3 Sekeluarga Bunuh Diri, Siasat Penglibatan PKR

KES kematian 3 sekeluarga di Kampung Jawa, Penggerang, Johor dipercayai akibat bunuh diri yang dilaporkan media semalam, diputar belitkan media pro pembangkang, terutama sekali PKR, sebagai ada kaitan dengan pembinaan projek RAPID di kawasan tersebut.

Kononnya, kerana tanah dirampas untuk pembangunan projek tersebut, 3 sekeluarga terbabit telah mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Hakikat bahawa ketua keluarga tersebut yang dikenali sebagai Pang, 60-an mengambil keputusan tersebut kerana tekanan hidup akibat terpaksa menjaga isteri yang sakit dan seorang anak yang mengalami masalah syndrome down, tidak langsung disentuh dalam pemberitaan oleh mana-mana media pro pembangkang yang penulis sebutkan di atas.

PKR nampaknya lebih berminat untuk mempolitikkan isu tersebut, sama seperti beberapa kes bunuh diri yang lain, antaranya membabitkan pembantu ADUN DAP, Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Ahmad Sarbaini.

Jangan terkejut kalau, PKR juga ada terlibat dalam kes kematian tersebut, melihat kepada betapa pantasnya mereka mensensasikan isu tersebut – macam PKR dah tahu sahaja keluarga tersebut akan mati.

Apatah lagi dalam kes ini, salah seorang mangsa dikatakan pernah memaklumkan kepada keluarga dan jirannya, keinginan untuk membunuh diri sebelum kejadian ini berlaku.  Penulis bimbang, PKR mengambil kesempatan dari kesempitan hidup yang dialami mangsa dengan membunuh mangsa dan menjadikan kes itu seolah-olah kejadian bunuh diri.

Justeru penulis meminta pihak polis melihat kemungkinan ini dan menjalankan siasatan yang sewajarnya.  Maklum sajalah, Anwar sudah kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri dan ‘membunuh’ orang, bukan satu perkara mustahil kepadanya.

Dulupun dia pernah didakwa terlibat dalam kes kematian isteri dan anak mangsa liwatnya, Azizan Abu Bakar yang berselindung di sebalik kejadian kemalangan jalan raya.

Tidak cukup setakat itu, Anwar juga pernah dikaitkan dalam kes kematian bekas Pengarah Urusan DRB-HICOM, Tan Sri Yahya Ahmad di Terengganu pada tahun 1997.

Rakyat perlu ingat, mencipta dan mereka alasan/bukti untuk menjatuhkan kerajaan BN, bukan baru pada Anwar Ibrahim.  Bekas peguam Anwar Ibrahim sendiri, Datuk Zulkifli Nordin pernah mengakui bahawa Anwar pernah mengarahkannya mengada-ngadakan bukti bagi mengaitkan Datuk Seri Najib dan isteri dalam kes pembunuhan Altantunya.

Sebetulnya kes ini tidak ada kaitan dengan projek pembangunan RAPID seperti yang cuba dituduh pembangkang.  Laporan media menyebut, ada lebih 4,000 keluarga yang terlibat dalam pemindahan ini serta melibatkan beberapa kampung.  Setiap keluarga terlibat menerima pampasan dari pihak pemaju, walaupun tanah yang diduduki mereka adalah dimiliki oleh orang lain.

Dalam kes keluarga Pang ini, dimaklumkan bahawa keluarga mendiang telah menerima pampasan sebanyak RM 20,000 dari pemaju – maklumat yang dikeluarkan oleh proksi pembangkang dan Singapura dalam soal bantahan RAPID ini, Gabungan NGO Penggerang (GNP)

Kalau benar kematian 3 sekeluarga ini disebabkan oleh pengambilan tanah oleh pemaju bagi projek tersebut, sudah tentu kita akan mendengar 4,000 orang mati bunuh diri atau paling tidak, hampir kepada jumlah tersebut.

Tapi bila 3 sahaja terlibat, dan yang itu pun dikaitkan dengan tekanan hidup (melihat kepada latar belakang keluarga mendiang), maka awal-awal kita sudah tahu bahawa perkara ini hanya dipolitikkan sahaja oleh PAS, DAP dan PKR.

Lagipun perjuangan pembangkang dalam projek RAPID Penggerang sebelum ini adalah berkisar pada isu alam sekitar, bukan kesusahan yang disebabkan oleh pengambilalihan tanah.

Pengambilan tanah bagi melaksanakan projek di negara ini adalah satu perkara yang lumrah dengan kerajaan negeri pembangkang  sendiri melakukannya pada setiap masa.  Sepanjang waktu itu, tak pernah pulak kita dengar ada dikalangan mereka yang terlibat mengambil keputusan untuk membunuh diri.


Posted by Adamyan on January 3rd, 2013 :: Filed under Adamyan,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

34 Responses to “3 Sekeluarga Bunuh Diri, Siasat Penglibatan PKR”

  1. Invisiblemen Al Mahdi
    January 3rd, 2013

    Anuar bin Ibrahim manusia yg paling dilanati dimuka bumi ini. Akan sampai masanya kamu tersembam.

    Rakyat perlu ingat, mencipta dan mereka alasan/bukti untuk menjatuhkan kerajaan BN, bukan baru pada Anwar Ibrahim. Bekas peguam Anwar Ibrahim sendiri, Datuk Zulkifli Nordin pernah mengakui bahawa Anwar pernah mengarahkannya mengada-ngadakan bukti bagi mengaitkan Datuk Seri Najib dan isteri dalam kes pembunuhan Altantunya.

  2. tengkudin
    January 3rd, 2013

    nampaknya terdesak sangat macai macai PR ni…hehehehe..

    apsal aljuburi tak nak mampous bunuh diri? heheh
    takut tak dapat rasa jubo orang ?

  3. Invisiblemen Al Mahdi
    January 3rd, 2013

    INILAH GOLONGAN RUWAIBIDHAH

    Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda; “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu tersebut si penipu dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan penipu. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, “Orang kerdil, hina dan tidak mengerti bagaimana mengurus orang banyak.” (HR. Ibnu Majah)

  4. baba
    January 3rd, 2013

    inilah kerja asas syaitan , iaiatu memfitnah dan menghuru harakan…..tugas2 ini sekarang dijalankan oleh para syaitan pakatan.

  5. baba
    January 3rd, 2013

    Adik kepada seorang lelaki yang membunuh diri bersama isteri dan anaknya di Pengerang pada hari pertama tahun 2013, telah menafikan bahawa ia disebabkan oleh pengambilan tanah untuk projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid).

    Pang Mao Fong, 55, mengadakan sidang akhbar bersama dengan Naib Pengerusi MCA Johor, Jason Teoh semalam selepas memberi penghormatan terakhir kepada abangnya, Jing Rong, 64, kakak iparnya, Wang Ya Yee, 58, dan anak lelaki mereka, Qi Hao, 20, yang mengalami down sindrom.

    Menurut laporan China Press, Mao Fong percaya kematian tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan pengambilan tanah kerana kerajaan masih belum memulakan proses pengambilalihan tersebut.

    Semalam, Chua Peng Sian, bendahari bagi Gabungan NGO Pengerang
    yang mengetuai gerakan anti-Rapid, mendakwa, kerana terpaksa berpindah mungkin menjadi salah satu sebab di sebalik tragedi tersebut kerana keluarga berkenaan telah menyewa tanah terbabit, dan oleh itu hanya boleh menerima pampasan sekitar RM20,000.

    Fong Mao percaya bahawa Jing Rong, seorang pesakit yang didiagnos dengan kemurungan dan tekanan darah tinggi, tidak dapat menanggung beban yang berat menjaga isterinya kurang upaya kerana angin ahmar dan keadaan anaknya itu.

    “Rumah di Kampung Jawa, Pengerang itu dibeli bersama oleh adik-beradik yang lain yang lebih muda untuk keluarga Jing Rong. Kami menolongnya dengan bantuan kewangan setiap bulan.

    “Abang saya tidak membunuh diri kerana wang. Beliau tidak pernah mengadu kepada kami,” katanya dipetik sebagai berkata.

    Mao Fong berkata polis menyoal beliau selama lebih satu jam selepas media melaporkan bahawa Jing Rong membunuh diri berkaitan isu pengambilan tanah.

    Oleh itu, beliau menuntut Gabungan NGO Pengerang yang bertanggungjawab atas spekulasi tersebut, dan pihak media supaya menjelaskan isu itu dan meminta maaf.

    China Press melaporkan bahawa beberapa penduduk tempatan masih bertanggapan bahawa pengambilalihan tanah mungkin menjadi antara faktor yang membawa kepada tragedi tersebut.

    Teoh, yang juga ketua MCA bahagian Gelang Patah, menuntut agar individu dan organisasi yang membuat tuduhan tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka, dan menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu tersebut.

    Beliau berkata sesiapa yang membuat kenyataan yang tidak berasas boleh menghadapi tindakan di bawah tuduhan menghasut.

    Bagaimanapun, Naib Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Sim Seng San menyangkal dakwaan Mao Fong dan Teoh, dengan berhujah bahawa kedua-duanya tidak dapat memahami kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Jing Rong kerana mereka bukan penduduk tempatan.

    “Mengapa menuntut kita memohon maaf? Kami tidak akan memohon maaf! Kami hanya berkata bahawa faktor pengambilalihan tanah tidak harus dikesampingkan.

    “Teoh terlalu sensitif,” katanya, sambil menambah bahawa

    satu-satunya cara untuk Mao Fong dan Teoh mengetahui kebenarannya ialah untuk ‘berdepan dengan kebenaran tentang si mati’.

    Bendahari organisasi itu, Chua juga mengulangi bahawa Jing Rong pernah memberitahunya bahawa hanya RM20,000 pampasan akan dibayar kepada keluarga tersebut.

    Menurut Chua, Jing Rong tidak selesa tentang masa depan mereka.

    Ketua MCA Pengerang, Tan Yong Seng juga mengesahkan laporan China Press bahawa Jing Rong telah meminta bantuan dari MCA kerana bimbang keluarganya akan kehilangan rumah mereka jika tanah itu diambilalih.

    Beliau berkata Jing Rong menangis dan berkata dia akan membunuh dirinya dan keluarganya.

    “Kami berjanji kepadanya bahawa MCA akan membantunya. Jika mereka terpaksa berpindah, kita akan membantu keluarga itu mendapat sebuah rumah baru, “kata Tan.

    Seorang lagi pemimpin MCA tempatan juga memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu telah membantu keluarga tersebut mendapatkan bantuan RM450 bulanan dari jabatan kebajikan sejak Jun tahun lepas.

    Sebaliknya, Johor ketua CID, Hashim Haron menjelaskan dalam satu kenyataan semalam bahawa motif Jing Rong membunuh diri ialah kerana tertekan oleh beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat dengan ‘down sindrom’.

    Beliau juga berkata bahawa Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Che Mahazan Che Aik telah menafikan kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan “mangsa membunuh diri” bersama keluarga kerana hidup dalam kemiskinan seperti yang dilaporkan dalam sebuah sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris.

    “Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini,” kata Hashim.

  6. gambus
    January 3rd, 2013

    Menipu dan putar belit sambil melemparkan fitnah ni perkara biasa laa bagi puak Pakatan DAPigs , tgk sahaja totok PAS dalam ni berapa banyak kali penipuan dan fitnah mereka dah kantoii , bujuk , moo hanyalah 2 ekor lembu DAPigs tapi bila memfitnah seperti orang dah takde agama .. seolah agama mereka adalah untuk jilat kaki lim kit sial

  7. raja kongkiak
    January 3rd, 2013

    Parti Kecelakan Rakyat. Untuk keselamatan JAUHKAN DIRI,JANGAN HAMPIRI parti yang boleh membawa kemudaratan itu. Anggaplah pkr seperti AIDS,,seronok sekejap menderita selama-lamanya

  8. PASpartyNGOK
    January 3rd, 2013

    Jika 3 sekeluarga itu tinggal diKedah, Terengganu, Kelantan atau pun ditempat lain kecuali Pengerang diJohor tentunya tiada siapa akan ambil peduli atas kematian ini kecuali team penyiasat PDRM.

    Merekalah yang akan bertungkus lumus mencari bahan dan bukti sebelum menklasifikasikan kes itu, samaada mati mengejut atau ada unsur jahat pihak ke3.

    Nasib baik bagi mereka tetapi malang bagi orang lain kerana 3 sekeluarga itu tinggal diPengerang.

    Walau pun bagitu kita tetap percaya polis dalam siasatan mereka akan berjumpa dgn jiran terdekat dan sedara mara mereka dan dari situ merumus sebab kejadian. Samaada mereka benar2 tak cukup makan , telah teraniaya adan tidak dibantu.

    Surat khabar mereka, biasalah, perlukan bahan sensasi utk dijual.

  9. raplahjingaa
    January 3rd, 2013

    Rapid penggerang adalah mimpi ngeri kepada industri penapisan minyak singapura, Malaysia memberi saingan betul-betul di depan pintu masuk rumah mereka !!

    Ada laporan mengatakan singapura menyediakan dana melalui DAP untuk memastikan projek ini di gagalkan dan seterusnya membunuh saingan sengit yang bakal mereka hadapi dengan pembinaan rapid penggerang.

    Luka akibat pembinaan pelabuhan tanjung pelepas masih terasa sakitnya, pelabuhan singapura terbantut perkembangannya akibat terlalu banyak kapal yang menggunakan pelabuhan malaysia yang lebih murah perkhimatannya….dan mereka tak kan membiarkan rapid penggerang menambah luka di hati pemimpin singapura.

    Dana yang banyak di salurkan kepada DAP membuat PAS seperti anjing kehausan yang sanggup melakukan apa saja demi seteguk air dari tuannya..iaitu DAP.

    …dan PAS sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi yang diberikan DAP.

  10. tengkudin
    January 3rd, 2013

    singapork takut oooo….
    tu pasai cina cina DAP ni nak tunjuk hero halang ni semua

  11. PASpartyNGOK
    January 3rd, 2013

    Teori saudara mengenai funding Spore-DAP ini teramat kuat lojik nya. Ini kerana Rapid akan berfungsi sama walau tidak lebih dari PTP terhadap PSA.

    Selama ini hampir 80% bunkering dibuat di OPL Spore kerana effiency dan kemudahan yang disediakan oleh Spore utk tujuan bunkering kekapal, walau harga nya tidak semurah yg sepatutnya.

    Dengan RAPID yang sedang dibina oleh Penta Ocean satu komponi Jepun , diPengerang pasti menokok tambah lagi activiti perkapalan berpusu ke perairan Johor.

    Saperti satu projek usahasama Msia/Thai yg belum direalisikan mereka berharap projek RAPID dapat dikuburkan sama.

    Ini tidak mudah berlaku kerana projek di Pengerang terlalu hampir utk siap.

  12. bujuk
    January 3rd, 2013

    Tepuk lagi air d dulang, kan dah tepercik ke muka sendiri. Lain kali isu cerai-berai dan pergaduhan keluarga jangan d sabitkan dengan politik. Sedap mengata PAS punca pecah belah, cerai-berai… sekarang dah dapat petunjukkut bila ada orang bunuh diri sebab projek umno.

  13. raplahjingaa
    January 3rd, 2013

    Sebenarnya itu bukan teori yang dibuat-buat….itu adalah kenyataan ! Alhamdulillah kerajaan tak tunduk pada langau-langau DAP yang mana master planner mereka adalah PAP.

    Cai-cai PAS tak berfikiran jauh….mereka hanya follower, dan tidak dibenarkan berfikir…kalau mereka nak berfikir pun, dengan otak sebesar otak kambing…apa yang boleh mereka fikirkan ?? kecuali rumput !

  14. raplahjingaa
    January 3rd, 2013

    Hang ni bujuk dah lebih DAP dari DAP tu sendiri…

    Hang tak mau ikut rombongan nizar colok ke penggerang ke bujuk, jangan lupa pakai baju hitam tau.

  15. bujuk
    January 4th, 2013

    Dah berkali2 aku kata perkara tersebut salah…

  16. Hamba Ar Rahman
    January 4th, 2013

    Aduihhh…pedis tuuuu…hehe

  17. Hamba Ar Rahman
    January 4th, 2013

    Apa benda kamu cerita ni Bujuk….orang faham lain…hang pulas kot lain….distorted sungguh kepala hang ni Bujuk…

  18. anakbochek
    January 4th, 2013

    Masa pergi rombongan colok ke penggerang nanti kalau rasa2 nak kongsi nama Allah masa upacara tu dijalankan boleh jugak Bujuk. Puak hang kan sokong benda tu, jadi kami tak buleh nak kata apa lagi la.

  19. gambus
    January 4th, 2013

    hahaha bunuh diri sebab projek umno hahaha baca lagi kitab menipu Harakah dan Keadilan tu ..

  20. raplahjingaa
    January 4th, 2013

    Betul..kekadang aku hairan apasal la PAS tak nampak konspirasi DAP dalam mensingapurakan Malaysia, ianya sedang berjalan lancar di Pulau Pinang…

    Entiti Bumiputera di serang dengan berbagai fitnah, matikan perkembangan ekonomi, social, pelajaran, agama dan pecah belahkan ummah.

    Naikan property dan real estate value dengan secara mendadak dengan membenarkan pembelian tanah kerajaan negeri oleh rakyaat dan syarikat Hong Kong, singapura dan Taiwan.

    Kebanyakan syarikat swasta di Pulau Pinang sekarang ini meniklankan job vacancies dengan keperluan Bahasa Mandarin sebagai syarat.

    Orang Melayu sudah mula berpindah ke Seberang Perai….modes operandi yang sama seperti yang dilakukan PAP di Singapura.

    Di Penggerang tujuannya adalah sama seperti jugak Lynas,kedua projek mega ini di terajui oleh orang Melayu, dan ianya tak harus dibiarkan berjaya.

  21. lynkubesar
    January 4th, 2013

    alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

  22. lynkubesar
    January 4th, 2013

    PDRM juga perlu bijak menyiasat samada jiran2 si mati telah dibeli pembangkang dan bebas dari sebarang ugutan.. jika pembangkang dibelakang mereka segala bukti mesti diambil dari longkang..

  23. lynkubesar
    January 4th, 2013

    PAS PARTI SARA HIDUP
    kais pagi makan pagi..
    kais petang makan petang..
    sekali PAS MAKAN BABI..
    terasa nikmat bukan kepalang..
    dapat duit fikiran melayang..
    hingga lupa pas nak karam..

  24. lynkubesar
    January 4th, 2013

    dulu nizar colok ciner mati..sekarang nizar lambai lak pantang nampak orang asyik melambai jer..

  25. Hamba Ar Rahman
    January 4th, 2013

    Siapa kata mereka tak tahu…mereka sememangnya tahu…terutamanya pemimpin2 atasan….jika mereka tak tahu sudah lama TGHA menarik balik semua amanat….survival dan perjuangan mereka yang sebenar bukanlah untuk mempertahankan bangsa dan agama…tetapi untuk kepentingan peribadi dan untuk ke Putra Jaya…mereka memang sudah maklum bahawa jika PR menang pun….confirm PM bukan dari PAS…jadi sendiri mahu fikirlaa….

  26. selendangbiru
    January 4th, 2013

    Senang jer…PRU13 jgn bagi undi pada parti celaka PKR nie. tak habis2 menyusahkan. lahanat.

  27. Zarman
    January 4th, 2013

    Akhir zaman ni orang2 macam bujuk, mm, neutron ni memang banyak, dan mereka sekarang sedang bersarang dlm sebuah parti khawarij yang dinamakan PAS….
    Mereka sanggup mengkhianati sesama islam demi kafir harbi. Mereka lebih mempercayai kafir (Deepak) dari saudara seagama…. Suatu hari, mereka akan bertindak seperti puak syiah keatas penduduk sunni di negara Arab…. Percayalah.

  28. Hamba Ar Rahman
    January 4th, 2013

    Jika perkara2 yang sebelum ini pada mereka haram (contoh bergabung dengan kafir) sudah jadi halal….aku tak heran esok2 mereka menghalalkan pula darah sunni…nauzubillah….

  29. bujuk
    January 4th, 2013

    Tapi itulah yg. rakyat percaya.. nak buat camana. Hingga terpaksa pulak cerita dalam utusan nafikan segalanya..

  30. raplahjingaa
    January 5th, 2013

    Rakyat macam hang jer percaya bujuk…cina bunuh diri sebab projek kerajaan.

  31. Anonymas
    January 5th, 2013

    Kampung Buah Pala haritu, pampasan takda apa pun takde. Yilek. Takde orang peduli. Media PR buat tak tau je

  32. gambus
    January 5th, 2013

    rakyat siapa bujuk , menurut puak Pakatan DAPigs hanya lembu macam kau jee yang berpolitik dan mengasingkan agama untuk menghalalkan penipuan dan fitnah , kau sendiri yang mengaku bujuk !!!!

  33. bujuk
    January 6th, 2013

    PRU12… peratus undi BN dan PR tak lebih 5%, itu pun sebab banyak undi POS.
    Sekarang peratus tersebut telah berubah.. memihak PR, sebab tu PM tangguh hingga ke hujung…

  34. raplahjingaa
    January 7th, 2013

    Hang mimpi ke bujuk….semua orang tau faktor ” pak lah mat tidoq ” yang menyebabkan undi BN merosot, malah amat ramai penyokong UMNO yang tak keluar mengundi.

    Tu pun hangpa kempunan nak pi putrajaya. PRU 13 ni jangan mimpi la bujuk…silap-silap kelantan pun akn bertukar kerajaan.

    Rakyaat tak bodoh bujuk…orang macam hang jer masih dok mimpi.

    Sebab tu la penang dan selangor tak berani nak bubarkan DUN serentak…awai-awai depa dah bagi tau !!

Leave a Reply

Type your comment in the box below: