Che_Yan » Komentar » Utama

Dulu Janji Tak Ada Kilang Carlsberg, Sekarang Janji Tiada Kilang Berbahaya

September 7, 2012   ·   13 Comments

Lama juga kita tidak mendengar Kak Wan Jijah berkata-kata mengenai isu terkini. Selalunya beliau hanya akan keluar untuk menidakkan skandal suaminya sahaja. Mulutnya bagaikan dikunci untuk menyuarakan pendapat tentang hal-hal lain.

Isu yang Kak Wan Jijah kononya ingin dedahkan kali ini adalah isu kilang-kilang merbahaya di Malaysia. Kak Wan Jijah nampaknya begitu bengang dengan kehadiran kilang-kilang yang mengendalikan bahan-bahan merbahaya di Malaysia. Maka Presiden Gajah Putih Parti Keadilan Rakyat ini bersuaralah kononya demi rakyat Malaysia.

Pada tarikh 3 September 2012 di Kompleks Sukan Raub dihadapan sekelompok kecil penyokong pembangkang, Kak Wan Jijah dengan yakin mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat dapat menakluki Malaysia pada PRU-13 akan datang, beliau sendiri akan memastikan bahawa tiada satu pun kilang merbahaya didirikan di mana-mana di Malaysia.

Semangat betul Kak Wan Jijah menyampaikan ceramah sehingga berpeluh-peluh dahi beliau. Maka disambutlah kenyataan itu dengan takbir oleh sekelumat manusia yang berdiri dibawah pentas ceramah tersebut. Belum habis reda isu penipuan tentang Lynas yang telah diistiharkan IAEA selamat, kini isu Bukit Koman pula. Kini tiba-tiba semua ahli Pakatan Rakyat telah mendapat sijil penganalisa bahan toksik dan merbahaya kerana suka benar mereka mengkritik hal-hal yang berkaitan bio-kimia.

Kak Wan Jijah pernah dikatakan bukan seorang Melayu, tetapi semenjak berkahwin dengan Anwar Ibrahim, nampaknya Kak Wan Jijah telah mewarisi sikap mudah lupa orang Melayu. Kak Wan Jijah nampaknya sudah lupa semasa mereka ingin merampas negeri Selangor daripada Barisan Nasional, pernah Kak Wan Jijah dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain (kecuali DAP) berjanji untuk membuang kilang Carlsberg dari negeri Selangor. Namun, masih berdiri megah kilang tersebut tanpa sebarang tanda-tanda pemindahan akan dilakukan.

Kak Wan Jijah juga nampaknya sudah lupa bahawa pada suatu masa dahulu dijanjikan kepada penduduk Sepang, supaya ladang khinzir yang terdapat disitu dipindahkan ke tempat lain. Namun, bukan sahaja tidak dipindahkan, ditambahnya pula saiz ladang tersebut. Walaupun ini semua adalah kerja YB Yaakob Sapari, tetapi sebagai entity kepada PKR, Kak Wan Jijah pun dikira terlibat juga.

Kak Wan Jijah nampaknya terus menggiatkan usaha membuat janji-janji palsu yang bakal menjerat Pakatan Rakyat sendiri. Tetapi nampkanya Kak Wan Jijah semakin giat men”capati”kan janji PKR, ini satu perkembangan yang baik untuk Barisan Nasional. Lebih banyak janji yang ditabur lagi senang kerja Barisan Nasional untuk merampas balik negeri-negeri yang tewas.

Kalau manifesto pun sudah dianggap bukan janji yang perlu dipenuhi, apatah lagi janji dalam ceramah sahaja. Sampai bila mahu menipu rakyat?

By

Tags: , , , , , ,


Readers Comments (13)

  1. Jack says:

    Nak tanya dulu: ini manifesto ke janji???

     Reply
  2. Alyabu says:

    Tun Dr.Mahathir berkata kalau BN kalah dalam PRU13 BN akan lenyap selama2nya..BENAR.. BN akan lumpuh dgn sendirinya kerana mereka tidak boleh menerima hakikat tanpa kuasa dan wang ringgit..pemimpin2 mereka akan jadi tak tentu arah dan mula menyalahkan antara satu sama lain..tiada mesyuarat cawangan diadakan kerana ketua tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan sendiri..dikala itu masing2 tak mahu mengaku mereka orang UMNO..media2 pro mereka tidak mahu lagi menyambung penerbitan tanpa sumbangan sepertimana biasa..perasuah, penyamun, perompak khazanah negara dari kalangan mereka mula lari bersembunyi untuk mengelakkan pendakwaan..Inilah yg dimaksudkan oleh Tun..bukannya tekanan dari kerajaan Pakatan Rakyat..

     Reply
    • hahahaha….mungkin ape yg Tun. M kate tu dia maksudkan lain ( tu pun kalau betul la dia ade ckap cam tu )… tapi puak2 pakatan tafsirkan bende bukan2…

      itu aje lah modalnye daru dulu smpai la skrg yop…

      corruption, tipu sane tipu sini, pijak sana pijak sini dlm pakatan… buat2 x nampak je la yop…

       Reply
    • raplahjingaa says:

      kerajaan pakatan rakyaat ? alyabu…yang mana satu kerajaan pakatan rakyaat ? kedah ? selangor ? pulau pinang ? kelantan ?

      bagi la tau sat…yang mana satu ?

       Reply
    • Che_Yan says:

      Hmmm…Alyabu cakap macam orang takda akal.. Penentangan rakyat kepada PR pada PRU13 nanti bukan sebab korup tak korup. Korupsi berlaku dimana-mana termasuk di dalam kerajaan pakatan rakyat..sebab dah terang-terang PR pun dok rembat duit kerajaan negeri…Penentangan yang akan dibuat ialah kerana PR mengikut ideologi sesat.. itu yang akan ditentang habis-habisan!!!!! Hidup Rakyat!!!! Allah Bersama UMNO!!!!!

       Reply
  3. arizmaya says:

    industri pelacuran yang meriah.. yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Selangor tu tak kira membahayakan ker kak wan jijah??

     Reply
  4. PASpartyNGOK says:

    Kak Jijah seorang doktor. Doktor tentunya bijak. Sayang sekali kak jijah tidak dapat mempraktikan medical knowledge dia untuk dimenafaatkan pada orang ramai kerana kak jijah sendiri pun memang sakit.

    Kak Jijah sakit nya banyak jenis. Kak Jijah sakit hati dan sakit mental. Besar sekali dugaan yang diberi padanya. kak jijah diduga utk hidup dengan seorang anugerah tuhan yang luar biasa. Yang sama taraf dengan Imam Mahadi.

    Walau apa sekali pun yang dia laungkan selepas bangkit dari diam, kita faham dia sentiasa membaca teks yang sudah tersedia. Mungkin jugak teks mengenai kilang bahaya itu sepatut dibaca oleh anaknya. Kebetulan anak nya kena period pain teramat sangat dan tak boleh baca.

    Maka kak jijah yang sudah menopause tak ada period lagi tolong bacakan. Itu saja sebenarnya, buat apa nak pelik sangat.

     Reply
  5. sungai_siput says:

    kaji selidik menunjuk kan BN tak kalah PRU13 ni

    cina PRU12 dulu mmg full swing tak kasi undi pada BN termasuk india, BN masih lagi merintah malaysia simple sampai la ni…

    melayu cukup bengang dgn pak lah masa tu pun tak nak undi BN

    la ni banyak melayu dah sedar dan InsyaAllah kan bagi undi pada UMNO

    kesimpulan nya…. PR hilang Selangor tapi majoriti % BN menang di selangor mungkin 60% – 40%

    kedah pun dapat pada BN majoriti besar bukan simple majoriti mcm selangor.. penang takdak harapan dapat kat BN, kelantan 50-50

    cina dgn india full swing bagi DAP PRU12 dulu pun BN tak tumbang lagi

    tapi la ni india dah mula positive dgn BN sbb mula sedar depa kena tipu dgn nuar israel

    strategi DAP dgn PKR la ni , pecah belah kan melayu habis habisan sebelum PRU13 ni…. baru boleh dapat kuasa…DAP/singapore la yg pegang kuasa sebenar nya, bukan PKR , pasai tu bendera nak tukar pun ala2 singapore

    tapi pengundi melayu skrg ni bukan bodo mcm pencacai pecah belah melayu PR dlm forum ni, lebih2 lagi pengundi wanita, tabik spring kat depa, depa memang waras, pasai tu depa banyak masuk U

    Hassan Ali dah kena buang…. orang2 PAS mmg dah cukup meluat dgn PAS la ni… Alhamdulillah

    Ustaz nasha…. nak tunggu hukuman je….

    di buang ustaz nasha melayu untung, di terima ustaz nasha pun BN untung

    betul lah… perancangan Allah Azawajalla lagi halus lagi hebat….

    jadi mari kita tetap dgn menyembah Allah pagi dan petang, bersyukur dgn nikmat yg Dia bagi, mudah mudahan Allah tambah lagi dan satu kan hati orang2 islam kat Malaysia ni

     Reply
  6. layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

     Reply
  7. baba says:

    kilang arak di shah alam hanya haram jika BN berkuasa, tapi bila mereka berkuasa dia jadi halal.

     Reply
  8. tekaan aku..nnti sok BN dah dapat balik selangor..mesti diorang spin balik….kenape BN x bgi roboh kilang arak tu… nnti mulalah tuduh menuduh kata BN kapior…

    BN x janji nak roboh…tpi tgok la diorang spin camne nnti…

     Reply
  9. lidi says:

    Tabik spring aku ngan dap ni..kaki belit…dia janji..dia kata bn janji…yg lg aku tabik spring….pencacai dia percaya plak tu….

     Reply
  10. abe says:

    Sebab kilang arak kat selangor tak jadi tutup itu lah puncanya MB khalid gagap selalu cakap yang bukan-bukan dan merapu tu.Mungkin mabuk kot minum carlsberg banyak sangat.

     Reply





Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh myKMU Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters