22
Dec

Rompak Balak: Rakyat Kedah Sudah Serik Dengan “Bodoh Sombong” Rejim Azizan Razak

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tayangan sebuah gambar kawasan hutan simpan kekal di Tasik Pedu, Kedah, yang seolah-olah menjadi “padang jarak padang tekukur” setelah menjadi mangsa digondolkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Kerakusan di tahap melampau untuk membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.

Sebenarnya, gambar tersebut merupakan salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200 meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama bagi kawasan utara semenanjung.

Dulu ketika Kedah ditadbir BN di bawah Datuk Seri Syed Razak, pernah ada cadangan untuk membalak di kawasan tersebut secara sistematik yang melibatkan 3 batang balak secara berjadual. Namun mengenangkan anak cucu dan alam sekitar, hasrat tersebut dibatalkan secara total.

Namun tidak sampai 5 tahun Kedah ditadbir PAS, kawasan yang diharamkan BN untuk sebarang aktiviti balak itu telah “didogolkan” Azizan Razak tanpa rasa bersalah dan secara automatik landskap di kawasan itu bertukar wajah!

Bila ditegur tentang pembalakan rakus yang tidak memikirkan masa depan dan sistem ekologi itu, Azizan Razak terpaksa menyuruh Setiausaha Politiknya, Sanusi Mohd Nor untuk menjawab kontroversi PAS merosakkan Kedah itu.

Mungkin berlatar belakangkan pengalaman sebagai “land surveyor”, Sanusi selamba “badak” menjawab dan “confident” mengatakan bahawa “tidak ada setitik pun air dari kawasan balak tersebut yang masuk dan mencemarkan empangan Pedu”…

Pada saya, jawapan dari “pakar balak PAS Kedah” itu jelas menunjukkan bahawa dia hanya melihat pada “surface” sahaja dan dia fikir rakyat Kedah semuanya jenis bodoh-bodoh belaka seperti pak-pak lebai yang dia perbodohkan selama ini.

watercycle_psat1

Untuk menunjukkan kedunguan jawapan dari Setiausaha Politik yang menjadi kesayangan Azizan Razak itu, saya fikir memadai dengan merujuk kepada gambar di atas. Kalau susah sangat nak faham, maka dia sepatutnya pergi sekolah semula dan tajamkan otaknya..

Hanya sekali saja kesilapan rakyat Kedah yang memilih PAS dan sekali saja kesilapan para penyokong UMNO yang enggan turun mengundi pada PRU ke-12 yang lalu, telah menyebabkan negeri Kedah kehilangan lebih 15,000 hektar kawasan hutan simpan kekal di seluruh negeri itu.

Bukan hanya di Pedu, PAS Kedah juga membolot hasil balak sehingga licin di kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas di Baling, Bukit Perak di Pendang dan banyak lagi kawasan-kawasan yang menjadi mangsa pak-pak lebai PAS ini.

Kalau sebatang dua saja yang ditebang, tak mengapalah juga. Tapi yang melampaunya, mereka rompak balak di hutan-hutan itu tanpa meninggalkan sebatang pokok kemucup sekali pun! Licin, botak sebotak-botaknya..!!!

Itu baru Kedah yang dijajah PAS. Kedah yang ada sedikit kawasan hutan pun ditarah sampai “togel” oleh pak-pak lebai kulup PAS itu. Bayangkan kalau PAS dapat menjajah Pahang dan Sarawak, silap-silap kedua negeri itu akan jadi “gurun Sahara” diratakan mereka.

Begitulah bila kuasa sesebuah negeri jatuh ke tangan orang yang bukan “ahli” dan mampu mentadbir dengan baik, bagaikan “beruk dapat bunga”, dia rosakkan apa saja yang ada ditangannya tanpa memikirkan akibat atau kesan di sebalik tindakannya.

Bila ditegur, PAS kata kita cuba memperlekeh dan memburuk-burukkan mereka. Kalau tak ditegur, makin menjadi-jadi mereka menjahanamkan negeri Kedah sehingga melibatkan kehilangan dan kerugian besar dalam jangka masa yang panjang.

Payah benar bila bercakap dengan golongan “bodoh sombong”. Tiada cara lain, rakyat Kedah kini termasuk para penyokong PAS di akar umbi sudah nekad untuk mengembalikan Kerajaan Kedah kepada BN. Kami sudah serik dengan rejim PAS Kedah..!!!

Ada 44 Comments setakat ini.

  • bujuk
    December 22nd, 2012 at 11:06 PM

    K’jaan kedah tebang balak untuk jana pendapatan negeri, tapi pemimpin UMNO tebang balak untuk kayakan kroni. Rakyat kena faham antara ibu-bapa yg. gadai tanah pusaka untuk besarkan anak dan bagi pelajaran dengan ibu-bapa yg. jual harta sebab nak berjudi dan berjoli. Tentu berbezakan… 1 buat untuk laksanakan tanggungjawab, 1 lagi buat perkara yg. sama untuk puaskan nafsu. Sebagai rakyat kuasa memilih d tangan anda… ibu-bapa yg. bagaimana pilihan kita untuk jaga anak cucu.

  • Orang Melaka
    December 22nd, 2012 at 11:14 PM

    Bujuk ni bodoh juga;
    PAS pun bagi membalak tu utk kroni la jugak bodoh! Orang tak bagi dia buat jugak, dah lepas air kotor berlumpur, menyalahkan bunian gamaknya?
    Aku dah perati lama dah, walaupun PAS ni ada jugak la golongan professional, tapi masih ramai pemimpin tahap bingai.
    Kalu pemimpin bangang, hatta pengikutnya plak berganda2 la kebodohannya.
    Mcm si Bujuk ni.
    Kan?

  • Anti-orangbodomcmPAS
    December 22nd, 2012 at 11:33 PM

    CONTOH YANG SANGAT BODOH LAGI DANGKAL NI MESTI BUDAK DARJAH BERAPA LA SI BUJUK NI??? KESIAN NYA TENGOK

  • PASpartyNGOK
    December 22nd, 2012 at 11:40 PM

    Bila mereka ni join PAs mereka kena dgn parti itu sampai masok kubur. Kalau keluar Pas separuh jalan jatoh talakj 3 dgn bini.

    Apa ke iblis punya law macam ini. Nak mampos agaknya.

  • StinGray
    December 23rd, 2012 at 12:04 AM

    Faktanya bujuk…PAS gadai bini utk jadi YB…PAS gadai agama untuk jadi khadam DAP…PAS gadai tongkat cabuk untuk jadi MB…PAS gadai nyawa cai2 untuk Amanat Hardy…

  • bks umnu
    December 23rd, 2012 at 2:25 AM

    Haha meroyan habis cai2 umno ni

  • bks umnu
    December 23rd, 2012 at 2:33 AM

    Itu la bezanya umno bn yg anggap politik x da dlm islam bg mereka org politik buat kerja sia2 kerja buat politik tak masuk dlm kubur kalau hidup dlm politik 50th makna keja buat politik mereka tak d nilai oleh allah mcmnila fahama kristian politik x boleh campur dgn ugama,org pas hidup mati dia kerana allah semuanya ibadat dan semuanya perintah allah berpolitik tak boleh main2 utk elak lompat sana sini bila dh jd wakil rakyat kenala baiah dgn jemaah…cai umno mana tau sbb mereka politik hanya nak mkn kedarah ja

  • man p sanai
    December 23rd, 2012 at 2:43 AM

    Kita tau umno bwa keluar isu balak ni ada agenda menjatukan umno depa ni nak bg pas bawa keluar penyelewengAn balak yg berlaku masa bn dulu ha bawa keluar hak tu jahanam la bos bn kedah dulu itu la yg depa mau akai ketua pemuda umno bnyk tu ja maklum la dia pun dok bertarung kerusi d pdg terap jd kena la rentap turun bos pdg terap dulu baru la bleh berkira kerusi k nerang@pedu tok li pun bkn kecik anak dlm politik hehehe tak gitu

  • halirafi
    December 23rd, 2012 at 6:40 AM

    Tapi pelik ya kenapa TGNA marah bila mufti tegur pemimpin parti PAS? Kata politik itu sebahagian drp agama islam? Kita kena ingat pesan Pencipta kita supaya menjaga alam ciptaanNya drp kemusnahan.

  • tengkudin
    December 23rd, 2012 at 8:29 AM

    nikajis nak jaga alam sekitar…dia hujan pun tak tahan..fobia..air kat kelantan sampai kering kontang keje dia la…baghal punya pas..

  • mm
    December 23rd, 2012 at 8:44 AM

    La…satu lagi propagandan umno. Hang tak mau ambik kat kat Pahang, Perak, Selangor, Johor Sabah & Sarawak? Untu pngetahuan hang, jumlah kaw balak yg di tebang (per hectar) adalah kurang dari zaman BN dulu, malah hasil per hectar jauh lebih tinggi. Sila Google Laporan/reply kerajaan Negeri.

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 9:26 AM

    Hanya orang kurang cerdik macam hang jer moooo buat analisis macam tu….tapi moooo, orang macam hang kat malaysia ni, tak la ramai, so its ok, you re still excepted in the society.

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 9:40 AM

    Law tu memang la pelik…tapi dengan puak depa ni aku tak hairan langsung…ialah kalau kita fikir, ada logik jugak sumpah keluar PAS kena carai bini ni.

    Dalam clan beruk kat hutan simpan…kalau ada seekor beruk mak yeh nak keluar dari kumpulannya….dia mesti meninggalkan semua yang ada dalam kumpulan tu…termasuk jugak beruk-beruk betina di dalam kawalannya…

    kekadang PAS ni logic jugak….dalam dunia haiwan…

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 9:42 AM

    Apa yang PAS tak gadai ?? tak ada satu benda pun yang PAS tak gadai…

  • Hamba Ar Rahman
    December 23rd, 2012 at 11:38 AM

    Golongan professional pun ada 2 jenis…satu…yang high ranking dan kerana prestasi yang sangat baik maka dilantik menjadi pengarah2 dan jawatan2 tinggi dalam kerajaan….GLC dan lain2…satu lagi golongan yang tidak berapa perform…tidak mendapat tempat…jadi terpaksa menggunakan platform lain untuk dikenali dan merasa hidup yang high ranking juga….tetapi biasalah…apabila tidak mendapat tempat dalam kerajaan….maka wujudlah perasaan tidak puas hati…dan menyalahkan kerajaan…dan orang lain yang terpilih untuk jawatan2 tinggi akan dimusuhi dan dituduh sebagai kroni kerajaan….standard lah tu….macam di rumah juga..abg dapat, adik tak dapat…adik kata mak sayang abang lebih…bukan susah nak faham pun….

  • Hamba Ar Rahman
    December 23rd, 2012 at 11:40 AM

    Kalau dah jatuh talak 3…sapa nak jaga tu Bro…kitaaaa jugak….hahahaahaaa

  • Hamba Ar Rahman
    December 23rd, 2012 at 11:43 AM

    Zaman rasulullah dulu ada ker baiah cerai talak 3???…tolong komen sikit..aku takda ilmu tentang ni…mungkin aku terlepas kelas kut…

  • Hamba Ar Rahman
    December 23rd, 2012 at 11:45 AM

    huahuahua….tuuu species Gorilla tu bro…ekekeeke

  • Hamba Ar Rahman
    December 23rd, 2012 at 11:47 AM

    Nak google laporan negeri Pakatan Rakyat ke bro…baik tak payah macam tuu…tak baca pun dah boleh agak apa laporannya…hehehehe

  • bajuk
    December 23rd, 2012 at 12:32 PM

    pirah,org tak tebang balak dekat kawasan tadahan,nampak sangat bila ada peluang kemaruk duit nama je ulamak.

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 1:44 PM

    hehe..tu la pasal…kalau yang berdahi licin tu jangan harap la bro…mat sabu borong habis !!

  • Topup
    December 23rd, 2012 at 2:28 PM

    tolong buktikan kat sini yg kau ( bks ) ada buat baiah juga …kalau tadak ..diam !

  • Topup
    December 23rd, 2012 at 2:29 PM

    macam binatang ? tapi nampak dah seperti pun !

  • Topup
    December 23rd, 2012 at 2:30 PM

    Khalit gagap pun tak grenti elaun bila dah jadi ibu tunggal !

  • Topup
    December 23rd, 2012 at 2:32 PM

    kau dapat konsesi balak ker mm ? pandai semacam jer ?

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 2:39 PM

    Lepas tu adik merajuk…panggil solat jemaah pun tak nak, hang faham kan bujuk ??

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 2:40 PM

    tapi tengkudin, dia ada magic dia boleh keluar kan teh tarik kurang gula dari semua pili paip di kelantan…najib boleh ke ? mana boleh !!

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 2:42 PM

    sat…bujuk tengah cari kitab tajul muluk, nak halalkan cara, sat lagi dia mai…

  • raplahjingaa
    December 23rd, 2012 at 5:30 PM

    mooo…dia tak dapat konsesi balak….dia la kayu balak.

  • StinGray
    December 23rd, 2012 at 5:36 PM

    Tak salah kalau nk tebang balak…tapi ikut la prosedur…ni tebang balak mcm tebas runput nk bg lem-moooo mkn…kekal sungguh bingai hang ni lem-mooooo

  • zarman
    December 23rd, 2012 at 6:22 PM

    he he he! nama baru mooo -lem-mooo,
    kalau bujuk pula… lem-bu… menarik tuh.

  • Zairul
    December 23rd, 2012 at 10:32 PM

    Tebang balak cepat sikit dapat duit. Nak pikir tambah pendapatan negeri dari sektor yang lebih ilmiah tak mampu sebab kurang mengaji hal-hal teknologi ni. Akhirnya buat projek ala-ala kampung gitu. Tanam mangga dengan anggur. Gila ke hapa nak tanam anggur tengah hutan, panas lit-lit pulak tu.

    Kalau ya pun, pikir la camana nak baik pulih berpuluh hektar tanah terbiar kat Kedah ni. Itu lebih baik, sapa pun tak marah.

    Lepas ni pi la tebang sebelah bukit lagi, cakap nak bela ayam pulak.

  • raplahjingaa
    December 24th, 2012 at 12:46 AM

    Kalau hangpa pi Penang, penuh satu pulau dengan papan iklan DAP, kononnya kerajaan DAP penang menambahkan pendapatan negeri jauh lagi banyak dibandingkan dengan kerajaaan BN sebelum ini.

    Tapi depa tak bagi tau…berapa banyak tanah kerajaan yang dijual kepada kroni DAP, kepada cina singapore, taiwan dan hong kong…jual di bawa harga pasaran pulak tu, sampai kan tanah reserved untuk masjid pun habis depa jual.

    Di Penang jual tanah rezab masjid, di kedah depa nak runtuhkan surau, di kelantan depa bangga dengan patung buddha, di selangor pulak depa masuk gereja dan tuntut kesamaan agama.

    kat mana Islam depa ??

  • bujuk
    December 24th, 2012 at 8:14 AM

    Sebagai ayah kenalah pandai pujuk dan guna kuasa supaya semuanya dapat solat berjemaah dan tidak d tinggalkan. Takkan yg. ni pun tak boleh buat…

  • bujuk
    December 24th, 2012 at 8:19 AM

    PAS bukan gadai untuk berjudi, PAS gadai untuk perjuangan ISLAM yg. suci. Ada kah mana2 isteri pemimpin PAS kena cerai dengan bai’ah ni… sekiranya betul. Tu Hasan Ali dah jatuh talak ke dengan Isteri dia? atau MP PAS d perak yg. jadi bebas? masih suami/isteri yg. sah kan. Jadi d mana logiknya cerita korang?

  • Anak Lenggong
    December 24th, 2012 at 8:27 AM

    Disebabkan bangang, nak menjana ekonomi dan duit masyuk kekocek..cara paling senang tebang dan korek habis hasil bumi. kalau kat selangor korek pasir dan jual..bujuk,mm guna otak laa nak menjana ekonomi negeri kepala hotak kalian sekiranya habis balak dikawasan tadahan air dikejakan..sapa yang tanggong bahana nya rakyat jugak dan bukan nya nike ajis, haji hadi ataupun Azizan sebab mereka bukan duduk dikawasan tersebut. Kalau dulu jalan2 kat aling boleh gak mancing ikan kelah dan bawak anak mandi sekarang ni dah tak boleh sebab air sungai dah jadi kuning..lu fikir laa bujuk dan mm bangang oii jangan dok terlalu jumud dengan pemimpin ko..fikir sama masalah dan akibat daripada perbuatan pemimpin ko yang cuma cara berpakaian dan perwatakan je islam tapi perangai lebih buruk daripada yahudi.

  • raplahjingaa
    December 24th, 2012 at 12:27 PM

    Boleh….ayah tu pujuk, terpaksa la bagi motor kapchai kat adik…bila adik dapat abang pulak merajuk…

    hehe..

  • anakbochek
    December 24th, 2012 at 12:28 PM

    Orang PR mana percaya dgn kitab tajul muluk. Diorang sekarang pakai kitab Jinggay.

  • raplahjingaa
    December 24th, 2012 at 12:28 PM

    Hassan Ali di pecat PAS !! dia selamat….

    hmmmm…gadai nama Allah untuk perjuangan Islam ??

    bujuk…bujuk…

  • Hamba Ar Rahman
    December 24th, 2012 at 1:26 PM

    Yang cerita pasal Baiah tu sapa Bujuk…orang PAS juga…orang PAS jer yang pandai berbaiah ni….sebab mengikut Islam katanya…tak caya…hang pi tanya Zulkifli Nordin….oh ya …aku terlupa…Zul ni pun menurut kata hang tak boleh caya…yang boleh percaya hanya cakap hang dengan cakap orang2 yang masih dalam PAS…tak gitu Bujuk…

  • Hamba Ar Rahman
    December 24th, 2012 at 1:33 PM

    Boleh kalau nak tanam anggur pun…tapi aku tak nampak relevannya…di negara2 mediteranean memang depa pengeluar anggur…sebab cuaca sana memang sesuai…lagi pula mereka menggunakan anggur tersebut untuk menghasilkan wine…jadi mereka juga pengeluar wine….di Malaysia ni…kalau kita setakat tanam anggur nak makan sesaja…tak komersil rasanya…sebab sah-sah anggur yang ditanam di cuaca khatulistiwa (jika boleh pun) tidak sama kualiti dengan anggur di tanam di tempat sejuk…jadi kalau jual pun..tak berapa nak laku…sebab anggur import pun sekarang dah murah dan lebih sedap dari yang ditanam di cuaca khatulistiwa (jika boleh tanam)…dan takkan kita nak tanam anggur tu untuk export buat wine pulak…tak tahulaa kot boleh pulak macam tu…bersubahat….kalau tak kira subahat pun…wine yang dihasilkan pun tak berapa nak laku..sebb kualiti anggur nya tak bagus…erm…macam2 idea pelik dan tak masuk akal depa nii….

  • bujuk
    December 25th, 2012 at 3:46 PM

    Hutan d hulu perak siapa yg. kebas???
    Hulu perak bukan kawasan tadahan hujan ka? d sana ada empangan hidro terbesar d semenanjung lagi. Jangan berlagak bodoh la…
    kalau isu tersebut tak masuk utusan bukan bermakna ok. Tu d pahang apa dah jadi.. hingga terjadi banjir terbesar sejak lebih 20 tahun dulu.

  • bujuk
    December 25th, 2012 at 3:52 PM

    BAIAH ni ajaran Rasulullah.. hari ni umno pun dah follow. Zul ni aku tak percaya lagi sekarang walaupun aku suka juga baca blog dia dulu. Orang yg. mengaku diri dia d peralatkan tak mustahil akan d peralatkan. Tapi kalau hang nak percaya… aku tak halang.

  • Anak Didik KUIN
    December 31st, 2012 at 2:31 AM

    Nak membalak boleeeehhh…tak ada salahnya. Yang salahnya Kerajaan PR/PAS Kedah ialah kerakusan membalak tuuuu…

    Pernah PAS kata Kerajaan dulu buat felda, hutan jadi botak juga, kenapa tidak dipersoalkan?. Kenapa PAS tebas hutan, jika jadi botak pun, ianya adalah perojek untuk rakyat. Ladang Rakyat dan juga egroturism, itu untuk rakyat.

    Bezanya Kerajaan Perikatan buat felda dengan PAS buat Ladang Rakyat atau agroturism amatlah jauh. Felda ada sistem dengan ada perbadanan/penguatkuasaan. Mengawal penebangan kayu balak, mengatur peneroka, mengujudkan penempatan serta perumahan dan saterusnya memberi amat banyak kebajikan kapada peneroka, sahingga sekarang peneroka telah senang lenang dengan rumah baglow dsbnya.

    Sebaliknya, Ladang Rakyat setar agotirism, tang mana yang dikata ladang tersebut untuk rakyat?. Setakat yang kita tahu Ladang Rakyat yang dicadangkan di Gunung Inas, PAS mengutip nama rakyat penyokong PAS dimerata negeri, orang Jerlun ada nama, orang Kubang Pasu ada nama, orang Yan ada nama, orang Pantai Merdeka ada nama dan banyak lagi nama orang PAS dari Daerah jauh dari Gunung Inas di Daerah Baling yang disenaraikan yang kononya mereka ini akan diberi rm100 sabulan apabila hasil Ladang Rakyat keluar. Bukannya ada tapak rumah dll. kemudahan penempatan rakyat di Ladang Rakyat tersebut. Jauh kan beza dengan felda?.

    Demikian juga ladang agroturism yang akan diurus oleh PKNK di pesisi Tasik Pedu. Ladang buah-buahan konon. Mengambil sempena jalan baru Baling-Durian Burung, akan memberi suatu pandangan indah ditepi Tasik Pedu yang indah ada menarik pelancung datang makan buah-buahan.

    Perasa kita, rakyat akan setuju jika kawasan Ladang Tourism ini dibuat dikawasan lain dari kawasan tadahan air sebagaimana hutan kekal di Pedu ini. Kerana ekoloji kawasan hutan yang ratusan tahun umurkan itu, tidak akan ujud lagi walau 100 penggal PAS memerintah Kedah.

    Pada rakyat sekarang, alasan yang diberikan oleh Sanusi/mantan calun PAS kalan di Belantik ini hanya nak menghalalkan cara, disamping nak menjual balak dari kawasan itu serta memperkayakan keroni-kerini mereka.

    Kita akan siasat dari dalam pentadbiran Kumpulan Ladang PKNK adakah sekupang yang PKNK keluarkan perbelanjaan kerana menjalankan penggondolan Bukit di pesisir Tasik Pedu itu.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.