Che_Yan » Utama

POLIS DAN ROS SINGGAH DI SUARAM: PENCACAI PAKATAN TERUS MEMEKIK.

September 20, 2012   ·   16 Comments

Tergelak besar penulis apabila membaca satu laporan berita pembangkang berkenaan kedatangan pihak PDRM dan ROS ke pejabat SUHARAM. Laporan yang dikeluarkan oleh KeadilanDaily.com itu begitu bersungguh-sungguh mengatakan ia adalah satu serbuan. Mereka juga memfitnah PDRM dan ROS kononya ingin menghapuskan bukti-bukti “skandal” Scorpene.

Nampaknya begitu kuat sokongan Pakatan Rakyat terhadap SUHARAM yang dibiayai oleh Zionis dan Israel ini. Begitu kuat sehingga jika dicuit sedikit, terus juak-juak Pakatan Haram mengamuk dan menghentam pihak berkuasa.

Agaknya juak-juak Pakatan Rakyat telah terlupa bahawa pengasas cerita dongeng Scorpene/Altantuya (Raja Petra Kamaruddin) sendiri telah menidakkan segala fakta yang telah dikeluarkan beliau tentang pembabitan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam siri fitnah tersebut.

Tetapi sebagai segerombolan manusia yang amat mencintai fitnah, mereka dengan terus menerus cuba mengaitkan fitnah tersebut dengan Perdana Menteri Malaysia yang kita sanjungi. Sehinggakan ibu segala fitnah yang berpusat di SUHARAM begitu hebat mereka lindungi.

Pejabat Peguam Negara tetap akan membawa SUHARAM ke muka pengadilan, siasatan akan terus dijalankan untuk menentukan samada SUHARAM layak untuk bertapak lagi di Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh PDRM dan ROS bukan lah sebuah serbuan ganas sepertimana yang telah digambarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. PDRM dan ROS hanya menjalankan siasatan. Jika benar SUHARAM tidak bersalah dan bergerak atas nama hak dan kebebasan bersuara, mengapa perlu takut. SUHARAM dan juak-juak Pakatan Rakyat tidak perlu memomokkan PDRM dan ROS hanya kerana mereka datang dan bertanyakan satu dua soalan.

Ketakutan akan sentiasa menyelubungi pihak yang bersalah, inilah realiti yang dapat kita lihat daripada apa tindakan yang dilakukan oleh SUHARAM. PDRM dan ROS bukannya mahu menyiasat tentang kes Scorpene, SUHARAM disiasat kerana keraguan yang terdapat di dalam akaun dan hal-hal berkaitan dengan penubuhan organisasi mereka.

Persoalan yang perlu ditanyakan oleh setiap penyokong dan juak Pakatan Rakyat ialah, jika SUHARAM benar-benar telus, mengapa perlu takut? Dedahkan sahaja segala dokumen dan resit yang mereka ada. Jika mereka selama ini sibuk mengatakan bahawa Kerajaan Pusat Malaysia tidak telus, kini mereka pula yang terpalit dengan penipuan yang mereka ciptakan sendiri.

Semoga Allah melindungi Khalifah Malaysia yang sah iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dari sebarang fitnah dan adu domba.

By

Tags: , , ,


Readers Comments (16)

  1. raplahjingaa says:

    Demi keselamatan negara, pihak berkuasa tak perlu gusar…buat jer macam kat amerika…hantar SWAT team dengan APC sekali.

    Jangan kerana gusarkan tindakbals sebilangan yang terlalu kecil kerajaan membiarkan keselamatan seluruh negara tergugat.

     Reply
    • selamber says:

      sokong bro..!!

       Reply
      • pasdaplaknat says:

        kawe sokong 100%!

         Reply
  2. azam says:

    patut seal trus je opis suaram ni dgn org2nya skali.besa sgt buat citer bohong

     Reply
  3. PASpartyNGOK says:

    Bila perkara macam ini timbul beratus2 polis report akan dibuat. Macam macam forum/perbincangan diadakan dan mereka yang terlibat saling memberi input penting sebagai bukti si anu sianu ialah funder, sipolan bin sipolan penerima fund. Sekian jumlah RM sudah diberi dan berbagai lagi.

    Lepas pada semua itu, apa yang berlaku ? Dimana penguatkuasaan. Dimana polis untuk tindakan berdasar pada bukti yang diperolehi ?

    Akhir sekali mana buah peliak Hisham Krismuddin, buah peliak KPN ?

    Kita bertanya kerana kita konpius dan tak faham kerana tak pernah diberi faham. Untuk kita faham mengelakj dari bertanya, berilah kita kefahaman bahawa negara kita ada law & order yang wajib dipatuhi.

    Apa yang kita nampak dalam TV, ROS dengan polis pergi berkunjung. Pintu tak dibukak lalu mereka pun balik dengan hampa lalu buat press konferen mengenai kegagalan. Dimana kuasa polis dimana buah peliak KPN?.

     Reply
  4. bangKano says:

    Kita tok leh terus tuduh KPN tak dak buah peliaq dalam kes siasatan ROS & Polis di pejabat SUARAM. Mungkin ada batasan undang undang seperti akta berkaitan pertubuhan.Pegawai pegawai ROS & PDRM memang arif berkaitan peraturan undang undang/rule of law dalam bidang kuasa masing masing..depa bukan macam pak lobai hamPAS yang pandai menyalak bukit tapi bukit tak pernah pun runtuh…!!!

     Reply
    • PASpartyNGOK says:

      Kita cuma rasa kecewa kerana terlalu banyak tolak ansur yang diberi pada puak puak menderhaka jual negara saperti ini.

      Dengan segala bukti ditangan polis seharusnya lebih keras dan pantas bertindak tanpa terlalu mencongak implikasinya. Apabila kuatkuasa undang2 ambil tempat pasti akan ada si mamat mengutuk, si Hamid komplen, si Ajis merungut. TEtapi apa yang penting ialah tindakan pihak berwajib itu berlandaskan law dan bukti yang membolehkan berlakunya kuatkuasaan undang2.

       Reply
  5. pasdaplaknat says:

    Pemerintah Tun M cukup tegas dan penguatkuasaan boleh dirasai. Pemerintahan selepas itu cukup longgar. Paling mudah lihatlah setiap hari kit aboleh lihat lampu isyarat merah xperlu berhenti lagi. Xde sape kesah.. beribu2 polis trafik yang ada sekarang sibuk dengan apa setiap hari.. hari2 saya pergi kerja dan melihat trend ini tnpa ada langsung penguatkuasaan.. daripada motorsikal, kereta sehinggalah ke lori tanah dgn slambernya boleh langgar lampu isyarat merah.

    Kalau sebegini kecil pun undang2 xboleh byat enforcement, mcm mana hal2 besar lain? Dari situlah membentuk rakyat tak takut undang2.. bunuh membunuh, penjenayah senjata api berleluasa skrg.. yg itupun xboleh nk tegas mcm mana hal SUARAM ini pihak berkuasa rasa perlu tegas??

     Reply
    • Hamba Ar Rahman says:

      Yang sebenarnya rakyat Malaysia sekarang dah kurang ajar…tak cukup ajar…(bukan semua laaa)…

       Reply
  6. PASpartyNGOK says:

    Kita rasa kesal jika dengar polis diperlekeh dan dikutuk. Jika rasa tak senang apabila polis dituduh trigger happy menembak sesuka hati utk membunuh rakyat yg tidak berdosa. Tapi kita jugak harus lihat dari perpeksif lain yang menyebabkan mereka dikutuk.

    Satu contoh seorang rakyat yang dibuli, diugut dan diancam oleh jiran sendiri dan telah buat laporan polis lebih seratus 100 kali. Laporan kosong tanpa tindakan. Apa yang polis Permas Jaya JB buat dengan aduan sekerap itu oleh orang yang sama terhadap pembuli yang sama? Kita dengar jugak sorang hambaAllah dipukul hingga cedera dan telah buat 2 laporan dalam masa sebulan tanpa sebarang tindakan dari polis. Simangsa lalu buat pengaduan di kaunter aduan bukit Aman… barulah siasatan mula bergerak sehingga OKT dikena tuduhan. Kenapa polis tempatan perlukan Bukit Aman baru mereka bergerak ? Kita tak faham.

    Kenapa begini?. Kerana polis akan hanya bergerak jika dia diberi duit . Mereka akan menyiasat dan membuat penangkapan setelah disogok dengan rasuah kerana mereka tak cukup makan tanpa ambil duit rasuah. Kita terpaksa berkata begini kerana ini adalah kebenaran berdasar pada teori diatas. Dan Wallahi, Wabillahi, watallahi bahawa cerita ini adalah cerita benar. Cerita mengenai pengadu lebih 100 kali adalah benar berdasar lapuran akhbar dan cerita seorang dipukul hingga cedera terpaksa menunggu lebih sebulan utk tindakan polis jugak adalah cerita benar.

    Kita tak faham kenapa ini menjadi cara hidup dan kita dipaksa hidup dengan cara dan suasana sebegini.

     Reply
    • raplahjingaa says:

      Menteri KDN kita lembik tak ada visi…a total failure ! Aku harap sangat rombakan kebinet nanti, menteri tu dinyahkan dari kementerian yang penting….kalau nak sangat dia jadi menteri, cukuplah sebagai menteri di jabatan perdana menteri.

       Reply
      • PASpartyNGOK says:

        PM tetap kena alihkan adik sepupunya ketempat lain. KDN perlu diteraju oleh seorang yang lebih dynamic, bold dan memiliki visi tentunya.

         Reply
  7. bobman says:

    sepatutnya hantar UTK dan komando untuk buat serbuan, kerana ini melibatkan keselamatan negara, semua yg terbabit harus ditahan, semua aset mereka dan keluarga mereka kenalah dibekukan….wujudkan semula akta ISA bagi tujuan pencegahan……

     Reply
    • azam says:

      tak perlu isa.hilangkan trus je pengkhianat negara ni

       Reply
  8. hang tuah says:

    patut tutup dan sita jer terus….. diorg nie macai2 aljuburi dgn yahudi keparat

     Reply
  9. PR(Palatkan Rakyat) says:

    Marilah bersatu wahai umat islam dan bangsa melayu.PAS dan UMNO boleh bersatu.PKR tidak mungkin sbb berbilang kaum.

     Reply





Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh myKMU Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters