17
Nov

PAS Tiada Masa Untuk Perjuangkan Akidah

 

Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.

Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.

Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.

Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.

Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,

Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.

Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan bisu jadinya.

Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan.

PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.

Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.

Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.

Ada 3 Comments setakat ini.

  • WakKang
    January 13th, 2013 at 1:13 PM

    …….malah syaitan yang menjadi rakan Nik Aziz berpolitik sekarang semakin selesa dalam PAS. Janji Allah itu benar. PAS mensyirikkan Allah dengan menerima syaitan sebagai pihak yg boleh dijadikan kawan dan boleh dipercayai untuk mereka berpolitik. Dan sekarang, syaitan telah meyusup masuk kedalam hati setiap pemimpin PAS untuk mengelirukan mereka dari jalan Islam sebenar. Lihat sahaja lah tindakan mereka kebelakangan ini ….hingga nama Allah swt pun mereka sangg kongsikan dengan orang kafir laknat.

  • DataCode
    February 2nd, 2013 at 10:45 PM

    Pas sibuk heret tin milo lah,,apa bising-bising.

  • datug
    February 19th, 2013 at 7:03 PM

    selain dari agama suci agama islam,ada lagi agama yahudi dan agama nasrani kedua dua agama ini sudah banyak perubahan akibat jahatnya otak otaknya dan tangan tangan manusia ,dan agama majusi /agama para penyembah api yaitu agama hindu dan budha serta para penyembah api yang lainnya….
    alam ini sudah tersusun sedemikian rupa dari awal kejadiannya sampai pada kehancurannya,serta apa yang di laluinya,yang ada di antaranya ialah permintaan permintaan tertentu yang di benarkan serta terjadi ,itulah sifat kasih sayang allah kepada semua hamba hambanya,sama ada hamba yang durhaka dan hamba yang taat kepada allah…………
    Pendeta Kristen yang paling sinting masuk islam ,jawapan yang di kira tepat dalam dakwah umat ….
    pendeta masuk islam .youtube

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.