalam kenyataan di awal artikel ini, terutama di kalangan yang tidak faham struktur organisasi PAS.

Hakikatnya, Majlis Syura Ulama adalah pemutus dasar PAS, kalau dia kata setuju, setuju, kalau dia kata tak setuju, tak setuju.  Azmin tahu itu, tapi sengaja berbohong sebab dia nak sembunyikan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah ini sebab Azmin risau undi Kristian hilang.

Ya, percayalah, mereka sedang berpecah.

Jadi macai semua, janganlah marah kalau BN menang 2/3 kali ini ya.  Kami memang kuat, perpecahan di kalangan komponen Pakatan ini menjadikan kami lebih kuat.


Posted by Adamyan on January 18th, 2013 :: Filed under Adamyan,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

32 Responses to “Kalimah Allah: Majlis Syura Hanya Untuk Ahli PAS, Apa Azmin Merepek?”

  1. StinGray
    January 19th, 2013

    Tahniah Aljuburi kerana telah berjaya melahirkan ramai sesumpah…ada sesumpah tua kutuk, sesumpah boroi, sesumpah ice-cream, sesumpah 3 pagi & sesumpah room 121…

  2. Fazli Yusof
    January 19th, 2013

    Ishhhh Stingray….ada lagi laa sesumpah yang wujud yang bro tak sebutkan….tapi berkeliaran aktif kat MyKmu ni la…..kalau tak lain dan tak bukan sesumpah Bujuk, sesumpah Mooo, sesumpah MM, sesumpah Neutron dan sewaktu dengannya….aku rasa depa dengan sesumpah pun memang dah padan dah…hehehehe

  3. baba
    January 19th, 2013

    sesama diorang pun tak boleh setuju, mcm ni ke nak pertahankan agama dan nak perintah negara?

  4. mustaqim
    January 19th, 2013

    kalau pr menang pru 13…..penyokong pas perlu sedar…majlis syura bukan majlis tertinggi negara spt di arab saudi…….sbb pkr dap dah kata..majlis syura hanya untuk ahli pas je bukan untuk org lain……….

    bujuk mm dll…kalau korang cintakan Allah cintakan kebenaran…jgn diperthankan azmin….sama2 kita hentam…

  5. WakKang
    January 19th, 2013

    Siluncai PR terjun dengan labu labunya…… Biarkan! Biarkan!
    Siluncai PR hanyut dengan labu labunya yang busuk …. Biarkan! Biarkan!
    Siluncai PR tenggelam dan lemas …….. Biarkan! Biarkan!
    ….aman PRU13 ni. Siluncai PR (PKR) dah mati.

  6. ku2
    January 19th, 2013

    azmin ali mewakili anuar brahim tu..dia kan wakil je..nak anak pun dia leh wakilkan nuar utk nyontutkan bini dia..apa de pelik ngan org nama azmin ni..

  7. Anak Lenggong
    January 19th, 2013

    Bila si Azmin kata camni..melayu PAS berterusan menyembunyikan diri..tertunduk tak berani nak bersuara..kalau setakat pacacai saperti bujuk yang dok nyalak tak guna sebab dia ni cuma pacacai je dok berlonggok kat tepi longkang sambil tunjuk pandai..lepas tu angguk kepala mengiakan apa yang dikata pemimpin mereka..tengok je bila DAP edar bible berbahasa melayu di Penang ..mana suara melayu PAS..dia tak salahgunakan perkataan Allah dalam bible kee..

  8. StinGray
    January 19th, 2013

    hehehe….

  9. syaitan
    January 20th, 2013

    weh.. bro mykmu boleh tidak suruh SKMM buat kerja tutupkan facbook (adlin bte abd jalil, ban islam,parti geletek allah) sebab facebook tersebut hina islam 100%… aku baru tengok tadi mereka reka gambar muka baginda rasullullah.. sekarang aku macam nak maki je sesiapa kerja di SKMM macam tempat bukan graduate internet aje.. ke pekerja diSKMM semua bukan islam?? kerAjaan ambil pekerja bukan islam ke diSKMM…… aku dah tidak tahu nak komen mana…

  10. syaitan
    January 20th, 2013

    weh… mykmu nak tanya ar SKMM itu buat apa dengan facebook adlin bte abd jalil,ban islam,parti geletek allah itu.. mereka ambil pekerja tidak bertauiah ke.. tolong info kerajan yang bekerja diSKMM.. TADI PUKUL 2.30PAGI GAMBAR BAGINDA RASULLULLAH DIORANG LETAK.. MAHU AJE AKKU MAKI SKMM NI….

  11. gambus
    January 20th, 2013

    PAS hanya lembu yang dicucuk hidung dalam Pakatan !!! tgk sahaja lembu-lembu setia PAs yang memenuhi dalam setiap demontrasi jalanan

  12. mRsTURDY
    January 20th, 2013

    Jika tak tahu, lebih baik diam!

    Saya tidak kisah sangat jika UMNO bersetuju penggunaan kalimah ALLAH di kalangan non Muslim, kerana selama ini pun UMNO dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir oleh PAS. Saya amat hairan juga, kenapa PAS tidak mengkafirkan PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan Islam. Jangan hanya sepakatan, kita tidak berani menegur dan menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan.

    Dek kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS.

    Melayu PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya, hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan sebagainya.

    Jika tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.

    Malangnya, setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapok, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka? Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama. Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam?

    Saya memuji sangka baik PAS dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai orang DAP yang akan diIslamkan oleh PAS melalui kerjasama ini? Apakah PAS dapat melunak mereka yang anti Islam? Apakah PAS akan berjaya membenteras kemungkaran anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.

    Apapun, dalam isu kalimah Allah, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian PAS selama ini amat jelas. Pendapat ulamak mereka seperti Harun Din dan Harun Taib, amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah sayangnya segelintir ulamak PAS terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulamak PAS bertindak sedemikian. Ada yang menjadi ularmak.

    Apa yang saya lihat, semakin lama PAS berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa? Jawapannya. generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak PAS bersama mereka daripada dakwah Islam yang berlaku. Justeru, PAS perlu kaji kenapa mereka gagal dalam misi dakwah ini. Bukannya mendabik dada mengatakan, semenjak berkawan dengan DAP, mereka sudah faham Islam. Jika sudah faham, kenapa mereka begitu kuat menentang Islam? Di mana silapnya? Apakah masih menyalahkan UMNO BN itu wajar?

    Saya masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya, setelah berada dalam UMNO, dia terus bergelumang dengan najis tersebut. Hari ini, dia cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa? Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai dan nafsu serakah yang sama.

    Saya amat harap UMNO tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH. UMNO akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik, kuasa dan undi. Jangan biarkan kalimah keramat ini dinodai. Jika UMNO juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah UMNO masih lagi tidak berubah. UMNO sama juga seperti mereka.

    Sejak dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam, walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.

    Pertama, agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu. Saya telah huraikan sebelum ini, tidak perlu diulang.

    Kedua, selama ini kalimah Allah tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada, sudah tentu dalam filem-filem barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit kalimah ini. Kenapa kita tidak pernah jumpa? Kenapa hari ini ultra kiasu terlalu beriya-iya? Kajilah agenda tersirat dan tersurat.

    Agendanya tidak lain, mereka mahu jadikan rantau Melayu sebagai syurga Kristian, setelah mereka gagal di barat. Targetnya hari ini adalah orang Melayu dan bukan Melayu terutama orang Cina. Kerana mereka tahu, apabila kumpulan ini memeluk Kristian, mereka lebih Kristian dari Kristian. Lihatlah apa yang berlaku kepada Lina Joey atau Azlina Jailani. Orang Cina, usahlah dikira. Mereka akan menjadi lebih ekstrim apabila memeluk Kristian. Saya lontar idea ini kerana saya pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu.

    Ketiga, kalimah Allah dan orang Melayu Islam sudah sebati. Ibarat isi dengan kuku, sudah menjadi darah daging, walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Sebab itu, cara kita menggunakan kalimah-kalimah ini berbeza dengan orang lain. Kita menghormati kalimah ini melalui urutan perkataan atau lenggok bahasa bersopan. Misalnya, kalimah ALLAH, kita tidak sebut perkataan. Perkataan menggantikan kalimah. Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal, atau mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga kemuliaanNya.

    Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah Allah dengan betul. Bila menyebut ALLAH, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakanNya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka tidak biasa dengan sebutan ALLAH. Sebutan ALLAH mereka akan menjadi pelat dan tidak tepat.

    Kelima, kalimah ALLAH bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Tuhan digunakan untuk mengajar anak-anak mengenal ALLAH. Tetapi ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan atau God atau Lord tidak bukan merujuk kepada ALLAH. Tetapi oleh kerana kita jahil, maka terjemahan Tuhan digunakan. Apapun, Tuhan itu tidak sama dengan ALLAH. Sebab itu, apabila kita mengucapkan shahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan”.

    Keenam, kenapa bible dalam versi mandarin, tamil dan bahasa Inggeris langsung tidak tertera kalimah Allah? Kenapa ultra kiasu begitu bersungguh mahukan bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah? Cuba lihat bible dalam bahasa Inggeris, apa yang tertera adalah tiga nama tuhan yang digunakan iaitu god, yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah Allahnya? Saya berani menyatakan bahawa niat jahat mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam supaya jarum mereka masuk.

    Banyak lagi yang ingin saya hujahkan. Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan (kalimah) dalam Islam membawa makna yang amat signifikan. Ia perlu difahami dalam konteks perlembagaan dan cara hidup penduduk majoriti. Kita tidak boleh menyamakan lagu atau koir dengan selawat. Selawat tetap selawat walaupun apapun bunyi atau melodi lagu digunakan untuk menyampaikan selawat. Bayangkan selepas ini semua semua bukan Islam Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama Allah, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Jika tidak tahu, lebih baik diam.

  13. Adam Abdullah
    January 20th, 2013

    Islam adalah agama rasmi negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia TETAPI kita orang Melayu (born Muslims) dari UMNO, PAS dan PKR asik bertelagah tentang issu “ALLAH”. Mengapa?

    Kita ada Agong, ada Raja-Raja dan Majlis Raja-Raja yang menjadi Ketua Islam bagi Malaysia dan willayah Persekutuan dan bagi negeri-negeri sendiri mengapa rakyatnya bertelagah tentang isu “Allah” ini.

    Kita ada JAKIM dan Mufti bagi setiap negeri dan kita ada Undang-Undang Syariah Islam bagi setiap negeri yang telah mengeluarkan FATWA tentang isu “Allah” ini tetapi kita masih bertengkar dan memberi pandangan dan pendapat yang berbeza-beza. Mengapa? Dimanakah letaknya “persaudaraan Islam” kita atau “Islamic brotherhood atau Islamic sisterhood” kita.

    Perselisih fahaman kita ini adalah oleh kerana kita tidak ada Undang-Undang Persekutuan seperti Penal Code dan Criminal Procedure Code yang menyeragamkan pentadbiran, pengurusan, penguatkuasaan dan pendakwaan tentang hal-hal berhubung kait dengan Islam -pengajaran, pendidikan, pendakwahan, penyebaran maklumat, penulisan, ceramah, ijazah dll.

    Siapa pun bebas bercakap pasal Islam. entah kelulusan dari mana pun boleh memberi ceramah tentang Islam.

    Hari ini mereka kata “Allah” tidak boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu. Besok orang lain dan seorang “Islamic Scholar” dilapurkan pula “Allah” boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

    Apa nak jadi dengan negara kita, dengan pengurusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri dan di negara kita? Kita diketawakan oleh orang yang bukan Islam. Mereka kata orang Melayu tidak boleh bersefahaman tentang agama Islam mereka. Mereka kata orang Islam di Malaysia tidak bersefahaman dan tidak bersatu tentan agama Islam mereka.

    Kita ada Kerajaan PAS di Kelantan dan di Kedah. Apakah penjelasan Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan Kerajaan PAS Negeri Kedah tentang isu ini?

  14. Hamba Ar Rahman
    January 20th, 2013

    Saya juga sangat musykil berapa ramai non muslim yg sudah diconvert oleh PAS…any statistics??….PAS dilihat sebagai sebuah parti yg mengangkat Islam sebagai wadahnya…jadi sangat wajar dalam apa2 hal Islam itu diutamakan…dan politik itu dikemudiankan….tetapi PAS pada masa kini sudah tidak sama ketika zaman Datuk ASri dahulu..zaman Datuk Fadzil Noor…zaman ulama2…jika susah sangat nak Islamkan seorang DAP pun tidak mengapa…sekurang kurangnya ISlamkan lah ahli2 Umno yg mereka dakwa kafir itu (menurut amanat Hadi)…ini lebih mulia…sekurang2 nya usahalah untuk membawa ahli2 Umno yg dilabel kafir dan kurang Islam ini kembali kepada landasan…tunjukkan mereka jalan…nasihati mereka…bergaul dengan mereka…jika kita hendak berdakwah…kita perlu bergaul…berhemah dan menasihati secara berhemah dan bijaksana…jika kita menjauhi dan mengasingkan diri…kita tidak mungkin dapat berdakwah dan menasihati….adatnya yg baik menasihati yg buruk…jadi perpaduan adalah salah satu jalan penyelesaian…tetapi jika pemimpin2 PAS ego dan asyik mengira hutang2 lama dan dendam2 kesumat lama yg masih tidak dapat dikikis…dimana kemurnian hati mereka yg kononnya lebih memahami akhlak Islam dan kononnya lebih Islam dalam segala hal…di mana??…maka adakah mereka itu lebih baik dari Umno….lebih Islam….syurga neraka itu hak Allah…kita boleh memakai serban sebesar tudung saji…solat lebih dari 5 kali (termasuk sunat2)…tetapi akhirnya…kedudukan kita hanya Allah yg tahu….hanya Allah yg nampak apa yg ada dalam hati kita…kerana itu makam ihlas dan syukur itu amat tinggi…dikatakan bahawa makam syukur itu lebih tinggi dari makam sabar….wallahua’lam…

  15. Adam Abdullah
    January 20th, 2013

    Kalau PKR, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh bersefahaman dalam isu ini bagaimana mereka hendak bersefahaman dalam mentadbir negara Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia, dalam dasar-dasar dan pembangunan bagi semua kaum, semua bangsa, semua bahasa, semua agama?

    PKR, DAP dan PAS kenalah mempunyi satu Menefesto Persefahaman Mentadbir Negara dan Negeri Pakatan Rakyat untuk direnongkan dan difahami oleh rakyat dan pengundi sebelum Pilihan Raya ke 13 ini.

  16. bujuk
    January 20th, 2013

    Aku OK, je… bukan Azmin sorang, Sing pun aku belasah.

  17. bujuk
    January 20th, 2013

    Apakah UMNO, MCA,MIC, PBS(sabah) dan parti2 lain setuju Allah untuk Islam saja?

  18. raplahjingaa
    January 20th, 2013

    Hang patut belasah si tua 2 ekor tu… punca penghinaan agama Islam oleh DAP.

  19. raplahjingaa
    January 20th, 2013

    Laju hang pusing bujuk ??? hehe…

  20. yon76er
    January 21st, 2013

    HANCURLAH JADINYA KALAU DIBIARKAN SIJUBURI JADI PM….baru 3 Parti pon dah tungangLangang dibuatnya…….nak dok dPutraJaya..PERASANLAH……BERAGAN SAMPAI MATILAH PR….

  21. yon76er
    January 21st, 2013

    Dah biasa sangat dgn Spin sibujuk@AHJ nie Bro..Batang hidung dah tersontot dia spinlah issue tu pada BN lak…

  22. gambus
    January 21st, 2013

    demi nai jilat bontot karpal dan Azmin , begitu laju bujuk nak spin .. macam perangai pemimpin PAS juga

  23. gambus
    January 21st, 2013

    papun PAS tertap bersama penyokong pengguna kalimah Allah dalam bible dan antara golongan anti Islam dan anti Melayu iaitu DAPigs yang antara parti memperjuangkan isu ini

  24. bujuk
    January 21st, 2013

    UMNO telahpun menyokong parti2 sekutu d sabah dan s’wak yg. TELAH pun mengguna nama Allah dalan bible melayu mereka. PM(umno) telah meluluskan bible versi melayu d sabah dan s’wak.

  25. Mat Iwan
    January 21st, 2013

    BUJUK MUNAFIK, yang penting sekarang ialah apa peranan Majlis Syura kalu bukan untuk menunjuk jalan yang betul?

  26. anakbochek
    January 21st, 2013

    Bujuk kalau jadi lawyer dah lama UMNO bangkrap kena saman. Dia punya pusing, twist and turn tuan hakim pun boleh demam tak kebah. Tapi nasib baik hakim Malaysia bawah kerajaan BN ni bijak2 belaka, nak buat tuduhan mesti ada bukti kukuh bukan pakai hearsay dan akhbar Harakah.

  27. Hamba Ar Rahman
    January 21st, 2013

    hehe….terbang tinggi tak turun2 lah gamaknya si Bujuk ni kembang kuncup orang puji dia…

  28. gambus
    January 21st, 2013

    mana dia kelulusan bible bahasa Melayu bujuk ,aku nak tgk gak tu ??? Hahaha surat palsu yang dimainkan pembangkang macam PAS ni cukup terdesak … malah FB nik ajis juga elah menyebar fitnah ini , memalukan betul manusia celaka PAS ni

    Sebenarnya ia adalah Bible bahasa indonesia yang diseludup oleh orang kristian DAPigs .. puak DAPigs telah memainkan isu kebangkitan Islam di Sabah dan Sarawak !!! itulah bujuk orang yang pencacai macam kau peluk dan cium hahahaha

  29. Oya
    January 21st, 2013

    Jawab la Bujuk… ko hidup dengan hasil fitnah je ke… Bagi bukti spt yg bro Gambus mintak tu. Ko mmg selalu mcm ni..buat fitnah, bila dimintakan bukti trus hilang…bukak plak lagi fitnah lain… Dasar pencacai taik PR la ko nih..

  30. Oya
    January 21st, 2013

    Wei cai taik Bujuk…mana bukti kelulusan spt yg bro Gambus mintak tu…tau ko lari.. refer balik posting ko nih..takut ko x igt atau buat2 x faham..

    “bujuk says:
    UMNO telahpun menyokong parti2 sekutu d sabah dan s’wak yg. TELAH pun mengguna nama Allah dalan bible melayu mereka. PM(umno) telah meluluskan bible versi melayu d sabah dan s’wak.”

    Nak mengencing dan fitnah je idop ko kan..hina betul

  31. WTF
    January 22nd, 2013

    Jawab, jangan tak jawab Bujuk.

    Bujuk ni hebat bercerita tentang agama Islam, tapi lupa yang fitnah itu adalah salah satu dosa dalam agama Islam.

  32. PasBenak PKRGay
    January 23rd, 2013

    Azmin perasan ingat dia bagus. Tu je.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: