PAS Mengaminkan Doa Sang Iblis

Di kala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia. Di kala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya!

Di kala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir. Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud.

Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu: (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berdasarkan ajaran Al-Quran ini, maka jelas bahawa UMNO adalah Islam dan tidak melaksanakan hudud tidak menjadikan UMNO kafir kerana ia tidak termasuk dalam rukun iman yang menetapkan keIslaman seseorang. Malahan, UMNO juga telah berkali-kali menegaskan yang parti itu tidak menolak hudud tetapi tidak dapat melaksanakannya mengambil-kira kemajmukan masyarakat dan keadaan semasa di negara ini.

Namun, dalam Muktamar ke-58nya, PAS telah sekali lagi mengenepikan hakikat ini dan terus menyebarkan kebencian dan memohon kehancuran ke atas saudara seagama mereka di dalam UMNO atas alasan UMNO bukan Islam kerana menolak hudud.

Entah kenapa PAS telah terlepas pandang bahawa menyebarkan kebencian sesama Islam, meniupkan rasa riak dan takbur ke dalam diri si alim ulama dan menghukum manusia lain dengan hukum Allah adalah kerja iblis, yakni bertentangan dengan seruan Al-Quran.

Seperti yang kita sedia maklum, doa menghancurkan UMNO bukan perkara baru bagi PAS. Malah, PAS pernah berdoa lebih dari itu, dengan menujukan khas kepada individu tertentu memohon agar pecah perut dan sebagainya. Doa menghancurkan UMNO ini dilakukan saban tahun dengan solat hajat yang dihadiri beribu-ribu ahli PAS.

Saban tahun juga kita terkejut tidak mampu menerima yang begitu ramai saudara kita yang begitu jahil, tega menjadi makmum dan mengaminkan doa sang iblis. Dan saban tahun juga kita mengangkat tangan syukur kepada Allah SWT kerana doa iblis yang dibisikkan ke telinga tok-tok guru yang kononnya bertaraf wali, yang mulia lagi maksum itu, telah tidak dimakbulkan.

Sukar untuk kita memahami bagaimana dalam sibuk memperkatakan tentang agama, PAS telah terlepas pandang akan Rukun Iman, hadith dan ayat mengenai iman dan keIslaman seseorang di mana ‘hudud’ tidak langsung termasuk di dalamnya.

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.” (HR Bukhari dan Muslim )

Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.”

Sebenarnya, berjihad menentang saudara seagama telah menjadi pegangan ‘agama PAS’ sejak berdekad-dekad lalu yakni bertitik tolak dari Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Dan kini, Nik Aziz pula memperbaharui pegangan itu dengan memurtadkan UMNO.

Penulis menyatakan ‘agama PAS’ kerana ajaran yang dibawa oleh PAS untuk memerangi saudara seagama bukanlah ajaran agama Islam, malah jauh bertentangan dan dimurkai Allah SWT.

Kesanggupan PAS membelakangkan ajaran Islam membuktikan bahawa PAS mengambil sikap membujur lalu melintang patah demi mencapai Putrajaya. Pilihanraya adalah segala-galanya bagi PAS iaitu matlamat hidup mati mereka seolah-olah ia merupakan salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah dalam ‘agama PAS’ ialah dengan memastikan parti mereka menang pilihanraya.

Malah, jika rukun iman ‘agama PAS’ disenaraikan, maka ia pasti meletakkan kemenangan pilihanraya sebagai rukun yang pertama dan hudud sebagai yang kedua. Semua rukun iman dalam Islam yang lain, tidak penting selagi kedua-dua rukun yang pertama tadi tidak dicapai.

Ini mungkin juga kerana dalam ‘agama PAS’, semua ahli telah dijanjikan syurga maka mereka tidak perlu lagi mengambil-kira tuntutan berbuat baik sesama manusia, menyayangi saudara seagama dan sebagainya.

Justeru, dengan syurga sudah didalam genggaman, apa lagi yang ahli-ahli PAS perlu perjuangkan, selain kuasa, pilihanraya dan Putrajaya. Bukan begitu?

Penulis dapat tahu bahawa ramai juga di kalangan ahli-ahli PAS yang cuak dan gusar dengan doa ini, tetapi seperti yang dijangka, kegusaran mereka tidak dapat mengatasi keinginan mereka untuk menang pilihanraya.

Kerana itu, penulis tidak mampu mengulas panjang lagi mengenai isu ini, melainkan mendoakan agar kita semua, saudara seagama, sentiasa berada di jalan yang benar, tidak kira di dalam UMNO, PAS mahupun di Palestin atau di mana juga, serta tidak kira yang alim, jahil atau apa saja rupa dan penampilannya. Selagi semuanya berpegang kepada Rukun Iman selagi itulah mereka penulis anggap sebagai saudara seagama yang disayangi lagi dikasihi dan bukan untuk diperangi.

Semoga kita semua selamat dari kehancuran akibat tipu daya sang iblis dan syaitan.


Posted by tengkudin on November 19th, 2012 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “PAS Mengaminkan Doa Sang Iblis”

  1. omega
    November 19th, 2012

    Nik aziz bukan lagi mendengar bisikan syaitan utk memerangi saudara seagama, dia sendiri yg mengambil alih kerja syaitan yg sedang berihat. Agak2 dalam agama PAS semuanya yg ditegah oleh ALLAH adalah salah, yang dilarang menjadi wajib pula. Kesihan org2 yg melulu dan menelan segala kahak lendir nicky aziz, mereka yg tertipu dengan janji islam pas. Selamanya menangung dosa dan akan menanggung azab Allah kelak.

  2. jang
    November 20th, 2012

    Dalam Al-Quran (surah al-baqarah) dceritakan bagaiman Iblis itu dilaknat oleh Allah,bukan kerna jahil atau tidak berilmu tetapi kerana sombong,ingkar perintah Allah yang menyuruh para malaikat sujud kepada Adam,
    kononnya kejadiannya lebih mulia daripada Adam.Kesomobongan inilah yang diwarisi oleh kebanyakan pemimpin pas sehingga sanggup mengkafir saudara seagama dan mendokan kecelakaan saudaranya itu.Kesimpulannya,orang alim yang sombong samalah seperti sikap IBLIS.Na’uzubillah..

  3. lyn
    November 29th, 2012

    sebenarnya nik aziz sendiri yang menzalimi rakyat kelantan sampai pepak lerak orang kelantan cari makan di luar kelantan, termasuk yang ulang alik ke siam. kalau tak menipu, memaki orang, fitnah, betina bukan pas namanya.,

    iblis kerjanya menghasud dan syaitan pula suka merupa rupa..

Leave a Reply

Type your comment in the box below: