29
Oct

PKNS Dilelong, Yayasan Selangor Dirompak, UNISEL Digadaikan, Talam Diselamatkan! @Khalid_Ibrahim

Siapa yang mengawal Khalid?

1. Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini telah mewartakan untuk melelong 5 aset PKNS iaitu:

  • Menara PKNS Petaling Jaya (RM 90 juta)
  • Pusat Konvensyen Shah Alam (RM 97 juta)
  • Kompleks PKNS Shah Alam (RM 85 juta)
  • Kompleks PKNS Bangi (RM 42 juta)
  • Wisma Yakin (RM 7 juta)
2. Dengan jumlah keseluruhannya adalah RM 321 juta.
3.  Tindakan ini telah menyebabkan beberapa NGO dan persatuan bertindak balas terhadap TS Khalid Ibrahim serta menyifatkan tindakan itu mencabul matlamat asal penubuhan PKNS untuk memastikan pembangunan sosioekonomi rakyat dapat dibangunkan dengan seimbang.
4. Apabila premis-premis ini terjual, pemilik baru sama sekali tidak akan memikirkan tanggung jawab sosial serta nasib penyewa bumiputera terutamanya.
5. Exco negeri Selangor yang terdiri daripada 5 orang bukan bumiputera terutamanya Teresa Kok yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ternyata menjadi dalang disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di negeri Selangor ini.
6. Ternyata walaupun Menteri Besarnya adalah dari orang Melayu namun tindakan beliau dikawal oleh DAP sebenarnya.
7. Sekiranya tindakan TS Khalid adalah untuk menambahkan pendapatan negeri seperti yang dibangga-banggakan di dalam laporan audit, maka beliau bukanlah seorang tokoh korporat yang bijak.
8. Sepatutnya, PKNS perlu menambah aset yang dipegang untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat Selangor.
Talam Corp.

1. Apabila membeli/menerima aset-aset, Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan penilaian yang dilakukan oleh  Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).  Walau bagaimanapun, aset-aset ini telah dibeli/diterima pada harga yang terlalu tinggi mengikut penilaian yang dibuat oleh pihak swasta dan bukan JPPH. Contohnya ialah Bukit Beruntung 2 yang dinilai pada harga  RM113 juta oleh JPPH, tetapi Kerajaan Negeri telah menerima/membelinya dengan harga RM345 juta.
2. Daripada jumlah RM676 juta aset-aset yang diterima/dibeli oleh Kerajaan PR Negeri Selangor, telah berlaku lebih nilaian yang ketara antara RM339 juta hingga RM397 juta.
3. Kerajaan PR Selangor telah bayar sejumlah wang sebanyak RM266 juta kepada pembiaya/banker  Talam. Jumlah wang ini kebanyakkan diperolehi melalui jualan tanah kepada PNSB, d mana PNSB telah mengambil pinjaman berserta  bayaran faedah berjumlah RM316 juta.
4. Menteri Besar Selangor telah membayangkan bahawa Talam menghadapi kemungkinan dibubarkan. Namun, selepas transaksi dengan Kerajaan PR  Selangor,  Talam telah terkeluar dari senarai syarikat PN 17.
5. Kebanyakan tanah di Selangor telah dikenalpasti untuk pembangunan. Walau bagaimanapun, selepas 2 ½  tahun, tiada pelan pembangunan yang jelas ke atas tanah yang dibeli dari  Talam.
6. Adakah tujuan Aset PKNS tersebut dijual demi menutup lubang yang ditinggalkan semasa transaksi Talam?
Yayasan Selangor

1. Lebih menyedihkan untuk Yayasan Selangor apabila tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini di Klang diberikan begitu sahaja oleh TS Khalid kepada Elizabeth Wong untuk dibangunkan Pusat Kebudayaan Cina.
Surat Elizabeth Wong ini diluluskan dan dipanjangkan kepada Ilham Marzuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor untuk diambil tindakan.
2. Tanah seluas 3,000 ekar di Pulau Carey pula kepunyaan Yayasan Selangor yang sebelum ini diuruskan oleh Agro Segar Sdn. Bhd. pula bakal dirobek pula.
3. Pihak Yayasan Selangor dibawah pengarahan Ilham Marzuki (Pengurus Besar) telah menghalau pekerja-pekerja Agro Tech serta menghalang pihak Agro Tech untuk keluar masuk.
4. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak Polisn dan tindakan selanjutnya akan menyusul kemudian.
Laporan terhadap Yayasan Selangor
5. Pengurusan tanah di Pulau Carey ini bakal diserahkan kepada Trilink Construction Sdn. Bhd. yang akan memajukan Hub Minyak di atas tanah tersebut.
5a. Apakah nasib yang bakal diterima oleh suku Mah Meri di kawasan tersebut?
Lantikan Syarikat Trilink Construction Sdn. Bhd. yang tidak ditenderkan
Perintah Ex-Parte Untuk Injuksi Interim
Pendengaran Interpartes pada 30 Oktober 2012
6. Menurut Perintah Ex-Parte ini jelas menunjukkan bahawa pendengaran interpartes ini bakal diadakan 30 Oktober 2012. Maka atas hak apakah pihak Yayasan Selangor boleh menghalau serta melarang Agro Tech ini beroperasi?
7. Bangunan-bangunan Yayasan Selangor yang secara strategiknya ddiletakkan di tengah-tengah Segitiga Emas Bukit Bintang juga bakal dijual kepada pemaju luar.
8. Adakah ini yang Dato’ Harun Idris benar-benar mahukan sewaktu beliau mula memperkenalkan Yayasan Selangor?
9. Jelas dapat dilihat bahawa legasi Dato’ Harun ini bakal terkubur di bawah pemerintahan TS Khalid Ibrahim Kerajaan PKR Selangor.
Tersungkurnya Kerajaan Pakatan Selangor.
1. Lain senario yang berlaku pada anak syarikat milik Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
a.   Kerajaan Negeri berhutang sebanyak RM115 juta kepada KHSB dan berdasarkan kepada laporan suku tahun yang terkini, tiada bayaran dibuat kepada KHSB.
b.   Kedudukan kewangan UNISEL telah semakin merosot kerana UNISEL hanya menerima RM 10 juta untuk RM 248 juta hutang dari Talam. Diskaun sebanyak RM 36 juta telah diberi kepada Talam meskipun Talam tidak memenuhi Perjanjian Penyelesaian yang tamat pada tahun 2008.
c.   Daripada mengutip RM 28 juta, PNSB hanya menerima RM 10 juta dan kini mempunyai pinjaman sebanyak RM230 juta dengan kos bayaran faedah sebanyak  RM86 juta sementara Talam pula berjaya menjimatkan RM24 juta setiap tahun.
2. Terdapat banyak lagi kepincangan yang berlaku di dalam Kerajaan Pakatan Selangor ini yang belum didedahkan lagi.
3. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/pkns-dilelong-yayasan-selangor-dirompak.html#ixzz2AfiJNB4s

Read more: http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/pkns-dilelong-yayasan-selangor-dirompak.html#ixzz2Ah2h9Q6R

Ada 0 Comment setakat ini.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.