September 14, 2012 · 5 Comments
Arakian tersebutlah kisah seorang penduduk berbangsa India di sebuah daerah yang diberi nama Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Adapun dahulunya hidup dalam keadaan yang sederhana, Sivaji (bukan nama sebenar) amat bersyukur telah dilahirkan di Malaysia.
Namun kekalutan jiwa telah membarah, Sivaji tidak mengundi Barisan Nasional pada PRU-12 yang sudah.
Penyesalan demi penyesalan telah dirasai oleh Sivaji, hanya tuak berjenama Carlsberg peneman hati. Di hadapan pondok buruk penglipur lara Sivaji singgah, untuk mengenang hatinya yang gundah.
Penglipurlara menghampiri Sivaji, mengapa “Ane” jadi begini? Cepat-cepat lah beredar dari tempat ini, sebelum khawarij hijau putih datang kemari.
Di kawasan itu memang terkenal, berkenaan khawarij hijau putih yang handal-handal. Benci akan arak dan todi, walaupun hakikatnya ketua mereka yang merestui.
Jikalau mereka nampak Sivaji, akan dihalau dicaci dan dimaki, kerana di depan rumah bestari, tempat khawarij hijau putih sering kemari.
Maka berceritalah Sivaji tentang Pakatan Punah, dahulu hidupnya kaya, berharta dan mewah. Namun apabila beliau berjemaah, hartanya hilang tak siapa yang kisah.
Dahulu Sivaji dapat bercuti, bawa anak dan bini sampai oversea. Sekarang susah tidak terperi, ingin pulang pun tiada tambang teksi.
Telah dipanjangkan kepada yang berkenaan, namun segala azimat tiada berkesan. Yang pening lagi hairan, yang dulunya sahabat kini jadi lawan.
Kini rumahnya telah dilelong, isterinya mengamuk bagai tersampuk polong. Anaknya dihospital merana menanti, akibat terkena demam denggi.
Oleh sebab Pakatan Punah jadi harapan, Sivaji bertekad untuk dapatkan bantuan. Kepada Yaakob Senget dia luahkan, namun tiada sekelumit bantuan dihulurkan.
Sivaji geram lagi marah, apabila ada rakan menyuruhnya berpatah, kepada penyelaras-penyelaras Barisan Nasional perlu ditagih, segala bantuan tak banyak tak lebih.
Tapi Sivaji kononya bermaruah, egonya tidak akan berubah. Walaupun kritikal hatinya sakit, menjilat balik ludahnya menjadi lebih perit.
Ini kerana silapnya sendiri, semasa berkempen dahulu semuanya dihamun dan dimaki. Sehingga bila tersepit begini, tebal mukanya tidak terperi.
Maka gundah gulana hati Sivaji, tiada tempat mengadu tiada tempat berdiri, adapun Penglipurlara telah tersentuh hati, poket diseluk RM 10 diberi.
Duit diberi tanda ehsan, bukan seperti duit ehsan Kelantan, namun Sivaji lebih menghargai, disalamnya Penglipurlara, hampir dipeluknya sekali.
Teksi ditahan agar Sivaji dapat pulang sendiri, namun sebelum bergerak bergalang berganti. Sempat Sivaji berpesan sekali.
Dengan air mata berderai, Sivaji jelas nasibnya tersadai. Pakatan Punah yang dijunjung tinggi, rupanya hina patut dipijak kaki.
Mengikut katanya Sivaji malang, PRU-12 tidak akan berulang, undinya hanya untuk dacing biru, lambang keutuhan bangsa bersatu.
Namun dendamnya tidakkan pergi, dimarahnya bekas pemimpin sejati. Bersumpahnya keramat atas nama dewa dan dewi. Selepas Sivaji mati Yaakob “ternakan khinzir” Senget akan beliau cari.
By Che_Yan
Tags: bahasa melayu, khalid bodoh, kota anggerik, puisi syair, Shah Alam, yaakob adun
hai-hai-hai….kesian. Janganlah kita tersilap pangkah lagi kali ni ya?
Diceritalah tentang apa yang sebenar terjadi.
Sebelum PRU12 dibeberapa negeri.
Sentimen rakyat dimain dan diuji.
Melalui sms, email hasil teknologi terkini.
SMs, email memain peranan besar.
Membuat semua rakyat merasa gusar
Lalu memangkah parti yg dikatakan berperanan besar.
Bahawa kerajaan perlu ditukar.
4 tahun berlalu kerajaan baru masih lena tidurnya.
Sambil bermimpi, berpusing badan, kuat dengkornya.
Semua janji manis madu sekadar tipu daya.
Olih kaum durjana yang hanya pandai berkata kata.
Tanpa membuat sebarang kerja.
Apakah puak ini akan dipilih semula ?
Oh tidak, sekali terantok kekal bengkak nya.
Steady la Paspartingok…
Awak menjual saya membeli,
Namun perjuangan tetap berseri,
Langkah Silat telah dibuka,
Selangor jelas akan dirampas kembali.
Seronok juga sekali sekala berseloka
Steady la Paspartingok…
Awak menjual saya membeli,
Namun perjuangan tetap berseri,
Langkah Silat telah dibuka,
Selangor jelas akan dirampas semula.
Seronok juga sekali sekala berseloka
Terdapat pula satu pemimpin dikatakan besar.
Besar cita2, besar angan2,besar cakap, belalai juga dikatakan besar.
Belalai sering disalah guna.
Disondol depan, belakang pun juga.
Doll boleh, kopi boy pun juga mangsanya.
Bila didakwa, semua orang dimarahnya.
Konon konspirasi buat jatuhkan dia.
Dikutuk difitnah lawan dia semahunya
Ditegak benang, didakwa itu bukan kerja dia.
Dibelakang berdiri macai pekak macai tuli.
Soros, yahudi, semua bantu buat menang undi.
Tamak sekali, busuk dihati.
bakar jambatan, bakar negeri
ASal dapat capai apa yang dimimpi.
Alangkah tak berguna manusia serupa ini.
Tidak seduit, setengah duit, mahu pun sekelumit sekecil daki.
Ini jenis insan tidak fikir hari mati.
Mahu menongkat langit bawak dusta berpeti peti, kesana kemari.