14
Jan

ANWAR KECEWA ‘KEBANGKITAN RAKYAT’ JADI KEMENANGAN BN

 

Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.
Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau ‘motley crue’.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Ada 10 Comments setakat ini.

  • maula
    January 14th, 2013 at 11:25 PM

    jgn dilupa anti-hantaran kawen

  • saynotoumno
    January 15th, 2013 at 7:35 AM

    Kenapa bodoh sgt…nak meracau pun jgn sampai nampak bodoh tahap gaban…auta je lebih..kalau fakta LKS tak hadir…mmg auta 100%.tulisan hanya bersumberkan info tepi jalan dan tepi longkang..

  • Mat
    January 15th, 2013 at 12:34 PM

    Aku sokong ko maula, hantaran kawen dah melambung la nie… iksh..iksh..iksh..

  • Adam Abdullah
    January 16th, 2013 at 6:19 PM

    Panggl Anwar tengok You Tube di bawah ini. Relax. Tak ada pening kepala.

    Closing Ceremony of Kuala Lumpur 1998 XVI Commonwealth Games

    http://www.youtube.com/watch?v=4u8qizVUpLU
    23 Mei 2012 … Persembahan Kebudayaan Malaysia sempena Majlis Penutupan Kuala

  • ku2
    January 17th, 2013 at 11:12 PM

    ko tu yang bodoh mulut dahlah bau longkang babi..tiba2 je muncul tak beri salam apa jadah ko ni…anak babi ke apa ko ni..

  • Malay Malaya
    February 26th, 2013 at 2:44 PM

    No atau yes pd umno dah tak penting, perkara yg lebih besar adalah di mana Hudud dalam Manifesto PR? Ibrahim Libya and The Gang sanggup mati demi negara Islam PAS dan Hudud. Apa dah jadi ni, wahai ahlul Pas alagaPAS.

  • lalola
    March 4th, 2013 at 12:32 PM

    Jangan merujuk kepada maklumat yang diperoleh drpd sebelah pihak je.

  • hasimah
    March 8th, 2013 at 1:02 PM

    Ketiga-tiga parti PAS,PKR & DAP masing2 ibarat berpaut di dahan yg rapuh.Mereka bersandiwara sebenarnya.Hakikatnya mereka tak boleh bersama.

  • abubakar
    March 9th, 2013 at 9:55 AM

    kita jangan lupa bila dekat PRU13 macam2 akan berlaku yg direka oleh syaitan besar Malaysia ni.hati2 dengan kaki burit.dia akan buat macam2 cerita.sampai satu peringkat dia akan potong atau tembak diri sendiri dan menuding jari semua ini konspirasi UMNO.ditambah dengan melayu2 yg otak macam keldai dan lembu ikut saja kata2nya tanpa fikir.kita akan lihat ramai keldai2 dan lembu2 melayu yg akan masuk kandang untuk disembelih oleh kaki burit untuk dibuat santapan.

  • Nadim
    March 14th, 2013 at 9:42 AM

    The least penyokong PAS boleh lakukan adalah tidak memangkah Anwar Ibrahim di kawasan beliau bertanding…. Mudahlah sedikit laluan Hj Hadi untuk diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang PRU13 nanti..

    Terlalu banyak kenyataan dan tingkah laku Anwar Ibrahim yang tidak melayakkan beliau diangkat menjadi PM… dan amat bahaya serta berisiko tinggi sekiranya beliau dibiarkan memimpin Malaysia..

    Bukankah penyokong PAS mahukan kepimpinan ulama…? Biarkanlah Hj Hadi dengan sikapnya yang terlalu merendah diri… Ambillah iktibar kisah Saidina Abu Bakar.. walaupun beliau menolak dan mencadangkan orang lain..akhirnya sahabat serta umat Islam tetap mahukan beliau juga utk menjadi khalifah pada waktu itu..

    Persetankan DAP yg mahukan Anwar… cuba ditanya..kenapa DAP mahukan Anwar lebih dari Hj Hadi..? Tak kanlah tiada udang disebalik batu..?

    Apa cara sekalipun..Anwar Ibrahim tidak boleh dan tidak layak untuk dibiarkan memimpin Malaysia.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.