19
Nov

KUIN: Rektor Kesayangan Azizan Kemuka Bukti Palsu Di Mahkamah?!

Amat memalukan apabila sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang dulunya menjadi kebanggaan rakyat khususnya umat Islam di Kedah telah dicemari dengan dosa pembohongan yang jelas menzalimi konsep keadilan yang sepatutnya.

Malah dalam isu terbaru yang berlaku di Kedah, Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Datuk Dr. Jamil Osman, cuba menipu mahkamah dengan membawa minit mesyuarat palsu di dalam satu perbicaraan kes saman yang melibatkan sebuah syarikat dan IPT itu.

Baru-baru ini sebuah syarikat yang dilantik untuk menyelenggara kediaman para pelajar KUIN, Shake Cuisine Sdn Bhd telah menyaman KUIN atas dakwaan tidak membayar perkhidmatan yang diberikan sehingga syarikat itu mengalami kerugian mencecah berjuta ringgit.

Dalam kes itu, mahkamah telah mengarahkan KUIN membayar sebanyak RM1.59 juta kepada syarikat tersebut sebagai ganti rugi kerugian yang telah dialami.

Namun paling mengejutkan ialah mengenai pendedahan kes tersebut di mana Rektor kesayangan Menteri Besar Kedah itu telah mengarahkan Setiausaha Kanannya, Kamaliah Osman, untuk menulis satu minit mesyuarat palsu untuk digunakan di mahkamah!

Atas dasar taat dan tanpa berfikir panjang, Kamaliah telah melaksanakan arahan Jamil itu dan minit mesyuarat tersebut kemudiaannya telah ditandatangani Rektor KUIN itu bagi mengelirukan mahkamah dan menafikan saman tersebut.

Namun setelah berfikir panjang kemudiaanya, Kamaliah nekad untuk enggan bersekongkol dengan pembohongan jijik Rektor universiti Islam itu dan bertindak melakukan pengakuan bersumpah mengaku mengenai minit mesyuarat palsu yang direka untuk digunaka di dalam kes tersebut.

Dan kerana pengakuan Setiausaha Kanan Rektor itulah, maka rakyat di negeri Kedah digemparkan dengan sikap Jamil yang terdesak sehingga sanggup menipu dan menganiaya syarikat tersebut, selain cuba menghina mahkamah dengan mengemukakan bukti palsu!

Sehingg kini, beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh beberapa NGO di negeri Jelapang Padi, termasuk beberapa siri demonstrasi diadakan bagi mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Untuk makluman, Rektor inilah yang selama ini menjadi orang kepercayaan dan kesayangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, sehingga begitu yakin menyambung kontrak Jamil selama empat tahun baru-baru ini.

Sebenarnya, sekumpulan wakil-wakil kakitangan KUIN yang kebanyakkannya para “penganut agama PAS” sendiri sebelum ini beberapa kali telah bertemu dengan Azizan Razak, Amiruddin Hamzah, Taulan Rasul dan beberapa pemimpin PAS Kedah yang lain untuk mengadu hal Jamil.

Malangnya, mereka dilayan bagaikan “musuh” di mana suara mereka langsung tidak dihiraukan.

Malah adakalanya mereka dituduh sebagai “pencacai upahan UMNO” meskipun salah seorang dari mereka sanggup ambil cuti untuk ke Perak untuk menyertai kempen PAS mempromosi Nizar ketika di pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang tidak lama dulu.

Persoalannya, jika sebelum ini PAS mengatakan mereka lebih pandai mentadbir dan menguruskan KUIN berbanding UMNO/BN, mengapakah maruah KUIN kini hampir tergadai disebabkan Rektor kesayangan Azizan itu?

Tidakkah dia terdetik dihati untuk menyiasat aduan-aduan yang disampaikan oleh kakitangan dan para pelajar KUIN sebelum ini? Sayang sungguh Azizan pada Jamil…

Amat memalukan bagi umat Islam di Kedah apabila mengetahui individu yang diamanahkan universiti Islam peninggalan hasil tangan UMNO/BN itu kini dicemari PAS dengan meletakkan seorang yang “tidak wajar” sebagai Rektornya?

Saya mengerti bahawa Jamil merupakan salah seorang rakan karib Azizan dulu, namun janganlah hanya kerana “tiket sahabat baik” itu maka Menteri Besar itu bertindak menutup mata dan buat-buat tak tahu tentang kezaliman Rektor KUIN itu.

Pada saya, Azizan perlu memecat Jamil serta merta atas tindakannya yang jelas memalukan institusi pengajian Islam itu.

Dan jika Menteri Besar Kedah itu enggan berbuat demikian, Azizan wajar meletak jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN dan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah serta merta.

Itupun kalau Azizan dan Jamil benar-benar anak jantan, bermaruah dan punya rasa tanggungjawab berhubung isu penipuan ini. Pada saya, Azizan dan Jamil perlu buat kerja cara Islam, bukan cara Anwar Ibrahim!

Ada 19 Comments setakat ini.

  • omega
    November 19th, 2012 at 11:53 AM

    Kalau benar mereka mentadbir berlandaskan islam, dah lama pas di beri amanah utk mentadbir negara. Kejayaan pas dikedah pun bukan kerana mereka lebih baik dari BN, tapi disebabkan undi protes keatas dasar kerajaan pimpinan pak lah. Insyaallah, next pru pas akan tersembam di celah kelengkang anuwar dan lge.

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 12:43 PM

    Sebenarnya banyak kes-kes yang melibatkan keburukan pemimpin PAS diketahui oleh para pemimpinnya tetapi disorok dibawah karpet hijau..contoh kes mat sabu sapu bini kawan..kes sex yang berlaku kepada pemimpin PAS yang lain pun disorok jugak. Perkara ini disebabkan PAS sangat takut kepada ahlinya disebabkan mereka disogok bahawa semua pemimpin PAS adalah maksum

  • gambus
    November 19th, 2012 at 1:46 PM

    Menipu dan Memfitnah adalah PAS , Kalau tak menipu dan memfitnah bukanlah PAS namanya

  • omega
    November 19th, 2012 at 1:49 PM

    Anak lenggung, utk mengatakan pemimpin pas takut pada ahli saya rasa kurang tepat. Pemimpin pas tak takut pada ahli sebenarnya. Ahli yg takut pada pemimpin. Tak dapat masuk syurga nanti. Syaitan tua macam nik aziz, kalau tuhan pun dia sanggup hina dan permainkan jadi apa yg dia hairan dengan ahli. Lagipun putera jaya lebih penting dari akidah serta persaudaraan sesama islam. Syaitan lahanat tu dah ada wakil dari tuhan dia, anugerah lagi tu.

  • Moohyideeeeen
    November 19th, 2012 at 2:21 PM

    Tak pe buktikan kat Mahkamah…no issue… kalau sayang pun dan aklau buat salah…kita buang jer…Tapi umno maih gagal nak adili pemimpin dia yg bersekongkol dgn taukeh Cina Micahel chia tu…

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 3:08 PM

    Nak buktikan dlm mahkamah ke moon lembu..ada video pun dikata besi..kalau mahkamah dikata kroni pulak..kes Nazri tu tunggu laa sebab di rafizi lembu dah buat laporan..so kena buat siasatan la samada ada kes ke tak..bodoh nya ko ni moon lembu..

    Bila kes timbalan presiden ko, siRafizi dok ikut perangai nuar asyik dok meminta kes nya ditangguhkan ko tak bising pulak moon lembu oii..

    Tapi lekatke pertuduhan si rafiza tu sebab gambar video yang dia kasi tunjuk dulu cuma gambar kereta hammer tu je takde pulak gambar Nazri ataupun keluarga nya kat dalam kereta tu..apa cite..video terbentang nuar sedang mengongkek cina doll tu boleh korang tak percaya..tunggu Nuar tibai bontot ko dulu ke moon..

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 3:12 PM

    Ingatkan kepada ahli PAS..

    Wahai Ahlul PAS, seburuk orang yang kamu kata kafir dan murtad, tetapi ia masih bina sekolah agama rakyat, dan di sekolah agama rakyat itulah kamu berpusu2
    berebut untuk hantar anak kamu untuk belajar untuk membentuk akhlak sebab kamu tak dapat membentuk akhlak anak kamu sendiri, seandainya tidak ada sekolah ini
    maka ramailah anak2 kamu akan jadi dajjal akhir zaman. Yang kamu kata sesat itulah yang masih bina masjid dimana kita tengok setiap waktu dan hari jumaat
    berpusu2 ahli mu datang berjemaah kerana cukup selesa menyembah tuhan mu, dan cukup selesa menggunakan mimbar untuk menyebar dakyah sesatmu, tanya lah diri
    mu masjid mana yang kamu bina yang boleh orang yang kamu kata sesat untuk tumpang solat. Dia jugalah yang kamu kata murtad membina maktab tahfiz dan
    memperjuangkan nasib anak2 mu yang mengajar dan tidak dibayar seada kelulusan yang ada. Jikalau, sesat dan murtad, janganlah kamu jejak sekolah, maktab,
    surau, masjid dan apa sahaja yang dibina oleh mereka ni mulai dari sekarang. Ada Berani ka?

    Tabung haji..Universiti Islam..Bank islam dan perbanking islamik yang ditubuhkan oleh orang yang kalian kata sesat ini lah juga yang kalian tuju..nak harapkan situa musang berjanggut yang memerintah Kelantan..bukan masjid yang dibina tetapi peruntukan membina gereja dan patong budha yang dia taja..

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 3:20 PM

    Aku rasa yang menyebabkan Nike ajis dan kaum dia menjadi sawan berok disebabkan kenyataan daripada Majlis Fatwa Masjidil Haram dan pemimpin dunia islam lain yang di lihat menyokong dan menghormati Kerajaan BN yang banyak membantu Ummat Islam d dalam dan luar negara kut…!!..PAS pulak sekarang ni cuma dok jadi pacacai..barua..kuli batak dan budak upahan Nuar berahi dan sikapir kit siang anak branak jee.

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 3:31 PM

    Nak tambah sikit lagi untuk renungan semua..

    Nak tanya Kalian ahlul PAS adakah kalian lupa Ulama Islam terbilang seperti Dr Yusuf Al-Qardawi sendiri mengakui usaha kerajaan BN membangunkan Islam di negara ini.

    Begitu juga dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish turut menyatakan perkara yang sama.

    Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas turut memuji kerajaan BN Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

    Para ulama Arab Saudi itu juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

    Maka, berbohong mereka yang mendakwa bahawa kerajaan BN bertindak zalim dan membelakangi Islam!

    Dan kita jangan lupa tindakan kepimpinan PAS yang downgrade kan perjuangan mereka daripada ‘negara Islam’ ke ‘negara kebajikan’ padahal Islam itu lebih menyeluruh dan bukan sahaja melibatkan ‘kebajikan’ rakyat.

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 4:47 PM

    Kes diatas terjadi di Kedah..disini pula diletakkan pembohongan di Selangor pulak..

    1. Pada 30 Ogos 2012 Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan akhbar seperti di bawah. Saya ulang sekali lagi, KENYATAAN AKHBAR. Bukannya sidang akhbar atau sidang media. Kenyataan akhbar adalah kenyataan yang dibuat secara bertulis dan dihantar kepada semua media-media.

    Berikut kenyataan akhbar beliau pada 30 Ogos yang dipetik laman rasmi MB Selangor:-

    Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

    Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

    Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

    Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.

    Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

    DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

    2. Hari ni pula didalam sidang DUN Selangor..Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kos pembelian bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) adalah dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa dana kerajaan negeri.

    Malah, Khalid berkata beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas terbabit yang bernilai hampir RM650,000 itu melalui kaedah sewa beli.

    “Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.
    katanya ketika menjawab soalan ketua pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.

    Mohamad Satim bertanyakan samada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas tersebut telus dan bertanggungjawab.

    Bas yang digunakan bagi kempen Jalajah Rakyat Pakatan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak mempersoalkan pembelian bas mewah dua tingkat tersebut.

    Bagaimanapun, Khalid menangkis dakwaan tersebut dengan menyatakan kos sewa bas berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau.

    Kita bukan mempersoalkan dia mampu ke tak mampu tetapi …sikap lidah biawak nya sebagai saorang MB..patutlah manifesto pun dikata bukan satu janji..so wahai rakyat Selangor tengok dan fikir lah sendiri.

  • raja kongkiak
    November 19th, 2012 at 4:50 PM

    Bukan nama pemimpin Pas kalau tak dak cerita muhong. Siang malam sejak zaman dulu lagi depa dok buat cerita muhong. Dah jadi darah daging bab hanyiaq macam tuh…Tapi pengikut Pas mana boleh percaya sebab bos-bos depa dah kata apa yg keluaq dari mulut depa ada”ayat yg benar”..heheh..

  • Moohyideeeeen
    November 19th, 2012 at 5:26 PM

    Kat mana cerita muhong tu??

    Biaq aku bagi satu kes kat sini: PKFZ RM12.1 billion duit rakyat, apa cer??

  • raplahjingaa
    November 19th, 2012 at 8:09 PM

    Tak pe buktikan di mahkamah…opps kan dah sampai mahkamah dah…mahkamah tinggi pulak tu, mahkamah yang sama yang membebaskan anwar dari kes liwat…mahkamah yang hangpa kata adil !!

    Kita tunggu la perbicaraan….nak cepat kalau cuba hang buat upacara berdoa beramai-ramai…hahahahahah

    KO LIONG SIK ! LIONG SIK KO ! KO LIONG SIK ! LIONG SIK KO ! hahahhaahaha

  • gambus
    November 19th, 2012 at 8:38 PM

    banganga punya lembu DAP ni , menyalak macam anjing pasal suruh buktikan dimahkamah .. weii bodoh kes tu dah masuk mahkamah laa , mana pemimpin PAS yang setiap hari kata PKFZ ada salah tu , kasi masuk kandang saksi laa bodoh…

    Dan yang utama Azizan dan rakan rasuahnya dah kantoiii kemukakan bukti palsu !!!

  • Zarman
    November 19th, 2012 at 8:58 PM

    Saya rasa ada kebenaran dari kata2 anak lenggong bahawa pemimpin pas takut pada ahli tapi dlm ertikata takut kehilangan undi. Telah banyak bukti dimana pemimpin tidak berani menegur anak buah walaupun ternyata mereka salah. Bagaimana pun ada juga kebenaran bahawa ahli takut kpd pemimpin dlm ertikata taksub yang melampau. Ketaksuban adalah dlm mengikut dan memuja secara membuta tuli.

  • syaa
    November 19th, 2012 at 11:32 PM

    klu tak menipu tak sah.menipu ni mmg makanan wajib pakatan haram.pakatan haram kaki penipu.

  • Anak_Nogori
    November 20th, 2012 at 1:25 AM

    masih kah Azizan nak cakap kuin tu tak ada masalah?.

  • Anonymas
    November 20th, 2012 at 3:00 PM

    Selamatkan KUIN

    Selamatkan hutan dara Kedah

    Selamatkan bekalan air di Empangan Pedu

    Undilah Barisan Nasional, Tolak PAS

    Takbir!!!

  • Anonymas
    November 20th, 2012 at 3:02 PM

    Mat Sabu balun isteri member dia tu ape cer…dah direpot ke mahkamah syariah tapi atas ehsan Tok Guru ‘KES DITUTUP’ apasal bro

    kenapa PAS taknak rejam sampai mati bro, zina tu

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.