pas, , , " />

MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Sekolah Politik Acuan PKR: Pembawa Agenda Anarki Dan Kerosakan?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kehadiran “sekolah-sekolah” politik acuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang giat dijalankan di seluruh Malaysia. Sekolah Politik yang dimaksudkan bukanlah seperti sekolah konvensional, ia bergerak secara halus dan kemasukannya pun ditapis dengan begitu ketat.

Baru-baru ini sempena Agro Fest 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor, usaha untuk merekrut pengambilan baru sekolah politik dianjurkan secara halus di sekitar tapak pameran dan jualan. Tumpuan nampaknya diberikan kepada golongan mahasiswa dan orang muda di negeri Selangor.

Bertopengkan kiosk penjualan buku mereka menjalankan usaha pengambilan dengan cara yang begitu halus dan licik. Penulis sendiri melihat bagaimana si penjual buku dan penjaga kiosk bertukar menjadi penceramah apabila kiosk mereka dihampiri para pelajar universiti dan orang-orang muda. Natijahnya jelas, tarik perhatian dengan kata-kata manis dan mengambil mereka sebagai pelajar dalam kursus sekolah politik yang dianjurkan mereka.

Berbekalkan fakta-fakta palsu, si penjual buku akan menceritakan hak-hak rakyat Malaysia yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan yang ditafsir secara salah. Namun dengan gaya penyampaian yang meyakinkan, ramai diantara mahasiswa dan anak muda ini terpedaya dan terus menulis nama dan butiran peribadi mereka untuk menyertai sekolah politik tersebut.

Sekolah-sekolah politik ini bukan diadakan di tempat yang biasa-biasa sahaja. Ia diadakan di hotel-hotel mewah bertaraf 4 hingga 5 bintang. Makan, minum dan penginapan juga disediakan bagi menambat hati golongan muda ini untuk berjuang dibawah panji Parti Keadilan Rakyat.

Pada pendapat penulis, usaha yang dilakukan oleh PKR dengan menghasilkan sekolah-sekolah politik ini bukanlah satu perkara yang salah. Kerana di dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, Menyediakan satu sistem pendidikan politik mengikut acuan sendiri, tidak melanggar mana-mana undang-undang negara. Tetapi apa yang dikhuatiri adalah intipati atau isi pengajian yang di ajarkan kepada para pelajar sekolah-sekolah politik tersebut. Ini kerana, apabila mendengar penerangan dari si penjual buku @ perekrut sekolah politik, boleh dikatakan ideology yang dibawa dan diajarkan oleh sekolah politik PKR adalah salah dan bertentangan dengan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Banyak perkara yang diajarkan di sekolah politik ini adalah bercanggah dengan nilai murni yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Menurut kata si penjual buku, para peserta atau pelajar sekolah politik akan didedahkan dengan elemen “kuasa rakyat”. Elemen kuasa rakyat ini menjadi pemangkin kepada apa yang kita lihat sedang dipraktikan oleh pembangkang, seperti demonstrasi, kekecohan, perlanggaran undang-undang yang dianggap sebagai “draconian” dan juga cara menggulingkan kerajaan melalui gerakan bawah tanah. Secara jelas ini membuktikan bahawa sekolah politik acuan PKR mengajar para pemuda dan pemudi Malaysia untuk membina dan memupuk semangat anti-establishment.

Penulis juga terkedu apabila si penjual buku menamakan Khalid Ismeth sebagai salah satu produk terbaik sekolah politik anjuran mereka. Kepada mereka yang terlupa, Khalid Ismeth merupakan seorang aktivis mahasiswa yang pernah mengeluarkan kenyataan untuk membunuh semua anggota PDRM di Malaysia. Khalid Ismeth yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden juga merupakan ikon pembangkang apabila menjadi salah seorang ketua di dalam demonstrasi Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Jika ini adalah produk terbaik mereka, bayangkan impak yang akan berlaku kepada negara sekiranya aktiviti sekolah politik ini diadakan secara terus menerus.

Pada hemat penulis, pengajian tentang apa itu politik dan sekolah-sekolah politik perlu diadakan bagi memberi penerangan awal kepada golongan muda tentang bagaimana sistem demokrasi di Malaysia dilaksanakan. Namun begitu apabila elemen kepartian, anarki dan anti-establishment dimasukkan sekali di dalam silibus pengajian sekolah politik, ianya akan mewujudkan sebuah bangsa yang rosak akhlak dan keliru dengan bagaimana untuk mentadbir sebuah negara yang maju dan merdeka.


Posted by Che_Yan on January 1st, 2013 :: Filed under Che_Yan
Tags :: , , ,
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sekolah Politik Acuan PKR: Pembawa Agenda Anarki Dan Kerosakan?”

  1. tengkudin
    January 1st, 2013

    Mamat yg kene buang U tu ygkeje dia sepak polis tu??? Itu setan gay la. Hehehe

  2. bangKano
    January 1st, 2013

    Ni la akibat nya ISA telah di mansukh kan oleh PM. Maka rakyat la akan memikul beban nya akibat kerusuhan & kacau bilau ke arah anarkisme..

  3. Anonymas
    January 3rd, 2013

    Khalid Ismath = pelajar terbaik?

    Kalau yang terburuk agaknya perangai dia camna ek? Bakar rumah?

Leave a Reply

Type your comment in the box below: