dukeofmontecristo » Utama

Kalau Azizan Lepaskan Jawatan MB, Siapa Bakal Naik?

September 8, 2012   ·   11 Comments

azizan terbaru

Saya mendapat maklumat bahawa ramai pemimpin PAS yang rasa kecewa apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dibenarkan keluar dari wad hospital baru-baru ini yang menandakan Pesuruhjaya PAS Kedah itu telah “sihat”.

Rasanya tidak perlulah dinyatakan di sini berkenaan nama-nama pemimpin PAS Kedah yang geram melihat Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabat.

Lagipun, mereka sebelum ini puas “membahankan” Azizan sebagai “objek” gelak ketawa mereka dan menyebarkan propaganda bahawa Azizan akan mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di wad hospital itu.

Namun gelak tawa mereka dihentikan apabila Azizan “menguatkan diri” dan sanggup “menahan sakit” untuk mempertahankan kedudukan sebagai MB Kedah sehingga hari ini…

Sebenarnya saya agak terkejut apabila sumber menjelaskan bahawa keadaan kesihatan Azizan itu masih lagi memerlukan dia untuk terus berada di wad hospital swasta itu, namun MB Kedah itu dikatakan berdegil mahu keluar dari hospital berkenaan.

Khabarnya, Azizan mahu ke pejabat dan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar serta enggan disifatkan sebagai “tunggul buruk” yang menanti untuk dijadikan “kayu api” oleh musuh-musuh politik dalaman PAS Kedah.

Diberitakan bahawa meskipun Azizan “dilepaskan” doktor, dia perlu ke hospital tersebut untuk mendapat rawatan sebanyak tiga kali seminggu dan dia bersetuju dengan syarat itu.

Saya agak terharu dengan “pengorbanan” Azizan yang sanggup bertugas meskipun menyedari bahawa dia bermain dengan maut dengan melanggar nasihat pakar perubatan yang merawatnya.

Khabarnya dia disahkan mengidap penyakit buah pinggang yang agak membimbangkan pula kali ini, betulkah begitu?

Namun rasanya Azizan perlu mengikut nasihat Rasulullah SAW untuk menghargai tahap kesihatannya dengan mendapatkan rehat yang cukup sebelum keadaan dirinya itu memudaratkan diri.

Lagipun, saya percaya bahawa kedua isterinya sudah tentu tidak mahu melihat Azizan menemui ajal kerana degil mempertahankan kuasa di dunia yang fana ini dan tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya.

Rasanya Azizan boleh meletak jawatan sebagai MB Kedah memandangkan kesihatan adalah lebih berharga dari kuasa, bukan?

Saya pernah diberitahu bahawa Azizan dikatakan sudah berputus asa dengan sifat para pemimpin PAS Kedah yang semakin kuat cuba menggulingkannya dari jawatan tersebut dan enggan lagi mempertahankan PAS Kedah.

Khabarnya dia tidak sayang lagi kepada kuasa yang dimilikinya namun Azizan berikrar bahawa tidak akan melepaskan jawatan MB kepada puak-puak PAS dan dia menegaskan bahawa mengembalikan kuasa pada UMNO/BN adalah lebih baik berbanding menyerahkan kuasa kepada PAS Kedah.

Saya pasti itu tidak akan berlaku, namun rasanya tidak salah untuk Azizan lepaskan jawatan MB kepada para pemimpin PAS sendiri memandangkan rakyat Kedah mahu melihat prestasi puak-puak Anwarinas di negeri itu.

Apa kata kalau Azizan lepaskan jawatan kepada salah seorang dari mereka dan selepas itu kita lihat bagaimana “hebat”nya mereka mengendalikan Kerajaan Negeri Kedah?

Bukanlah saya mahu menjahanamkan negeri Kedah. Namun saya agak teruja untuk melihat bagaimana PAS bergaduh sesama sendiri berebutkan jawatan yang ditinggalkan Azizan Razak tersebut.

Ketika itu, saya yakin bahawa seluruh peminat politik tanahair akan menumpukan fokus mereka di negeri Kedah dan percayalah bahawa “lawak jenaka” yang bakal dipertontonkan PAS itu akan menjadi bahan untuk lebih 50 tahun kemudian nanti…

By


Readers Comments (11)

  1. bujuk says:

    Busuk hati…
    Batu api…
    Dengki…
    Kuatkan Iltizam wahai pemimpin UMMAH, rakyat perlukan contoh tauladan yg. baik. Ust.Azizan lebih pentingkan rakyat negeri dari kepentingan peribadi. Jawatan MB bukan hak peribadi, tapi tanggungjawab diri.

     Reply
    • Azman Fi says:

      Ini lah yg dikatakan poyo,pengertian dan tafsiran mesti nak di kaitkan dgn istilah yg berunsur agama,kalau mereka/Pas pemimpin UMMAH lah,pentingkan rakyat lah. Tetapi yg peliknya boleh pulak dia butakan matanya terhadap kepimpinan Kerajaan BN/UMNO,yg jauh lebih hebat pentingkan rakyat.Agaknya PAS ni perasan yg dianya bangsa Arab,sebab itu lah pemimpinnya malu nak mengaku Melayu.Dengan perkataan UMMAH pas ingat di sudah boleh membuktikan yg ianya Parti Islam yg memperjuangkan Islam.Maka apa yg dilakukan semuanya halal belaka.Kalau sudah tidak berkemampuan dan menyusahkan apakah ini satu contoh tauladan yg baik?Betul ke pentingkan rakyat atau pentingkan peribadi? Rasanya mcm pentingkan kedudukan diri.Rakyat pun tidak akan dapat apa kalau sudah tidak sihat dan lemah.Nak juga lihat ada ke pemimpin pelapis dalam PAS ini …

       Reply
      • bujuk says:

        Ok lah… aku sokong Najib dapat kumpulkan ratusan ribu rakyat pada merdekaraya dengan mengerah jabatan k’jaan dan swasta menghantar wakil. Mereka juga d bayar untuk tugas tersebut. Banggalah kita dengan PM yg. berjiwa rakyat ni yg. sanggup memaksa rakyat berhimpun untuk tunjukkan kehebatan beliau dan UMNO dalam PRU nanti.

         Reply
        • pasdaplaknat says:

          Masya Allah fitnah dajjal dr sekecil2 perkara.. bujuk hang ni Islam pd nama shj tp hati busuk, lidha penipu. Buktikanlah kerajaan buat seperti PAS Pusat keluarkan surat arahan buat demo GILA SESAT BERSHIT 3 dulu. Najis berlumuran di org yg menyatakan org lain kotor.. balaghah Melayu

           Reply
          • bujuk says:

            la.. sokong Najib pun salah jugak. Bro.. aku kerja swasta, tapi arahan untuk hantar staff d bkt.jalil dari kementerian tu memang ada. Kawan2 aku kena p, aku cam biasa akan menolak dengan sopan.

             
  2. PASpartyNGOK says:

    Azizan boleh teruskan jadi MB Kedah. Pas disitu pun untuk tak berapa bulan lagi kerana selepas ini kita akan lihat hand over yang licin setelah Kedah kembali pada pemilik yang hak.

    Dikabarkan SuaraPR mengutuk ibu bapak budak belum sunat pijak potret itu hari sebagai manusia yang tidak bertanggung jawab kerana sanggup menyerah anaknya utk diambil tindakan polis. Mereka mahu ibubapa budak berkolop itu sembunyikan anak dia dan duduk diam2. Kalau kita terbalikkan cerita budak itu pijak potret Anwar atau Nik Ajis lalu ibubapak budak berkolop belum bersunat itu sembunyi anak dia bawah katil , tak keluar rumah. SuaraPKR akan tulis ibubapak budak berkolop belum sunat itu sebagai ibubapak yang beridologi komunis. Otak kotor dan tak pandai didik anak. Tentunya bermacam macam kutukan lagi.

    Beberapa tahun lalu Spore menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara dengan 4 sebatan terhadap seorang rakyat Amerika diatas kesalahan mengoyak dan memijak potret Lim Kuan Yew. Walau tindakan itu ditentang oleh berbelas badan politik dan NGO USA, Spore tetap meneruskan hukuman diatas alasan menjaga kedaulatan negara mereka.

    Budak berkolop belum bersunat ini bersama dengan 2 orang lagi yang pegang bendera malam itu ( 2 orang ini tentunya sudah bersunat buang kolop)dihukum sebat 5 kali dan dipenjara 7 bulan kerana menjatuhkan maruah negara. SElepas dibebaskan beri option kepada mereka untuk memilih mana negara yang mereka teruja utk duduk selain dari Msia. Tawarkan tiket utuk mereka pergi Thailand atau Indon utk mereka pilih dan tolong mereka dapatkan PR dari negara pilhan mereka.

    Bila Msia dirasakan sudah terlalu terok dan hidup mereka sengasara disini sebagai didakwa, pilihlah tempat lain utuk berhijrah. Berhijrah memang digalakkan, Rasulullah juga berhijrah dan penghijrahan itu telah membawak banyak kebaikan pada baginda dan seluruh ummah.

     Reply
  3. Santrang says:

    Aku kiralah pasti akan ada hadis dan fatwa yang akan dikeluarkan oleh pemimpin gelojoh PAS yang hendak menguling Azizan dari jawatan MB Kedah, hai nasib kaulah luncai….

     Reply
  4. melayu_islam says:

    sdh mndengarnye..teruskan ust azizan..nabi pun berdakwah hingga wafat..perjuangan x kan selesai selagi malaikat maut mencabut nyawa…usah dipeduli omongan kosong manusia pendengki sprti Abdullah bin Ubai..adelah ganjaran buat mereka yg tidak senang melihat kemenangan parti islam akhirat nanti…

     Reply
    • raplahjingaa says:

      Betul tu, cikgu tak payah la layan puak-puak anwarinas dalam kerajaan negeri…depa tu kerja nak melingkup jer, by the way cikgu tok sah la runtuh surau tuuu…

       Reply
  5. Anak_Nogori says:

    Tu dikedah..dikelantan dah bertongkat..tapi masih gak nak menongkat langit.

     Reply
  6. pasdaplaknat says:

    Mereka pencacai PAS ‘bermimpi’ seolah2 leader munafik mereka seperti kepimpinan Nabi? Astaghfirullah.. jgn smpai menghina kemuliaan Nabi dgn menyamakan MB2 PAS yg penuh dgn RASUAH terhormat, meluluskan maksiat, merampas hak dan tanah rakyat, yg menipu soal agama sbg pemancing undi umat Islam..

     Reply





Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh myKMU Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters