MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Lawatan Media bersama Menteri ke Pangkalan TUDM

Pengalaman yg tidak boleh dilupakan apabila penulis mengikuti lawatan media bersama menteri pertahanan Dato Seri Dr Zahid Hamid Ke Pangkalan TUDM Kuantan Pahang pada isnin 3 september 2012 lepas. lawatan bermula pada pukul 7.00 pagi dimana semua perserta diminta berkumpul di Pangkalan TUDM subang dan  peserta diberi taklimat mengenai program program pada hari tersebut. Pada Jam 8.00pg peserta dibawa menaiki pesawat tentera C130H  untuk pernerbangan ke Pangkalan TUDM Kuantan dan penerbangan mengambil masa selama 1 jam.

Perasaan gembira bercampur teruja dapat dilihat dimuka semua peserta apabila dapat menaiki pesawat tentera C130H yg selama ini hanya dapat dilihat dari jauh akhirnya telah menjadi kenyataan, dalam perjalanan ke Kuantan Pesawat kami  telah dihampiri oleh 2 pesawat tempur MIG TUDM yg kemudian mengiringi pesawat c130H yg dinaiki kami sehingga ke pangkalan TUDM Kuantan, kesemua peserta berasak asak untuk  mengambil gambar pesawat Tempur MIG yg terbang berhampiran dengan pesawat yg kami naiki..

Setelah Membuat pendaratan dan sewaktu keluar dari pesawat kelihatan  kelibat angota PASKAU yg telah siap sedia  menunggu kedatangan kami, dan semua peserta diminta beratur semasa keluar dari pesawat dan setiap peserta te;ah diperiksa sorang demi seorng dan keadaan menjadi cemas apabila anggota PASKAU tiba tiba menahan  peserta yg ada bersama kami. Tetapi semuanya menjadi tenang kembali apabila diberitahu itu hanyalah gimik anggota PASKAU menahan Suspek pengganas dalam cubaan merampas pesawat, simulasi ini termasuklah pesawat tempur MIG yg mengiringi pesawat kami setelah mengetahui terdapat pengganas didalam pesawat..

Setelah Selamat mendarat dan dikejutkan dengan adengan Angota PASKAU, semua Peserta disambut  oleh Menteri pertahanan Dato Seri Dr Zahid Hamidi dan kami dibawa ke dewan dan dato seri Zahid Hamid membuat sedikit ucapan dan kata kata aluan kepada semua peserta media…

Program bermula apabila semua peserta dibawa melihat aset pesawat pesawat dan helikopter  yg berada di pengkalan TUDM Kuantan dan diberi penerangan setiap peranan dan perincian mengenai pesawat pesawat tersebut, diikuti pula  persembahan payung terjun dan  adengan anggota tentera dalam misi menyerang pihak musuh dan simulasi letupan dari dari pesawawa tempur TUDM..

Seterusnya semua peserta di tunjukan simulasi pesawat tempur “take off”  dalam masa singkat jika terdapat  ancaman oleh pihak musuh dan ini menunjukan anggota pertahanan kita sentiasa dalam keadaan siap sedia bila bila masa dan dlm apa jua keadaan. dan seterusnya kami dibawa ke pusat pusat latihan simulasi menara kawalan trafik udara yg mana penerangan mengenai peranan mereka dalam menjaga trafik di mana mana  lapangan terbang seluruh malaysia..

Kami juga dibawa untuk melihat kesemua fasiliti di  pangkalan TUDM Kuantan dan juga pusat latihan simulasi penerbangan dimana peserta berpeluang untuk memandu sendiri simulasi jet pejuang yg digunapakai oleh anggota TUDM  untuk latihan penerbangan, dan banyak lagi program telah diaturkan oleh pihak TUDM untuk semua peserta..

Tujuan lawatan ini dibuat adalah kerana untuk memberi penerangan mengenai fungsi, peranan dan segala aset yg dimiliki oleh pihak TUDM, dimana dalam menjaga kemanan dan kedualatan negara ini mereka harus memberikan sepenuh komitmen dan mempunyai tanggungjawab yg besar dalam menjaga rakyat dan negara ini dari ancaman pihak musuh dari luarmahupun dlm negara ini sendiri..

Mereka mereka inilah yg akan berada dibarisan hadapan untuk menghadapi pihak musuh yg sentiasa cuba membuat onar dalam membuat  huru hara didalam negara sekaligus cuba merampas dan menjajah negara yg berdaulat ini, oleh itu kita harus sedar tanggungjawab yg terpaksa dipukul oleh  setiap angota keselamatan terutama TUDM ini dalam fungsi mereka untuk menjaga kemanan dan keselamatan negara ini, Pembangkang yg sentiasa mempersoalkan belanjawan untuk sistem pertahanan negara ini menunjukan mereka tidak patrotik dan tidak mengambil kisah  jika negara ini dalam keadaan yg tidak aman dan huru hara kerana itulah harapan mereka kerana selagi rakyat negara ini bersatu dan hidup dalam kemananan dan harmoni selagi itulah agenda mereka untuk menguasai negara ini tidak akan tercapai.

Segala aset yg dimiliki oleh Pertahanan negara haruslah sentiasa dikemaskini seiring dengan kemajuan teknologi dan kesukaran yg harus mereka tempuh dalam menjaga kepentingan negara dan juga kemananan didalam negara. Keamanan adalah penting untuk pembangunan sesebuah negara tanpa kemanan kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak akan dapat dikecapi, kita harus bershukur kerana tahap kemanan di negara kita berada dalam tahap yg terbaik walaupun ada pelbagai pihak yg sentiasa cuba mempertikaikan tindakan Pihak keselamatan dalam menjalankan tugas mereka..

Dengan ini penulis ingin mengucapkan Ribuan terima kasih kepada semua pihak yg telah menjaga kemanan negara ini dan membuat penulis dapat tidur lena pada waktu malam …

 

 

 

 


Posted by cranell on September 5th, 2012 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Lawatan Media bersama Menteri ke Pangkalan TUDM”

  1. tengkudin
    September 5th, 2012

    jelesnya akuu……nape la aku tak dapat ikut…uwaaa..

    tempat lama lagi dikenang…

  2. HackerXP
    September 5th, 2012

    peluang yg jarang diperolehi.. next time kalau ada program sama boleh kot aku follow plak.. nak tengok mig dari dekat..

    * dengarnya ada kawan kita yg baik hati bagi minyak cap kapak pd suspek perampas kapal terbang betui ka? saapa la yg baik hati tu, sejuk perut mak mengandung.. he..he..

  3. tengkudin
    September 5th, 2012

    bukan apa…tak jumpa member lama dalam tu..heheheh

  4. Che_Yan
    September 7th, 2012

    Bestnyer….

  5. Gullit
    October 7th, 2012

    bestnyee

Leave a Reply

Type your comment in the box below: