MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Pas Jadi Lembu Dalam Pakatan Rakyat

 

Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama’ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri – Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, ‘menentang’ adalah lebih kuat maksudnya daripada ‘menolak’.

Justeru, Umno hanya ‘menolak’ Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu ‘menentang’ hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya… seterusnya baca disini..


Posted by tengkudin on August 20th, 2012 :: Filed under Blog Pilihan
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pas Jadi Lembu Dalam Pakatan Rakyat”

  1. Anak_Nogori
    August 20th, 2012

    Kalau PAS pegang…agamakan politik itu..mereka akan selamat dunia akhirat..ni tak…..PAS mengamalkan politikkan agama..itulah bahananya bila pentingkan putrajaya dari pentingkan agama.

    PAS wajibkan tumbangkan UMNO, sampai agama pun mereka lacurkan..dayus sedayus dayusnya….hina sehina hinanya..jauh betul sesatnya PAS.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: