Mahasiswa Pro-Pembangkang Fitnah PM Dengan Surat UMNO Palsu

Agak menakjubkan apabila budak-budak hingusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) mempunyai ilham untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demi meraih undi pilihanraya kampus kali ini.

Untuk makluman, pilihanraya kampus di IIUM dijadualkan bermula hari ini di mana kini sedang berlangsung proses penamaan calon di universiti tersebut.

Semalam, sekumpulan budak-budak hingusan menyiarkan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah ditandatangani Perdana Menteri.

Mereka mendakwa Dr. Mizan dilantik bagi memastikan kemenangan para mahasiswa pro-kerajaan di IIUM yang dikini dikuasai oleh kumpulan pro-Mahasiswa yang membawa suara Pakatan Haram di universiti tersebut.

Persoalannya, apakah benar surat bertarikh “7 Ogos 2012” yang disiarkan di laman facebook Buletin UIAM itu adalah sepucuk surat yang sah dan berkreadibiliti untuk dijadikan bahan bukti?

Menariknya, surat berkenaan menggunakan kepala surat UMNO ditujukan kepada Rektor IIUM, Datuk Profesor Dr. Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Najib di atas kapasiti jawatan Presiden UMNO Malaysia.

Saya ingin bertanya budak-budak hingusan yang cuba mereka-reka cerita kartun ini, apakah mereka fikir Perdana Menteri mempunyai masa untuk memikirkan soal perlantikan seorang Timbalan Rektor HEP bagi sesebuah universiti?

Budak-budak suruhan Anwar di IIUM itu perlu tahu bahawa Najib sangat sebok menguruskan negara dan memiliki jadual yang padat berbanding “ketua” mereka yang begitu banyak masa berceramah ke sana sini dan kerap ke luar negara melobi dana PRU!

Lebih-lebih lagi, apakah budak-budak tersebut fikir Perdana Menteri sebodoh mereka untuk menulis sepucuk surat bagi melantik seorang Timbalan Rektor sedangkan beliau mampu berbuat demikian hanya dengan satu panggilan telefon saja?

Untuk makluman budak-budak Pro-M di IIUM, apakah mereka fikir dengan melantik Dr. Mizan sebagai Timbalan Rektor HEP di universiti itu maka beliau mampu memastikan mahasiswa pro-kerajaan menang pada pilihanraya kampus kali ini?

Apakah dalam tempoh sebulan Dr. Mizan boleh mematikan gerakan mahasiswa pro-Pakatan Haram yang sudah bersarang di IIUM sejak di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka gila, kah?

Saya sangat yakin bahawa sekiranya Najib mahu menghapuskan pengaruh Pakatan Haram di IIUM, sudah tentu ia melibatkan lebih ramai pihak dan memerlukan masa lebih dua tahun untuk mematikan nama “Anwar” di situ.

Lagipun, semua orang tahu bahawa nama Anwar agak kuat di IIUM ketika dia di dalam kerajaan dulu dan dia dipercayai sempat meletakkan orang-orangnya di universiti tersebut sebagai percaturan menaikkan imejnya sebagai “Pak Syiekh”.

Justeru itu, adalah tidak logik sama sekali untuk budak-budak hingusan di IIUM itu meletakkan tarik 7 Ogos 2012 lalu untuk memfitnah Najib, Timbalan Rektor HEP dan nama baik UMNO di mata rakyat Malaysia, khususnya para mahasiswa.

Pada saya, sekiranya Anwar terdesak sekalipun mahu “anak-anak ikan”nya menang pada pilihanraya kampus di IIUM kali ini, dia sepatutnya menggunakan strategi yang lebih mantap dan lebih logik supaya tidak dapat dipertikaikan sebegini mudah.

Saya percaya, isu surat lantikan palsu yang didedahkan para pencacai muda Pakatan Haram di IIUM itu akan memakan diri sendiri dan berkemungkinan akan menyebabkan kekalahan yang lebih besar terhadap gerakan Pro-M.

Persoalannya, tidak malukah budak-budak hingusan yang kononnya terpelajar di universiti itu menggunakan taktik kotor untuk menang pilihanraya kampus dan memalukan diri sendiri di khalayak rakyat Malaysia?

Saya berpendapat, hanya mahasiswa yang bodoh dan berotak kelas terbawah saja yang akan terpengaruh dengan dakwaan tidak masuk akal tersebut. Namun yang berakal dan berpandukan Islam sudah pasti akan terpelihara dari fitnah “dajal” itu…


Posted by dukeofmontecristo on September 19th, 2012 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

28 Responses to “Mahasiswa Pro-Pembangkang Fitnah PM Dengan Surat UMNO Palsu”

  1. raplahjingaa
    September 19th, 2012

    Kecik-kecik dah pandai membohong…study pun tak tentu hala lagi, entah kan grad entahkan tidak, alahai bebudak ni…nati bila kantoi, mula la panggil mak bapak buat cerita sedih merambu air mata nak jumpa najib untuk minta maaf.

    Anak-anak cina dok kepit buku merata-rata, penuh kat libraray…anak-anak didikan dajjal, asyik nak melingkupkan diri sendiri, jadi sampah !!

  2. KerisJentayu
    September 19th, 2012

    Sia sia ilmu yang ada,dah lah tak berapa cerdik,,caranya hanya dapat menipu mereka yang otaknya setaraf dengan mereka,,,

  3. noparty
    September 19th, 2012

    budak hingusan copy paste asignment.

  4. Anak Lenggong
    September 19th, 2012

    Ini yang yang membezakan anak melayu dengan anak bangsa lain yang belajar di Universiti..anak melayu asyik nak berpolitik..konon nya dah pandai sangat..tetapi tak sedar kencing pun belum lurus lagi..idup pula masih dibawah tanggungan ibubapa dan pembiayaan daripada kerajaan melalui PTPTN..tu sebab minta dimansuhkan duit pinjaman tu..bila keluar result dapat pointer yang cukup makan sahaja..tetapi bangsa lain menggunakan waktu belajar untuk belajar sepenuh masa..bila result dapat cemerlang..duit PTPTN dikecualikan pembayarannya..

    Bukan tak boleh nak berpolitik tapi sedar2 la diri tu masih dibawah tanggung dan jangan la nak berlagak terlalu bijak…belajar la mengenang budi orang dan tunaikan dulu pengharapan keluarga.

  5. akuantiPAKATAN
    September 19th, 2012

    Budak2 U ni bila dah kena brainwashed dgn pembangkang macam ni lah gayanya. Bangang. Jangan sibuk berpolitik la bebudak woi… Pegi masuk lecture hall tu lagi afdal. Takde pekdahnya nak berpolitik bagai gaya YB, awak tu tgh belajar lagi. Duit pun kerajaan dan mak ayah yang tanggung.

  6. drMpower
    September 19th, 2012

    letterhead salah
    format salah

    adik adik. jangan menipu. berdoseeee.

    and lagi satu

    kalau guna letterhead umno, takkan nak letak ‘perdana menteri malaysia’? semestinya guna la ‘presiden’

    and lagi satu. ish ish ish. mana ada umno boleh lantik penjawat awammmmm..eiiiiiii. menipu dah la berdose. itu pulak taraf buduhhhhhh

    belajar sudah laahhhhh

  7. akuantiPAKATAN
    September 19th, 2012

    Masalahnya ada juga student yang terpengaruh. Apa nak jadi dgn Malaysia ni, macam ni punya student yang kita nak harapkan untuk memacu negara di masa akan datang. Kerja asyik menipu saja.

  8. pasdaplaknat
    September 19th, 2012

    Tak habis2 PAS dan PR mahu rosakkan keharmonian kampus dengan perang saraf politik. Menipu semata2 untuk menang ini bukan cara yg Islam. Menipu dan terus menipu sehingga mahasewel PAS PR ini akan biasa dgn kaedah ini di alam kerja.

  9. paklang100
    September 19th, 2012

    bab exam, no hal, mesti lulus dan grad, ..melayu. kebanyakkan cukup makan.x excellent.masih x sedar diri.

  10. azam
    September 19th, 2012

    besa la bebudak hingusan.dah kuar u nanti baru dia tau langit tinggi rendah

  11. StinGray
    September 19th, 2012

    Segala bentuk kebodohan dan ketololan ada dlm Pakatan Haram ni….ingat keldai ingat Pakatan Haram…

  12. Anong
    September 20th, 2012

    haha font salah. kantoi

  13. Anong
    September 20th, 2012

    Malang sekali budak2 Pro-M memang pikir begitu, yang UMNO boleh lantik prof dan lecturer. Tak ke bodoh?

    Malahan perkara ni diturunkan pulak kepada junior diorg. Jadi ‘telefon berkarat’

  14. BLS_UiTM_2010
    September 20th, 2012

    Kadang-kadang aku rasa bebudak ni jadi macam ni bukan sebab salah kerajaan, tetapi dah mak bapak sokong parti songsang, anak-anak dah tentu follow punye.

    Lagi satu, apa pemuda UMNO pernah buat untuk diorang? Masuk Universiti sekadar bagi T-Shirt satu sem sekali ingat cukup ke? Dah tahu mahasiswa ni memang radikal sikit, apsal pemuda UMNO/BN tak masuk dan buat baik dengan diorang.

    Masuk universiti tabur janji pastu blah macam tu je. Yang parti songsang plak dok membela budak-budak ni hari-hari, bagi makan minum, duit belanja.

    Sekadar buat career fair setahun dua kali tak cukup Bro. Persoalannya kenapa ada budak-budak Anwar di Uni? kenapa sikit sangat bebudak UMNO/BN di Uni? Pemuda UMNO Malaysia tak buat keje lah.

    Yang lagi best macam si Armand Azha tu. Bile Adam Adli turunkan bendera DS Najib, dia kata dia nak ludah SEMUA MAHASISWA! Bongok lah kalau orang-orang macam ni jadi ketua nanti.

    Dahlah KJ hampas kelapa tak buat keje, ni juak-juak KJ pun nak buat hal jugak?

    Budak Uni adalah tanggungjawab Pemuda UMNO Malaysia, buat apa lantik EXCO macam2 tapi tak buat keje. Itu PUKIMAK namanya.. Sekadar nak bawak kereta Volkswagon dia yang mahal kehulu kehilir baik KJ tu letak jawatan je.

    Dah UMNO tak jaga budak-budak ni pastu nak salahkan diorang sebab sampai sanggup menipu dan memfitnah PM. Mana personal touch nye?

    Aku sendiri pernah merasa sakitnya bila minta tolong dengan sorang orang kuat pemuda UMNO ni, bila aku minta tolong nak settlekan yuran, korang nak tau dia kata apa? Dia kata dia takleh tolong sebab dia tak kenal aku. Tak ke Pukimak jawapan macam tu?

    Aku tak salahkan UMNO or BN, malah aku jadi penyokong kuat UMNO/BN sebab aku percaya tak semua orang UMNO yang berperangai sesundal sesetengah pemuda UMNO lain.

    Sekarang aku ahli UMNO, Pemuda UMNO. Tapi bukan sebab Pemuda UMNO Malaysia, aku masuk UMNO sebab aku suka tengok orang-orang di peringkat bahagian yang lebih IKHLAS dalam membantu orang lain.

    Tapi tak semua orang macam aku…

    biar aktif di Bahagian, tolong orang, bantu masyarakat dari aktif di pusat yang penuh dengan mamat-mamat poyo yang takut baju berkedut dan kulit hitam sebab panas. Pemuda UMNO Malaysia dah tak sehebat zaman dulu. Zaman DS Najib, DS Hishamuddin. DS Zahid Hamidi, mana ada mahasiswa benci kerajaan macam sekarang? Ni sebab ketua pemuda malas..Dahlah Ketua Pemuda malas, semuanya Malas…

    Janji tabur kat dalam universiti, tapi last-last orang-orang bahagian yang nak kene menjawab dengan budak-budak Uni bila diorang nak jalankan program plak. Duit peruntukan untuk IPT turun kat Pemuda Pusat, sampai naik botak ketua-ketua bahagian dok nak fikir macam mana nak tolong budak-budak uni yang masih lagi percaya kat UMNO. Siap jual-jual barang pun ada, minta kat bahagian lain pun ada.

    tapi bila bahagian buat program dengan budak Uni, dah dia claim Pusat Punya program plak.. Pemuda Pusat memang jahanam lah..

    UMNO dulu kuat sebab pemuda, tapi Pemuda UMNO sekarang liabiliti untuk UMNO dan Barisan Nasional.

    Ambik budak-budak uni ni, bela, bagi duit buat program diorang, bukan paksa diorang datang program KORANG yang ntah apa-apa syok sendiri.

    Nak pilihanraya kampus, baru datang terhegeh-hegeh. Tak ke pukimak namanya.

    Datuk Seri Najib pada aku pemimpin terbaik untuk Malaysia buat masa sekarang. Dia berani buat perubahan! dia berani lawan Anwar! Dia sabar menghadapi tomahan! tapi dia tetap agresif dalam bantu rakyat! Pemuda patut amik inisiatif bantu budak-budak Universiti, tarik diorang, buat kawan. Pemuda UMNO patut contohi semangat Perdana Menteri Malaysia. Contohi DS Najib tengok macam mana mesra rakyatnye dia. Ni korang nak pijak rumput pun segan-segan. Kalau buat pun, nampak fake gile.

    Nasihat aku kat semua orang UMNO/BN. Jangan pandang serong kat bebudak IPTA. Dah korang tak jaga diorang, orang lain lah pulak yang datang jaga. Kalau yang jaga tu orang UMNO baik lah..Tapi yang dok jaga tu orang-orang Anwar Al-Juburi Jahannam. Nak buat macam mana, ketua pemuda dok sibuk dengan PNB dan Scomi, mana ada masa. Pastu nak berdebat je naikkan imej. Aku pun boleh. Bukan buat research sendiri pun, juak-juak ramai.

    Jangan salahkan Mahasiswa, mereka sedang mencari arah, cari identiti. Tugas kita sebagai ahli UMNO/BN adalah jaga diorang . Bukan sahaja dari segi material, tapi juga dengan pendidikan sahsiah.

    Aku minta maaf kalau post panjang ni menyakitkan hati sesiapa yang baca, tapi ini adalah realiti PEMUDA UMNO MALAYSIA. Aku harap diorang ni transformasi cepat, kalau tak habis lah anak muda Malaysia.

    Renung-renungkanlah…

  15. Che_Yan
    September 20th, 2012

    Jangan Salahkan Mahasiswa… Mereka tertipu.. Berdoalah mereka tidak lagi tertipu..

  16. nazwan
    September 20th, 2012

    BANGKITLAH UMNO. NANTI AKU BAGI UNDI LAGI KAT KAU ORANG. KALAU TAKDE PERUBAHAN MINTA MAAF LA YE. BOLEH KATA SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENGHARAPKAN KEBANGKITAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL. AKAR UMBI SILA LAH BUANG JAUH2 KETUA2 ANDA YANG TAK MEMBERI SUMBANGAN. GANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK. YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA SAHAJA.

  17. raplahjingaa
    September 20th, 2012

    Macam tu laaa..yang mana tak kna hangpa balun…undi tetap pada UMNO.

  18. yon76er
    September 20th, 2012

    Budak2 nie baik lelaki dan pompuan dah sunat ker tak….pandai2 nak main Politik…kotor lak tuuu…

  19. Anak_Nogori
    September 20th, 2012

    Najib menafikan pernah mengeluakan surat tersebut…bahkan tak pernah keluarkan perlantikkan atas surat umno selaku presiden umno..,tak takut betul mereka ni ngan fitnah ye…desprado sungguh.

  20. BLS_UiTM_2010
    September 20th, 2012

    Bro, untuk PRU13 akan datang, nak tak nak kita mesti undi BARISAN NASIONAL. Kita sokong BN sebab ia pemerintah paling sesuai untuk Malaysia.

    Untuk memastikan semua mamat poyo dan haprak dibuang terus jauh-jauh dari UMNO, apa kata kita semua pakat-pakat ramai2 join UMNO..

    Kalau perjuangan kita IKHLAS nescaya Allah akan tolong kita bro. Kita jadi ahli, bekerja untuk rakyat, dan kita bersihkan UMNO dari makhluk-makhluk macam Khairy Jamaluddin dan konco-konconya.

    Kita rapatkan barisan kita dalam perjuangan menegakkan Islam. Dan kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala, agar kita tidak boleh terpengaruh perangai-perangai jahanam sesetengah orang dalam UMNO.

    Allah akan menjaga kita bro, Insyallah. jika perjuangan kita bersih dan suci. Kita akan memenangkan pemerintahan Muslim di Asia Tenggara.

    Tapi perjuangan ni memang sukar, kita memang sengaja menempah susah. Namun hanya ini caranya untuk kita bersihkan UMNO, sebuah parti suci yang telah menjaga rakyat Malaysia sekian lamanya.

    Bro, biar kita jadi Melayu sejati yang TAATNYA BERTEMPAT dan SETIANYA BERAKAL..

  21. BLS_UiTM_2010
    September 20th, 2012

    Harap perwakilan pemuda dan orang-orang kuat Pemuda takkan buat kesilapan seperti dulu.

    Jangan undi makhluk-makhluk dogol seperti yang ada sekarang. Diorang ni nak kayakan diri sendiri sahaja bro.

    Aku tak kisah bro kalau diorang nak jadi kaya raya, malah lebih kaya dari Bill Gates pun takpa. Tapi bro, jangan lah diorang dok lupa orang-orang kat bawah ni.

    Aku bangga bro tengok orang UMNO pakai kereta besar, rumah besar dan hidup mewah. Kerana itulah tujuan UMNO ditubuhkan! Untuk menyenangkan orang Melayu, untuk memperjuangkan ekonomi orang Melayu! Aku bangga tengok orang Melayu kaya.

    Tapi yang aku marah, apabila yang kaya ni dah lupa diri. Tak mahu tolong orang miskin. Even ahli sendiri minta tolongpun, depa semua buat donno je..

    Aku nak sarankan kat semua budak-budak yang bengang tu, berjuang dalam UMNO, kerana hanya dengan UMNO kita akan ada suara.

    Aku setia pada UMNO (pada ideologi dan intipati UMNO), tetapi bukan kepada pemimpin haprak macam sesetengah pemuda umno Malaysia tu.

    Kita pakat ramai-ramai masuk UMNO. Perjuangkan yang HAK! Support Khalifah kita DS Najib Bin TUn Abdul Razak. Kita menangkan barisan nasional! tapi dalam pada masa yang sama kita tongsampahkan makhluk-makhluk jahanam dalam UMNO.

    Kita Ahli UMNO! Kita Melayu Sejati! Kita Muslimin yang sanggup mati kerana AGAMANYA! Jangan kita diperkuda makhluk yang hanya suka naikkan nama sendiri, makhluk yang suka “catwalk” kat fashion show dan lain2 perbuatan jahanam yang boleh merosakkan UMNO..

    Allah Bersama UMNO. Hanya yang dapat hidayah sahaja dapat melihat keadaan ini!

  22. pasdaplaknat
    September 20th, 2012

    INSYA ALLAH undi UMNO!
    Toksah bahas byk2 lah. buat sakit hati sj ckp pasal PR!

  23. pasdaplaknat
    September 20th, 2012

    Kita kena salahkan jgak MAHASEWEL2 alat perkakas PR ni especially perkakas PAS dlm kampus. Mereka Tuhan beri akal, beri kecerdasan, sbb itulah boleh masuk IPTA. Kalau SPM xlulus mana layak duduk di dewan kuliah tu. Jadinya bbelajarlah berfikir krn semasa belajar itupun mmg kena berfikir.. man ayg baik man ayg xbetul. Kalau nk sokong kebangkitan Islam dlm kampus mana boleh gunakan pembohongan krn Islam haramkan bohong. kalau dh biasa bohong rasuah dn penyelwengan pn akan jd biasa..Jadi, kalau itupun xlepas pikir better xpyhlah nk sibuk2 betulkan org lain…

    jgn jd mcm Adam Adli mahasewel rosak tu..

  24. Che_Yan
    September 21st, 2012

    Bro aku cadangkan hang baca komen BLS_UiTM_2010 kat atas nu… hehe… Bukan semua Mahasiswa itu seteruk Adam Adli..

  25. Hamba Ar Rahman
    September 21st, 2012

    Aku sokong…aku sokong…semangat macam nilah yang kita mahu…

  26. Hamba Ar Rahman
    September 21st, 2012

    Untuk itu kita perlu lebih ramai ketua2 bahagian dan anak2 buahnya untuk aktif….turun padang..jangan harap DS Najib jer turun padang..beri penerangan..beri penjelasan..biar kena cemuh, kena maki…jangan sombong…jangan turun padang naik kereta besar…datangilah masyarakat seadanya…mesra dan tidak nampak angkuh atau tidak mesra rakyat….terutama kepada pengundi2 atas pagar…Orang Melayu ini sangat lunak hati mereka…sebab itu paling mudah terpedaya…tetapi orang Melayu ini tidak juga bodoh…undi telah diberi kepada PR pada PRU12 bukan kerana PR kuat, tetapi kerana BN lemah..dan masyarakat sangat kecewa..maka undi protes telah diberikan…tetapi…kita boleh belajar dari kesilapan….

  27. mawar
    September 21st, 2012

    Saya percaya ini adalah anak2 kepada orang2 paspispus yang memang suka berbohong dan menabur fitnah …tak kira ddi mana..sampai dalam khutbah Jumaat pun terkeluaar pelbagai fitnah Sekarang nak2 mereka pun dah pandai tabur fitnah dan berbohong. biasalah hendak ke mana lagi!!!! dah keluar unibersiti nanti tentulah lebih lagi pandai berbohong dan buat fitnah.

  28. nazwan
    September 23rd, 2012

    InsyaAllah. Cuma UMNO dan BN kena tunjukkan keikhlasan dalam membantu rakyat. Apa yang Najib lakukan sekarang ada baiknya, cuma perlu perbanyakan bantuan yang disalurkan sampai kepada yang betul2 memerlukan. Teruskan usaha kurangkan beban rakyat yang memerlukan sepanjang masa supaya rakyat nampak keikhlasan UMNO. Bantuan yang diberikan biarlah yang dapat mendidik dan sesuatu yang berpanjangan sehingga mereka keluar dari bebanan yang mereka hadapi.
    Tetapi kita tidak boleh menafikan kebanyakan rakyat yang miskin ini suka pada bantuan ‘one off’. Samada mereka ini sememangnya ‘malas’ berusaha ataupun terdapatnya sesuatu yang menghalang usaha mereka keluar dari bebanan hidup mereka. Kerajaan perlu memikirkan sesuatu mekanisme yang jitu supaya usaha kerajaan membantu mereka tidak sia2.
    i.e. JKM ada menyediakan skim plan bantuan bagi rakyat miskin untuk berniaga. Tetapi kebanyakan usaha mereka tergendala samada disebabkan sikap malas perserta itu sendiri dan juga kerenah2 birokrasi dalam menjayakanya.
    Sebenarnya Kerajaan dan rakyat adalah satu organisasi yang bergerak bersama dan saling bekerjasama dalam setiap urusan supaya kedua-dua belah pihak menerima imbuhan dari apa yang diusahakan. Semoga Malaysia berjaya menuju kearah tersebut.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: