30
Aug

Azizan Razak Bakal Tergolek, Amiruddin Hamzah Pula Mangsa Seterusnya?

Mungkin ramai terfikir bahawa isu ketiadaan Azizan Razak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu di Sri Mentalon pada 25 Ogos lalu adalah merupakan isu hangat di negeri Jelapang Padi itu.

Sebagaimana maklum, banyak media menyiarkan laporan tentang Azizan yang tidak dapat hadir ke majlis sambutan tahunan tersebut ekoran keadaan kesihatannya yang uzur dan tidak mengizinkan Persuruhjaya PAS itu bersama rakyat di hari lebaran itu.

Bagaimanapun, topik utama yang paling hangat diperbualkan oleh pak-pak lebai PAS mengenai insiden pada hari tersebut bukanlah tentang ketiadaan Menteri Besar itu memandangkan mereka semua tahu Azizan sememangnya “parah” sebelum Hari Raya lagi.

Topik utama yang menjadi pilihan pak-pak lebai kulup PAS itu adalah mengenai ADUN Anak Bukit, Amiruddin Hamzah, yang telah menggantikan tempat Menteri Besar itu sebagai wakil untuk melayani tetamu yang hadir.

Sudah tentunya pada hari tersebut Amiruddin telah mengerahkan seluruh jentera politiknya untuk melobi diri sebagai pengganti jawatan Menteri Besar Kedah paling ideal sekiranya Azizan berjaya digulingkan.

Bagaimanapun, dikhabarkan Amiruddin langsung tidak menyuarakan keinginannya itu dikhalayak ramai, namun dia hanya mengunakan “soldadu-soldadu” untuk menjual namanya supaya dia dilihat popular dan paling layak berada di kerusi Azizan Razak.

Sebenarnya, para “warlord” PAS ada menghantar “soldadu-soldadu kerahan” mereka untuk hadir meninjau keadaan di majlis rumah terbuka MB Kedah tersebut.

Menurut sumber dalaman yang diperoleh baru-baru ini, lagak Amiruddin yang seolah-olah “lebih sudu dari kuah” di Sri Mentaloon itu telah menyebabkan ramai yang sakit hati, mengamuk dan merancang sesuatu terhadapnya.

Antara yang dikatakan tersinggung dengan lagak Amiruddin itu ialah “musuh politik” Azizan nombor satu iaitu Phahrolrazi Zawawi. Marahnya bukan kepalang terhadap Amiruddin yang bernaung di bawah PAS kawasannya…

Sumber memberitahu bahawa ADUN Pengkalan Kundur itu sememangnya berhajat untuk menggulingkan Pesuruhjaya PAS Kedah serta bakal menjadikan keuzuran serta hubungan baik Menteri Besar itu dengan para pimpinan UMNO sebagai alasan untuk menumbangkan Azizan.

Selain Phahrolrazi, antara pemimpin PAS lain yang marah pada Amiruddin kerana insiden “berlagak MB” itu adalah Mahfuz Omar, Dr. Ismail Salleh, Hamdan, Nasir Mustafa dan ramai lagi.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak dapat mengemukakan bukti-bukti kemarahan “warlord-warlord” PAS Kedah tersebut memandangkan ia hanya berkisar dari mulut ke mulut.

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan cerita itu memandangkan gerakan menjatuhkan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar telah bermula sejak tahun kedua selepas PAS berjaya berkuasa di negeri tersebut.

Pernah saya berbicara dengan Yusrin yang merupakan bekas menantu Azizan Razak dan bekerja di Pejabat MB Kedah memberitahu bahawa bekas mertuanya itu dijangka tidak lama memegang jawatan tersebut.

Menurut Yusrin, Azizan akan dipaksa turun dari kerusi Menteri Besar serta Pesuruhjaya PAS Kedah dengan alasan keuzurannya untuk menguruskan hal ehwal negeri Kedah dan parti di negeri itu.

Bagaimanapun untuk menjaga hati Azizan yang terkenal dengan panas barannya itu, gerakan konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu akan memberikan jawatan baru bergelar “penasihat PAS Kedah” kepadanya untuk menutup mulut.

Lagipun, puak-puak PAS di Kedah begitu khuatir dan meragui Azizan sekiranya dia bertindak keluar PAS serta menyertai UMNO akibat dari perbuatan mengenakannya itu.

Begitulah permainan politik PAS Kedah yang terkini. Kecoh memang kecoh dan dijangka Amiruddin yang kini sedang mengintai kerusi MB Kedah bakal berhadapan dengan ramai “warlord-warlord” PAS Kedah, khususnya dari Phahrolrazi Zawawi.

Kita tunggu saja kesudahan perebutan kuasa dan kemelut PAS Kedah yang semakin meruncing itu. Pastinya menarik untuk melihat mereka menafikan sengketa di antara mereka, namun secara realitinya kalau boleh mereka bagaikan peserta “royal rumble” bergaduh teruk!

Ada 15 Comments setakat ini.

  • Anak_Nogori
    August 30th, 2012 at 10:45 AM

    Tak pa..nanti depa kata ini kocakkan air dlm cawan saja.

  • PASpartyNGOK
    August 30th, 2012 at 11:07 AM

    Tikam menikam, cantas mencantas, fitnah memfitnah dan jatuh menjatuh amalan biasa kumpulan haram ini. Kita tak heran.

    Kronism mereka kuat. DEngki khianat mereka dahsyat. Nafsu seks paling buas. Terbaru pukul anak sampai beranak. Kucing pun kena anak dan tak panjat belakang anak. Kalau di Korea, Jepun, USA, Indon bila kena cekup maca,m ini mereka letak jawatan sukerela tanpa disuruh.

    DiMsia..biasalah. Jam omega hilang, konspirasi, vidoe aksi seks tersebar konspirasi, aiskrim cap jamban, konspirasi. Semua konspirasi UMno belaka, macam siol.

  • raplahjingaa
    August 30th, 2012 at 11:11 AM

    Personally aku pernah berpeluang berbual dengan amirrudin, seorang pemimpin PAS yang moderate seperti juga ustaz nasha…tapi sayang puak-puak anwar dalam PAS sedang memancung pemimpin PAS seangkatan dengan amiruddin dan ustaz nasha…dan meninggalkan hanya pemimpin-pemimpin yang dungu sepert nik ajis, mat sabu, mahpus dan lain-lain supaya senang meraka kaldaikan PAS.

  • MenantuOrgFelda
    August 30th, 2012 at 11:55 AM

    Yusrin ni ex husband si rahmah tu ke? memang sayang azizan dengan dia ni, orang kata versi khairy di kedah..macam kedah tu dia punya…dulu bukan main jual nama pak mertua, sekang dok canang nak resign pulak dah? betul puaka punya ex menantu

  • pasdaplaknat
    August 30th, 2012 at 12:31 PM

    Tidak mustahil Tok Jijan keluar PAS dan join UMNO sebab Tok Jijan telah rasai sendiri bagaimana layanan org UMNO wpun dianggap musuh besar lebih baik dr pencacai PAS sendiri.

    Org UMNO Kedah tidak bermusuh dgn Tok Jijan berlebih2 kerana awal2 dulu Tok Jijan kelihatan pro-Melayu dan Islam. Jd UMNO bukan parti gila mcm PAS yg xdk matlamat, hany agila politik. Bg UMNO di Kedah bila Tok Jijan laksanakan dasar yg baik, buat apa nk melawan. Sokong ajalah

    Berbeza dgn PAS, mereka hati busuk, wpun sebesar mana perintah Allah terhadap sesuatu keadaan, jika bertembung dgn hal politik maka hal politik itu yg akn dijadikan ‘ketaatan’.

    Wpun Ust Nasha tidak buat dosa pd agama, malah lakukan suatu yg hebat dlm menyatukan ummah, bg PAS itu tetap khianat dn ‘dosa’ krn kebenaran tidak penting, yg penting parti (BERHALA) mesti disembah wpun kerja kufur!

  • pasdaplaknat
    August 30th, 2012 at 12:32 PM

    eh cmne blh jd ex-menantu? betul ke?

  • pasdaplaknat
    August 30th, 2012 at 12:34 PM

    Betul tu Raplah, Amirrudin ni moderate dn menerima kebaikan wpun dr luar PAS. Masalahnya rejim Pork Nik yg berakar umbi, inilah punca sakit jiwa org PAS bencikan semuanya dr UMNO wpun baik. PAS dikudakan DAP lebih direlakan dr bersatu berbincang soal ummah dgn UMNO.

  • yeop
    August 30th, 2012 at 3:47 PM

    ni lah yang dikatakan penyamun jual penyangak…kita lihat siapa yang kena!

  • StinGray
    August 30th, 2012 at 6:05 PM

    Daripada hangpa sibuk bergaduh sesama sendiri, lebih baik hangpa pack barang2 kat opis tu…PRU dah dekat ni…

  • StinGray
    August 30th, 2012 at 6:10 PM

    Bukan Azizan je yang tergolek….PAS pun akan terlentang…

  • raplahjingaa
    August 30th, 2012 at 7:18 PM

    hehe…dan lupuskan segala fail yang harus di lupuskan, especially tentang penjualan kawasan pembalakkan…

  • bujuk
    August 30th, 2012 at 10:05 PM

    BATU API…
    Tuan badan tak kata apa pun, tapi macai UMNO yg. gelisah. Sendiri tulis YB Amiruddin tak tunjuk lagak… tapi masih nak fitnah lagi. Masih nak panaskan hari yg. mendung.. bro dalam UMNO kalau sebut camni dah julang keris, tapi dalam PAS lain. Tak nampak pun kecoh2..

  • StinGray
    August 30th, 2012 at 10:47 PM

    Tempat aku panas, tak mendung pun…hang dok dalam gua ke, mendung setiap masa…sekali sekala keluar la, lihat realiti bkn asik berfantasi dlm gua jea…

  • raplahjingaa
    August 30th, 2012 at 11:31 PM

    hehe..

  • niel
    August 31st, 2012 at 4:38 AM

    kocak jangan tak kocak..kocak sampai cawan pecah..hahahaha

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.