26
Aug

Mampukah Nurul Izzah Menyaingi Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali?

Khabar angin begitu kencang mengesahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai akan “lari” dari kawasannya dan bertanding di Parlimen Titiwangsa yang disandang oleh Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali.

Beberapan kajian rahsia yang dijalankan di kalangan pengundi Lembah Pantai membayangkan bahawa Nurul Izzah tidak terlawan dengan pengaruh Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di sana.

Ekoran itu, sumber dalaman PKR pula dikatakan sedang kuat melobi kerusi Nurul Izzah supaya dipindahkan ke kawasan Titiwangsa yang sebelum ini menjadi milik kuota PAS.

Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, kita tunggu saja PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Rasanya, di mana Nurul Izzah bertanding di mana sekali pun tidak menjadi soal kerana dia terbukti tidak bijak membuat kerja.

Ketika Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, ramai pengundi di kawasan itu menjangkakan dia akan membawa perubahan di Parlimen itu. Namun setelah lebih empat tahun menjadi wakil rakyat di sana, ternyata janji Nurul Izzah hanyalah “sampah” belaka seperti ayahnya…

Nurul Izzah misalnya selalu ber”tweet” meminjam nama rakyat yang susah seperti “Pak Leman yang lumpuh di rumah”, “Mak Leha yang ditinggalkan suami” dan sebagainya. Kononnya, Nurul Izzah mahu dilihat rapat dengan rakyat di kawasannya.

Kenapa dan apa tujuan Nurul Izzah “tweet” nama-nama rakyat yang susah di kawasannya itu sedangkan individu-individu itu tidal memiliki akaun twitter pun!

Saya berpendapat bahawa dia mahu orang ramai yang menggunakan laman sosial twitter tahu bahawa dia kononnya rapat dengan rakyat di Parlimennya. Padahal, sama ada Pak Leman atau Mak Leha itu wujud atau tidak, tiada siapa yang pasti, bukan?

Berbanding dengan Datuk Raja Nong Chik, beliau sering dilihat turun padang dan menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di kawasan tersebut.

Kebanyakkan rakyat di parlimen itu berpendapat bahawa Nurul Izzah lebih banyak bercakap dari membuat kerja berbanding Raja Nong Chik yang lebih banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi serta tidak menjual omongan kosong!

Kini Nurul Izzah nak “lari” ke Parlimen Titiwangsa.

Persoalannya, apakah rakyat di Parlimen Titiwangsa itu akan menerima Nurul Izzah dan apakah anak sulung kepada Anwar “Al-Kazzab” itu akan mampu menandingi kehebatan Allahyarhama Dr Lo’ Lo’ yang disegani kawan serta lawan semasa hayatnya?

Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarhamah yang terkenal dengan sifat profesionalnya dalam menyelesaikan masalah rakyat dan sangat rapat dengan ramai pemimpin Pergerakan Wanita UMNO yang turut sama membantunya menyelesaikan masalah di parlimen itu.

Hakikatnya itu terbukti di hari pengkebumian Allahyarhamah apabila kehadiran Datuk Seri Shahrizat Jalil disambut baik oleh keluarga dan mereka yang rapat dengan Dr. Lo’ Lo’ berbanding sekumpulan wanita PKR yang menjuihkan mulut serta bermuka masam apabila bekas Menteri itu dipeluk erat para muslimat PAS Titiwangsa di majlis berkenaan.

Lagipun, setahu saya yang pernah bertahun tinggal di Kampng Baru dan berhampiran dengan pusat khidmat Dr. Lo’ Lo’, saya dapati bahawa rakyat di kawasan tersebut memang menyampah dengan PKR dan agak mesra dengan rakan-rakan yang menyokong UMNO.

Jadi, apakah PKR dan Anwar fikir Nurul Izzah akan menang mudah di kawasan itu dan PAS akan merelakan Parlimen Titiwangsa “dirampas” oleh PKR untuk menyelamatkan “anak papa” dari kekalahan yang memalukan?

Titiwangsa merupakan di antara kawasan “mampu menang” PAS dan desas-desus yang menyatakan bahawa PKR akan memberikan Parlimen Wangsa Maju yang merupakan kubu kuat BN kepada PAS sebagai “ganti rugi” itu adalah jelas satu tindakan berat sebelah.

Wee Choo Keong dulu hanya menang majoriti 150 undi saja di Parlimen Wangsa Maju dan PKR mahu berikan kawasan “bakal kalah” itu kepada PAS berbanding kubu kuatnya? Tak masuk akal langsung!

Apa pun, kita tunggu saja apa di mana Nurul Izzah akan bertanding. Kalau dia terus bertanding di Parlimen Lembah Pantai, maka dia bakal berdepan dengan masalah besar untuk memastikan kemenangannya di situ.

Namun jika dia “lari” dan “merampas” kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS, maka jelaslah PAS mungkin sudah “termakan nasi kangkang Nurul Izzah” atau “dimandrem” Anwar Ibrahim, dan jadilah parti itu sebagai sebuah parti kasta paling hina di dalam sejarah Malaysia…

Ada 53 Comments setakat ini.

  • omega
    August 26th, 2012 at 9:21 PM

    Jgn Nurul tersala tweet nama china doll udah leerr

  • aljuburi
    August 26th, 2012 at 10:34 PM

    wahahahaha….

  • bujuk
    August 26th, 2012 at 10:57 PM

    Kesian UMNO, dah takda isu nak lagakan PAS dan PKR pulak. Kalau Kak Ijat yg. glamour tu pun lelah d kaki Nurul, sapalah Raja Nong chik ni. Orang tak kenal sangat dia.. semua orang tahu Kak Ijat punya penyokong tolak Nong Chik, UMNO bangsar dah pecah. Takkan kak Ijat senang2 nak lepas kws. dia. Kalau kak ijat tak turun… bukan takat bangsar, kws.2 lain pun belum tentu umno mampu petahankan.

  • PASpartyNGOK
    August 26th, 2012 at 11:18 PM

    Demi survival politik masing masing pasangan bapak dan anak ini perlu memeras otak memikirkan tempat tinggi yang tidak ditenggelami banjir buat mereka menumpang letak buntut.

    Dengar nya bapak dia jugak naik ngeri dengan Permatang Pauh selepas ketandusan pengunjung semasa open house dua tiga hari lepas. Kalau sudah kawasan sendiri pun suasana kering kontang, apa maknanya itu semua, tak kan itu pun tak boleh faham jugak.

    PM menyambut 25 ribu pengunjung di Sri Perdana semantara 70 ribu pengunjung dikampong beliau sendiri di Pekan.

    Bau busuk yang dikelek Anwar kehulu kehilir semakin menusuk hidung meloyakan tekak semua manusia celik hati. Cuma manusia yang lambat diberi hidayah saja masih memuja manusia yang hilang jam omeganya dan fotofit kote bengkoknya tersebar diserata dunia itu.

    Malang sungguh manusia bebal yang terus menerus sanggup menjahilkan diri dengan benda yang jelas lagi nyata begini. Anak dia, bini dia, madu dia … kalau masih menempel dibawah ketiak dia, kita faham. Tapi manusia yang tak ada kena mengena masih sanggup bediri dibelakang menghidu kentut Anwar, kita tak faham.

  • bujuk
    August 26th, 2012 at 11:36 PM

    Kata PakLah sokongan yg. ada bukan menunjukkan UNDI yg. akan d raih UMNO/Najib. Tak salah percaya pada sokongan orang datang makan… silakan.

  • randomsee
    August 26th, 2012 at 11:36 PM

    heh heh heh heh

  • PASpartyNGOK
    August 26th, 2012 at 11:46 PM

    Apa pulak kata Pak lah pada orang yang tak datang setelah dipanggil makan free oleh pemimpin idola kesayangan mereka ? Sedangkan time itu lah time terbaik untuk bertemu pemimpin , bersalaman dan berpelukan.

    Tak ke Pak Lah konfirm yang orang permatang pauh naik meluat dengan pembuntut tua itu. ?

  • raplahjingaa
    August 27th, 2012 at 2:26 AM

    Tapi bujuk….kalau estimate 15,000 yang datang 1000 jer…aku rasa tu pun tak salah…tapi membazir, penuh lah longkang dan parit di permatang pauh dengan kuah laksa yang terpaksa di buang…

  • niel
    August 27th, 2012 at 3:08 AM

    nurul izzah mana layak jadi MP. apa keje pon tak taw ..yang dia taw hanya facebook n tweeter siang malam..

  • Moohyideeeeen
    August 27th, 2012 at 8:37 AM

    Kak Jat yg Menteri tu MP kah?? Tu pun laki dia dapat RM250 juta pun dia tak tau…

  • azam
    August 27th, 2012 at 12:46 PM

    ishh takkan ko tak tau paklah tu pm paling bingai dlm sejarah tp paling tere bagi pas.sbb tu kau percaya bulat2 je ckp dia.bingai sama bingai kene la tu

  • chephang
    August 27th, 2012 at 1:26 PM

    Patut bau semacam… lembu dtg dgn isu lembu ha ha ha!!

  • Nicky Ajis
    August 27th, 2012 at 1:40 PM

    ko rela ke kerusi islam diberi kepada anak si Liberal ni? buleh ka dia ganti seorang muslimah islam yang true cam Dr Lo’ Lo’? Apa yang nurul izzah berjaya buat dalam masa 4 tahun ni?

    jangan sia-siakan undi rakyat…

  • KerisJentayu
    August 27th, 2012 at 2:37 PM

    kenapa lah nurul Izzah nak ke Titiwangsa…dah tak larat ke kat lembah pantai,,,kata kuat sangat kat sana..rupanya kuat cakap……..jerrrrrrr

  • raplahjingaa
    August 27th, 2012 at 2:54 PM

    Dia dah tak larat nak bagi ganster-gangster dia makan…tak ada hasil !

  • StinGray
    August 27th, 2012 at 6:45 PM

    Hang lari mana pun dah tak selamat Nurul oiii…hang pi mana pun org tau hang dari benih yg paling jahat dan buas dlm dunia ni…

  • akuantiPAKATAN
    August 27th, 2012 at 9:58 PM

    Lu duduk Bangsar ke bro?

  • bujuk
    August 27th, 2012 at 11:42 PM

    Apalah maknanya, kalau pergi majlis raya pun d jemput dengan BAS dan ada duit poket lagi. Nanti 31 ogos d stadium bukit jalil, kompeni aku tawarkan elaun khas serta baju T dan pengangkutan percuma untuk p sana. Dia taja 500 orang. K’jaan buat camni untuk tunjuk ramai orang datang sambut Najib. Tu baru 1 kompeni, berapa kompeni yg. k’jaan arahkan…

  • bujuk
    August 27th, 2012 at 11:44 PM

    Hang p tanya PM, PRU12 berapa kerusi melayu/umno yg. d beri pada MCA, MIC ,Gerakan dan PPP?

  • pemuda
    August 27th, 2012 at 11:49 PM

    mengikut minit mesyuarat gerak gempur pilihan raya PR…nurul izzah anwar masih bertanding di tempat sama…sapa kata dia ke titiwangsa???titiwangsa telah diletakkan calon pas….korang pandai ckp tp sebenarnye ckp korang tu semua fitnah belaka…..dalam minit mesyuarat telah ditetapkan parlimen lembah pantai ialah dari calon PKR manakala titiwangsa dari calon PAS….so…korang nk ckp apa???masok angin keluar asap

  • pemuda
    August 27th, 2012 at 11:49 PM

    mengikut minit mesyuarat gerak gempur pilihan raya PR…nurul izzah anwar masih bertanding di tempat sama…sapa kata dia ke titiwangsa???titiwangsa telah diletakkan calon pas….korang pandai ckp tp sebenarnye ckp korang tu semua fitnah belaka…..dalam minit mesyuarat telah ditetapkan parlimen lembah pantai ialah dari calon PKR manakala titiwangsa dari calon PAS….so…korang nk ckp apa???masok angin keluar asap

  • korokstabang
    August 28th, 2012 at 3:23 AM

    Nurul who ?

  • Anak Lenggong
    August 28th, 2012 at 8:33 AM

    wauuu…budak tak cukup umur kaki spin mau titiwangsa pulak kee..habis laa projek pembangunan kampong baru dikacaunya..

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 12:13 PM

    UMNO dominan bujuk….PAS cai jer, jauh di dalam hati hang…hang pun tau.

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 12:17 PM

    Alangkah bertuahnya yang di jemput…biasalah bujuk, itu semangat aidilfitri, kita jemput orang datang ke rumah kita, dia tak ada transport, kita usahakan supaya dia boleh datang…kita bagi buah tangan itu budaya kita…kita berbesar hati.

    Lain la PAS…jemput orang datang…lepas tu keluarkan tin milo kosong..pau duit pulak pada yang datang…bila tanya nak buat apa duit tu…hush ! tu tak boleh tanya, tu untuk jihad, mat sabu jugak yang kenyang !

  • PASpartyNGOK
    August 28th, 2012 at 12:28 PM

    Memang lembah pantai calun PKR, tapi siapa? Tak semestinya Nurul. Nurul boleh beralih kelain kawasan kerana bapak dia ada kuasa veto.

    Bapak dia buat kerja ala kuku besi, semua orang tahu. Yang penting anak beranak ini akan dibungkuskan dan dicampak kehutan sebelum dibawak air masok laut.

  • antimaksiat
    August 28th, 2012 at 1:53 PM

    nie yg tak tahan nie. ibarat kena pow duit tol (derma lebuhraya) sebelum lebuh raya siap. nak pow lebih lagi pasang sepanduk derma dana akhirat

  • bujuk
    August 28th, 2012 at 2:09 PM

    Kalau jemput guna duit sendiri, memang tak salah. Tapi guna duit k’jaan dan paksa swasta taja, dah la makan-minumpun PAU duit k’jaan jugak.
    PAS ajak orang makan sambil buat PAHALA untuk bekalan d AKHIRAT.. ada masalah ke?

  • bujuk
    August 28th, 2012 at 2:11 PM

    Orang dominan tak bagi HAK sendiri pada orang lain. Itu maknanya UMNO tak mampu pun nak pertahan HAK sendiri.

  • bujuk
    August 28th, 2012 at 2:13 PM

    hahaha.. yg. kuku besi tu bekas PM yg. masih berkuasa walaupun dah bersara.

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 3:35 PM

    yang tak bagi hak kepada orang lain tu diktator…bukan dominan.

    ..dan yang terpaksa bagi hak kepada orang lain sebab tak mampu…itu kita paggil PAS..hehe

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 3:41 PM

    Dia Perdana Menteri bujuk…ada “perks” sendiri dalam perkhidmatan, ada budget untuk rumah terbuka…dan tentulah budget besar sebagai ketua negara, dia buat tu bukan dia panggil rakyaat colombia mai makan, rakyaat malaysia jugak bujuk..dan cai-cai macam hang aku rasa ramai jugak yang pi melantak kat situ, ialaa..depa pun rakyaat jugak.

    PAS ajak orang makan sambil buat pahala ? hehe…satu malaysia dah tau bujuk oiii…PAS dengan duit, macam kucing dengan ikan, pantang lepa !! letak jer…ghaib !!

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 3:45 PM

    Kuku besi boleh bersara ??? hahahahaha….yang aku tau kuku besi tak kan besara walaupun dah menongkat langit….lalalalalalalala

  • Fahim
    August 28th, 2012 at 4:27 PM

    raplahjingga macam da abih mOdal je……… Org menyOkOng biar la ade pegangan. ni menyOkOng membuta tuli je, ape nk jadi la… ishkk6x! :D hahahahaaa

  • Fahim
    August 28th, 2012 at 4:30 PM

    biasala tu pemuda, dOrg nk melObi la tu, wat la ape2 cite pOn, fitnah pOn fitnah la, dOrg kire ape… hahahaha :D

  • bangKano
    August 28th, 2012 at 9:33 PM

    Mana ada kuku besi dah besara hah..? Lain la Pok Nik dah tua nyanyuk pun tak mau besara jadi MB. Baru la leh kata kuku besi sepanjang hayat….

    Toi kan….kan…kan…!!!

  • bujuk
    August 28th, 2012 at 11:54 PM

    Orang lain dah bersara tak ganggu orang lain buat kerja, tapi bekas PM ni sentiasa mendahului keputusan PMdalam urus tadbir negara. Antaranya, TunM umumkan Najib sebagai TPM masa Paklah jadi PM. Yg. terbaru dia kata UMNO akan usul hudud d parlimen jika PAS bersatu dalam BN. Ada ke bekas PM lain buat keputusan untuk parti sebelum PM umum? Nak kata penasihat parti atau menteri kanan.. tak pulak. Ni dah kes macam GILATALAK..

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 12:01 AM

    Boleh hang buktikan tiada rakyat luar negara dalam majlis hariraya PM?
    Jangan tipu la..
    Memang PM ada hak guna duit k’jaan sesuka hati, sebab tu boleh beli cincin juta2 untuk bini dia. Apa faedah buat rumah terbuka berkali2 kalau bukan untuk beli undi. Dalam pemilihan UMNO, salah satu dari kesalahan membeli undi adalah belanja makan…. tapi PM buat tak salah walaupun guna dana k’jaan. D dunia lepas… akhirat belum tentu.

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 1:21 PM

    Bila kita buta tuli..percayalah kita akan di beri kelebihan untuk melihat dalam kegelapan…

    Yang masaalahnya cai macam hangpa, celik..tapi sayang, tak dapat melihat !!

    sedih !

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 1:28 PM

    Alhamdulillah kalau rakyaat luar pun datang…dapat lah mereka melihat betapa makmurnya Malaysia ni di bawah kepimpinan UMNO..dapat lah mereka bezakan antara negara kita dan negara meraka.

    Baguslah tu bujuk, dia guna duit kerajaan untuk rakyaat…tu pun berdosa ke ?

    PAS ajak orang makan sambil buat pahala…alhamdulillah kalau macam tu…Habis tu Najib buat open house dia dapat dosa ke bujuk ?

    Tu la bujuk aku kata kat hang dah lama dah…tinggalkan lah pegangan yang karut marut ni semua, kembali lah ke jalan Islam yang sebenar.

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 1:34 PM

    Kami tak kesah pun dia komen apa-apa yang dia nak komen…dia tu bapak kemodenan Malaysia, sifu tu bujuk…orang yang terbukti berjasa dan berpengalaman kita sanjungi, tu sifat yang mulia..di galak kan oleh Islam.

    Tapi hangpa ikut ajaran karut marut…makin berserabut la jadinya.

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 1:36 PM

    minit mesyuarat PKR ? hehe, PKR bermesyuarat ada ke minitnya ?

    hmmmm…

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 6:56 PM

    So.. kenapa marahkan Abdullah bila UMNO/BN kalah PRU12 sedangkan pengkhianatnya TunM sendiri, hingga sanggup keluar parti untuk tekan PM.

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 7:08 PM

    Hang sembang macam KELING, kejap kata takda orang luar… eh.eh. nak tunjuk kemakmuran pulak. Pusing… jangan tak pusing.
    Guna duit rakyat secara berhemah dapat pahala, tapi guna secara BOROS (majlis raya berkali2 dalam kapasiti yg. besar)memang berdosa. Apatah lagi k’jaan kata kalau bagi subsidi negara bangkrap, tapi k’jaan boros.
    PAS buat open hause ambik duit k’jaan ke? MB k’tan tak ambik peruntukan hariraya untuk rumah terbuka TGNA. Itu beza pemimpin PAS dengan UMNO.
    Tapi kalau hang kata buat open hause guna duit k’jaan supaya sokong diri sendiri tu dapat pahala… terpulang.

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 10:48 PM

    Alaaa bujuk kalau ada rakyaat luar pun..berdosa ke PM kita ? Sapa kata Kelantan buat open house tak guna duit kerajaan bujuk ? ni mesti hang baca harakah ni…

    Tambang pergi merusuh pun pakai duit kerajaan..ini kan pulak open house..agak-agak la bujuk oii…

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 10:51 PM

    alaaa bujuk aku tau sangat-sangat hangpa semua sayangkan pak lah tu…tapi apa nak buat bujuk oiii…PM macam tu…kami tak terima, bila kami tak terima…hang pun tau apa jadi kat dia kan.

  • niel
    August 30th, 2012 at 5:33 AM

    lombu punya taik sapi dapat busuk.. lu lembu atau sapi moo..

  • neutron
    August 30th, 2012 at 12:07 PM

    Tun M kata Ahli UMNO suma = SETAN…. kah..kah… cacai yang ada kat MYKEMUT ni suma taraf SETAN CACAI…kah..kah..

  • fabregaz
    August 30th, 2012 at 4:21 PM

    semakin menjadi2 kebodohan hang..kesian..apapun aku doakan blh hg jd pandai

  • raplahjingaa
    August 30th, 2012 at 7:32 PM

    Tun kata ahli UMNO setan ? hang syok sendiri niiii…..hehe

  • bujuk
    August 30th, 2012 at 10:20 PM

    Mostly rakyat m’sia suka pada Paklah sebab tu PRU11 BN menang besar hingga TunM marah(cemburu kerana dia tak pernah menang besar camtu) dia kata tak elok untuk negara demokrasi. Tapi lepas berkuasa, rakyat nampak Paklah sama dengan menteri2 yg. lain, berebut nganimah negara. Sebab tu PRU12, rakyat tolak dia…

  • bujuk
    August 30th, 2012 at 10:24 PM

    Buat baik memang tak berDOSA tapi salahguna harta negara berdosa. Aku tak cerita pasal dosa tapi pasal putar belit dan penipuan hang…

  • raplahjingaa
    August 30th, 2012 at 11:59 PM

    Menipu bukan kerja kami bujuk..tu rukun PAS.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.