PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah

 

Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

http://xpressminda.files.wordpress.com/2011/09/4049009170_6216fcf50c1.jpg

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha ‘memancung’ pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba ‘memancung’ seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Beruang Biru

 

 


Posted by tengkudin on August 27th, 2012 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah”

  1. kukukambing
    August 29th, 2012

    Saya amat bimbang !! Betulkah ? jika PAS di kuasai Syiah atau pro Syiah percayalah! potensi untuk kita mengalami nasib seperti Iraq,Lebanon,Pakistan dan Syria terbuka luas. Dimana penganut sunni dan syiah nya saling bertempur dan berbunuh bunuhan hampir setiap hari.Kepada saudara saudara kita di dalam Pas ,jika anda masi sayang kan Pas dari dilumuri dan dikotori syiah bangkit dan dan buatlah sesuatu.Singkirkan kepala Syiah paling haramjadah dalam PAS iaitu mat sabun aka mat 121 aka mat komunis aka mat dua normah and of course
    MAT SYIAH BANGSAT!!!!!!!!!!

  2. alima
    September 1st, 2012

    betul kuku kambing, saya sokong anda!

  3. yz
    September 2nd, 2012

    apa nak jd ngan pas ni? haru biru jadinya.
    tak habis isu..utamakan perpaduan lah. kata islam

  4. nazwan
    September 6th, 2012

    Betul ke mat sabu pengikut syiah? Walaupun saya tak suka dengan pendekatan beliau, tapi tak elok rasanya kita tuduh dia macam tue je.

  5. Che_Yan
    September 16th, 2012

    Abuya dah cakap dahulu…hati-hati dengan Syiah…Tapi kita buat donno je…Sekarang dah jelas…

    Walaupun Abuya dah tiada, perhatikan amaran dan nasihat beliau dahulu.. mungkin juga ada gunanya…

  6. abu nada
    September 26th, 2012

    kalau gitu pas terlalu bahaya kepada negara & bangsa melayu. dan itu menunjukkan pas tak faham islam. cuma berlagak faham. allahummah ahlik almunafiqin min syiah.

  7. habib
    April 16th, 2013

    tahun 1994 lagi dah tau kewujudan syiah di dlm PAS. Skrg sudah menjadi barah….tak dapat doselamatkan lagi di dlm PAS melainkan kita tak beri peluang kpd PAS menjalar sebagai pemimpin di masa hadapan. Sy sgt mencintai Islam ttp tidak sanggup menggadaikan pegangan sy dgn mengundi PAS..

Leave a Reply

Type your comment in the box below: