September 8, 2012 · 44 Comments
Sekiranya saya ditakdirkan Allah menjadi ayah kepada AJK PAS Pusat, Idris, sudah tentu saya akan tempeleng kepalanya berkali-kali dan malu terhadap seluruh rakyat Malaysia berikutan kebodohannya yang alang bukan kepalang.
Idris Ahmad baru-baru ini mendakwa bahawa kebiadapan rakyat di negara ini disebabkan oleh UMNO yang kononnya menjadi “guru” yang mengajar masyarakat untuk bertindak kurang ajar sedemikian.
Mengulas mengenai kebiadapan remaja-remaja yang bekelakuan tidak senonoh pada malam Ambang Merdeka baru-baru ini, Idris meroyan menyalahkan Utusan Malaysia dan penceramah UMNO yang menyiarkan gambar lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
Dia turut membela “tokong” tersohor di Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang kononnya menjadi “mangsa” dipijak gambar tidak lama dulu.
Kadang-kadang, saya rasa agak sedih apabila PAS dikurniakan beberapa pemimpin yang dungu seperti Idris Ahmad, Mahfuz Omar dan mereka yang seangkatan dengan mereka.
Bukan apa, tidakkah mereka sedar bahawa gambar-gambar yang dikaitkan dengan Anwar itu telah disahkan oleh pakar-pakar forensik bahawa lelaki tersebut adalah 99% menyerupai Ketua Pembangkang itu?
Bersumberkan dari peralatan teknologi dan masalah tersebut dirungkaikan oleh pakar-pakar yang sememangnya “ahli” di dalam bidang tersebut, apakah fakta tersebut boleh dinafikan oleh seorang ahli politik yang “buta” teknologi sepertinya?
Begitu juga dengan gambar Azmin, baju yang dipakai Timbalan Presiden PKR itu begitu “familiar” dan pernah “madu” Anwar itu dirakamkan memakai baju kemeja yang serupa warna, sifat dan coraknya.
Apakah UMNO yang suruh Anwar melakukan perkara tidak senonoh melanggan “China Doll”?
Dan apakah UMNO juga yang menetapkan supaya Azmin mengenakan kemeja yang sama seperti yang dipakai lelaki yang “diaiskrimkan” itu?
Paling teruk ialah apabila bekas Ketua Penerangan PAS itu membela Guan Eng yang konon-konon gambarnya telah dipijak oleh orang-orang UMNO.
Persoalannya, apakah para penyokong UMNO sengaja suka-suka tanpa sebab memijak gambar pemimpin pujaan Idris yang begitu terkenal dengan ketebalan sifat chauvinis ultra kiasu dan komunisme itu?
Cuba Idris lihat gambar ini dan fikirkan tentang punca sebenar mengapa gambar Guan Eng dipijak oleh para penyokong UMNO!
Rasanya mahu saja saya “tenyeh-tenyeh” muka Idris Ahmad dengan gambar yang memaparkan Guan Eng memijak gambar-gambar musuh politiknya sambil menari “twist” di atas..!!!
Sebenarnya, Anwarlah “mahaguru” sebenar yang mengajar rakyat di negara ini untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan moral dan bila dia “kantoi”, dia tidak akan mengaku serta menyalahkan UMNO.
Begitu juga dengan “kekasihnya”, Azmin yang mungkin tidak mendapat layanan istimewa dari Shamsidar dan dikatakan menyimpan perempuan simpanan, tapi turut menyalahkan UMNO bila gambar skandal “aiskrim”nya itu disebarkan oleh “musuh politik”nya.
Lebih jijik lagi apabila Guan Eng dipercayai menjadi “sifu” kepada Sing Yee dengan mengajar gadis cina itu untuk bertindak liar memijak gambar individu yang tidak disukainya sesuka hati mempamerkan kebiadapan melampau kepada rakyat.
UMNO tidak pernaha mengajar rakyat menjadi biadap dan apa yang jelas, Pakatan Haramlah yang menjadi “MAHAGURU” kepada segelintir anak muda yang bertindak aggresif melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan budaya ketimuran.
Sebelum Anwar terlepas dari penjara dan ketiga-tiga parti pembangkang itu belum bergabung, rasanya tidak ada rakyat Malaysia yang sebiadap para penyokong Pakatan Haram seperti hari ini.
Namun setelah Anwar pulang ke tanahair dari “buangan”nya dari negara Yahudi, segelintir rakyat Malaysia yang ekstrimis seolah-olah dilatih oleh Anwar, Azmin, Ambiga, DAP dan PAS untuk berlaku biadap serta kurang ajar di Malaysia.
Saya yakin ramai yang setuju dengan fakta ini, bukan?
biasalah…totok pakatan haram ni semuanya jenis BiaDAP!!!…jenis mak bapak tak ajar masa kecik kecik..
Syabas kepada Dato Sri Najib dan kepimpinan UMNO dan BN yang menerajui kerajaan, kerana walau pon di probokasi oleh anwar, lim kit sing, guan ene nik aziz, hadi awang mahfus, mat sabu dll pemimpin longkang dari pakatan rasuah ( PR ) tetap bersabar dan tenang menerajui negara.Mereka dilahir tanpa bin tetapi binti, kalau ini sifat utama mereka mudah UMNO dan BN menghadapi PRU 13.
Aku memang dah lama tak setuju dengan tindakan pemimpin DAP ni dan orang orang politik yang suka pijak pijak gambar orang .Bertindak macam budak budak …. Orang macam inikah yang kita nak jadikan pemimpin kita semua ……..Tindakan yang sungguh rendah nilai moral serta tahap pemikiran tidak matang .
Lihat gambar diatas ….LGE menjadi ketua sedang menunjukan tingkah laku yang sungguh rendah moralnya .
artikel sampah..patutnye x pyh slahkan sesiapa…salahkan diri sndiri yg kurag adap dan krg ajar dgn org lain..x kire lah parti mne pon..inilah berlaku bile seorg muslim itu x de lg sifat malu dlm dirinye…mmg wujudlah tindakan mcm org x beriman, mcm prangai org bkn islam…
jgnlah penulis berat sebelah…bagaimana dgn foto2 pemimpin amno sndiri kelakuan lucah pd hari mengundi…bgmna dgn foto bdk2 x berakal yg kencing,ditibai,dibaling kasut pd pemimpin pakatan???? siapa yg bertanggungjawab…org PR juga kah??
spttnya kite suma same2 mmbenci cara politik kotor mcm ni..bkn saling menuduh…harap tidak berlaku lg slps ni…
Alhamdulillah, pendekatan hang ni aku setuju.
Tapi yang baling kasut kat nuar dalam masjid tu….orang PAS jugak. Anyway…yang buruk tu kita tinggalkan la yea.
Tapi ada sorang ularmak tu, siap mengaku sponsor berok2 pijak kereta Polis…betul hang ckp m_i…mcm perangai org bkn islam…
bro stingray..nk tuduh org pon tgk fkta lah…pernahkah TGNA arahkan peserta bersih merusuh???yg TGNA suruh berhimpun sbb nk tuntut pilihanraya adil…sbg pemimpin yg beragama islam..kerajaan wajib tunaikan hak rkyat utk dptkan pilhanraya adil…
pencacai2 pakatan haram dah kepanasan..
Habih tu kencing kat Nik aziz \, Hj Hadi, TIBAi DSAI, Tonggeng Bontot????
Tak pa ka???
Kena kat batang hidung umno, terus meroyan…
Sama la tuuu…
kaki kencing memang la kena kencing…
Macam mana MB Pahang tunjuk isyarat lucah tu??? ada keluar media umno???
Isyarat lucah tak sama dgn aksi lucah menenggek atas amoi tu…
Hehehe… bull eyez stingray…..
Jangan pijak gambar atau tunjuk isyarat lucah …….lepas ni kalau tak puas hati gi belasah ja ……..PR dengan perangai tidak matangnya dan kadang kala lebih buruk dari binatang ……BN dengan belitnya …..Jadi yang mana satu pilehan anda semua ?
Eh ko kata matang??? Yg ko kata “gi belasah jer’ tu pehal???
Nampak sgt penyokong umno tak matang…
kerana terlebih matang la yg duk tunjuk punggung tu..
Memang,kebiadapan anak-anak muda,yang memijak gambar pemimpin negara dan menaikkan bendera sang saka malaya (nama pun nak ikut indonesia.Macam takada identiti sendiri) penyokong pakatan rakyat adalah warisan dari sikap/tabiat pemimpin mereka. Bapa borek anak rintik.
Apa secara disebalik Sang saka??? hang tau Ka??? Macam hari tu, Muhyideen sendiri sign memoir antranya Mat indera adalah pejuang melayu , pejuang kemerdekaan. Lepas tu kata Mat indera petualang pulak…pehal??? Kalau buta sejarah tu, buta jugak le…
Warisan Pemimpin??
Habis tu siapa yg mula kencing , tibai dan tonggek??? ada diambik tindakan ke atas mereka??
aku tak heran pun…org poltik ni sama je..yg duk sepak terajang kereta polis semasa perhimpinan BERSIH pun disokong oleh pemimpin pembangkang..
ASAL PERKATAAN MELAYU=MULIA /ORANG YANG DI MULIAKAN/ORANG YANG MERASA MALU BILA MENGERJAKAN KESALAHAN
PERJANJIAN LAMA=ORANG YANG MENGETAHUI PERJANJIAN ANTARA DIA DENGAN TUHANNYA SEMASA DIA BERADA DI DALAM PERUT IBUNYA LAGI/SELEPAS RUH DI TIUPKAN KEDALAM JASAD JANIN/BAYI YANG MASIH ADA DI DALAM KANDUNGAN IBUNYA LAGI….
TANAH YANG DI JANJIKAN=QULLU NAFSIN ZA IKATIL MAUT=SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAKAN KEMATIAN,PENGERTIANYA SELEPAS MATI ,TENTU AKAN DI KUBURKAN ,BILA SUDAH DI KUBURKAN ,ITULAH YANG DI KATAKAN ,TANAH YANG DI JANJIKAN ,SAMA ADA KUBURANNYA JADI ,TAMAN TAMAN SURGA ATAU KUBURANNYA MENJADI TEMPAT PINTU PINTU UNTUK MEMASUKI NERAKA…
Bila Nik Aziz kata perbuatan budak tu biadap..entah macam mana nak je aku ludah muka Nik Aziz tu…masa guan eng pijak gambar tu..ada dia kata biadab?…dan apa dia tak ingatkah masa zaman tun m..gambarnya diletakkan dilantai taksa PAS dipijak2 oleh mutid2nya…siapa yg mula2 ajar kalau bukan PAS??..dulu Nik Aziz sendiri semai dan ternak, sekatang dapatlah hasilnya..lepas tu dia boleh kata biadab.
Perbuatan budak tu memang biadap.
Tapi masalahnya bila:
i. Org kencing kat gamba Nik aziz, anak pemimpin umno nak kata biadap??
Bila org tua yg sepatutnya matang tonggek depan rumah ambiga, ada org kata biadap??? Polis buat dunno jer… siap berniaga burger kagi. Korang boleh imgine kalau org PR pi berniaga burger depan rumah menteri umno??? apa respon org umno???
iii. Bila Tibai siap dapat coverage media utama Nasional, siap buat atas stage…ada Pemimpin umno nak komen???
biasalah bro politik.. masa anwar dlm umno dulu dia digelar aljuburi oleh mat sabu.. anwar pulak panggil nik aziz ulamak terompah.. tp bila bersatu semuanya hilang..
Fred sabu mengelarkan anwar al liwati, bila dah kamcheng…dia kata itu semua fitnah…
kalau dah perbuatan sah2 perbuatan biadab..awal2 lah dicegah mm..jangan bila dah parah baru nak cegah..macam kes anak2 PAS diajar pijak gambar tun m berpuluh2 tahun dulu tu..kenapa PAS buat perkara biadab tu?..pada hal Nik Aziz jadi mulsyidulam PAS??..kenapa dia waktu itu tidak ditegah?…
Samalah dgn kes guan eng dulu pi pijak gambar 3 dun tu..kenana Nik Aziz tak berani nak cakap perbuatan guan eng tu biadab?..kalau seorang pemimpin bergelar khalifah umar boleh buat kerja biadab macam tu…apa lah sangat dgn macai2nya.tua muda buat kerja biadab.
Pasal gambar nik aziz kena kencing tu..tulah budaya yg saya duk sebutkan tu..ce sama2 jaga.tegah dan tegur..semua tu takkan berlaku..
SETAN SETAN UMNGOK nak mempertahankan benda salah..kah..kah… Lama dulu juga mamak ada cakap itu SETAN LAKNAT, SETAN RAPLAH..ada ciri MUNAFIK.. dia worang manyak marah sama mamak… tapi dia punya PEMIMPIN AGUNG si Madey sendiri sudah cakap ini worang UMNGOK serupa SETAN jugak…kah..kah..
Tambbeey… dah minum ubat ketum blom?
Apakata kita ambik jalan tengah.. tak selesai bab ni kalau aku kata hang, hang kata aku. Aku sarankan semua yg. biadap samada pemimpin atau rakyat awam d kenakan tindakan, begitu juga Jangan memilih warna dan bendera.. kita kutuk semua perbuatan keji ini. Samada tunjuk punggung, kencing & pijak gambar atau baling kasut, cat provokasi lain mesti d ambil tindakan. Polis jangan lah bagi alasan BODOH, takda laporan.. budak KEMAS pun ketawa dengar alasan camtu.
dah parah baru nak amik jalan tengah ke bujuk?.
Aku setuju..sebab tak ada laporan polis guan eng lepas macam tu je..dia patut dipenjarakan krn perlakuan biadabnya tu…termasuk sekali lim kit siang…ngah ko meng tu..penjarakan mereka supaya rakyat tahu apa itu undang2..boleh gitu bujuk?.
blh…pnjarakan skali raja katak..berahim ali..penjara juga MB pahang krn berkelakuan lucah tmpat awam…biar meke tahu..undang2 x mengenal pangkat…blh???
bagi aku tak ada masalah Melayu islam…yg salah aku kata salah, yg benar aku kata benar..dan ikut pengalaman aku yg dah hidup sejak zaman tunku lagi..ada pemimpin umno didapati bersalah..tak ada ahli2 UMNO yg meroyan mempertahankannya..amik contoh Dtk Taha..ada ahli2 UMNO buat demo sana sini?.
Tapi sebaliknya tidak pada PKR dan PAS..contohnya sipeliwat tu..kena arsenik la, nak mampus dah lah..konspirasi lah..pdrm celaka lah, hakim dibeli lah..buat plak demo besar2an cuba ganggu gugat plak kesejahteraan negara dgn menjemput US selesaikan masalah kita..cer elok sikit perangai tu..islam tak suruh buat perangai hodoh dan jijik tu..ke islam ajaran melayu islam memang diajar buat perkara2 hodoh tu?.
boleh bro.. jangan cakap saja, buktikan dengan tindakan.
bujuk…bila hang ckp pasal budak KEMAS, tiba2 aku teringat dgn bekas cikgu KEMAS yg belajaq kat india tu…dgr khabar sekarang ni dia dah tak waras…berkawan dgn setan, sembahyang bawah pokok sorang2, tiba2 menangis lepas tu hirup kuah maggi…Allah dia kata mencarut, LGE dia kata Khalifah…kesian kat dia kan bujuk…giler jugak sudah nya….
aku setuju bujuk… biarlah bermula dari kes yg kwn engko pijak gambar pm tu.. yg lepas tu biarkanlah.. lps ni kalu ada benda mcm2 ni x kira dr BN @ PR mesti polis kena ambil tndakan..
Ada yg. baru.. baling selipar dan simbah cat pada bas anwar. Ni kes baru bro… ada dengar ahli UMNO dan perkasa d tangkap/soalsiasat?
ni lah akibat nya pecaya dgn pemimpin lembu yg suka berbohong.anwar sial ni tak pernah tanamkan sifat yg baik pada penganut nya.semua kerajaan buat tak betul dia sorang je yg betul.semua org dlm kerajaan tak pandai dia sorang je yg pandai.dah tu banyak pulak yg jadi pak turut sampailah ada yg sanggup bukak seluar.sapa yg malu ,mak bapak dia juga yg malu.anwar buat apa,dia ketawa,dia gembira bagi dia ini satu kejayaan kerana berjaya menghasut pelaku ketahap yg tidak bermoral.perangai anwar tak ubah mcm setan.setan ni keja dia menghasut manusia buat benda tak baik .klu manusia ikut dia akan ketawa.klu tak pecaya tengok lah kelakuan si anwar ni
Setan dijadikan Penciptanya sebagai satu kejadian yang paling dibawah tarafnya. Tidak berakal, bodoh, tolol dan tidak memberi sebarang menafaat yang baik kepada makhlok lain. Setan dilaknati dari mula hingga ke akhir nya.
Binatang sekurang kurangnya memberi banyak kepada manusia dan alam walau tidak diberi fikiran tapi hanya sedikit akal.
Setan dalam pada tidak berakal, bodoh dan tolol pun boleh menipu manusia. Manusia yang hampir sempurna kejadianya dan dinaik tinggi darjatnya.
Memang diakui betapa kita manusia dengan darjat tinggi kita tetapi tetap boleh diperdaya setan.
Salah tu bro.. setan berakal tapi dia sombong, angkuh dan bangga diri. Dia ingat dia ketua para malaikat, Allah takkan humban dia keluar dari syurga. Sebab tu dia taknak tunduk, sujud pada Adam a.s. yg. d buat dari tanah sedang dia dari Api. Manusia kalau angkuh, rasa dia paling hebat, paling berkuasa, paling kaya dan tak peduli perintah Allah (laksanakan hudud contohnya). tunggulah, balasan Allah tidak lambat..
sepatutnya najib dan rosmah cuba cari …
kesalahan diri sendiri kenapa rakyat terlalu benci kat mereka??
Rakyat xbencikan mereka tp syaitan dan dajjal bertopeng yg bencikan mereka dan kebaikan2. Adakah tunjuk punggung itu tnda akhlak mulia?
Itu memang BADAP, tapi BIADAP lagi orang yg. baling selipar dalam rumah Allah.