MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Demokrasi ala PR ialah ‘berak atas gambar PM

 

Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’ mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi ‘membuang’ ke atas gambar Perdana Menteri.

Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.

Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.

Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.

Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.

Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.

Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.

Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.

Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.

Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.

Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.

Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.

Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.

Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.

Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.

Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.


Posted by tengkudin on September 1st, 2012 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Demokrasi ala PR ialah ‘berak atas gambar PM”

  1. alfie60
    September 2nd, 2012

    Fahaman Hang Tuah ‘Tak akan hilang Melayu di dunia’ dah tak boleh di pakai lagi dalam masa yang singkat ni. Dengan SOLIDARITY bangsa Cina dan perpecahan perpaduan Melayu di tahap paling rendah dalam sejarah kita,kita melayu patut bersedia di tindas oleh bangsa cina yang 55 tahun dendam terhadap kita semasa Kerajaan BN memerintah.

  2. mawar
    September 2nd, 2012

    Kata2 Hang tuah itu tidak salah dan tetap relevan sampai bila1 Orang Melayu tetap akan ada di negara ini tapi menjadi bangsa yang merempat sama seperti bangsa Red Indian di Amerika yang terpaksa hidup dalam settlement mereka dan yang paling terbaharu ialah bangsa Rohingya yang di usiar ke sana sini. Orang 2 Melayau masih tidak mau menambil ikhtibar peristiwa ini. Orang lain bersatu orang Melayu nak bergocoh sesama sendiri malam bersekongkol pula dengan puak2 kafir walaupun puak2 ini menentang rancangan mereka.. Bab hukum hudud saja dipermainkan hanya untuk kepentingan undi…..dan semakin bersemarak menjelang PRU 13. Lebih teruk lagi ada kepala mereka yang malu bergelar bangsa Melayu.

  3. mawar
    September 2nd, 2012

    KEPALA-KEPALA PUAK CINA DAPig, pkrak dan paspispus tentu seronok menataap gambar2 di atas dan juga gambar2 Najib dan Isteri nya di pijak2 Haraam jadah yang tunjuk juboq kat gambar Najib pulak tak taukah itu hanya gambar, kalau syok sangat, pi lah buka kat ,,,,,,,,(siapa ya ?

  4. pakzad
    September 3rd, 2012

    Pak zad, yakin anak anak muda yg sanggup ” mencemarkan maruah” dgn memijak gambar pm dan isteri pm serta melaku aksi kurang ajar, adalah mrk yg mindanya yg amat celaru dan menjadi warga yg sudah hilang jati diri, ini anak anak muda yg sudah mjadi alat mainan oleh golongan yg ada agenda utk menghancurkan negara, kalaulah mrk ini hidup dizaman Jepun tentu mrk akan dihukum pancung sampai mati,jadi insaf le, pakzad menyeru kpd kerajaan jgn kompromi dlm hal ini

  5. kampongbaru
    September 3rd, 2012

    puak2 haram jadah dan bangsat jer yg sanggup menghina pemimpin yg dipilih rakyat…mamposla cepat nicky n the gang..

  6. mRsTURDY
    September 3rd, 2012

    Menteri Dalam Negeri dok wat apa? Adakah dia dilantik hanya semata2 kerana sepupu PM jer. Kalau kita ada menteri yg tegas takkan puak HARAmJaDAah nie brani wat begini? Nak biar lagi? Kalau biar pasti akan ada yg pelik2 lagi akan derang perbuat!

Leave a Reply

Type your comment in the box below: