20
Aug

Rakyat Selangor Balik Kampung Burukkan Pakatan

PENULIS cukup senang dengan pelbagai cerita tidak menarik mengenai pentadbiran negeri Selangor yang dijaja rakyat Selangor sendiri yang pulang beraya ke kampung sempena dengan sambutan hari raya sekarang ini.

Selama hari ini tenat penulis kempen, masih ada juga seorang dua yang tidak percaya. Tapi setelah berita dari sumber sendiri mengesahkan apa yang penulis kempenkan, barulah masing-masing nak yakin.

Rata-rata berkongsi pengalaman mereka dengan sanak saudara di kampung.  Tidak setakat itu, ada nasihat yang diberikan kepada mereka yang berangan-angan nak memilih Pakatan haram ini sebagai kerajaan baru negeri dalam pilihanraya akan datang – lupakan sajalah atau hadapi masalah yang mereka hadapi sekarang.

Sampah tidak berkutip, gangguan air yang kerap, janji banyak tak laksana, kronisme, keadaan jalan dan seumpama dengannya, adalah antara intipati penting yang disampaikan mereka bila ada kesempatan berbual tentang hal politik.  Ada juga diselitkan tentang rumah urut dan kegiatan gansterisme yang berkaitan dengan pusat maksiat ini.

Pendek kata, semua masalah yang bukan baru  kepada kita semua di alam maya ini, cuma yang ini keluar dari mulut ‘mangsa’ sendiri.

Seronok rasanya melihat mereka membandingkan keselesaan di kampung – keselesaan sama di rumah sendiri yang beransur hilang sejak Pakatan haram ini mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mac 2008.

Majoriti dari orang ini bukan penyokong BN pun tapi mereka cakap apa yang mereka rasai sendiri, getirnya kehidupan di Selangor dibanding dengan ketika zaman BN memerintah dulu.

Pada penulis, ‘kempen mulut ke mulut’ ini adalah peluru paling ampuh untuk memadam semua pembohongan Pakatan haram ini mengenai keadaan sebenar di Selangor yang kononnya aman dan makmur di bawah pemerintahan mereka.

Hanya kerana marahkan Dr. Khir Toyo beri penyapu kepada YDP PBT yang gagal menjalankan tugas, mereka menanggung risikonya sekarang dengan menyerahkan negeri tersebut kepada pihak yang salah.

Akhirnya sekarang, semua PBT pun gagal menjalankan tugas dek kepincangan kerajaan negeri, baru nak nampak rasional disebalik tindakan Khir Toyo dulu.

Itupun katanya tak boleh nak salah mereka juga sebab pilih pihak yang salah jadi kerajaan negeri.  Sebelum Mac 2008, rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia tak tahupun PKR dan PAS akan berpakat dengan DAP untuk bentuk kerajaan.

Ketika itu Pakatan Rakyat belum ada, yang ada ialah Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai PAS dan PKR setelah DAP keluar pada 2003 kerana tidak setuju dengan draf hudud di Terengganu.

Buktinya, dalam manifesto BA tahun 2008 untuk Selangor (yang banyak janji tak tepat itulah), yang ada hanya muka Khalid dan Hasan Ali, muka Ronnie Liu dan Teresa Kok (Menteri Besar sebenar sekarang) mana ada!!

Lagipun tak siapa yakin PAS akan bekerjasama dengan DAP disebabkan idealogi masing-masing yang bertentangan antara satu sama lain.  Siapa sangka demi kuasa dan wang, mereka sanggup ketepikan perjuangan (sebut Islam) asal dapat bentuk kerajaan!!

Ya tak ya juga.

Tidak mengapalah, yang dulu jadi tauladan, jangan nak diulang dalam masa hadapan.  Sememangnya sekarang pun BN semakin kuat di Selangor sebab banyak betul yang pincang untuk dijadikan peluru.

Cuma harapannya dengan penerangan sendiri dari yang mengalami masalah ini, akan menipiskan lagi peluang Pakatan haram untuk menawan Putrajaya dan lebih banyak negeri dalam PRU13 nanti.

Ada 11 Comments setakat ini.

  • tengkudin
    August 20th, 2012 at 10:46 PM

    aku kat kampung aku pun main dan tanam jarum kat orang selangor pasal perangai buruk pakatan haram…orang luar selangor pun kata teruknya keje orang pakatan haram ni..aku pun senyum kambing la.heheheh

  • pego
    August 20th, 2012 at 11:28 PM

    Ada juga yang balik kampung ceritakan tentang kebaikan pr memerintah di Selangor kepada kawan2 di kampung.

    Jenuh aku ngan member berdebat dengan dua orang ni….

    Nasib baik ada portal pro UMNO/BN yang dapat kami rujuk untuk mematahkan hujah member yang pro pr ni.

    Harapan aku orang UMNO jangan lalai di saat2 menjelang pilihanraya ini. Jika dapat berhujjah dengan penyokong pembangkan(pr)ni kasi hantam kau2 punya.

  • m8
    August 21st, 2012 at 12:24 AM

    Orang pas tetap memuja lge kat penang, sebab diaorang akan baca haramkah dengan keldailan je yg lain tu taraf sampah je, apa yg dibaca tu lah tetap akan dipercayai, yg dia tengok kat tv tu tak boleh dipercayai, macam cerita felda bankrup, mana gomen dapat duit bayar bonus, ada kakitangan tak dapat tuntutan elaun perjalanan, elaun dah lupa bila baru nak bayar.

  • Malayoo mudah lupa
    August 21st, 2012 at 12:37 AM

    Aku rasa kehidupan zaman BN dulu lagi baek…mana janji2 PR ni? Habuk pun tarak setakat subsidi bil ayer 10hengget …cukai pintu ttp gak kena byr penuh, jln raya shah alam cumpang camping, sampah jgn ckp la

  • PASpartyNGOK
    August 21st, 2012 at 1:00 AM

    Mentadbir satu negeri pun terlalu susah ke. Terlingkup, tonggang terbalek. Tak ada bijak pandai, tak ada otak. Sysytem carca marba.

    Habis tu macam mana berangan nak conquer satu negara. Mampooos semua.

    Bodoh macam baghal. Nafsu kuat tenaga tak ada.

  • Anakjatijohor
    August 21st, 2012 at 1:13 AM

    Tu lah lain kali sebelum pangkah ikut kata hati jangan ikut rasa hati .Kalau pun nak protes sekalipun pada BN boikot saja ( jangan pi undi) Tapi jangan sekali kali bagi undi kat pakatan babi haram ni sebab mereka ni amat berbahaya pada keamanan dan keharmonian negara ini

  • Anak_Nogori
    August 21st, 2012 at 1:37 AM

    Betul..kalau setakat budak2 umno di kg tu cerita pasal kelemahan pemerintahan kerajaan pakatan haram ni..mereka lekehkan je..siap mana korang tahu???…tapi bila saya balik, saya beritahulah kelemahan2 pakatan haram ni..puak2 PAS ni siap tanya saya gak..saya kata saya duduk Selangor tentu lah saya tahu..dah tak ada modal, mereka alih plak..kita perlu pada perubahan.

    Saya kata..saya pun nakkan perubahan gak..tapi saya nakkan perubahan yg lebih baik..bukan macam perubahan diSelangor tu..dulu sampah dikutip hari2..kerajaan sekarang berminggu tak kutip sampai berulat, loya tekak dibuatnya…macam tu ke perubahan yg kita hendak?.

    Jadi jangan la nak cuba2…pemerintahan negara bukan macam nak tukar baju seluar, pagi beli petang boleh minta tukar..pemerintahan sekurang2nya empat tahun..empat tahun banyak tu duit rakyat boleh dirompak…kes rafizi tu satu contohlah tu.

  • enigma
    August 21st, 2012 at 8:43 AM

    Acu cuba test sekali. Itulah slogan pas pada pru 10 lalu dimana rakyat terengganu terpedaya dengan tipu daya pas. Pas tidak mampu mentadbir negeri kerana pimpinan mereka pandai bercakap tetapi tak pandai merancang dan melaksana. Bayangkan di terengganu, pas tak mampu membeli tong sampah, apa tah lagi lori sampah. Akibatnya bandar menjadi kotor. Bagi pas kekotoran bandar tidak memberi kesan terhadap mereka seolah olah mereka tidak nampak masalah kekotoran itu. Tapi pas umpama setan tetap berjaya memperdaya manusia yang singkat akal supaya terus menerus menyokong mereka.

  • Anak_Nogori
    August 21st, 2012 at 11:34 AM

    Lagi satu, budak2 UMNO kat kampung ni ada yg tak cukup maklumat utk kaunter balik pembohongan2 puak2 Pakatan Haram ni, jadi tugas kita bila balik kg sebarkan maklumat2 terkini pada mereka…insyaallah kalau itu dpt kita lakukan….kemenangan akan berpihak pada BN.

  • Gullit
    August 21st, 2012 at 10:27 PM

    setuju bonar…. ramai penduduk selangor mengeluh sampah semakin meruncing… pemimpin selangor macam sampah dah…

  • Poning kepala
    August 24th, 2012 at 7:54 AM

    Tempat aku dari estet getah 25 tahun lalu, kini dah jadi pusat hanyir bak Haadyai di Puchong. Sial punya Yb Adun n P arlimen tak ade moral. Rumah urut bersepah, bukan urut badan tapi urut batang.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.