Adamyan » Utama

Kes Rogol: Politik Kebencian Berterusan, Najib Dipersalahkan

September 8, 2012   ·   21 Comments

hatred_politics

DUA keputusan Mahkamah baru-baru ini yang membebaskan perogol gadis bawah umur dengan bon berkelakuan baik, menjadi senjata terbaru Pakatan Rakyat meneruskan politik kebencian (hatred politics) ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walhal apa kaitan Najib dengan keputusan mahkamah tersebut.  Benarlah beliau pemangku Menteri Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, tapi itu keputusan mahkamah, bukan keputusan kementerian!!

Ini sama bodoh dengan menyalahkan Kementerian Pengangkutan kerana mahkamah membebaskan pesalah jalan raya yang memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian!

Penulis tidak mahu ulas tentang keputusan Mahkamah kerana Mahkamah adalah badan yang berasingan dari badan eksekutif yang diketuai Perdana Menteri.  Kalau Perdana Menteri masuk campur, dikatakan campur tangan eksekutif pulak, bila tak masuk campur, kementerian yang dipimpin beliau pula dipersalahkan.

Yang ramai tak tahu, bon berkelakuan baik yang dikenakan ke atas pesalah tersebut adalah sama dengan hukuman penjara tertunda selama 5 tahun.  Kalau dalam tempoh tersebut dia mengulangi kesalahannya, maka dia akan terus dipenjarakan seperti mana sepatutnya.

Anyway, itu persoalan undang-undang, bukan semua yang faham.  Sebab itu penulis tidak mahu bercakap banyak mengenainya.

Penulis cuma tumpukan kenapa Najib dijadikan sasaran kesalahan oleh pembangkang.  Apa kaitan beliau dengan kes tersebut? Semasa kes tersebut berlaku, beliau tidak memimpin kementerian berkenaan pun, malah undang-undang berkenaan masih lagi undang-undang yang sama.

Ini sebenarnya cubaan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) nak hangatkan politik kebencian terhadap Najib.

Islam yang penulis tahu menggalakkan kepada kasih sayang, bukan benci membenci, apatah lagi sesama saudara seagama.  Tapi PAS dan Pakatan Rakyat yang disertainya tidak pedulikan itu.  Yang utama kepada mereka sekarang ialah buat rakyat bencikan Najib, one way or another.

Ini semua sebab PAS sudah duduk bawah telunjuk Anwar Ibrahim.  Rakyat memang bencikan Anwar, tanpa disuruh pun sebab kegemarannya menjahanamkan masa depan anak muda dengan meliwat dubor mereka (disamping melanggan pelacur).  Najib pula, rakyat tidak ada alasan.  Jadi Anwar cipta alasan kenapa rakyat perlu bencikan Najib.

Sebab itu kalau kita lihat semua isu yang menyebabkan segelintir rakyat ‘benci’ dan ‘marah’ kepada Najib sekarang ini, semuanya mempunyai kaitan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat.  Tak dapat Najib, dengan isterinya sekali pun diheret dalam grand design hatred politic amalan Pakatan haram ini.

Jadi harapnya tidak ada yang terpengaruh dengan cubaan terbaru Pakatan haram ini untuk menghasut rakyat membenci Najib dengan menyalahkan beliau bila 2 perogol itu bebas.  Itu keputusan Mahkamah, Najib tidak ada kena mengena

By


Readers Comments (21)

  1. Jeff says:

    Mungkin mreka rasa anak dia kena rogol oleh bebudak tu kot..sebab tu mereka ni meroyan tak tentu apasal. suma nak dikaitkan. mak dia kena main pun nak dikaitkan ngan org lain jugak..apa punya bahalol puak2 PGayR, DAPigs dan Parti Anak Setan ni..

     Reply
  2. Jack says:

    Liwat dilepaskan tak marah pulak?

     Reply
  3. raplahjingaa says:

    Sejak kebelakangan ni aku rasa ada keputusan hakim-hakim yang boleh di pertikaikan….macam jugak bila pakatan haram kata hakim di beli oleh kerajaan…sekarang ni aku nampak ada kecendurangan hakim,seperti hendak meletakan kerajaan dalam keadaaan terdedah untuk di kritik…ntah lah.

     Reply
    • bujuk says:

      Aaaa… menteri kehakiman/perundangan ialah ketua pembangkang. Hilang akal apa..

       Reply
    • akuantiPAKATAN says:

      Memang betul, ada rasa macam “bias” sikit. Peliwat pun boleh tunda kes bertahun2. Last2 bebas. Tapi sebagai orang rasional kita ambik keputusan ni dengan hati terbuka. Tak macam orang PR, terus sawan kalau keputusan tek memihak diorang.

       Reply
    • abg J says:

      ya…abg J setuju…..

      apa rasionalnya nak bebaskan perogol budak2 macam tu jer…

      what the hell is going on with our judge…????

       Reply
  4. tengkudin says:

    khalwat dengan bini orang dalam bilik 121 tak marah pulak..

    yang adun pas buat projek dalam koc keretapi .

     Reply
  5. Tubir says:

    Keputusan hakim didalam kes ini agak mengejutkan ……..Sila semak semua keputusan yang pernah dibuat oleh hakim ini .Untuk tindakan dengan kwajaran hakim ini wajib digantong dari mengadali sebarang perbicaraan .Ketua hakim negara kena jawab …..jangan diam ja …..apa cita ni hakim boleh jatuh hukuman ikut suka hati dia aja ……..boleh ke?Lawak betul lah kau orang ni semua ……..macam sarkes

     Reply
    • bujuk says:

      Harap peguam negara buat rayuan dan tak lepaskan. Kementerian wanita kena tegas dan arahkan Peguam negara buat sesuatu.. kalau tak faham, baik letak jawatan.

       Reply
  6. Santrang says:

    Jack dan tengkudin aku setuju.

     Reply
  7. tony gunawan says:

    najib should quit pm post!

     Reply
  8. Anak_Nogori says:

    Mudah cakap..pakatan haram dah kekeringan isu.

     Reply
  9. StinGray says:

    Aku pun tak setuju perogol dibebaskan…tapi aku lagi tak setuju Peliwat dibebaskan…

     Reply
    • bujuk says:

      Tapi nampak seperti menteri Wanita bersetuju… sebab takda ulasan dari kementerian tersebut.

       Reply
  10. PASpartyNGOK says:

    Mutakhir ini badan perundangan kita nampak pelik sikit. Kekadang nampak memihak kekadang nampak sebaliknya. Nak kata AG kepala biol agak kurang adil kerana AG seharusnya bijak dan layak berada disitu.

    Satu kes dengan kes yang lain tidak sama tapi bila kes serupa ini tiada hukuman maka satu precedent sudah di set. Bermakna offender bagi offence serupa masa akan datang berpeluang menikmati hak yang sama hanya kerana precedent ini.

     Reply
    • bujuk says:

      AG pun d dakwa RASUAH oleh mantan Tim.KPN, memang tak boleh harap..

       Reply
  11. Che_Yan says:

    Pada mulanya Che Yan tidak mahu menyentuh bab-bab kehakiman dan perundangan di Malaysia. Apatah lagi menyentuh sebuah kes yang boleh dikatakan penuh kontroversi. Bukan kerana takut dikenakan tindakan menghina mahkamah, tetapi Che Yan yakin akan sistem perundangan yang diamalkan di Malaysia.

    Kontroversi berkenaan kes rogol bawah umur sememangnya telah menjadi buah mulut orang ramai. Ada diantara penyokong pembangkang ingin mengambil peluang untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional, terutamanya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Ini adalah kerana pada hemat mereka kerajaan tidak menjatuhkan hukuman yang berat kepada si pesalah.

    Oleh kerana ditujah dengan pelbagai tomahan oleh pembangkang, kebanyakkan penyokong kerajaan kelu lidah untuk membela kerajaan. Namun, kita perlu menerangkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, tiada kena mengena dengan kerajaan pemerintah.

    Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan pembahagian kuasa. Tiga kuasa yang tersebut adalah perundangan, eksekutif dan kehakiman bergerak secara berasingan. Salah satu daripada cabang ini tidak boleh masuk campur dalam apa-apa hal yang dipersetujui di antara satu sama lain. Secara asasnya “separation of powers” atau pembahagian kuasa telah digunapakai untuk memastikan konsep “check and balance” , semak dan seimbang dapat dijalankan dengan sewajarnya.

    Nampaknya ramai diantara penyokong pembangkang yang keliru akan hal ini. Kekeliruan ini jelas apabila mereka menyalahkan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan kepimpinan Barisan Nasional atas keputusan kontroversi dua kes rogol bawah umur (statutory rape) yang telah diputuskan oleh mahkamah.

    Kemarahan ini pada pendapat Che Yan adalah normal, kerana hukuman yang dikenakan tampak seperti terlalu ringan. Tetapi untuk menyalahkan pihak eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri adalah satu langkah yang tidak tepat.

    Tidak lama dahulu semasa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak kehakiman dikatakan telah dikawal oleh pihak eksekutif. Maka timbullah cerita tentang bagaimana pihak eksekutif memperalat kehakiman untuk kepentingan mereka. Tetapi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan, mereka terus memuji-muji pihak kehakiman.

    Kita perlu faham, bukan eksekutif yang perlu dipersalahkan atas hukuman yang dikeluarkan oleh mahkamah. Mahkamah adalah sebuah entiti sendiri yang tidak berkaitan dengan agenda politik mana-mana pihak. Kerajaan tidak mengawal mahkamah, dan mahkamah tidak mengawal kerajaan. Segala keputusan berdiri atas kehendak sendiri, kerana itulah asas kepada konsep demokrasi.

    Perlu juga diingatkan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria telah menyatakan bahawa semakan dan rayuan boleh dilakukan terhadap kes tersebut. Tetapi kerana tidak mahu bertindak sub prejudice beliau tidak mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

    Pada hemat Che Yan, isu kontroversi ini tidak perlu diulas oleh pihak pembangkang, kerana ia akan menampakkan kebodohan mereka. Apa yang boleh kita buat sebagai rakyat yang inginkan keadilan, haruslah kita berdoa agar pihak Peguam Negara menyegerakan proses rayuan.

     Reply
    • akuantiPAKATAN says:

      Agreed with Che Yan. Satu penjelasan panjang lebar yang baik. Tapi orang PR akan baca satu perenggan je. Buat letih Che Yan menulis je.

      BTW, keep on writing Che Yan, we need more people like you to contribute your opinion in this blog.

       Reply
      • Che_Yan says:

        Terima Kasih :)

         Reply
    • nazwan says:

      Setuju dengan che yan. Semakan perlu dibuat. Mangsa bawah umur tak dapat membuat keputusan sendiri dengan baik. Senang dipengaruhi oleh orang yang dewasa. Alasan mangsa rela tak boleh diterima pakai. Sama juga dengan kes2 yang lain. Jangan ada double standard dalam undang2.

       Reply
      • Che_Yan says:

        kalau ikut seksyen 376 kanun keseksaan, memang dikira sebagai rogol kalau bawah 16 tahun. tak kira rela atau tidak rela. Tak faham kadang-kadang macam mana hakim-hakim ni mentafsir undang-undang. Kadang-kadang terlalu marah pula bila difikirkan perkara macam ni boleh berlaku. Harap-harap ada Profesor2 Undang2 kat luar sana boleh buat ulasan kes. Sebab kalau tanya lawyer2 haprak bar council (semua lawyer adalah ahli bar council), mesti kondem kerajaan je kejenye.. Masalah tak selesai..

        Sekadar mencuit isu. Rasanya untuk kes-kes istimewa SISTEM JURI patut diperkenalkan semula. Contohnya dalam kes-kes berkenaan juvana atau mangsa juvana.

        http://sembangcheyan.blogspot.com/

         Reply





Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh myKMU Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters