MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Isu Tanah YBK: Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu

 

Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.

PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor.

PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan.

Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar.

Berdasarkan hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan rakyat.

Namun, kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:

 

Antara kandunganya:

Dimaklumkan bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Diharap pihak YAB Tan Sri Dato’ Seri maklum akan perkara ini.  Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di pihak Khalid.

Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina?  Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?

Tidak mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini.  Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.

Atau mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi mengukur tahap ‘kesetiaannya’ kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal?   Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi perlaksanaan.

PR selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga.  Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat keseluruhan.

Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial.   Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan.  Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional.

Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah ‘semulajadi’ berdasarkan pasaran.

Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah.  Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan.  Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di pihak mereka pula.  Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa.

Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam.  Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia ini.


Posted by tengkudin on October 11th, 2012 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Isu Tanah YBK: Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu”

  1. gambus
    October 11th, 2012

    gilaa punya puak racist DAPigs , mmg sengaja nak rampas tanah hak orang miskin dengan cara menipu, fitnah dan putar belit .. lembu PAS hanya menjilat dan mengikut sahaja

  2. AkuBenciPenipu
    October 15th, 2012

    Inilah akibatnyer Berkerja bersama-sama dengan SYAITAN..habis semua dihamba abdikannyer. Habis harta benda kita org Melayu/mISKIN di rampasnyer.Bila lah PAS nak sedar neh.

  3. Hamba Ar Rahman
    October 18th, 2012

    Cerita pasal Yayasan Selangor ni…anak buah aku duk asrama Yayasan Selangor….dulu masa zaman BN..ada biasiswa…yuran asrama tak mahal…kira mak bapak depa mampulah bayar…tup2 lepaih dapat ker PR…yuran naik 1000+ setahun…biasiswa ada yang tak dapat…kalau dulu ada aktiviti luar…rombongan kah apakah….free dan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Selangor…laa ni kadang2 kena bayaq sendiri…akhir sekali depa tutup asrama lelaki TTDI dan asrama puteri Toh Puan Norashikin di KL dan suh budak2 cari sekolah lain dan pindah (keluar dari asrama)…dah tentu budak2 yang tak dak sedara mara di Kl dan tak dapat asrama lain, terpaksa tukar sekolah balik kampung…tanah asrama tu depa jual sebb harga tinggi…duit Yayasan Selangor menyusut teruk..menurut kata warden asrama Yayasan sejak PR memerintah….pengarah yayasan dah ditukar puak depa…pengarah asal dari BN diberhentikan….kalau dulu Yayasan Sleangor ni untuk membantu rakyat selangor yang miskin..laa ni…ramai pulak kroni2 pakatan duk pelahap duit yayasan…dan sekarang nak amik tanah yayasan…dasar tamak…

  4. AkuBenciPenipu
    October 19th, 2012

    Nak wat Camner..Org2 Selangor jugak bodo pi Pangkah DAPigs/PGAYR/hamPAS maser PRU12 dulu. Neh..balasan/pengajaran Tuhan Allah da tunjukkan pada diorg.Khalid Gagap (PGAYR), Khalid Gereja (hamPAS) & konco-konconyer lagi teruk dari Khir Toyol tuh. Baru tau..Nyesal airmata darah pun x guna..Kena buat perubahan pada PRU13 neh Org Selangor woiii.

  5. jamil
    November 14th, 2012

    bodoh cuba baca betul betul YBK dgn Yayasan selangor ada same ke. Tanah YBK diserendah Hulu sgor. Ini tanah Yayasan sgor diKlang. bodoooh umngok

  6. jamil
    November 14th, 2012

    memang bodoh makan tahi

  7. jamil
    November 14th, 2012

    memang nak buat perubahan bukan disgor saja malah seluruhj msia

Leave a Reply

Type your comment in the box below: