MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Rupanya Hadi Ada Hati Impikan Putrajaya…

Kalau dulu dia mahu jual Putrajaya sekiranya berkuasa sebagai Kerajaan Pusat, tapi sekarang dia mahu menjajah dan menawan pusat pentadbiran negara itu pada PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Begitulah betapa “munafik” atau bahasa modennya, “flip-flop” Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya yang terbaru di Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberitahu cadangan Kerajaan BN bahawa beliau akan membina sebuat pusat pentadbiran setaraf White House bernama “Putrajaya”, Abdul Hadi menyanggah dan membantah keras cadangan tersebut.

Mungkin memikirkan bahawa bantahan Hadi itu hanyalah sekadar “bantahan bodoh” dari “orang bodoh” yang tidak berpandangan jauh, Tun Dr. Mahathir dan kerajaan pimpinannya malas untuk melayan kehendak Presiden PAS itu serta meneruskan projek pembinaan Putrajaya.

Nah! Tersergam indah dan melambangkan ketamadunan Malaysia sebagai sebuah negara yang teratur dan mendedikasikan pentadbiran negaranya dengan kelas yang tersendiri, hasil pandangan 100 terkehadapan oleh arkitek kemajuan negara, Tun M!

Ketika itu, siang malam Abdul Hadi menghentam Putrajaya. Kos pembinaan pusat pentadbiran kerajaan dipertikai pada setiap ceramahnya dan habis dikerah para pencacainya menyumpah-nyumpah Putrajaya…

Dia mengecam Tun M dan membidas kononnya pembinaan Putrajaya itu membazir wang rakyat. Habis tu, takkan nak bina bangunan pentadbiran kerajaan pakai duit Tun M, kot???

Peliknya, semalam Abdul Hadi begitu serius dan bersungguh-sungguh mahu mengambil alih Putrajaya dan menegaskan bahawa cita-citanya itu bukanlah sekadar impian!

Jadi, dalam diam Hadi bermimpi-mimpi untuk mendiami Putrajaya? Begitu? Impian? Sejak bila Hadi mula mengimpikan Putrajaya? Sejak Putrajaya dibina lagikah?

Dulu Abdul Hadi sengaja sembunyikan impiannya untuk mendiami Putrajaya? Di mulut kata tidak, dihati meruntun-runtun mahu memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri?

Pada saya, Abdul Hadi hanyalah bermimpi disiang hari. Putrajaya bukan miliknya. Lagipun, kalau Pakatan Haram mampu menjajah Putrajaya sekalipun, tempat Hadi bukanlah di Jabatan Perdana Menteri.

Silap-silap, Hadi bakal ditempatkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri dan dilantik menjadi Qadhi. Sekurang-kurangnya Hadi boleh menguruskan hal ehwal para penganut agama PAS yang mahu berkahwin lebih dari satu!

Siapa PAS untuk berada di Putrajaya?

PAS hanyalah parti kelas bawahan dan kasta terendah di dalam gabungan Pakatan Haram di mana ia dilihat tidak lebih dari “keldai pencacai” dan para pengikutnya hanya dipergunakan untuk mengibar bendera DAP serta tidur di atas jalan sambil pegang bendera.

Tidak pernah pula saya melihat mana-mana puak DAP yang melakukan perbuatan sehina itu selain PAS. PAS kibar bendera DAP dan tidur di atas jalan, DAP ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan PAS yang berjaya “dikeldaikan”.

Itu pun Abdul Hadi ada hati mahu mengambil alih Putrajaya?

Lagipun, jika Pakatan Haram menjajah Putrajaya, apakah Hadi fikir bahawa Anwar, Kit Siang, Karpal, Nurul Izzah, Guan Eng, Gobind dan Azmin akan membenarkan dasar PAS dilaksanakan di negara ini? Jangan mimpilah!

Melihat kedudukan dan dasar-dasar PAS yang hilang sepanjang empat tahun ini jelas menunjukkan bahawa PAS langsung tidak dipandang oleh sahabat-sahabat “syaitan” mereka itu dan tak perlulah saya ulang tentang insiden-insiden ngeri yang menggadai maruah PAS itu, semua orang tahu!

Justeru itu, saya menggesa agar Hadi beristighfar dan meminta salah seorang budak suruhannya untuk membeli sebuah cermin besar untuk diletakkan di pejabat Presiden PAS di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut.

Setiap kali Hadi masuk ke pejabatnya, dia patut renung dirinya di cermin itu dan tanyalah pada diri sendiri tentang betapa hinanya kedudukan PAS di mata “syaitan-syaitan” tersebut. Jangan kecil hati, tapi itulah hakikat PAS di mata PKR dan DAP…


Posted by dukeofmontecristo on November 17th, 2012 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

25 Responses to “Rupanya Hadi Ada Hati Impikan Putrajaya…”

  1. Tasyahud
    November 17th, 2012

    Kiraan mudah untuk PAS ke Putra Jaya dan Hadi menjadi PM:

    Kerusi PAS = kerusi UMNO
    ATAU
    Kerusi PAS 60/40 dengan kerusi melayu PKR

    Itu sahaja.

    Musykil kiraan apa yang digunakan Harun Taib kalau PR menang baru bincang Hudud. Oooh baru bincang bukan laksana.

  2. raplahjingaa
    November 17th, 2012

    Antara satu sebab aku menolak pembangkang kerana mereka tak ada visi masa depan….

    Dulu semasa pembinaan jambatan Pulau Pinang awal tahun 80an…hiruk pekuk Lim kit Siang buat demonstrasi membantah…kononnya projek tu membaziran duit rakyaat..cai PAS pun sama naik..buat kacau.

    La ni jambatan tu dah tak mampu menampung kenderaan dan jambatan kedua sedang di bina.

    Bila Putrajaya di bangunkan…Hadi Kung Fu Panda masuk kampung buat fitnah kata itu istana Tun Mahathir, dan pembangkang akan lelong putrajaya kalau mereka memerintah….sekarang dia pulak mengidamkan putrajaya.

    Sama jugak bila Twin Tower, PLUS highway dan KLIA, bagi pembangkang semuanya pembaziran duit rakyaat, mereka tak tahu pembangunan mesti ada infrastruktur…bayangkan kalau mereka memerintah nanti… ?

    By the way…pada yang tak tau, kamaruddin jaafar PAS tu jadi kaya raya bila dia dapat antara satu projek pembinaan KLIA…siapa yang bagi ? anwar wak minggir.

    Kenapa dia tak join PKR tapi join PAS ?…kerana dia sengaja di masukkan kedalam PAS sebagai baka pertama cell nuklius anwar di dalam PAS…dengan wang yang banyak dia kembangkan puppet-puppet anwar, hingga kini mereka menguasai 70% barisan pemimpin PAS.

    PAS sebenarnya di kuasai anwar…anwar tahu untuk bergerak jauh dia perlukan sokongan orang melayu…berapa kerat sangat melayu dalam PKR, so PAS adalah perhitungannya…

    Melayu PAS yang terkenal sebagai jenis melayu yang kuat tidur, malas bekerja dan kurang berfikir…menerima apa saja tanpa syak wasangka.

  3. StinGray
    November 17th, 2012

    Bukan apa…rumah kediaman rasmi PM di putrajaya tu besar & byk bilik…senang dia nak park bini2 dia under one roof…

    Ini lah manusia paling munafik dalam dunia..tempat yang dia nak leleong la ni dah jadi syurga idaman dia pulak…macam jantan giler talak si adi boroi ni…

  4. raplahjingaa
    November 17th, 2012

    Aku rasa…itu cuma akan tinggal impian bagi hadi the kungfu Panda…mana nak letak anwar ? mana nak letak kit siang ?

  5. bangKano
    November 17th, 2012

    Memang la jadi impian setiap ahli politik walo pun depa guna agama sebagai umpan pancing undi rakyat bebai. Motif akhir mesti nak jadi PM macam ahli ahli UMNO tu. Kalo tak leh buat apa masuk politik ? Lebih baik depa jadi ahli pertubuhan ato NGO.Tu dah hak depa yang bekecimpong dalam politik bebaloi la nak kejaq impian selagi umoq panjang macam Pok Nik tu pun ada hati jugak nak jadi PM.

  6. tengkudin
    November 17th, 2012

    itu la jawapan si harun taib masa perintah terengganu dulu…baru nak hantar wkil pi arab saudi nak kaji…itula politik PAS selama ni..

  7. StinGray
    November 17th, 2012

    Bro rap.. si boroi ni dah surrender…la ni dia kata dia nak jadi khadam DAP & PKR jea…

    punya la bacul si boroi ni, hulubelalang2 dia mcm si bujuk, mati2 nak si boroi ni jadi PM, tup tup dia nak jadi khadam DAP & PKR jea…semakin ganazzzzz lawak depa ni…

  8. zumazore
    November 17th, 2012

    MASIH TAK SEDAR…. mereka yang masih ada dalam PAKATAN tu sila sedar dan sila TAUBAT seberapa segera, kerana pemimpin yang munafik berserban itu lebih zalim dari YAHUDI!!!

  9. raplahjingaa
    November 17th, 2012

    Apo nak di kato ?? sedih jugak tengok bangsa sendiri dipergunakan sampai macam tu…apa depa ni tak ada otak ke nak berfikir… kerja teruk-teruk kena buat fitnah sana sini..kena guling-guling atas jalan, kena bom asap pihak keselamatan…last-last jadi khadam.

  10. syaa
    November 17th, 2012

    betul betul zalim pas ni

  11. bujuk
    November 17th, 2012

    Masa TGHA jadi MB t’ganu adakah beliau menginap d rumah MB? adakah MB k’tan dan Kedah menginap d rumah MB atau d jadikan rumah rasmi bila ada majlis rasmi sahaja kerana maintenance yg. sangat tinggi. Berapa juta k’jaan bayar untuk maintenance kediaman PM d Putrajaya?
    Korang ni pendek akal, PAS tak marahkan k’jaan bangunkan PUTRAJAYA tapi Istana PM yg. ultraexpensive pada ketika negara GAWAT. Dalam masa k’jaan kata negara GAWAT, tapi k’jaan berbelanja besar untuk memenuhi selera PM. Ini yg. PAS tentang. Sama seperti sekarang, Idris Jala kata negara bangkrup jika bagi subsidi, tapi PM curah duit pada rakyat. Jadi statement tak selari dengan tindakan..

  12. anakbochek
    November 17th, 2012

    Bujuk, Bujuk. Kau masih nak berlagak naif lagi. Sapa yang nak sangat buat istana PM yang ultra expensive tu. Masih ingat lagi ucapan Tun M yang mengatakan beliau tidak mahu rumah PM sebesar itu kerana anak2 yang tinggal dengan dia cuma 2 orang sahaja tapi TPM yang insist. Faham la kini rupa2nya peliwat tua tu yang berharap supaya dia yang duduk di istana tu masa ekonomi tengah gawat tapi apakan daya kantoi pulak kes liwat dan salahguna kuasa.

    Statement tak selari dengan tindakan, sama dengan PAS. Kata marahkan istana PM yang ultra expensive tapi yang nak dilelong keseluruhan Putrajaya. Inilah tindakan bodoh orang PAS, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

  13. freemalaysiakini
    November 17th, 2012

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  14. raplahjingaa
    November 17th, 2012

    Tu la hang bujuk…hang apa tau pasal ekonomi, negara gawat, simpan semua duit nak buat apa ?? duit tu perlu di belanjakan untuk stimulate economy….baru ada kesinabungan…alahai silap aku cerita kat hang….aku lupa hangpa buat business jual sadin dengan kordial pun boleh lingkup !!

  15. lyn
    November 18th, 2012

    pas parti air lior menghisap duit rakyat dengan pelbagai jenis derma dengan janji manis syahid dan syurga.

    pas jangan mimpi nak jadi jaguh di putrajaya. hadi dengan nizar sudah cukup membuktikan pas memang parti celaka. masa jadi mb, rakyat menyampak tidak terkira. selamat bersara kepada kedua duanya..

  16. raplahjingaa
    November 18th, 2012

    Kat arab saudi tak kira agama….kalau mencuri potong tangan. Hudud PAS…ADA YANG KENA, ADA YANG LEPASSSS…

  17. Mohd Taib Kamin
    November 18th, 2012

    Apabila bercakap tentang Hadi Awang, saya teringat AMANAT HADI AWANG. Apabila teringat Amanat Hadi Awang, saya teringat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Akan datang satu zaman dimana Islam tidak tinggal hanya pada namanya sahaja, dan Al-Quran tidak tinggal hanya pada ayat dan hurufnya sahaja. Masjid mereka indah tetyapi jauh dari petunjuk. Ulamak2 mereka adalah yang paling jahat dari kalangan manusia. Dari mulut ulamak2 ini akan muncul berbagai fitnah dan kepada mereka (ulamak2) fitnah itu dikembalikan’.

    Saya suka mengulang2 hadith ini kerana ianya telah pun berlaku didepan mata kita sendiri. Kita berpeluang menyaksikan betapa benarnya sabda baginda Rasulullah SAW itu. Subhanallah yang telah mempertontonkan kepada kita satu kebenaran yang jelas dan nyata. Hanya orang yang telah ditutup mata hatinya sahaja yang akan menafikan kebenaran.

    Hari ini fitnah Hadi Awang melalui Amanatnya telah dikembalikan kepada PAS. Lebih dahsyat Hadi Awang sendiri lebih rela menjadi kuda tungganagn DAP untuk mendapat kuasa.Hari ini juga PAS menjilat ludah mereka sendiri apabila terlalu kemaruk untuk kePutrajaya. PAS dibawah Hadi Awang terlalu lemah sehingga soal pokok seperti aqidah umat Islam dilihat terlalu kecil jika dibandingkan dengan Putrajaya. Wallahualam.

  18. bujuk
    November 19th, 2012

    PM yg. paling berkuasa ikut telunjuk TPM??? hebat sangatkah jawatan TPM hingga PM wajib ikut?
    Kita tak pertikai berapa bilik yg. ada.. tapi berapa harganya??
    Rumah TGNA pun besar juga tapi harganya tak sampai rm300k, berbanding rumah2 menteri UMNO yg. mungkin +- besarnya tapi nilainya jutaan RM. berapa pulak nilai kediaman PM yg. segalanya d import? apa keperluan kediaman yg. terlalu mewah tersebut??? apakah sebab nak wariskan pada TPM atau nak rasa hebat?
    Jarang benar dengar seorang AYAH buat rumah hebat/mewah semata2 nak wariskan pada anak dia… tak taulah kalau TunM ni makhluk asing.

  19. bujuk
    November 19th, 2012

    Ada ke bisnessman yg. merudum bina rumah mewah?? belanja anak2 beli kereta dan motosikal baru?? atau mereka akan berjimat cermat, dan berbelanja pada tempat yg. perlu saja??
    Mana punya teori hang ambik… bila gawat, kena tambah hutang lagi banyak untuk enjoy??

  20. PASpartyNGOK
    November 19th, 2012

    Dolak dalih, putar belit, tipu helah akan hanya datang dari kaum MUNafiqin.

    Ketahui lah bahawa puak berjubah, berkeyap, semutar putih, berjanggut hitam/putih sejemput di negara ini hanyalah puak munAFiqin.

  21. PASpartyNGOK
    November 19th, 2012

    Sudah tentu HAdi hanya impikan putrajaya. DiMsia putrajaya ialah kuasa, sebagaimana white house di US dan downing street di UK.

    HAdi sendiri pernah ucapkan ketika ditanya mengenai Anwar. Jawabnya dia tidak kira siapa Anwar, yang penting mereka dapat kuasa.

    Ye.. itu kata HAdi bukan ciptaan sesiapa.

  22. anakbochek
    November 19th, 2012

    OK lah Bujuk, kau bagilah justifikasi apapun tentang harga rumah PM tu. Kenapa kau banding dengan rumah TGNA tu. Kenapa tak bandingkah dengan rumah ketua umum kau. Berapa harga rumah ketua umum tu. Banyak duit derma yang dia kumpul untuk buat rumah semahal dan sebesar tu. Rumah Tun M bekas PM Malaysia pun tak sebesar dan semahal itu harganya. Rumah adun Melor yang bini muda orang Kemboja tu berapa harganya Bujuk. Rasanya2 lagi mahal dari rumah TGNA.

    Tapi PAS tetap bodoh dan bangang. Sebab marahkan kediaman rasmi PM nak dilelong satu Putrajaya. Sekarang ni terhegeh nak berarak ke Putrajaya.

  23. anakbochek
    November 19th, 2012

    Bro raplah, Bujuk mana faham antara berbelanja dan enjoy sakan. Dia dulu mana belajar ekonomi mikro dan makro. Dia belajar Ekomomi Rumah Tangga je.

  24. raja kongkiak
    November 19th, 2012

    HADI nak jadi PM, huk alohhh…mamai kaaa mamun penyokong Pas???? Tobat Hadi tak akan dapat duduk atas kerusi tuh.Apa dia ingat Nuat Brahim bangang macam penyokong Pas, hamba allah tuh setengah mati berangan-angan,bercita-cita sampai terpancut-pancut air liur basi diwaktu mimpi akan melepaskan angan-angan dia kat Hadi..hahahah No way men…

    Inilah nasib yang siang malam menimpa ke atas penyokong dan pengikut Pas. Subuh senja, lehoq sampai ke assaq dok kena kencing dek pemimpin depa..80% penyokong Pas pun suka Nuat jadi PM “kalaulah” boleh sampai ke putrajaya sebab bagi depa Nuat lebih tera lagi untuk buat congak,temberang dan sebagainya. Hadi setakat boleh buat fatwa..hahaha mana ada jalan bro!

    Sampai Hadi arwah sekali pun dia tak mungkin sampai ke darjat PM tok sah dok mimpilaa…Sembang dekat gerai makan Pak Lah Tok Bey bolehlaa..takat tuh saja.

    Pengikut pas kena ingat; PAS MEMANG TAK ADA CALON YANG LAYAK SAMPAI KE KERUSI PM..sebab Allah tak akan redha untuk parti yg bersekutu dengan LGBT,ajak orang hilang akidah untuk menjadi pentadbir negara. Kalau Allah sayang PAS dah lama dah Pas di tampok itu. Nampak gayanya kali ini pun Pas akan menjadi tukang kipas sahaja…

  25. bujuk
    November 20th, 2012

    Itu bezanya politik sekular dengan politik Islam…

Leave a Reply

Type your comment in the box below: