Langat 2: Khalid Degil, Rakyat Yang Jadi Mangsa

Sehingga kini Menteri Besar Selangor masih membisu, diam seribu bahasa dan dikatakan sering melarikan diri dari memberi sebarang kenyataan mengenai kemelut krisis air yang mula meresahkan rakyat negeri Selangor sejak awal tahun ini.

Bagi mengelak dari terus diasak media berkenaan isu tersebut, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap”Ibrahim hanya mampu menjawab bahawa dia telah mengarahkan para pegawainya menjalankan kajian mengenai teknologi membran.

Tak habis-habis dia mempromosikan teknologi membran di kalangan sahabat handai sehingga ramai yang mula menyampah mendengarnya, padahal ramai orang berpandangan bahawa projek berkenaan bakal membawa pulangan lumayan ke “poket” kroni-kroninya.

Maklumlah, projek teknologi membran versi Khalid “Gagap” yang bersifat jangka pendek dan mahal itu diimport dari Kanada meskipun teknologi tersebut sudah lama bertapak di Malaysia sejak belasan tahun dulu!

Tahukah Khalid bahawa ada loji-loji air di Malaysia ini sudah menggunakan teknologi membran? Malah, ada loji di Selangor sendiri yang menggunakan teknologi membran!!

Sebenarnya, Khalid baru kenal teknologi membran dan dia bermati-matian untuk melaksanakan kaedah tersebut bagi mematikan usaha pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebelum ini dirancang rapi oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN Selangor sebelum dia berkuasa di negeri itu.

Kenapa dia takut sangat dengan Langat 2? Apakah wujudnya Langat 2 akan membawa malapetaka kepada Khalid dan seluruh rakyat negeri Selangor?

Sebenarnya, kajian secara menyeluruh dan holisitik telah dilakukan di mana ia melibatkan ramai pakar-pakar industri air yang sebelum ini mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah air yang dijangka berlaku sekali lagi di Selangor sejak krisis air melanda negeri itu pada tahun 1998.

Mengambil kira dari sudut tujuan jangka panjang, Langat 2 yang dirancang mendapat sumber bekalan air bersih dari Pahang dikenal pasti sebagai jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut berbanding pelan-pelan lain yang turut dikaji bersama.

Dengan pembinaan Langat 2, Selangor bakal mendapat sumber baru bekalan air bersih dan loji rawatan air baru yang terletak di selatan negeri termaju itu dijangka sangat mampu menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Selain kawasan Semenyih, Langat, Balakong, Sri Petaling, Ampang dan Sri Kembangan, Langat 2 juga dikatakan banyak membantu membekalkan bekalan air bersih di sekitar Sepang dan Putrajaya yang pesat membangun.

Khalid sepatutnya tidak punya masalah untuk membenarkan loji tersebut dibina memandangkan ia bersifat jangka panjang dan sangat praktikal berbanding teknologi membran yang baru dipelajarinya dari “salesman-salesman” dari Kanada itu.

Kalau betul teknologi membran ni boleh tingkatkan kapasiti pengeluaran air, kenapa Singapura masih “beli” air dari Malaysia? Kenapa loji-loji yang dikendali oleh anak syarikat Kerajaan Selangor tidak menggunakan membran?

Untuk pengetahuan Khalid, memang benar teknologi membran itu boleh membantu. Membran adalah satu kaedah rawatan air seperti cara konventional yang digunakan sekarang.

Kalau cara konvensional dah ada “rakan” bantu pengeluar air di loji sedia ada, mestilah kapasiti pengeluaran air terawatnya naik. Macam tambah seorang lagi chef di hotel, bukankah hidangannya akan bertambah, sebab dah dua orang buat kerja.

Terbaru, sistem tadahan “Storm Water” atau air hujan di hiliran sungai sebagai sumber air pula diperkenalkan bagi menggantikan projek mega pemindahan air dari Pahang.

Nak buat kajian apa lagi? Langat 2 berdasarkan kajian yang dibuat, di mana pula inisiatif Khalid ??? Bila musim kemarau nanti “Storm Water” mana yang dia nak ditadah?

Patutnya, Khalid tidak perlu fikir panjang-panjang mengenai masalah mudah ini dan dia sepatutnya mencontohi sikap Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang lebih profesional dengan memberikan kerjasama penuh kepada perancangan Kerajaan Pusat yang melibatkan industri air di negerinya.


Posted by dukeofmontecristo on November 20th, 2012 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Langat 2: Khalid Degil, Rakyat Yang Jadi Mangsa”

  1. Tasyahud
    November 21st, 2012

    Kalau tak silap saya Singapura pernah menggunakan teknologi membran ni bagi menunjukkan ketidakbergantungan sumber air dari Malaysia. Tetapi lepas tu menjerit pulak Kwan Yew bila Johor bercadang mengkaji semula perjanjian air Johor/Singapura yang merugikan Johor tu.
    Isu air di Selangor dan Penang sebenarnya lebih kurang sama je. Cuma LGE bertindak lebih “smart” manakala Khalid dah “terlepas cakap”. Pasal tu jawapn beliau tak pernah sama. Macam jawapan beliau dalam buletin Selangor Kini yang diedarkan di Masjid2, surau2 dan peti2 surat di Selangor. Awal tahun jawab lain, sekarang jawab lain. Mungkin dia ingat rakyat kebanyakan Selangor ni bodoh dan akan menyokong membabi buta kot!

  2. baba
    November 21st, 2012

    agaknya khalid nak buat kajian, air longkang utk rakyat selangor kot. punyalah tamak projek sampai sanggup jadikan rakyat mangsa.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: