19
Nov

PAS Pasti K.O Kerana Menzalimi Rakyat

 

Para pemimpin PAS dalam reaksi mereka mempertahankan doa BN KO yang dibacakan Nik Razi Nik Mat, adik kepada MB Kelantan itu beralasan doa tersebut menepati senario negeri Kelantan yang kononnya tertindas dan dizalimi UMNO dan BN.

Siapakah sebenarnya yang sedang menzalimi rakyat? Dan siapakah yang sedang memerintah Kelantan tika ini?

Sejak 22 tahun lalu PAS adalah pemerintah di Kelantan dengan diketuai Nik Aziz sebagai MB, jika lojik menzalimi rakyat Kelantan mahu digunapakai, sewajarnya ia ditujukan pada Nik Aziz dan PAS.

Yang menyebabkan tanah negeri dan rakyat Kelantan seluas 716.8 ekar di Lembah Sireh dipindah milik tanpa mengikut peraturan bukannya disebabkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN, sebaliknya dilakukan oleh pemimpin PAS yang menguasai Kerajaan Negeri.

Tidakkah ini jelas satu kezaliman dan pecah amanah. Tatkala rakyat memberi amanah menjaga harta negeri, tapi pemimpin PAS pula sesuka hati memindah hak milik tanah kepada syarikat swasta.

Yang terlibat menyerahkan hak pengurusan tanah seluas 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Cina Singapura dan Cina DAP ialah pimpinan PAS negeri sehingga kesannya rakyat yang meneroka kawasan tersebut menderita manakala tanah adat Orang Asli pula semakin mengecil.

Apakah itu bukan satu kezaliman apabila hak rakyat dinafikan sedangkan syarikat swasta dan orang luar pula diberi perhatian sehingga mampu mengaut untung berjuta ringgit?

Yang mengakibatkan hampir 40% rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah bekalan air bersih semuanya disebabkan kegagalan urus tadbir pemimpin PAS, bukannya pemimpin BN.

Tidakkah ini menzalimi rakyat sedangkan tanggungjawab kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat permasalahan rakyatnya?

Hatta kerugian hampir RM50 juta wang rakyat yang terpaksa dibayar pampasan kepada syarikat Thames Water dari England (KWSB) juga disebabkan kecuaian kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan.

Sia-sia saja hampir RM50 juta hangus begitu sahaja, sedangkan dengan wang tersebut jika bijak diuruskan boleh diguna pakai untuk menyediakan paip saluran air bersih yang panjangnya berpuluh kilometer dan mampu menyenangkan beribu buah keluarga yang sekarang ini menghadapi masalah bekalan air.

Demikian halnya dengan permasalahan pekerjaan sehingga memaksa ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa merantau ke negeri-negeri lain. 22 tahun PAS memerintah, jumlah perantau bukannya kian menurun sebaliknya saban tahun terus meningkat.

Bukankah ini zalim namanya apabila kerajaan negeri gagal membantu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya?

Siang dan malam para pemimpin PAS cuma tahu berceramah sambil si petugas PAS mengusung uncang dan tin milo meminta rakyat menyumbang duit kepada parti. Apa rakyat dapat? Air liur saja.

Amanah yang rakyat berikan kepada PAS di Kelantan sengaja diabaikan dengan berselindung disebalik kopiah dan serban serta ceramah politik, tidak selamanya rakyat akan tertipu dengan permainan politik sebegitu.

Sebetulnya, yang sebenar-benarnya sedang menzalimi rakyat tika ini tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin PAS sendiri. PRU 13 kelak yang akan KO bukannya BN ataupun UMNO, sebaliknya PAS.

Ada 4 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    November 19th, 2012 at 7:54 PM

    Setelah cacai mereka diapikan, disogokkan pemikiran mereka dgn retorik dan dakyah kotor… maka semua cacai ini dihimpit dek bahang kebencian yg termamat sangat.

    Lalu terjeritlah mereka macam kera..bahawasanya mereka dizalimi dan dianiaya. Dizalimi dan dianiya ini telah mereka jadikan satu slogan. Akangkah bangganya mereka dgn slogan itu lalu diusung kehulu kehilir.

    Politik Msia politik slogan. POlitik tidak berasakan realiti , hanya emosi semata.

  • pasdaplaknat
    November 19th, 2012 at 8:15 PM

    (doa dari pembaca http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/)

    November 19, 2012 8:10 PM
    Anonymous said…

    Ya Allah..zaman apakah ini dimana manusia memperdagangkan Islam utk kekayaan dan kekuasaan?? Melalui tipu daya sihir kata2 untuk memukau manusia supaya berikan kuasa kpd mereka yakti Pakatan Rakyat LAKNATULLAH!

    Makhluk apakah yg Engkau biarkan bernyawa di atas muka bumi-Mu ini- penganut-penganut PAS Laknatullah yang semakin sesat dan jauh dr agama-MU. Adakah pertumpahan darah kepada mereka (PAS) dikira JIHAD melawan kesesatan kpd-Mu ya Allah. Merekalah pelampau2 yang merosakkan agama-Mu ya Allah!
    Hancurkan lah PAS Laknatullah sebelum mereka menghancurkan agama-Mu dgn topeng2 syaitan ini..

    Ya Allah..jika Engkau tidak hancurkan mereka di saat ini yakinlah mereka (penganut PAS Laknatullah) ini akan berkembang biak seperti serangga yang akan memamah agama-MU ini.. HANCURKAN LAH PAS – PARTI PENYESAT AGAMA-MU YA ALLAH!!

    AMINN..AMINN YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK MAMPU MELAWAN DAKYAH DAN TIPU DAYA MEREKA YANG MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK MEROSAKKAN AQIDAH KEPADA-MU YA KAREEM!!

    HANCURKANLAH PENGANUT-PENGANUT DAN PARTI PAS LAKNATULLAH!!

    Semakin hari semakin mereka memecahbelahkan kami umat Muhammad dengan slogan2 MUNAFIK lagi PALSU wahai ALLAH TUHAN MAHA BERKUASA..

    HANCURKANLAH PENGANUT-PENGANUT DAN PARTI PAS LAKNATULLAH!!

    Jangan ENGKAU biarkan mereka bermaharajalela, diberikan kuasa kerana tenrnyata mereka khianat dan menipu agama-MU Ya ALLAH.. tidak ada day aupaya kami melainkan mengharapkan Qudrah MU YA MUTAKKABIR..YA ALLAH!!

    Selamatkanlah kami dari pada mereka Pakatan Ahzab Moden Pakatan Rakyat PAS Laknatullah!!

    HANCURKANLAH MEREKA DAN BALIKKAN LAH DOA2 MEREKA YANG MAHU MENGHANCURKAN UMAT ISLAM LAIN..AMINN..AMINN YA ALLAH!

    —————————————-

    Ingatlah.. satu doa dr pemimpin2 KHAWARIJ PAS Laknatullah akan datang beribu2 lagi doa2 senyap dari mukmin2 lain yang berdoa kehancuran PAS..

    Yakinlah Allah Ta’ala Maha Berkuasa membalasa segala yg buruk lagi menipu sert a menyesatkan manusia atas Nama Agama-NYA.
    PAS terlalu melampau dan wajib ditentang habis2an..

  • abe
    November 20th, 2012 at 10:09 AM

    Biasalah pas. Berak merata mana nak mengaku. Walau pun taik tu orang nampak dia yang berak tapi dia akan kata itu taik umno dan bn. Muka tak tau malu…..

  • org muda
    November 20th, 2012 at 2:57 PM

    Sepatutnya PAS doa untuk menyelesaikan maslah AIR KOTOR di kelatan dah 20thn bukan 2 bulan memerintah. bujuk sila comment..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.