MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Baru Saman Khalwat, DAP Sudah Meroyan… Belum Rejam Dan Potong Tangan Lagi

 

Sememangnya amat mudah dibuktikan bahawa DAP adalah penentang Islam dan umat Islam di negara ini. Kebencian DAP terhadap Islam dan umat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia dapat diterjemahkan menerusi beberapa tindakan mereka yang langsung tidak berselindung-selindung, meskipun pada masa yang sama, PAS cuba memujuk para pengikut mereka kononnya DAP lebih bersimpati dengan Islam berbanding MCA.

Ketika Chua Soi Lek mempersoalkan tentang beberapa sistem hudud yang diperjuangkan oleh PAS yang tidak menyeluruh dan tidak menepati kehendak ajaran Islam, Presiden MCA dan MCA disifatkan sebagai anti Islam. Bahkan DAP segera tampil mengutuk dan mencerca Chua Soi Lek sehingga akhirnya para pemimpin dan ahli-ahli PAS bertepuk tangan, bersorak serta membesar-besarkan DAP. Malah ada yang menangis terharu dek kerana pembelaan pemimpin-pemimpin DAP terhadap PAS.

Apabila dikatakan bahawa DAP hanya berlakon, merekalah yang paling cepat bersilat, bersilambam dan berkungfu untuk membela DAP.

Hakikatnya, memang DAP adalah sebuah parti politik yang kuat berlakon demi untuk mendapatkan undi daripada masyarakat pengundi Melayu-Islam. DAP tidak pernah berminat untuk membela umat Islam dan mempertahankan agama Islam, jauh berbeza daripada dakwaan mereka selama ini.

Terbukti, kejadian di Kota Bharu dua hari lepas, membuktikan DAP amat berbeza daripada dakwaan mereka.

DAP menerusi mulut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng memberi amaran keras kepada PAS Kelantan apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyaman beberapa pasangan bukan Islam kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Menurutnya, tindakan yang diambil oleh MPKB-BRI itu akan menjejaskan kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat. Atau lebih tepat lagi, menjejaskan hubungan baik antara PAS dengan DAP.

Macam itu yang dikatakan oleh PAS, DAP tidak akan menghalang mereka daripada menguatkuasakan undang-undang Islam di negara ini jikalau Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada PRU13 nanti?

Macam tu yang dikatakan, DAP dan para pemimpinnya sangat simpati dan sangat dekat dengan Islam?

Baru diberi saman kerana berperangai tidak senonoh di khalayak ramai, DAP sudah melolong-lolong, bagaikan tindakan yang diambil oleh MPKB-BRI itu akan meregut nyawa rakyat bukan Islam di negara ini? Seolah-olah huluran surat saman tersebut akan menyebabkan lebih ramai penganut bukan Islam di Malaysia dan Kelantan, khususnya akan kehilangan tangan, kalau tidak pun kepala.

Seharusnya, tindakan yang dilakukan oleh MPKB-BRI itu disokong kerana penguatkuasaan tersebut akan mengurangkan gejala sosial yang tidak sahaja membabitkan remaja-remaja Melayu-Islam, sebaliknya lebih banyak melibatkan remaja-remaja bukan Islam.

Apa masalahnya dengan penguatkuasaan berkenaan? Adakah kerana ianya ada unsur-unsur Islam, maka DAP melolong dan marah?

Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali terpaksa membuat penafian yang peristiwa penangkapan khalwat tersebut tidak berlaku. Sebaliknya MCA yang berbohong. Ia seperti mengingatkan kita semula kepada betapa kalutnya PAS apabila dimarahi oleh Karpal Singh ketika mereka cuba menguatkuasakan undang-undang larangan tukang gunting wanita daripada menggunting rambut lelaki di salun-salun di seluruh Kelantan.

PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakah Daily. (SUMBER)

http://www.selangordaily.com/?p=6650

 

http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/12/cina-pas-lahirkan-rasa-tidak-puas.html

http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/12/bukan-kes-khalwat-tapi-aksinya-tak.html

http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/12/dap-sudah-pening-dengan-tindakan-pas.html


Posted by tengkudin on December 9th, 2012 :: Filed under Blog Pilihan
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Baru Saman Khalwat, DAP Sudah Meroyan… Belum Rejam Dan Potong Tangan Lagi”

  1. nik aziz pukimak
    December 10th, 2012

    nik aziz memang pukimak. nak buat camne.

  2. tengkudin
    December 12th, 2012

    Hari ini apa yang saya katakan dulu dah menjadi kenyataan….
    Kelantan tangguh kuat kuasa syarat lesen salun rambut

    KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menangguhkan penguatkusaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam yang beroperasi di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam berkuat kuasa serta-merta.

    Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

    “Semua penguatkuasaan ditangguhkan sementara satu kajian dan penilaian dibuat,” katanya.

    Sumber: sinar harian online

Leave a Reply

Type your comment in the box below: