hudud, , " />

Hudud: PAS Setuju Demokrasi (Ciptaan Manusia) Mengatasi Hukum Tuhan

HUJAH-hujah PAS mengenai hudud yang kononnya akan dilaksanakan parti tersebut jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Malaysia nampaknya lebih kepada membuat kerja sia-sia yang diketahui tidak akan berjaya..

Inilah yang boleh diringkaskan dari kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dalam beberapa akhbar cina.  Sin Chiew Jit Poh umpamanya hari ini menyiarkan kenyataan Mat Sabu seperti berikut “PAS has decided that once it wrests power as the central government, it will seek the Parliament to amend the Federal Constitution to enable it to implement the said Hudud Law”

(PAS telah memutuskan bahawa setelah ia mengambil alih kuasa di kerajaan pusat, ia akan meminta Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan perlaksaan undang-undang hudud).

Tambah Mat Sabu lagi “If the majority (of the MPs) disagree to the amendment (of the Fed Constitution), Pas shall accept that majority decision and will continue with the implementation of the Syariah Law” (jika majoriti (ahli Parlimen) tidak bersetuju dengan pindaan (perlembagaan) itu, PAS akan menerima perlaksanaan undang-undang syariah).

Apa maksudnya disitu?

Maksudnya disitu ialah PAS akan menerima perlaksanaan hukum syariah sedia ada sekarang dan tidak melaksanakan hudud jika pindaan itu ditolak di Parlimen!!  Ini tak payah cakaplah kerana kita tahu ia akan ditolak sebab tidak ada majoriti 2/3 (DAP tidak sokong).

PAS nampaknya hanya minat nak main politik, walaupun dah berkuasa di peringkat pusat, bukan dia mau betul-betul laksanakan hudud pun.  Pada dia, tanggungjawabnya selesai dengan bentang di Parlimen sahaja hukum hudud, dengan mengetahui pindaan perlembagaan itu akan ditolak.

Adakah itu yang PAS selama ini mati-mati perjuang hudud, untuk bentang di Parlimen dan kemudian lihatnya ditolak?

Habis selama hari ini yang PAS tuduh sana orang kafir, sini orang kafir kerana tidak melaksanakan hudud itu apa?  Budak-budak baru belajar politik bolehlah Mat Sabu temberangkan, orang yang lama dan berpengalaman tak mudah ditipu dengan gula-gula yang macam ini.

Sebab itulah gamaknya Mat Sabu hanya sebut ini dalam suratkhabar cina, bukan dalam suratkhabar Melayu, tengoklah siapa dia nak kelentong pun.  Depan orang Melayu dia cakap lainlah, hudud ini wajib dilaksanakan, tidak boleh tidak, kalau tolak (tak laksana) bermakna itu kafir!!

Hakikatnya PAS sendiri perjuang hudud hanya untuk lihatnya dibentang di Parlimen dan kemudian ditolak kerana tak dapat majoriti 2/3 (DAP tak sokong).

Ingat, UMNO tak terlibat sebab Mat Sabu sebut ni dalam konteks Pakatan Rakyat dah menang di peringkat persekutuan (Rujuk balik “PAS has decided that once it wrests power as the central government“).

UMNO pada ketika itu mungkin tidak ada kerusi yang cukup untuk pengaruh pindan perlembagaan tersebut.  Ini kita cakap bodoh-bodoh sajalah, angan-angan, demi nak mendapatkan gambaran tindakan PAS kalau depa menang (yang mana tidak mungkin sama sekali).

Politik PAS, terutama Mat Sabu semua dalam poket kita orang UMNO.  Baru dia cadang nak temberang, kita dah tau pun dia memang temberang.


Posted by Adamyan on August 28th, 2012 :: Filed under Adamyan,Utama
Tags :: , ,
You can leave a response, or trackback from your own site.

33 Responses to “Hudud: PAS Setuju Demokrasi (Ciptaan Manusia) Mengatasi Hukum Tuhan”

  1. freenalaysiakini
    August 28th, 2012

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  2. raplahjingaa
    August 28th, 2012

    hehe…rakyaat seantero negara dah tau pun…neraka lah mereka yang mempermainkan ayat-ayat Allah swt hanya untuk kuasa…

    Depan Allah nanti…mana nik ajis nak lari ???????

  3. freenalaysiakini
    August 28th, 2012

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com ,

  4. freemalaysiakini
    August 28th, 2012

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com

  5. StinGray
    August 28th, 2012

    Kalau Mahpus sukar dibezakan dgn keldai…Mat Sabu pula sukar dibezakan dgn بابي …..

  6. umnototok
    August 28th, 2012

    Dah berzaman asyik dok cerita nak laksana ‘hudud’….tak dapat nak laksana mulalah membuat pelbagai alasan konon Tun M tak setujulah, Perlembagaan tak pindalah…last-last nak tunggu takluk Putrajaya pulak baru nak laksana ‘hudud’.
    Jadi, maka bertambah konkritlah alasan dan daleh untuk tidak laksanakan ‘hudud’.
    Lebih teruk lagi bila PAS tak ‘berani’ nak langkah mayat Karpal Singh….
    Ko orang memang tak layak pun jadi ‘pemimpin’ apatah lagi nak jadi ‘khalifah’ muka bumi???!!! naik loya tekak aku……

  7. hishamo
    August 28th, 2012

    Pada saya hukum hudud akan berjaya dijalankan apabila PR mentadbir negara Malaysia tercinta. Sebab bila pindaan perlembagaan dibentangkan utk laksanakan hukum berkenaan nanti mungkin akan bangkit beberapa ahli parlimen UMNO/BN menyokong sebab sudah terdengar Pemimpin UMNO Johor (negeriku) bersuara mahukan hukum ini. Meskipun Chua Soi Lek kata ia dah hilang akal.

  8. PASpartyNGOK
    August 28th, 2012

    Biasalah pas me-war2 benda untuk tidak menjadi. Berjanji untuk tidak ditepati. Sebab itu mereka akan bercakap tentang apa saja dan berjanji bintang dan bulan. Mereka tahu betapa sukarnya untuk melaksanakan hudud. Serupa macam kerajaan buat proton. Lepas keluarnya kereta proton perlu ada sales-outlet , perlu pusat servis supaya kesinambongan dari pengeluaran kereta itu berterusan.

    Hukum hakam dalam agama jugak sama. Bukan boleh pakai buat saja tanpa pembaikan, service dan maintenance.

  9. korokstabang
    August 28th, 2012

    Pas sudah nafikan kenyataan media mau usul pinda perlembagaan maknanya pas akan kekalkan perlembagaan yang di gebangkan sebagai perlembagaan lord reid

    Hudud: Pas nafi laporan media pinda Perlembagaan

    http://www.sinarharian.com.my/politik/hudud-pas-nafi-laporan-media-pinda-perlembagaan-1.79712

    muehhhhhhahahahahahahahaha

  10. raplahjingaa
    August 28th, 2012

    Siapa nak bentangkan pindaan perlembagaan tu ? hmmmm….

  11. bangKano
    August 28th, 2012

    Kalau ahli parlemen UMNO & melayu PAS/PKR menyokong pindaan perlembagaan pun tak cukup korum 2/3. Pi tengok jumlah kerusi parlemen wakil rakyat melayu islam yang dominan ngan bangsa melayu & islam cukup ka 2/3..?

    Ni semua igauan belaka bagi orang melayu jahil tentang realiti politik Malaysia ni..

  12. umnototok
    August 28th, 2012

    Tau tak apa…..

  13. bujuk
    August 28th, 2012

    Kenapa suka sangat putar belit…
    Mat Sabu kata Hudud akan d laksanakan setelah perlembagaan d ubah d parlimen. Nak ubah perlembagaan mestilah MENTERI yg. bawak usul. Selepas d bentangkan dan d sokong baru boleh laksanakan. Kalau dah PR perintah m’sia selepas PRU13, insyaAllah menteri yg. mewakili PAS akan bawak usul ni. Seperti juga d DUN k’tan dan t’ganu dulu. Kita tak perlu fikir -ve kerana Allah yg. akan tentukan berjaya @ tidak. Ingat peristiwa Nabi menghantar sahabat ke sebuah negara untuk berlindung dari Kafir Quraish? Raja Najasi yg. beragama kristian menerima penerangan Sahabat yg. membawa panji Islam walaupun d api-apikan wakil kafir quraish dengan mengatakan Islam akan menghancurkan Kristian kerana Islam tidak mengaku Isa anak Tuhan. Akhirnya raja kristian ini memeluk Islam dan menghalau kafir quraish keluar dari negaranya. Mungkin umat Islam tak punya kerusi mencukupi untuk ubah perlembagaan supaya HUDUD dapat d laksanakan, tapi Allah maha mengetahui dan maha berkuasa menentukan segalanya. Tidak mustahil, akan ada wakil KAFIR akan menyokong perlaksanaan HUDUD kerana keadilan dan keberkesanannya.
    Kenapa penyokong UMNO d sini gembira sangat, hudud tidak dapat d laksanakan?

  14. raplahjingaa
    August 29th, 2012

    Alahai bujuk…mat sabu kelentong hangpa 2 seduit !

    Dalam sin jit poh, dia kata PAS tak kan laksanakan hudud tanpa persetujuan DAP..dan hudud tak ada dalam persetujuan bersama dan termaktub dalam buku jingga !

    mati-mati hangpa kena jual dengan mat sabu.

  15. Chephang
    August 29th, 2012

    Masaalahnya bujuk, mat sabu dan mustafa ali dah tarik balik janji tersebut (takut kehilangan undi kafir ke putrajaya). Hang dah terlepas bas bujuk he he he!!!
    Takut benar mereka dgn undi protes kafir tu ye bujuk…
    Cuba baca blog dinturtle kalau nak kepastian. Apa nak jadi dgn pas hang ni bujuk? Cacamarba betullah. Mungkin dah termakan sumpah kut? Musibah keliling pinggang pas kini, menang pun jadi fitnah, kalah apatah lagi… Tulah lain kali jgn dok janji sembarangan. Nak janji apa2 biar dtg dari hati yg ikhlas, berdasarkan iman dan taqwa, bukan bermain kata2 dan berpolitik.

  16. raplahjingaa
    August 29th, 2012

    Depan cai PAS depa cakap lain…depan cina DAP depa cakap lain…bujuk terlepas bas dah lama dah…

  17. atas pagar
    August 29th, 2012

    munafikun PAS lebih pandai memperdagangkan Islam untuk tembolok politik berulat mereka berbanding UMNO yang pernah mereka kafirkan.

  18. bujuk
    August 29th, 2012

    Takda hal… kalau mereka lebih pentingkan undi kafir dari perintah Allah, kami akan turunkan mereka dari memimpin PAS. Dalam senarai antaranya Dr.Zul yg. goyang untuk laksanakan hudud serta bolak-balik. Jika Mat Sabu pun nafikan, abg.Mat pun kami tarik turun. Dalam PAS siapa yg. kianati Islam akan d turunkan. Kita tak simpan pemimpin bermasalah seperti UMNO simpan Hishamudin… walaupun tak suka tapi terus angkat ke atas.

  19. bujuk
    August 29th, 2012

    Mat Sabu pun kami tarik turun kalau tak berani nak usul hudud d parlimen bila jadi menteri.

  20. Fazli Yusof
    August 29th, 2012

    Hehehe…hang sapa bujuk nak tarik mat sabu turun dari takhtanya…hehehe

  21. StinGray
    August 29th, 2012

    bujuk…terima lah kenyataan DAP tu majikan hangpa…dgn lain perkataan hangpa tu cuma balaci…

  22. StinGray
    August 29th, 2012

    sudah la bujuk…belum menang pun Adi Boroi dah tolak Hudud….belum menang lagi Adi Boroi dah ludah nak tubuh Negara Islam…hang tak khatam kitab jingga lagi ke??…

  23. bujuk
    August 29th, 2012

    Aku tak pernah dengar TGHA kata hudud tidak lagi jadi perjuangan PAS. Tapi aku biasa dengar Najib kata ‘selagi UMNO/BN memerintah HUDUD tidak akan d laksanakan’.

  24. bujuk
    August 29th, 2012

    Kalau Ust.Nasha yg. lebih alim pun PAS tarik turun bila nak bekerjasama dengan UMNO yg. tolak hudud, apalah Mat Sabu.

  25. StinGray
    August 29th, 2012

    tak pernah dengar ke, atau tak sanggup terima kenyataan…hang dah baca kitab jingga yg digubal oleh Adi Boroi, Aljubs & Karpal tu ke??….kalau dah baca tlg paste perenggan yg ada mention Adi Boroi nak buat hudud dan negara islam…aku tunggu ni…cpt tau…

  26. bujuk
    August 29th, 2012

    Laa… mana sama PAS punya perjuangan dengan PR punya menifesto. Buku jingga adalah perjuangan bersama, sedang HUDUD adalah perjuangan PAS. Apakah UMNO masukkan semua perjuangan dia dalam menifesto BN?

  27. raplahjingaa
    August 29th, 2012

    Hush ! hang bujuk…apala ustaz nasha kalau nak di bandingkan dengan mat sabu the flinstone tu…naib presiden PAS !!….hahahahaha

  28. raplahjingaa
    August 29th, 2012

    hang pusing bujuk…hang pusing !! hang sendiri dah pening ni !!

  29. bujuk
    August 30th, 2012

    Surah al-hashr ayat2..
    “Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”
    Walaupun cerita ni berkenaan hal yg. lain, tapi ia menunjukkan Allah berkuasa memenangkan Islam walaupun dalam keadaan kaum kafir berasa kuat dan tak tergugat. Aku cadangkan kita semua baca terjemahan seterusnya hingga habis, supaya dapat mengenali siapa itu Kafir, menafik, fasik dan orang beriman yg. Allah terangkan dalam surah ini.

  30. bujuk
    August 30th, 2012

    Islam itu tinggi dan tidak ada yg. lebih tinggi dari Islam. Siapa yg. perjuangkan Islam akan d angkat oleh sekelian makhluk dan Allah swt.

  31. raplahjingaa
    August 30th, 2012

    Betul tu bujuk…dan dah tentu PAS tak akan diangkat sampai bila-bila pun

  32. raplahjingaa
    August 30th, 2012

    ok lah, aku bagi contoh..lepas tu hang bagi tau kat aku, betul ke salah..

    Kafir ~ karpal singh kawan hangpa, sanggup mati dari melihat islam berkembang.

    Munafik ~ macam nik ajis berjanji tapi tak di tepati ( ” hari ni mahathir letak jawatan esok pagi jugok ambo letak jawatan ” )

    Fasik ~ macam mat sabu ( dah tahu berkhalwat tu haram, di sebabkan nafsu yang dah macam beruk isim, serbu masuk bilik hotel si normah )

    Orang yang beriman ~ semua orang Islam yang mengambil jalan Allah kecuali PAS

    betul kan bujuk..kan…kan.kan

  33. bujuk
    September 1st, 2012

    kamu mampu menjawab dengan tepat.. tanyalah diri kamu sendiri. Jangan permainkan ayat Allah.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: