MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

PEGAWAI KHAS ANWAR IBRAHIM DITANGKAP KERANA ‘PERANGKAP’ SPRM!!!

 

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, SPRM sudah terbukti berat sebelah dan seringkali menyebelahi BN selain gangguan terhadap figura-figura tertentu menjelang pilihanraya. Dia berkata demikian bagi mengulas penangkapan salah seorang pembantu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan pegawai khas Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bersama-sama dua orang yang lain kerana merasuah seorang wanita agar wanita berkenaan menggugurkan tuduhan gangguan seksual yang melibatkan mereka.

Kata Sim Tze Tzin lagi, agensi-agensi seperti SPRM sedang berusaha membantu Barisan Nasional terutama dengan menimbulkan impresi jahat tentang Pakatan Rakyat, khususnya Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Lim Guan Eng.

Pegawai Khas Anwar Ibrahim itu merupakan penyokong tegar Anwar dan merupakan salah seorang bakal calon PKR pada PRU akan datang.

Adalah dipercayai, ketiga-tiga suspek ditahan di Seberang Perai. Laporan menyatakan, pegawai-pegawai SPRM yang menyamar, telah bertindak sebaik-baik sahaja wang tunai RM3000 diserahkan kepada seorang wanita yang sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual.

Nampaknya, PKR dan DAP sudah kembali menunjukkan belang mereka yang gemar benar membela penjenayah kerana faktor politik…

Dalam pada mereka begitu sibuk menyatakan, kononnya mereka menentang rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, rupa-rupanya, merekalah pembela tegar kepada perbuatan-perbuatan berkenaan.

Dengan kata lain, CAKAP TARAK SERUPA BIKIN LA!!!

 

http://theflyingkick.blogspot.com/2013/01/pegawai-khas-anwar-ibrahim-ditangkap.html


Posted by tengkudin on January 7th, 2013 :: Filed under Blog Pilihan
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “PEGAWAI KHAS ANWAR IBRAHIM DITANGKAP KERANA ‘PERANGKAP’ SPRM!!!”

  1. aku_jebat
    January 8th, 2013

    itu bukan perangkap la banggang.. itu lah strategik yang diguna pakai untuk menangkap pesalah laku yang membuat salah laku menyalahi undang2.. apabila laporan telah dibuat jadi tugas SPRM untuk bertindak, kalau dah tahu benda tu salah pesal pegawai khas bang non tu p buat juga tak ker memberi rasuah itu salah begitu juga penerima rasuah.. dalam kes ni penerima tidak disabitkan kesalahan sebab telah membuat aduan bagi membantu membenteras gejala rasuah.. jadi bila terbukti ada berlakunya rasuah maka takkan SPRM nak biar jer sebab dia pembantu khas dan bakal calon PKR pada PRU13 ni.. common la kalau dah tau diri tu dicalonkan untuk bertanding menjadi wakil rakyat buat lah kerja yang berfaedah boleh laa juga rakyat pertimbangkan untuk memberi undi… ini tidak, belum jadi wakil rakyat dah amalkan rasuah nanti kalau jadi wakil rakyat tak mustahil lagi besar rasuahnya jadi TIMBALAN KETUA PENERANGAN PKR ni nak bagi kenyataan tu biarlah guna akal yang waras jangan ikut hati sebab terkena kat parti sendiri.. renung-renungkan lah inikah sifat pemimpin PKR dan PR amnya… tepuk dada tanya akal jangan tanya nafsu.

  2. Hidup
    January 9th, 2013

    Mane bukti ko pakai artikel nie. Jgn main tuduh2.

Leave a Reply

Type your comment in the box below:

  Video PILIHAN