September 18, 2012 · 8 Comments
Acapkali pemimpin pembangkang khususnya dari PAS dan PKR mencabar Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya segera membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).
Mengikut dakwaan mereka, PM selaku peneraju Kerajaan BN terlalu takut untuk berhadapan dengan rakyat yang didakwa telah memberi sokongan solid kepada pakatan pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Tidak cukup dengan dakwaan tersebut, pembangkang turut mempropagandakan pelbagai tarikh ramalan pilihanraya bagi memperlihatkan tahap kesediaan mereka yang bila-bila masa sahaja sanggup turun untuk berentap dengan jentera pilihanraya BN.
Maka bersorak rialah penyokong pakatan musibat meraikan propaganda tersebut, melompat-lompatlah mereka dengan wajah gembira sambil meludah-ludah dan memperlekehkan PM.
Alih-alih rupanya kecoh dan hiruk piruk yang digembar gemburkan oleh pembangkang hanya umpama bunyi bingit dari tong kosong yang diketuk bertalu-talu, bisingnya bukan main lagi tapi isinya hanya angin.
Hakikatnya perasaan cuak dan takut berdepan dengan hukuman rakyat agak jelas kelihatan dari beberapa kenyataan pemimpin pakatan pembangkang yang mahu mengadakan pilihanraya negeri secara berasingan.
Minggu lalu selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Petaling Jaya, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang secara terbuka mengesahkan pakatan yang diketuainya akan mengadakan pilihanraya negeri secara berasingan khususnya di Selangor dan Penang.
Berbulan-bulan sebelum ini Anwar dan pemimpin pakatan haramjadah yang lain cukup beriya-iya mendesak PM menyegerakan pilihanraya umum. Malah sampai satu peringkat mereka menuduh PM sebagai bacul untuk menghadapi pilihanraya bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat.
Tapi sekarang tiba-tiba Anwar berbelit lidah, kenapa? Siapa bacul dan siapa sebenarnya yang pengecut?
Sejak minggu lalu tentu ramai yang perasan, dikalangan penyokong pakatan musibat sudah ramai yang turut berbelit lidah menganggukkan kenyataan terbaru pemimpin mereka. Agaknya sedap kot jilat ludah dan kahak yang mereka hamburkan sebelum ini.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan yang diterajui oleh tok guru pekeliling, Nik Aziz Nik Mat pula masih lagi dengan pendiriannya untuk mengadakan pilihanraya serentak dengan Kerajaan Pusat, sekaligus bertentangan dengan keputusan yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Kedah yang diperintah oleh PAS belum memuktamadkan keputusan. Masih keliru barangkali.
Manakala Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw dua hari kemudiannya menegaskan belum ada ada kata putus berhubung perkara tersebut sebaliknya mengesyorkan supaya pilihanraya diadakan serentak.
Dan hari ini pula, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar yang terkenal dengan jolokan Mr Bean sekali lagi mengulangi pendirian barunya dengan menyokong kenyataan Anwar yang mahu negeri-negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang mengadakan pilihanraya berasingan.
Juga satu perubahan nada yang sama sekali bertentangan dengan wataknya sebelum ini yang kuat memperlekehkan kewibawaan PM dalam isu tarikh pilihanraya. Punyalah beriya-iya memperlekehkan PM tapi kemudiannya dia sendiri pula mengulangi tindakan orang yang diperlekehkannya sebelum ini. Tidakkah ini satu perangai musibat maha keparat?
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, MB Selangor Khalid Ibrahim baru sahaja membuat kenyataan yang memalukan ketuanya sendiri apabila enggan mengesahkan keputusan untuk membubarkan DUN negeri secara berasingan.
Jelas tiada kesepakatan antara mereka, baru sekadar dipinjamkan kuasa mentadbir beberapa negeri sudah haru biru dan tunggang terbalik. Nampak sangat pakatan dikalangan mereka bukan sahaja tidak sepakat malah tidak berkat.
Hakikatnya, Anwar mahupun Mahfuz tahu realiti semasa sudah tidak memihak pada pakatan haramjadah. Penguasaan mereka khususnya PKR dan PAS di negeri Selangor, Kedah serta Kelantan sudah agak tergugat berikutan pelbagai kelemahan dalam urus tadbir negeri.
Lagipun berdasarkan beberapa kajiselidik terkini yang diperolehi, menunjukkan BN khususnya UMNO semakin jauh di depan termasuklah di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. Tentulah senario ini agak menggusarkan pemimpin pakatan musibat tambah-tambah lagi bila banyak lagi senarai calon belum terisi.
Jika tidak demikian, apa perlunya untuk Anwar dan lain-lain pemimpin pembangkang membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya negeri berasingan dari pusat – satu langkah songsang yang memalukan mereka sendiri kerana menjilat semula ludah yang masih pekat hijau. Eiii yek…
By HackerXP
Berapa lama depa boleh tipu rakyaat..sekali dua lepas, masuk 3/4 kali mana rakyaat nak percaya lagi…tinggal la cai-cai depa saja yang dok angguk-angguk…macam burung belatuk.
Depa mau p/raya skg kenapa? Ini bermakna senarai pemilih dah bersih la…kecuali negeri pembangkang…!! dulu kata bersihkan dulu senarai pemilih skg pula mau p/raya cepat2. mana satu yg mereka ndak? kelentong je lebih tapi dlm hati amat takut.
kalid gagap lagi la takut..sebab bila depa kalah…lagi banyak tembelang busuk pecah…pasir…talam..sampah..jamban dia..uisshh..dan banyak lagi la..heheh
yeke…pr takut ke…kalau korang punya PM brani sgt..cpt 2 la umum PRU ye..x sbr dah nk sokong BN ni…sokong bn jd pembangkang plak…cmne..najib brani ke???
pasai apa takut..pasai takut tembelang perompak2 1malaysia pecah ke…mna mahu sorok kes scorpene..nfc..rasuah..mcm2 lagi…
laaaaa…hang jauh sangat ketingalan zaman…hang mai mana ??
balik pi main teloq busuk la wei..
-pakatan cukup gah mewar2kan kesiapsiagaan mereka menghadapi pru.
-seluruh pelusuk tanah air dri perlis hingga ke sabah seakan tidak cukup tanah untuk mereka berkempen.
-soalnya, mereka telah memalu kempen sejak sekian lama,begitulah juga dengan BN namun apakah wajar pd masa akan dtg mereka mengadu masa kempen tidak mencukupi?
-tidak cukup di negara sendiri,mereka turut mengadu domba kepada anasir luar bahawa kerajaan yg ada sudah tidak punyai sokongan dari rakyat.
-hakikatnya,mereka telah over dos dalam kempen mereka memenangi PRU.
-taktik kempen diguna untuk mempermainkan emosi rakyat.
-dari taktik ala komunis,ala abdullah ubai,ala debat presiden,semuanya menghalalkan cara.
-kajian perlu dibuat kenapa org melayu terutamanya tidak boleh hidup tanpa meningalkan seharipun kegiatan berpolitik.
-saya sudah memerhati sejak 80-an,politik sudah menjadi keperluan hidup di negara kita.adakah ini sihat untuk pembangunan modal insan?
-tentunya tidak.kerajaan perlu diberi mandat untuk melaksanakan janjinya.Alhamdulillah,hanya ketabahan seorang PM dan jemaah kabinetnya sehingga kini mampu terus memacu pembangunan malaysia walaupun gangguan pembangkang seakan sudah sampai ke tahap tidak boleh diterima akal.
-adakah di mana2 di dunia yg sudah merdeka,sanggup mengibarkan bendera selain yg sudah diterima majoriti rakyat kita?kecuali negara yg dikuasai diktator yg boleh sesuka hati buat dasar membuli rakyat.
-ironinya,pembangkang sudah dilihat diktator dalam pembikinan melihat kepada usaha mereka yg berasakan diri mereka golongan majoriti.
-nampaknya mereka merupakan golongan cacing sudah menjadi naga..
-PM sudah menyerahkan dirinya kepada rakyat dengan turun sekerap yg mampu bagi menyelami hati nurani rakyat..
-PM sudah tentu berasa bagaimana susah hatinya rakyat yg tidak berduit,keperluan barangan yg mahal,dan sebagainya.
-kita hanya mampu memberikan satu undi kepada kerajaan sekarang dengan harapan ini mampu memisahkan kemenangan dengan ketidakpastian yg tidak bertepi.
Dasar pembangkang yang hanya tahu membangkang, yang lain tak tahu kecuali membangkang… kerana mereka memang pembangkang… Maka mereka bawak lah cerita seorang isteri pemimpin.
Didakwa mereka isteri ini suka berhibur. Sering dilihat menyanyi dikhalayak ramai.
Kita pun nak bertanya, berapa besar dosa menyanyi dikhalayak ramai dibandingkan dengan isteri yang menyembunyi kerja busuk suami. Yang menyokong suami, mengeyiakan yang tidak, menidak kan yang betul mengenai suami yang memang hampeh.
Yang mana kah antara mereka yang lebih mulia dan direstui Allah perbuatan dan tingkah lakunya ?