19
Oct

Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?

 

PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru. Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan. Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.

Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan. Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang. Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan. PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.

Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu. Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.

Mat Sabu ni power gila, sampai restoran tak halal pon boleh jadi halal tak caya tengok kat bawah ni..

Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.

Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.

Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.

Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal. Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri.

Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian? Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan?

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.

Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.

Nah, inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan.

Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi. Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran. Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan.

Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama.

Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS. Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik. Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang.

Ada 10 Comments setakat ini.

  • fatah
    October 19th, 2012 at 11:22 AM

    huh…nasi lemak dia yg halal kut?

  • mRsTURDY
    October 19th, 2012 at 11:30 AM

    Nasik Lemak tengok jer jgn ambik! Tue yg halal kut? muahaaaaaaa!!

  • PASpartyNGOK
    October 20th, 2012 at 2:03 PM

    Mat sabu akan ada dalil sendiri mengenai hal ini. Alasan dia ialah dia dalam keadaan dharurat . Dalam keadaan ini kita dibolehkan telan apa saja termasok yang haram. Mat sabu gunakan istilah ini , jadi dia pun selamat.

    Dia dengan sekutu kafir dia. Kebetulan makanan disediakan jadi dia mesti makan. Hati sekutu perlu dijaga kerana sekutu ini terlalu penting baginya . Sekutu menjanjikan kuasa hasil dari kerjasama. Tak ada sekutu kurang peluang untuk berkuasa.

    Nampak tak ??? ‘Dharurat’ disini dalam cara menjaga hati .Dalam hal hampir sama, orang gunakan istilah ini untuk jamaqkan solat, walau kita tahu jamaq/qasar hanya untuk musafir saja.Orang gunakan status tuntuntan jamaq/qasar diatas kesuntukan masa kerana kesebokkan kerja dsbgnya.

    Wallahu alam.

    ksuh

  • selamber
    October 20th, 2012 at 3:41 PM

    muka jer baik, tp arem pun bedal gak…cakap pusing222222222

  • Hamba Ar RAhman
    October 21st, 2012 at 5:17 PM

    Kita fikir yang baik jer…mungkin dia ada panggil catering khas untuk sediakan makanan untuk orang Islam…

  • Azmin Ali
    October 24th, 2012 at 11:04 AM

    AL JUBURI KATA DAGING AMOI CINA LAGI SEDAP
    RATAH DARI NASIK LEMAK IKAN BILIS..

  • AkuBenciPenipu
    October 25th, 2012 at 11:42 AM

    Jgn lupa wooooooo..Mat Sabu..Mah BINI org pun dia BEDAL maaaa…Takkan tak tau kot dalam Syiah kan ader bini Kontrak…(mungkin part time pun ader kot)..Nasi Lemak RM1 tuh besau aku suka.

  • wong singo
    October 30th, 2012 at 7:50 AM

    Sebat ajela labu janji kenyang sudah….

  • intuitive
    November 5th, 2012 at 8:23 PM

    ya lah..sangka baik jer lah..kita tak nampak dgn jelas..aku gi jamuan raya cina..kat sekolah cina..tp katering dia melayu Islam..wallahua’lam..dosa dia tanggong sendiri ler..

  • WrgaKlia
    November 7th, 2012 at 2:41 AM

    Bodo punya ore,ore tengah makan sempat buat fitnah!!Lahabai punya umno.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.