November 29, 2012 · 4 Comments

Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut, Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350. 11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000. Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan.
Malah para pemilik salon yang bukan Islam juga turut didenda sekalipun mereka memberi khidmat kepada pelanggan lelaki yang bukan beragama Islam. Bukankah selama ini PAS gah bercakap bahawa orang bukan Islam terkecuali daripada peraturan Islam?
Ternampak jelas PAS telah dengan sengaja menipu orang Cina, baik dalam isu salon unisex mahupun melibatkan hudud PAS. Apa susah sangatkah untuk PAS berkata benar dan memberi penerangan yang sebenar tanpa dolak dalik bermotifkan politik kepartian?
Kira-kira sebulan lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek ada mendedahkan satu SMS yang diterimanya yang tertulis mesej kebimbangan sesetengah golongan bukan Islam keturunan Cina perihal risiko kesan perlaksanaan hudud PAS yang bakal memudaratkan 1.2 juta orang bukan Islam.
Dalam konteks kepentingan orang Cina dan masyarakat bukan Islam, nampaknya kebimbangan yang disuarakan oleh Soi Lek ada asasnya.
Mungkin disebabkan tidak tahan dengan asakan Soi Lek, selepas itu PAS telah melabelkan Presiden MCA itu telah menghina hudud dan Islam, sekalipun Soi Lek hanya secara sinis mengkritik hudud PAS itupun selepas mengambil kesempatan dari lampu hijau yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009.
Mengikut kenyataan Nik Aziz pada tarikh tersebut, katanya pemimpin DAP berhak mengkritik dan menghina Islam disebabkan mereka bukannya beragama Islam. Jadi apa bezanya pemimpin MCA dengan DAP, bukankah Soi Lek pun bukan beragama Islam sama seperti pemimpin DAP?

Berbalik pada isu salon unisex di KBMall, jika logik propaganda PAS bahawa undang-undang Islam yang mahu diperkenalkannya melalui hudud PAS diambil kira yakni hanya terhad pada orang Islam sahaja, bermakna pemilik salon E-Life Hair Hair Salon akan terselamat dari denda tersebut.
Sebaliknya hanya pelanggan atau pemilik salon yang beragama Islam sahaja akan menerima saman, itu jika logik propaganda PAS digunapakai, tidak begitu?
Namun, lain yang dipropagandakan lain pula yang dilaksanakan. Mungkin bagi PAS isu ini agak remeh temeh, tapi sekarang ia semakin menjadi polemik umum dan isu panas yang pastinya besar impak buruk pada prestasi PR dalam PRU 13.
Orang Cina dan lain-lain anggota masyarakat yang bukan beragama Islam rasa seperti tertipu dengan propaganda PAS bahawa undang-undang Islam hanya terhad pada orang Islam sahaja, sedangkan realiti yang berlaku melibatkan salon unisex di Kelantan turut melibatkan orang bukan Islam.
PAS perlu belajar untuk bercakap benar bahawa undang-undang Islam termasuk hudud yang sebenar-benarnya turut meliputi orang bukan Islam, jika PAS berterusan menyembunyikan fakta ini dan polemik seperti salon unisex ini berulang, bukan sahaja memberi kesan pada imej Islam malah semakin mengelirukan orang bukan Islam

By tengkudin
Pas tersepit ditengah. Undi melayu islam dia hendak dan dalam masa yg sama undi cina pun diperlukan. Sebab itu tiada keikhlasan dalam perjuangan mereka utk agama Allah.
Undang-undang “Islam” PAS boleh ditukar-tukar sesuka hati .. inilah dia contoh pelacur agama !!!
Hari ni haram esok halal
PAS kan setan..apa apa pun dia leh tukar..sesumpah..sebijik cam aljuburi anuwar
nampak sangat penipunya pas ni. masa dap kutuk hudud, pas cakap “takpa dap bukan islam”. tapi bila mca kutuk hudud pas, tiba2 tune pas berubah menjadi “mca kutuk hudud, dap cuma menolak saja mengikut perlembagaan”.
hanya org buta saja yg dapat menafikan fakta ni.