PAS menzalimi Ahli Sendiri

 

Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.

Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.

Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.”

Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.

Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ‘zalim’ yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur’an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:

Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.

Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.

Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.

Al-Anbiyaa’ 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.

Al ‘Ankabuut 46: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.

Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].

 

Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan. Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud. Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.

 

Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.

 

Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO? Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia?

 

Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.

 

Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman. Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.

 

Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam. UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.

 

UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam. Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.

 

Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.

Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.

 

Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya.

 

Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS. Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.


Posted by tengkudin on December 2nd, 2012 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “PAS menzalimi Ahli Sendiri”

  1. semangat-melayu
    December 2nd, 2012

    Sebenarnya PAS adalah lebih zalim dari UMNO. Memberikan hukum murtad kpd UMNO, mendoakan kebinasaan kepada UMNO, meanghukum org UMNO kafir bekerjasama dengan kafir, sentiasa menipu orang Islam dengan janji islam PAS, mengajar islam untuk tolak pembangunan, menipu umat islam dgn dakyah parti dan bukan syiar islam yang betul, sentiasa mencaci, menghina, memfitnah sesama islam, mengajar dan mendidik umat islam dengan dakwah politik kotor dan sesat, mengutip duit ceramah dengan mengatakan jihat sedangkan entah apa yang dibuat dengan derma ceramah tersebut dan macam-macam lagi….

  2. lady_j
    December 2nd, 2012

    yg i paling tak tahan nak gelak adalah dlm doa tu adalah pas “menyenaraikan dosa2 UMNO” mcm “jual singapura” dsb seolah2 nak bagitahu allah yg “hukum UMNO ye allah, UMNO dosa2nya sekian2″. sedangkan allah maha mengetahui tak perlu nak cakap benda2 tu.

    tak lain dan tak bukan doa tu hanyalah doa politik semata2 yg saja nak didengari oleh penyokong2 pembangkang di situ dan bukan ikhlas kerana allah. ada adab ke doa kat allah menjerit2 “KO UMNO KO UMNO”?

  3. Invesiblemen Al Mahdi
    December 2nd, 2012

    PAS telah mengdoktrinkan perkataan ZALIM kepada ahli ahlinya khas ditu

  4. Invesiblemen Al Mahdi
    December 2nd, 2012

    Assalamualaikum. PAS telah mengdoktrinkan pemikiran ahli ahlinya dengan perkataan ZALIM khas ditujukan kepada UMNO dan Bn.Satu doktrin yg amat jahat dan amat zalim.Mereka sendiri tidak tahu apa yg dikatakan zalim.Mereka sebenarnya zalim pada diri sendiri. Allah swt telah menambahkan penyakit dalam jiwaraga mereka.

    Adakah pemimpin PAS khas Nik Aziz dan Hadi Awang sedar bahawa menguna muslihat berkaitan akidah ada satu perbuatan ZALIM.Kaum Ulama dalam PAS bolih selidik apa yg diperkatakan olih pemimpin sendiri.Adakah mengkafirkan dan menuduh murtad kepada seorang Islam yg lain adalah satu perbuatan terpuji atau main main ikut suka nafsu amarah, dengki , sakit hati serta perasangka. Sejauh mana Islam PAS sebenar, diri sendiri tahu.

    Perjuangan PAS tiada sedikit pun mendekati perjuangan para sahabat Rasulullah saw yg penuh BERHIKMAH. Islam tidak mengunakan caci maki, fitnah dan mendoakan keburukan untuk menegakan syiar Islam, tapi syiar Islam ditegakan dgn penuh kasih sayang dan kesabaran.

    Maaf saudara saudara pemimpin dan ahli PAS, saudara tidak layak langsung untuk memimpin umat Islam di bumi bertuah ini .

  5. Invesiblemen Al Mahdi
    December 2nd, 2012

    Sedarlah saudara saudaraku yg bertaut dengan PAS. Tampa saudara sedari, saudara saudara telah menjadi alat kepada Zionis untuk meruntuhkan, menumbang dan menghancurkan Islam di Bumi Bertuah ini.Apa yg saudara lakukan itu yg mereka rangcang.Allah swt memberi peringatan. kamu melihat perbuatan buruk kamu seolah olah baik walhal perlakuan saudara adalah se BURUk BURUK perbuatan.

    Kembalilah kejalan Islam sebenar, yaitu ,CARA HIDUP ISLAM bukan cara hidup munafikun dan Kafirun.

    Bebaskan diri saudara dari rantai kedunia yg membelenggu jiwa saudara termasuk saudara saudara ahli UMNO.Kita kena bersatu untuk menentang tentera Dajjal yg menyerbu masuk dalam seluruh kehidupan kita hari ini.Lihat saja kehidupan dibandar bandarraya kita.Anak anak Muda Kita hanya tinggal kulit sahaja isinya tiada.

  6. sungai_siput
    December 2nd, 2012

    itu pun terpaksa buat kat kelantan
    sbb rakyat kalantan dah kena doktrin benci UMNO dari tadika lagi

    nak buat kat selangor pun takut, sbb mmg orang ramai dah tak nak datang kat himpunan PAS dgn PKR lagi dah

  7. lyn
    December 5th, 2012

    pemimpin pas lebih zalim dari ayah pinggg.. ayah pingg tesesat pada betina jer.. pemimpin pas sapu keliling semua tibai.. hhebat2.. juara menipu rakyat sejak merdeka lagi…

  8. hisham dean
    December 13th, 2012

    betul ke PAS yg menipu? sehingga sekarang tak penah dgr pemimpin PAS menipu. kaorang tak leh terima hakikat yang keperibadian akhlak pemimpin PAS lebih baik dari pemimpin UMNO. siapa bunuh di Memali? orng PAS? siapa tak agihkan wang zakat kpd asnaf? pjbt agama negeri pimpinan PAS kah? sapa merebut kuasa secara hina di Perak? sapa yg tipu FGV untung sampai boleh bg dividen masa harga saham jatuh? PAS lagi ya? sapa jual proton mahal? banyak lagi kezaliman PAS tp aku melayu dah lupa la. kesian pengikut PAS yg kena tipu dah 55 tahun. tolongla kami UMNO, banyak lg harta kami yg belum habis PAS kaut.

  9. hisham dean
    December 13th, 2012

    wahai penulis artikel, awatlah hang tak faham maksud zalim tu ada banyak? yg hang tafsir tu zalim tersurat je..

Leave a Reply

Type your comment in the box below: