20
Dec

Pakatan Rakyat Samakan Mufti Perak Dengan Anjing

 

Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR. Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing. Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.

Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.

Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka. Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS. Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.

Semua ini digarapkan dengan jelas oleh Suara PR yang menyatakan bahawa “selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi”.

Laman itu juga menekankan bahawa jawatan mufti hanya menghabiskan wang rakyat kerana rakyat masih berbuat maksiat seperti biasa. Oleh yang demikian, PR ingin menghapuskan jawatan Mufti dan menggantikannya seorang Imam Besar sahaja.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala dengan apa yang ditulis oleh laman tersebut manakala di kalangan penyokong PR pula, ramai yang cuba menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka. Acapkali sesuatu yang begitu dahsyat dan keterlaluan yang ditulis di laman tersebut, dituduh sebagai ‘kerja UMNO’.

Hairan juga kenapa penyokong PR perlu menafikan apa yang mereka sendiri persetujui. Bukankah mereka juga yang sering memperlekehkan Ulama yang tidak pro kepada mereka? Bukankah mereka juga yang sering memanggil semua yang menyokong kerajaan sebagai anjing? Bukankah mereka juga yang mendabik dada bahawa Tuan Guru dan Tok Guru mereka sebagai manusia paling alim dan paling tinggi darjatnya?

Justeru, kenapa mesti ‘cuak’ apabila laman Suara PR mengulangi apa yang mereka sering laungkan? Kenapa mesti menafikan suara sendiri?

PR juga nampaknya terkial-kial menafikan bahawa Amanat Hadi Awang menjadi punca penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa dalam peristiwa Memali pada tahun 1985. Bagi mereka ia hanyalah cerita kitar semula yang tidak membawa makna seolah-olah rumahtangga penyokong mereka, perpaduan ummah dan nyawa manusia, termasuk penyokong tegar mereka, sebagai langsung tidak berharga.

Tiada manusia atau agama di dunia yang melihat soal kebahagiaan rumahtangga, perpaduan masyarakat dan menghargai nyawa sebagai perkara remeh. Dan di dalam Islam tentulah semua ini jauh lebih tinggi dan lebih penting lagi:

Nyawa bukan mainan yang boleh dijual beli atau ditukar ganti. Hanya Allah SWT yang berhak ke atas nyawa hambanya. Islam juga meletakkan rumahtangga di satu tempat yang khusus di mana ‘lafaz nikah’ juga perlu dilakukan dengan cara tertentu sekali gus menunjukkan satu ikatan rohaniah iaitu lebih kuat dari sekadar lahiriah. Perpaduan ummah pula ada sesuatu yang wajib diperjuangkan jika ingin melihat Islam dan umat Islam kuat serta mampu memikul tugas sebagai Khalifah di dunia ini.

Justeru, sikap PAS yang sanggup melihat akibat yang bertitik tolak dari Amanat Hadi itu sebagai remeh serta tidak perlu dibincangkan lagi, membuktikan betapa PAS sudah terlalu jauh tenggelam dalam usaha mengejar kuasa, lemas dalam pencarian jatidiri parti PR, sekali gus jauh meninggalkan Islam.

Akhir kata, adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk cuba menjelaskan tuduhan laman Suara PR mengenai kelayakan Tan Sri Harussani. Rasanya, penyokong PAS sendiri tahu di mana sebenarnya kelayakan Haji Hadi berbanding Tan Sri Harussani kerana kerajaan UMNO telah meletakkan syarat-syarat kelayakan yang cukup tinggi dan terbukti sebelum melantik seseorang Mufti. Lainlah dengan PAS, di mana seorang yang tak lulus SPM dan tak tahu Bahasa Arab juga boleh diangkat sebagai Mursyidul Am.

Ada 8 Comments setakat ini.

  • Santrang
    December 21st, 2012 at 1:42 AM

    Inilah kesan melampau daripada amanat Hj Hadi, hinggakan mufti yang tinggi ilmu agamanya disamakan seperti binatang, puas rasanya hati nik aziz, hj hadi kerana hasrat hati mereka tercapai sudah. Ingatlah kami diluar sentiasa akan menilai apa yang dilakukan oleh PR khasnya juak-juak PAS.

  • gambus
    December 21st, 2012 at 2:56 AM

    Politik punya pasal .. ulamak kena maki hamun sebab tak beri sokongan kepada mereka , tapi nak buat camana sedangkan agama pun orang PAS ni boleh lacurkan dan main-mainkan hukumnya .. inilah contoh manusia-manusia hina yang berpeluk dengan DAPigs

  • ku2
    December 26th, 2012 at 10:12 PM

    org ajaran sesat memang macam tu leh samakan mufti ngan anjing..jadi selamani diorg ikut cakap anjinglah agaknya..sebabtu peel diorang lebih buruk dari anjing..dah jadi perangai babi..anjing kira ok lagi leh jaga kebun..ni babi..perosak segalanya..

  • misterzizou
    December 31st, 2012 at 11:59 AM

    KO kena tanye orang-orang ni..antara Hadi dan Rasulullah siapa ilmu lagi tinggi.. Kalau Mufti gunapakai hadis Quran untuk kasi contoh berbanding penerangan Hadi, mana yang lebih utama?.. Hadis atau Qisas Hadi?

  • fatahismi
    December 31st, 2012 at 5:47 PM

    Kurang ajar punya Pakatan Rakyat, boleh belah!!!!

  • kepalakampung
    January 10th, 2013 at 9:37 AM

    Moga ALLAH mengukuhkan iman kita. Sesungguhnya aku menyokong Ulamak dan Mufti yang hanya gentarkan ALLAH dan bukannya manusia yang cuba meraih keuntungan dunia yang sedikit. Moga ALLAH berikan petujuk kepada kita semua tak lama lagi. Moga ALLAH pelihara Iman kita dan umat ISLAM yang berpegang di tali ALLAH. “Ya ALLAH kami mohon perlindunganMU dari manusia2 yang ingin meruntuhkan ISLAM secara terang-terangan.” Amin

  • namron
    January 13th, 2013 at 8:42 AM

    Saya tidak terkejut bila ada orang mengatakan beliau begitu anjing..malah saya sendiri menganggap gesaan menyuruh Hj. Hadi menarik balik amanat yang dibuat 31 tahun lalu itu salah satu usaha mempertahankan UMNO dan dalam masa sama menyerang Pas. Kenapa begitu lama sekali Harussani untuk menyarankan perkara itu? Apakah selama ini, beliau sedang membuat kajian dan menelaahkan berbagai jenis kitab terhadap kata-kata Abdul Hadi itu sehingga hari ini baru terkeluar saranan itu. Apakah sebelum ini, 31 tahun lalu beliau masih belum khatam dan belum cukup ilmu untuk menyanggah Abdul Hadi Awang? Jawabnya mudah saja, Harussani yang kini telah menjadikan diri sebagai terompah kayu Umno redha ke mana saja terompah itu dibawa bukan saja ke laman surau tetapi ada kalanya ke dalam tandas. Dan ada kalanya terompah itu terjerlus ke dalam lubang taik!!..Perbuatan Harusaani itu menampakkan yang beliau tidak siuman lagi dalam membuat fatwa atau pandangan yang adil dan saksama sesuai dengan kedudukan sebagai mufti. Pandangan dan teguran Harussani itu lebih kepada membela Umno. Mungkin juga Harussani sudah lupa dan menganggap bahawa Umno bukan sebuah parti politik tetapi sebuah agama yang bernama Islam maka ia perlu dipertahankan atas keyakinan mati dalam membela Umno sebagai mati syahid.

  • Umat Akhir Zaman
    March 5th, 2013 at 12:24 PM

    apalah nak jd pd zaman sekarang..ulama sama ulamak pun nak berperang..bergaduh.. sedangkan manusia yg bergelar ulamak dah jd mcm nie….mcm mna keadaan rakyat yg kbanyakanya menjadikan ulamak ikutan, contoh dan tauladan….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.