27
Aug

Adakah Nasharuddin Senasib Hasan Ali?

Seminggu dua ini kisah untung nasib Nasharuddin Mat Isa, pemimpin kanan PAS berlatarbelakang agama yang disepak terajang oleh geng erdorgan pro Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Presiden pastinya akan terus menghiasi tajuk-tajuk utama portal dan blog politik.

Tumpuan ramai terhadapnya bukan sahaja kerana Nasharuddin merupakan orang kanan PAS yang rapat dengan Presidennya, malah kerana isu-isu yang diperjuangkannya walaupun berkait rapat dengan tuntutan Islam akan tetapi mendapat tentangan hebat dari parti sendiri yang kononnya mendaulatkan perjuangan Islam.

Selain itu, satu lagi faktor yang menjadikan kisah Nasharuddin agak menarik perhatian ramai ialah tanda tanya yang menyelubungi http://1.bp.blogspot.com/-thx3fAcafnc/UCxonKZSsYI/AAAAAAAAVXo/oj4yh59uMuc/s1600/nasharuddin%252Bmat%252Bsia.JPGminda khalayak apakah mungkin dirinya akan senasib seperti bekas naib Presiden PAS, Hasan Ali yang ditendang keluar pada 8 Januari lalu.

Hasan Ali dipecat sebagai ahli PAS dua hari selepas PKR melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa PAS Pusat bertindak tegas berikutan komen keras dari Hasan yang menyeru rakyat Malaysia supaya tidak menyertai perhimpunan haram 901 yang diadakan khusus untuk kepentingan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebelumnya pada 13 Jun 2011, Hasan Ali digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tindakannya yang dianggap membelakangi aspirasi DAP terutama dalam isu penjualan arak di 7 Eleven, serbuan rumah urut dan pub hiburan serta beberapa isu lain yang berkait rapat dengan kepentingan dan kesucian agama Islam.

Manakala kira-kira dua bulan selepas itu, Hasan teruk dihentam oleh pemimpin DAP, PKR serta rakan separtinya berikutan pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh JAIS ke atas sebuah gereja yang mana ketika itu didapati berbelas orang Islam yang mendapat ‘bantuan kebajikan’ disyaki dalam proses untuk dimurtadkan.

Dalam kenyataan rasmi Presiden PAS berhubung pemecatan Hasan Ali, antara alasan yang diberikan bagi menghalalkan langkah pemecatan tanpa bela diri itu ialah “keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.”

Entah dimana ruginya kepada PAS berikutan sikap tegas Hasan dalam beberapa isu yang disebutkan di atas, satu-satunya alasan logik sebenarnya PAS terlampau takut ketegasan Hasan akan menyebabkan abang besarnya dari DAP dan PKR si terasa hati, dek kerana mahu menjaga keakrabannya dengan abang besar maka Hasan perlu dikorbankan.

Manakala Nasharuddin pula selain pernah bersama dalam satu team dan mempunyai hubungan yang agak rapat dengan Hasan Ali, http://1.bp.blogspot.com/-AipeFcBQpeE/UC1qkojfEgI/AAAAAAAAX24/hLRFzS_3KF8/s1600/pas.jpgdalam banyak isu penting misalnya isu Kerajaan Perpaduan (UG), hubungan dengan DAP, Hudud, isu kalimah Allah s.w.t dan isu penguasaan golongan erdorgan pro Anwar dalam, kedua-duanya juga berkongsi pendapat dan pendirian yang sama.

Semasa puak erdorgan PAS sedang mengasak kuat untuk melemahkan kumpulan pro UG, kedua-duanya pernah mengambil inisiatif bersua muka dengan sekumpulan bloggers termasuk dari UMNO yang salah satu dari intipati pertemuan tersebut membawa kepada pengesahan sememangnya wujud sumpah baiah kepada parti dengan mencagarkan isteri sebagai jaminan mengikat kesetiaan si suami pada PAS.

Satu yang agak menarik, tekanan hebat yang diterima oleh Nasharuddin tika ini kembali memuncak selepas tersiarnya gambar beliau bersama Perdana Menteri di Kota Suci Mekah yang kebetulannya berlaku di akhir Ramadhan 1433 dan ternyata ia agak menjentik kemarahan ramai pemimpin erdorgan dalam PAS.

Berikutan itu juga, kita dapat melihat sendiri perilaku buruk ‘tok guru pekeliling’ dengan api kemarahan yang tersembur keluar seolah-olah marahnya iblis melihat saat kelahiran Adam serentak dengan itu dengan keras mahu menghalau keluar Nasharuddin dari PAS.

Bila timbul pula kenyataan keras dari Nasharuddin berkait isu Hudud dan hubungan dengan pakatan pembangkang khususnya DAPhttp://xpressminda.files.wordpress.com/2011/09/4049009170_6216fcf50c1.jpg yang menuntut penjelasan dan langkah tegas dari pucuk pimpinan PAS, ia dimanfaatkan sepenuhnya pula oleh puak erdorgan untuk menekan pucuk pimpinan PAS supaya segera mengambil langkah tegas bagi menghukum Nasharuddin yang dianggap telah lari dari landasan perjuangan PAS yang semakin liberal.

Melihat pada senario yang pernah dialami oleh Hasan, tidak mustahil untuk kita menjangkakan Nasharuddin kebarangkaliannya bakal mengulangi nasib yang menimpa Hasan Ali demi menjaga hubungan akrab PAS yang setia buta tuli mengikut aspirasi DAP dan PKR.

Pun demikian, memandangkan musim pilihanraya umum sudah agak hampir, kita tidak boleh menolak jangkaan kemungkinan PAS akan menangguhkan dulu tindakan keras ke atas Nasharuddin bagi mengurangkan impak negatifnya pada PAS selanjutnya diikuti dengan langkah menyejuk beku Nasharuddin kerana ia mungkin dikira kurang berisiko untuk PAS setidak-tidaknya sehinggalah PRU 13 tamat.

Apatah lagi dengan mengambil kira selepas pemecatan Hasan pada awal tahun ini kesannya agak terasa terhadap pengaruh PAS sehingga banyak kubu kuatnya di Pantai Timur dan Pantai Barat semenanjung semakin goyang rentetan tindakbalas dari roadshow bertali arus oleh Hasan dan NGO Jati yang diketuainya.

Jadinya, PAS mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali sementelah lagi pengaruh Nasharuddin lebih kuat berbanding Hasan kerana beliau  turut memiliki pengikut dikalangan wakil rakyat dan pemimpin PAS di beberapa negeri selain sokongan akar umbi PAS aliran agama agak condong bersama Nasharuddin.

Bagaimanapun, untuk kepastian sama ada PAS sudah belajar dari kesilapannya sebelum ini atau sebaliknya, kita terpaksa menanti 9 Sepember 2012 kelak untuk mengetahui untung rugi nasib Nasharuddin tapi apa sahaja tindakan oleh PAS tetap akan ada keburukannya beza cuma untuk jangka masa pendek atau panjang sahaja.

Ada 3 Comments setakat ini.

  • Siamang Gagap
    August 27th, 2012 at 4:31 PM

    Strategi menahan diri PAS nampaknya menjadi pilihan. Bimbang dengan reaksi penyokong Nasaruddin maka segala rengekkan dan tuntutan puak erdogan terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

    Inilah nasihat yang diberi oleh Anuwar kepada pimpana pas yang sedia ada dibawah kaki beliau. Begitu juga isu hudud yang amat mengentarkan pas kerana ahli di peringkat ranting akan membuat protes kepada mereka di PRU akan datang

  • yeop
    August 27th, 2012 at 6:19 PM

    habis madu sepah di buang..gitulah PAS..jom pakat pesan sedara seislam kita di dalam PAS supaya berhati2 dengan parti depa tu..silap2 kena terajang keluar dengan mat sabu..umno jugak pulak nanti yang disalahkan…hmm..

  • dolly
    September 1st, 2012 at 10:27 AM

    semua rakyat dah tau dah sejak si PAS PIS PUS ni join pakatan haramjadah depa dah jadi munafik ya amat sangat…statement depa semua merbahaya..sangat mengelirukan..takdak haram n halal dah…..teruskan perjuangan mu yang mulia UST.Nasha N Dato Dr Hsan Ali.kami sentiasa dibelakang pejuang islam seperti mu dan pengikut2 mu..semoga ALLAH melindungi kamu semua..Aminn..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.