September 7, 2012 · 34 Comments
SEPANJANG penulis mula kenal dengan hidup, turap jalan adalah satu perkara yang relatifnya – biasa, walaupun pada dekad 80-an, apatah lagi 90-an. Yang luar biasa pada zaman-zaman itu ialah bina jalan bertingkat dan berlingkar macam ular.
Boleh melopong mulut orang kampung, waktu itulah.
Semakin negara maju dan membangun, semakin rakyat tidak hairan dengan bina jalan, apatah lagi turap jalan. Biasalah turap jalan, 3 tahun sekali mesti buat.
Sekarang gamaknya, kalau ada pihak nak buat jalan ke angkasa, mungkin baru sekali lagi mulut orang kampung zaman sekarang ternganga seperti mana generasi orang kampung sebelum mereka yang penulis sebutkan di atas.
Pokok pangkalnya disitu, orang dah tak hairan.
Tapi bukan itu kesnya di Selangor. Turap jalan sekarang adalah modal besar untuk sebilangan ADUN PKR di negeri tersebut untuk menjustifikasikan ‘betapa berjasanya’ mereka kepada rakyat di kawasannya. ADUN yang penulis maksudkan ialah Shuhaimi Shafie yang mewakili DUN Sri Muda.
Kononnya, turap jalan ini adalah kejayaan program Selangorku yang digembar-gembur sebagai program terbaik milenium ini. Dari cara ia disebutkan, rasa macam boleh kalah pulak Visi 2020 yang diilhamkan Tun Dr. Mahathir 22 tahun dulu!!
Ini cakap pasal Selangor ya, yang merupakan negeri termaju di Malaysia sejak sekian lama dibawah pemerintahan BN, tapi hari ini dibawah PKR dan Pakatan haram, turap jalan pun boleh jadi isu besar untuk menunjukkan jasa ADUN!! Ohh lawak.
Kalau kat Papua New Guinea cerita macam ini keluar, penulis boleh faham, tapi yang ini berlaku di Malaysia, di salah satu negeri yang masuk kategori termaju pulak tu!!
Pelik kepada penulis tu, ada jugak macai-macai ni yang sanjung ‘jasa’ tak seberapa PKR ni. Sama ada dah takde modal sangat untuk puji pemimpin atau apa, penulis dah tak tahu nak cakap.
Hakikatnya, kerajaan persekutuan beri peruntukkan beratus juta setahun daripada dana Marris (Malaysian Road Registered Information System) kepada Selangor dan semua negeri untuk kerja-kerja menurap dan memperbaiki jalan.
Sebab itu negeri-negeri lain yang tidak ada ‘Geran Selangorku’pun jalannya masih boleh diturap ikut masa yang telah ditetapkan JKR.
Tapi daripada jumlah beratus juta itu, berapa sangat yang dibelanjakan kerajaan Pakatan haram Selangor untuk tujuan penyelenggaraan jalan? Kalau ikut berita disini hanya RM 1 Juta setahun sahaja yang belanjakan untuk tujuan tersebut, kecil sangat jumlahnya tu.
Mana pergi yang lain?
Alih-alih, bila mandat dah nak tamat, barulah sibuk nak tunjuk gambar jalan baru berturap!! Dulu kondem kerajaan BN, sekarang dia sendiri pun buat, itupun lepas 4 tahun!!
Janganlah dipilih puak-puak ini lagi, depa ini hanya layak sebagai pembangkang di luar kerajaan dan sepatutnya ia kekal begitu. Jadi kerajaan negeri pun, asik nak membangkang saja kerjanya, politik tak habis-habis, ceramah hampir setiap malam, dah nak habis mandat, baru nak sibuk masalah rakyat dengan menurap jalan.
By Adamyan
DIA CUMA POST KAT FACEBOOK TAPI ADAMYAN KOMEN MACAM NAK BUAT NOVEL PANJANG LEBAR GILA. PANDAI KO MENGOLAH DARI SATU ISU MENJADI 350 PATAH PERKATAAN HAHAHA. TAKDE KERJA LAIN KER?
SEDANGKAN UMNO BINA SEBIJIK JAMBAN PUN PAPAR’SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL’
kau plak sakit hati kenapa? hahahahahaha…dah memang betullah kata adamyan….macam hebat sangat projek turap jalan tu….
bagi org riak spt adamyan mmg lah anggap turap jln tu usaha tak penting..saya adalah salah seorang pemilik tanah dusun di ulu rening..jalan kesitu hanya boleh dinaiki moto saja,itu pun musim panas..klu musim hujan minta maaf..kaw ni dah ada klu mgikut peneroka dh 45 thn..pemerintah BN silih bganti..tapi hampeh..tak pernah ada usaha utk memenuhi permintaan utk baiki jalan..dusun jd hutan,tnh yg jarak lebih kurang 90km dr shah alam tak ada harga,gara-gara tak ada jalan yg elok..namun alhamdulillah bila PKR ambil alih dan menurap jln tersebut saya adalah org pertama bersyukur dan memanjat doa agar allah memelihara pemimpin yg prihatin ini..nampak remeh tapi nilai ny bg org yg selama ni mgunakan jln koboi sangat besar nilai…bg org yg celik mata dan tak pernah merasai keperitan ini spt adamyan tak kan pandai menilai..hidup PKR..saya tidak pernah menyesal dari dulu memilih pembangkang dan akan terus memilih..
Adun lain turap jalan juga, takla msk fesbuk, adun yg ini msk fesbuk…confirm baru first time turap jalan selama jadi adun…..parah
menurap je buat jalan baru ada tak. Jalan yang ada pun BN yang buat dulu. Jalan dah kopak mesti kena turap. Depa takut tak menang PRU yang lebih dari menurap jalan.
Dulu macam tulah kita sering dengar dekat nak pru, baru sibuk nak turap jalan..nak tunjuk yg dia buat kerjalah tu..
Lani pacacai plak memujinya..kunnunya dah tunaikan janji2nya…tu manifesto yg bukan janji tu tak payah tunaikan lah ye.
turap jalan cari belanja pru13 kott..
projek mee segera…daiff betul….jalan mana la dia turap tu..jalan ke rumah RAJA PASIR ni kot??? hehehe
Ada pulak yang berak kat tengah jalan serupa nuar brahi tapi tak nak ngaku pulakkk…tapi asyik dok salahkan orang lain kata fitnah dia..
Keluar tajuk sekejap..cuma nak tunjukkan kedangkalan puak2 ni:-
PAKATAN DESAK RAKYAT KUTUK IBU BAPA AMMAR!! KENAPA??
Jika kita semua dikejutkan dengan tindakan Muhammad Ammar Abd. Rahman dan beberapa peserta Janji Demokrasi tajaan Pakatan Rakyat yang biadap, tidak senonoh dan khianat, hari ini kita terkejut lagi dengan sebuah artikel di laman web SuaraPR yang menyatakan rasa ‘terkejut’ dengan berita di akhbar, sepertimana yang ditulisnya:
“LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan!! Ibu bapa jenis apakah ini yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap?”
Artikel tersebut juga membandingkan ibu bapa Ammar dengan binatang kerana tidak sayangkan anak serta mempersoalkan kesalahan yang dibuat Ammar yang baginya terlalu remeh dan keanak-anakan untuk diambil hati.
Lebih mengejutkan lagi ialah ia membandingkan dengan kekukuhan semangat kekeluargaan keluarga Anwar Ibrahim yang tetap berada di belakangnya, walaupun apa jua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.
Kemuncaknya, penulis tersebut menyarankan yang ibu bapa Ammar wajar digantung!
Untuk seketika, penulis menjadi kelu dan bingung setelah membaca artikel tersebut. Hilang kata-kata dibuatnya. Apakah pemimpin PR merestui tindakan Ammar kita tidak tahu, tetapi kita pasti, Anwar Ibrahim dan keluarganya pasti merestui artikel yang ditulis oleh laman SuaraPR tersebut.
Melihat dari gaya pemikiran yang dipaparkan melalui artikel tersebut, maka akhirnya penulis dapat memahami bagaimana otak atau minda penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berfungsi, atau pun lebih tepat, tidak berfungsi.
Ammar telah bertindak sedemikian tentunya kerana terlalu banyak meluangkan masa melayari laman-laman web pro-PR dan bergaul dalam kumpulan penyokong-penyokong PR. Bukan kita tidak tahu bahawa laman-laman pro-PR begitu giat menanam kebencian dan hasutan.
Apabila saban hari disuap dengan kebencian lalu mereka pun merasakan perlu meluahkannya untuk kelegaan sendiri iaitu melalui segala macam bahasa kesat dan teramat kesat terhadap subjek yang mereka benci, iaitu UMNO, BN, Kerajaan, malah Malaysia, melalui laman-laman sosial pula. Ini dilanjutkan ke perbincangan dan perbualan harian bersama rakan-rakan.
Lalu, mengutuk subjek yang mereka benci menjadi makanan rohani mereka setiap hari.
Apabila otak dan hati telah dipenuhi dengan benci, caci, carut, kutuk, hina, maki, hamun dan berbagai-bagai perkara yang buruk, maka akhirnya minda tidak dapat lagi berfungsi dengan baik lalu tidak lagi dapat mengawal atau mengerti akan tindakan yang dilakukan sendiri.
Ini menjelaskan kenapa Ammar memberi jawapan bahawa beliau tidak tahu kenapa beliau berbuat begitu iaitu sanggup menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri di khalayak ramai.
Memang Ammar sudah tidak tahu apa-apa dan begitu lah juga keadaannya penyokong-penyokong PR yang lain.
Maka tidak hairanlah otak mereka tidak lagi dapat memproses maklumat dan fakta mahupun merasai dan menghayati nikmat di depan mata. Akibatnya, mereka menjadi tidak bersyukur kerana segala sesuatu kelihatan begitu buruk di mata mereka.
Apabila kita memilih untuk melihat hanya keburukan ke atas segala sesuatu, maka lama kelamaan kita sendiri akan menjadi buruk. Iaitu buruk dari segi percakapan, pemikiran, sikap dan juga penampilan.
Sampai ke tahap ini, seseorang itu akan dengan sukarela membiarkan diri diheret oleh pemimpin PR untuk berdemonstrasi, merusuh dan melakukan kemusnahan atau apa saja. Bagai dirasuk iblis, mereka sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka lakukan. Kerana itulah kita melihat peserta-peserta demonstrasi anjuran PR tidak kira yang bertudung, berjubah, berjanggut atau yang bersinglet dan berseluar pendek akan memekik-mekik, melolong dan terkinja-kinja seolah-olah gembira dan marah yang bercampur-baur yang mana mereka sendiri tidak dapat memahaminya.
Bagaimanapun, jika Ammar hanya menjadi separuh sedar ketika berada bersama kumpulan ini, penulis artikel di laman SuaraPR tersebut pula berada dalam separuh sedar secara berterusan.
Penulis berkata demikian kerana seorang yang benar-benar waras tidak mungkin akan mengutuk tindakan mulia ibu bapa Ammar. Sedangkan ibu bapa Ammar telah membuktikan bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik, warganegara yang baik serta Muslim yang baik. Mereka sanggup menelan rasa malu bagi menegakkan prinsip bahawa yang salah, tetap salah, yang buruk tetap buruk, walaupun anak sendiri yang melakukannya.
Tindakan pantas mereka memberi peluang kepada anak mereka untuk kembali ke alam nyata dan memperbaiki diri. Kerana tindakan mereka, maka minda Ammar kini terpaksa atau dipaksa berfungsi kembali memikirkan kenapa beliau sanggup melakukan apa yang dilakukannya di Himpunan Janji Demokrasi tersebut. Ternyata Ammar tidak tahu apa-apa.
Seterusnya, minda Ammar kini perlu dipaksa melihat realiti di sekelilingnya secara sedar. Harapan kita agar beliau kembali dapat membezakan yang baik dan yang buruk serta yang benar dan yang palsu.
Harapan kita juga agar si penulis di laman SuaraPR tersebut dapat melakukan yang sama. Kita percaya, ibu bapa penulis tersebut juga pasti akan mengheretnya mendalami ilmu agama untuk memperbaharui ketakwaannya atau menyerahkannya terus kepada pihak yang berkenaan untuk dicuci mindanya, andai saja mereka mendapat tahu mengenai artikel yang ditulisnya. Ini kerana kita pasti, tidak ada ibu bapa yang mengajar dan menyokong anaknya berkelakuan biadab terhadap orang lain.
Apapun, tindakan Ammar adalah cerminan jiwa dan minda manusia-manusia yang menyokong dan memimpin PR. Kesilapan Ammar wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh anak muda di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kegilaan yang dibawa oleh parti tersebut. Mengundi parti yang gila, pasti akan membawa bencana.
http://jawaber6.blogspot.com/2012/09/pakatan-desak-rakyat-kutuk-ibu-bapa.html
Abih tu, yg org BN kencing, tibai, tonggek kat gambar pemimpin PR tak per???
Inilah undang talam dua muka yg rakyat benci kat BN.
Lepas tu org BN suruh org PR sokong BN???
alaaa mooo…kalau orang macam hang tak sokong BN aku rasa lagi bagus…mentality 3rd world macam hang layak dengan pakatan haram jer..
ADUN umno lagi menunjuk, guna duit rakyat , inform rakyat duit parti.
aku ingat lagi pengalaman pergi ke By election Ijok (Waktu TS Khalid kalah). Sampai pukul 10.00 pm, pukul. Kami nampak bus stand tgh buat dan jalan tengah turap. Waktu kami balik at 1.00 pm, kami nampak bus stand dah siap (jalan tengah turap). Plastik sgt sbb guna dana rakyat, tapi pakai nama BN. apa semua rakyat/pemilik perniagaan yg sumbangkan cukai tu sokong BN kah???
Jalan turap longkang tersubat
Relax la Moohp….bersangka baiklah sesama manusia apa lagi sesama Islam.
So, what’s your point Mooh? Lu marah sebab orang pertikaikan bila PR buat projek. Standard la bro, bila BN buat jalan korang kata nak pilihanraya lah, nak beli jiwa lah dan macam2 lagi.
So sekarang turn mykmu pulak nak hentak so call “jasa” orang2 PR ni. What goes around comes around lah bro.
RON97 waktu trun harga punya lah kecon kat MYkmu.net ni dok promote. Hari ni RON97 naik ke RM3.00 se liter. Ada org kecoh????
Anyway berapa kerat kat sini yg pakai RON97??
si juboq tu guna la Ron97….kasi power sikit likat melikat…baru senang nak toron…..
Apa nak kecoh Mooh…, gua pegi kerja naik kapcai je. Kapcai bukan pakai ron97 pun. Kereta gua pun isi ron95 je, so pada gua kerajaan sekarang perihatin lah pada rakyat yang berpendapatan sederhana ni.
Kalau lu rasa lu nak kecoh2, lu buatla blog sendiri bro. Takde sape nak marah pun. Ini blog MyKMU, ikut suka dia lah dia nak promote apa pun.
ntah..aku pun tak tahu apasal nak kecoh-kecoh…mooo kapchai hang guna ron95 je kan…murah tu.
ron97 yang berduit jer gunakan…biarlah dia orang berduit, kita di beri pilihan…ini hang nak yang baik…tapi nak bayar murah, alahai..mentality chai..
Kalau dah tak mampu, pakai la 95! Hang dok gaduh nak pakai yg mahal awatnya???? Belagak tak kena tempat.. hang kalau dah ada transport patut bersyukur dah…. kalau dah tak mampu sgt, pi keghabat bas ke, lrt ke… confirm tak payah isi minyak!!
KALAU LEMBU UMNO MESTI CARI ALASAN UNTUK BACKUP UMNO WALAPUN MINYAK NAIK 139%(CONTOH). KALAU RAKYAT PANDAI MESTI MINTA TUNJUK SEBAB ATAS KENAIKAN MINYAK NEGARA. DULU KATA IKUT HARGA DUNIA. TAPI MINYAK DUNIA BUKAN STATIK TETAPI TURUN NAIK JUGAK..
KALAU UMNO 10 KALI NAIK..2 KALI TURUN.
Kalau nak cakap dengan hangpa pasal economy aku rasa hangpa tak faham…bagi hangpa harga naik kerajaan kaya, harga turun kerajaan miskin, tu la saja yang hangpa tau..
minyak kita masih di beri heavy subsidi…kalau ikut pasaran dunia …dah lama orang macam hang naik bas jer…
ikut hangpa semua hangpa nak murah sampai tak masuk akal…ini lah yang dikatakan generasi subsidi, hari-hari dok harap kerajaan suap nasi masuk dalam mulut hang, lambat sikit jer kerajaan suap…kecoh la hangpa, guling-guling atas jalan.
UMNO PATUT BUAT SATU FORUM MINYAK BIAR RAKYAT BIJAK PANDAI PERSOALKAN TENTANG MINYAK. KALAU LEMBU UMNO MEMANG DUDUK DIAM SEBAB KERJANYA BACKUP UMNO. PRINSIP PERJUANGAN LEMBU UMNO ADALAH TIDAK BOLEH PERSOALKAN APA-APA DASAR UMNO.
Hang nak persoalkan memang patut hang walau pun level cai jer, tapi hang rakyaat malaysia jugak
Tapi masaalahnya dengan hangpa ni…apa saja dasar kerajaan semua tak betul. kalau semua tak betul tak kan lah malaysia jadi malaysia seperti hari ni…cuba hang sebut kat aku dasar kerajaan yang hang sokong ??
Moonn yang ko bongok dan nak berlagak kaya sangat buat pe..ada minyak murah tak nak guna..dah kerajaan kata minyak Ron97 tu turun naik harga ikut pasaran minyak sedunia..kalau nak minyak murah dan bersubsidi guna laa minyak ron95…
pakatan haram jadah.yg selama ni kerajaan bn buat mcm mcm tu bukan untuk rakyat ke.
Penat… betul dengan sikap nak cari salah orang ni. Tak buat kerja salah, buat kerja pun salah jugak. Agaknya budak2 UMNO suka jalan berlubang dan rosak tak d turap hingga boleh sebabkan kemalangan. patut2 la… benda baik sepatutnya ucap terima kasih, bukan orang bagi bunga d balas tuba. Tak suka, diam2 sudah… bukannya k’jaan selangor cerita masuk tv dan utusan jaja cerita. Rakyat nak ucap terima kasih pun salah… adamyan2…
Bujuk bujuk..cari salah ngan pulang buah keras pun hang tak reti..apa nqk jadi lah ngan hang ni.
Itu bukan pulang buah keras… bro. Berita ni adamyan kutip dari luahan hati rakyat, bukan seperti yg. UMNO selalu buat, kerja sikit propaganda 1m’sia. UMNO umpama ‘ayam yg. bertelur sebili,riuh sekampung’. Buka 1 klinik 1′msia jaja dalam tv dan media 3 hari 3 malam.
Ialah kena bagi tau la kat rakyaat..klinik 1 malaysia dah di buka…boleh pi ambil ubat, bayar seringgit jer…buka pulak sampai 10 malam.
kalau tak kasi tau…manalah rakyaat nak tau…apalah hang ni bujuk.
Bagitau pada penduduk setempat cukup la, nak war-warkan pun memadai sehari berita. Ni.. tidak, propaganda lebih mahal dari peruntukan bina klinik tersebut.
soalnya bujuk…masa bn buat turap jalan dulu, tak diheboh gak sekampung macam pr buat ni.masuk tweet bagai..tapi puak PR heboh duk kata, dah dekat pru batu bn nak turap jalana..lani..PR dah nak pru pun baru nak tutap jalan.kenapa yak lepas setahun dulu turap?..
Sebab tu aku kata..perli ngan cari salah pun ko tak tahu beza…aku tak fahamlah ko ni spesis apa??.
Ini kerja berterusan.. dah kebetulan sekarang d tempat tersebut, tu pun tak tau lagi bila nak PRU. Apa PM dah umum PRU ke?
UMNO/BN lain, hari ni umum PRU esok berderet lori bawak batu buat jalan. Habis PRU… jalan tak sempat siap, tunggu PRU seterusnya.