MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS Kelantan Sindir Suruh Serah “Baton”?

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan “baton” yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan “baton” ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika “baton” yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan “fatwa sesat” Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap “orang tua” itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan “buat-buat bodoh” serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya “tiket ke syurga” miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong “Nabi PAS” itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?


Posted by dukeofmontecristo on October 18th, 2012 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

33 Responses to “Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS Kelantan Sindir Suruh Serah “Baton”?”

  1. Mohd Taib Kamin
    October 18th, 2012

    Pas akan kata ADUN Gaal, Dr Nik Mazian telah dibeli oleh UMNO. Nik Aziz pula mungkin akan kata, Dr Nik Mazian, ADUN Gaal bermulut gatal, berlidah panjang, perangai tak senonoh dan sampah.

    Nik Aziz dilapurkan pernah berkata ‘Dalam Pas tidak ada siapa yang layak untuk menggantikanya sebagai Mursyidul Am Pas’. Maknanya? Apa pun kenyataan, kritikan, sindiran atau saranan yang dikeluarkan oleh sesiapa pun hatta dalam Pas sendiri tidak menjadi kudis dan tidak akan membuat Nik Aziz ‘menangis’ apalagi menerimanya dengan lapang dada kerana Nik Aziz melihat dirinya terlalu hebat. Nik Aziz tidak pernah berlapang dada kerana dalam dadanya tersumbat rasa amarah, dendam, riak, takabur. Masihkah kita ingat Nik Aziz pernah membuat kenyataan bahawa ‘Tuhan pun mencarut’, ‘Tuhan pun samseng’ untuk menghalalkan carut marut Shahnon (SHIT) Ahmad dan menghalalkan perbuatan samseng ahli2 Pas satu ketika dahulu? Hanya perintah dan apa yang keluar dari mulutnya sahaja yang ‘benar’ dan perlu diakuri oleh orang lain. Sampai bila Nik Aziz akan bersikap demikian? Jawabnya sampai akhir hayatnya. Soalnya tidakkah Nik Aziz sedar bahawa beliau semakin tua, kudratnya semakin lemah, pendengarannya semakin kurang jelas, matanya semakin kabur, kesihatannya semakin menurun. Pendek kata masa semakin singkat untuk Nik Aziz. Atau keengganan Nik Aziz meninggalkan kedudukan dunia kerana takut hilang penghormatan yang sedang dia kecapi hari ini? Atau Nik Aziz bimbang segala kelemahannya selama ini akan terdedah jika beliau meletakan jawatan sekarang? Wallahualam.

  2. neutron
    October 18th, 2012

    Ini mamak kopi pes sikit worang komen di malaysia kini cerita NFC itu Salleh kasi salah kerajaan dia punya kompeni tarak boleh deliver.. lawak gila…kah..kah

    “So very true. How can you blame NFC? They are doing so much for the cows. And the federal government cannot even build an abattoir.

    So, how long must they have to wait? In the meantime, they have to take care of the cows so the cows don’t merajuk (sulk). It is not an easy life when you are dealing with cows.

    That’s why they have to buy condominiums, restaurants in all high-end areas. Because if not, the cows will merajuk and don’t come to the abattoir, an even bigger problem.

    So agriculture minister, you are the only one to be blamed for because of you, they have to spend the RM250 million. Nasib baik (lucky) there is good governance in NFC.

    We, Malaysians, are very sad that the cows are left without anyone to look after them. Luckily, there is NFC. If not, I can only imagine the worst.

    Thank you, Mohd Salleh, for the explicit reasoning. The country needs more smart people like you, especially in the government. Someone who really has heart for the cows.”

  3. HAMBA ALLAH
    October 18th, 2012

    OUT OF TOPIC BRO

  4. anakbochek
    October 18th, 2012

    Cybertrooper bongok. Cobaan divert dan spin yang gagal.

  5. umnoover
    October 18th, 2012

    That’s what happens when you think like a cow. Always the blame game and out of context.

  6. anakbochek
    October 18th, 2012

    It’s about time Nik Aziz reveals his protege. Betul jugak gesaan tu, takut tumbang tengah berlari baton tak tau nak pass kat sapa.

    Akan ada suara sumbang PAS yang akan mencaci Nik Mazian kerana berani “mencuit” dinasour PAS ni. BTW, ini hal dalaman PAS. Kami di luar ni tidak mahu masuk campur kerana siapa pun penggantinya, PAS tetap akan bersetubuh dengan DAP.

  7. raplahjingaa
    October 18th, 2012

    Nik ajis akan bertanya kepada semua cai-cai PAS ” pernahkah sahabat-sahabat rasullulah meminta rasulullah supaya mengundur diri ?? ” dan cai-cai akan menjawab ” tidak ” nik ajis kemudian akan berkata ” kenapo ambo harus mengundur ?? “

  8. anakbochek
    October 18th, 2012

    I like (x 100). Terbaik.

  9. Anak Lenggong
    October 18th, 2012

    Keluar tajuk sekejap sebab kesiankan bujuk, mm. melayu islam, moon dan neutron paria..asyik dok kena tipu je..

    Setelah pendedahan-pendedahan demi pendedahan yang dilakukan dan kenyataan dari seorang pendakwaraya Perancis yang menafikan berlaku perbicaraan kes pembelian kapal selam di Mahkamah Perancis, akhirnya kini pertubuhan haram suaram mengangkat bendera putih.

    Menyedari mereka tidak lagi mampu untuk membohongi rakyat Malaysia, akhirnya semalam pertubuhan haram suaram membuat kenyataan mengakui tiada sebarang perbicaraan di Perancis.

    Antara Pos melaporkan seperti berikut,

    KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.
    Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

    “Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan ‘siasatan kehakiman’ dan ‘penyiasatan’.

    “Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan “perbicaraan’ dalam kenyataan kepada umum sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

    Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
    Dah takut…..

    Dah takut beb…..

    Sebelum ini bukan main lagi nak sapina Najib ke Mahkamah Perancis, nak sapina Zahid Hamidi, dan yang paling tak boleh tahan tahan sekali apabila dia buat kenyataan bahawa seorang saksi telah disapina untuk memberi keterangan.

    Kes Scorpene: Saksi pertama terima sapina Mahkamah Perancis

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.

    Enggan hadir Mahkamah Perancis bukti Najib, Zahid bersalah

    Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis (berita penuh)

    Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis mulakan inkuiri terbuka

    Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis

    Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti Najib dapatkan Perimekar RM3 bilion

    Why ? Why ? Why ? Sekarang kata tiada perbicaraan pula setelah semuanya terdedah ? Dulu bukan main galak lagi….

    Duit orang ramai dah kutip beratus ribu kononnya untuk perbicaraan di Perancis, tapi kini buat kona baring pula kata tiada perbicaraan….

    Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan Ops Scorpene bagi mengumpul dana membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah pembelian dua kapal Selam yang bermula Julai ini.

    Suaram kumpul RM300,000 di Majlis Makan Malam ‘Ops Scorpene 2.0′

    Esok lusa keldaian daily pasti akan buang semua artikel yang saya letak link diatas….

    Posted by RBF Online

    SEKARANG DUIT KUTIPAN UNTUK PEMBIAYAAN PEGUAM TU LESAP KEMANA..KESIAN PACACAI PAS DAN PKR RUPANYA DUIT YANG DIDERMA TU UNTUK PEMBIAYAAN DUA TIGA EKOR TU NAK MELENGCUNG…

  10. Anak Lenggong
    October 18th, 2012

    Tak lama lagi akan keluarlah daripada mulut nike ajis perkataan Adun tak sedar diri..Adun lidah panjang dan bermacam gelaran ..sebab ini perangai sebenar nike ajis.

    Nike ajis akan bawa jawatan tu sampai lubang kubur Sebelum ini Nik Aziz pernah menyatakan dalam satu majlis yang dia akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.

    Ungkapan ini dibuat dalam satu majlis di Putik di hadapan pimpinan Pas Kelantan selepas PRU-12..Sekarang ni dah nak masuk PRU-13…Dah dekat 5 tahun dah…Tak kan masih tak jumpa pengganti yang sesuai??

    Tak ingatkan kalian kata-kata Nike Ajis semasa hendak memujuk Hadi Awang supaya jangan berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)….”Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati,”… Nampak sangat Nik Aziz ni memang gila kuasa.. Apa dia ingat dengan jawatan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan ni dia akan dapat ‘bye’ dihisab dan terus masuk syurga…

  11. lady_j
    October 18th, 2012

    tu la lepas kes nfc ni dibicarakan byk lembu2 yg tak puas hati dan join pembangkang bising psl nfc sampai tajuk tuk guru dikritik geng sendiri pun nak divert cerita psl nfc.

  12. bujuk
    October 18th, 2012

    Eh… mana hilang komen aku?
    Takpa aku hantar sekali lagi..
    Nampaknya orang UMNO sokong D.Harun Din ganti TGNA, tapi untuk adil Rakyat Perlis perlu naikkan D.Harun Din(DHD) sebagai YB dan MB Perlis, baru bersesuian dengan jawatan Mursyidul Am PAS. Tampa Kuasa siapakah yg. nak dengar cakap DHD walaupun beliau dikenali sebagai ulamak terkenal. Beliau akan jadi macam D.Harusani yg. nasihat beliau tak d dengar k’jaan jika tiada keuntungan. Jadi orang Perlis fikir-fikirkan, PAS telah mletakkan asas yg. jelas bila DHD d lantik Timb. Musyidul Am. Tugas rakyat Perlis merialisasikan nya..

  13. baba
    October 18th, 2012

    kalau dah jenis kemaruk kuasa ni, cakaplah apa pun, dia tetap tak mau lepaskan kuasa.

  14. lady_j
    October 18th, 2012

    Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai ‘terlajak cakap’ apabila menyatakan tiada sesiapa yang layak menggantikan beliau memegang jawatan tersebut. Seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak tetapi tidak diketengahkan dalam saf kepemimpinan.

    “Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam Pas yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121018/po_01/Nik-Aziz-terlajak-cakap#ixzz29Vw4RqmF

  15. Hamba Ar Rahman
    October 18th, 2012

    Apa benda yang kau duk merapu ni Neutron…pening aku baca komen hang…

  16. Topup
    October 18th, 2012

    Percayalah..Nik Aziz akan hidup lama sehingga makan dan berak atas tilam untuk satu jangka masa yang lama …dan masa tu untuk dia meminta maaf akan kesalahannya pada insan lain dah terlewat sebab orang itu sudahpun pergi terlebih dahulu …maka tinggalah nik aziz dlm kedaifan yang penuh dengan dosa yang tak boleh diminta ampun .

  17. AkuBenciPenipu
    October 18th, 2012

    Perghhhh Gila Kuasa Nik Aziz (PAS) neh rupanyer..Kalah Sammy Vellu (MIC)..wakakakkaka.aku ingat dia sorang jer yg Payah nak turun.Tapi sorang neh (Nik Aziz) lagi teruk.Dah la asyik pergi Spital Jah compare dgn Sammy yg masih sehat tuh….waaakkakaakakakaa gelak guling2…

  18. duluPas
    October 18th, 2012

    Maksud kau Nik Mazian panggil Nik Aziz lembu baton tua dan Salleh marahkan kerajaan kerana panggilan itu ka?

    Betul ke? Sebab tajuk topik di atas ada sebut pasal baton.

  19. duluPas
    October 18th, 2012

    Dia nak tunggu pass baton kat anaknya Nik Abduh barangkali. Kalo Kit Siang boleh, Kuan Yew boleh, Anwar Aljub boleh, apasal Nik tak boleh!

  20. duluPas
    October 18th, 2012

    Jadi secara tak langsung kamu dah mengaku le yang Nik Aziz dah terlalu tua untuk bergayut kpd jawatan MB dan Murshidul tu dan pemimpin2 PAS sendiri berpendapat begitu.

    Tapi kamu cadangkan bagi kuasa MB pulak kepada Murshidul Harun Din baharu orang nak dengar cakap dia? Betul ke kata2 kamu ni? Ke kamu buat lawak Mahfuz?

    Patut le Presiden PAS Hadi Awang dah jadi macam tunggul tak ramai dengar cakap dia kecuali yang suka2 baring atas jalan. Tak ada kuasa MB rupanya. Presiden tunggul rupanya!

  21. yon76er
    October 18th, 2012

    Tak abis siNeotron nie cita Hal Lembu…ooooooo ko ambil alih jawatam kwn kor siMooooooooo..yek…pas Baton ker..

  22. yon76er
    October 18th, 2012

    Dan dapat anak PASpigs…hahahahahah

  23. bangKano
    October 18th, 2012

    Keberangkalian tu ada Pok Nik nal groom anak nya jadi MB Kelate kelak. Dia pun ada hati nak kekai kan sistem dinasti lagu mana yang di amal kan oleh DAP & PKR tu. Dia lagi teruja nengok kan rejim Saud Wahabisme kat Arab Saudi masih kekai kan sistem dinasti tu. Apa salah nya dia ikut sistem tu lagi pun Arab ada la islam & islam ada la Arab ikut pahaman bengap pemimpin PAS.

    Selagi pengikut bebai taksub giler pada Pok Nik & PAS masih kuat menyokong PAS selagi tu la dia masih angkuh,ego & jogho. Mana tak nya hari hari Pok Nik kasi caj bateri minda pengikut bengap tu supaya sentiasa mantap keghana kuasa dah full.Pantang pek bateri minda tu nak ke bar 3 kelam kabut Pok Nik pi caj semula sampai tercaj penuh 5 bar. Tu la analogi Pok Nik & pengikut PAS tu. Hari hari Pok Nik beri ceghamah politik agama kata sapa sapa tak mau sokong & pangkah PAS & diri nya mesti masuk neghaka sebab dah kafir kunun. Depa dah naik seghiau takut masuk neghaka jika tak sokong PAS & Pok Nik. Tu la racun & virus yang sentiasa di suntik pada minda penyokong totok PAS & Pok Nik supaya benci pada BN & UMNO. Penyokong bodo piang ni akuq ngan segala ugutan & hasutan haprak wali waraq ni.

    Jadi sampai bila Pok Nik mampu caj semula pek bateri minda penyokong nya ? Satu hari nanti pek bateri tu akan kong teghuih tok leh gi nak caj semula. Terpaksa la Pok Nik ganti pek baru minda dari jenama generasi X & Y. Ada ka bateri minda generasi X & Y tu serasi ngan peranti lama berteknologi usang & berideologi lapuk tu yang dah ketinggalan zaman ?

    Hanya masa & ruang yang dapat menentu kan nya. Yang baru dan canggih akan mengganti kan yang dah usang lagi lapuk di mamah dek zaman. Begitu jugak ngan doktrin Pok Nik & PAS akan jadi lapuk keghana perubahan zaman & minda yang dinamik.

  24. bujuk
    October 19th, 2012

    Ada lagi satu.. lagi teruk bro, Sarawak duduk jugak.

  25. bujuk
    October 19th, 2012

    Dia salah faham maksud TGNA tu..
    Bukan masalah berilmu ke tidak, tapi berkuasa ke tidak. Dah dua penggal PAS lantik Timb. murshidul Am (D.Harun Din), tapi orang Perlis tak faham.. tak pernah bagi peluang pada DHD jadi YB dan MB. PRU13 kalau rakyat Perlis bagi peluang DHD jadi MB, InsyaAllah TGNA senang hati nak lepas jawatan.

  26. syaa
    October 19th, 2012

    betul gak alasan ni bro.alasan yg kukuh lgi.sesat punya pas

  27. syaa
    October 19th, 2012

    DAH LAMA DAH….

  28. bujuk
    October 19th, 2012

    Bukan camtu.. tapi aku kesian tengok TGNA yg. tak sihat kena jugak bekerja keras demi rakyat. Sebab tu jugaklah dia tak boleh lepaskan jawatan MB k’tan sekarang walaupun ramai YB yg. boleh d harapkan. Walaupun jawatan Mursyidul Am tak semestinya MB, tapi tentu banyak kelebihan dan kemudahan yg. ada jika berjawatan MB. Sama juga UMNO, PM mestinya Presiden UMNO.

  29. duluPas
    October 19th, 2012

    Presiden PAS Hadi Awang tak boleh jadi MB Kelantan? Macam Penang la….baru le orang PAS dengar cakap dia kalau ikut teori kamu.

    Nik Aziz dah tak sehat, dah selalu sakit, macam mana nak bekerja keras untuk rakyat?

    Heran saya, orang tua sakit nak mengerah diri bekerja keras sedangkan kamu mengaku ramai YB yang boleh diharap. Alasan yang sangat pelik.

  30. duluPas
    October 19th, 2012

    Sarawak bukan UMNO dan UMNO tak kontrol parti komponen lain.

  31. bujuk
    October 19th, 2012

    Sabar bro… aku tak sebut UMNO, BN atau PBB. Tu Sammy yg. kawan hang sebut tu UMNO mari ka?

  32. bujuk
    October 19th, 2012

    Kalau TGHA p k’tan, tak boleh laa.. langkah sempadan. PAS tak buat kerja camtu rasanya… takda lagi kecuali kerusi MP.
    YB nak d lantik MB k’tan ramai sebab 3 exco kanan yg. telah d sebut layak oleh TGNA sendiri, selain D.Yaakob Timb.MB, ada Husam dan Ust.Nik Amar.

  33. atas pagar menuntut perpaduan
    October 20th, 2012

    alasan bodoh khayalan balaci PR. Akal dan iman letak di kaki. Selagi TGNA duduk kerusi tuh, peluang PR untuk ke longkang semakin cerah. Insyaallah, kita tunggu dan lihat sahaja. DHD jadi mursyidul am = kerajaan perpaduan menjadi kenyataan, insyaallah….amin.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: