18
Aug

Janji Bersih, Janji Kecoh, Janji Menang

SEJAK 2008, Pakatan haram gasak menggunakan dan menubuhkan NGO-NGO tertentu bagi melindungi kegiatan politik tidak bermoral mereka.  Nanti senanglah cuci tangan kata mereka tidak terlibat, padahal kita tahulah memang mereka pun di belakang tu.

Antara yang paling menonjol ialah Bersih, Jingga 13, ANAK, Occupy Dataran dan sebagainya.

Masing-masing diketuai oleh orang yang punyai jawatan dalam PKR, DAP dan PAS yang membentuk Pakatan haram har ini.  ANAK contohnya, diketuai Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat), Jingga 13 oleh Fariz Musa (Ahli MPP PKR) dan seterusnya.

Ambiga yang mengetuai Bersih adalah bakal calon DAP yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Ini semua kita tahu bahawa semua NGO ini menjalankan tugas bagi pihak PAS, DAP dan PKR.  Orang pembangkang pun tahu, tapi dalam banyak hal, depa buat-buat tak tahu.

Inilah kesnya dalam perhimpunan Janji Bersih@Bersih 4.0 yang dirancang ‘NGO-NGO’ ini pada malam sambutan Merdeka 30 Ogos 2012.

Orang pun pelik, kenapa dalam banyak-banyak hari dalam satu tahun, hari itu jugalah yang dipilih, dalam banyak tempat Dataran Merdeka juga itulah yang dipilih.  Bukan susah sangat nak agar, malam itu secara tradisinya memang diadakan sambutan Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka setiap tahun, detik 12 malam dan sebagainya.

Mana tempat lagi yang sesuai untuk dapat promosi percuma melainkan yang ini.  Senang nanti nak buat kecoh dan bila polis ambil tindakan, ayatnya “Tengok ni rakyat, bagaimana zalimnya polis, zalimnya BN”, padahal depa yang mulakan dulu.

 

Yang disasarkan puak-puak ini ialah mencemarkan tema hari kemerdekaan “Janji Ditepati” yang diterima baik seluruh kelompok masyarakat.  Penulis mendengar, operatif propaganda PAS, DAP, PKR dah bersedia mengubah tema tersebut menjadi Janji Kecoh, Janji Zalim dan sebagainya kalau perkara tak diingini berlaku pada hari tersebut.

Memang mereka plan nak buat kecoh pun.  Puak-puak ini dah terdesak nak menang pilihanraya – sesuatu yang tidak mungkin mereka capai,  Jadi apa yang boleh dibuat ialah mencipta kekecohan supaya rakyat benci dengan kerajaan dan polis, ini hakikatnya.

Malah, penjenayah ganas yang menyepak polis dalam rusuhan Bersih 3.0 lepas, turut dilibatkan dalam perhimpunan Janji Bersih kali ini, sebagai ahli jawatankuasa pulak tu.  Maksudnya memang nak cetus kekecohan besar-besaranlah tu.

Penulis yakin dengan kemampuan polis menangani perhimpunan yang mempunyai potensi tinggi untuk mencetus kekecohan seperti ini.  Risikan pihak polis kita diakui antara yang terbaik didunia.

Pendek kata, kecekapan dan intergriti polis, tidak ada masalah.

Yang penulis bimbang ialah keputusan politik yang mengikat tangan polis dari bertindak lebih awal dan lebih tegas.  Ada masanya menteri-menteri ini lebih risaukan reputasi dan imej masing-masing sebagai ahli politik, lupa dengan soal keselamatan rakyat yang lebih penting.

Puak-puak ini dah tidak ada apa yang nak dibimbangkan.  Masuk penjara, peguam dan menunggu untuk membantu (kos guaman ditanggung rakyat Selangor), begitu juga kalau dihadapkan ke Mahkamah dan sebagainya.

Even masuk penjara pun, duit rakyat Selangor akan digunakan untuk tanggung kehidupan keluaga sepanjang masa berada di dalam.

Anwar dah terdesak nak menang dan jadi Perdana Menteri.  Umur dah 65 dah, kalau tak waktu ini, bila lagi waktu yang sesuai?  Masalahnya, Anwar tidak ada isu yang cukup kuat untuk nafikan kemenangan BN, fitnah macam-macam fitnah dah, satu pun tak jalan.

Jadi buat kecohlah.

Kesimpulannya, hasrat nak mengadakan Janji Bersih ini supaya nanti kekecohan boleh ditimbulkan (Janji kecoh) dan dari kekecohan itu nanti, bolehlah dijadikan isu politik dalam kempen pilihanraya akan datang (Janji menang).

Ada 5 Comments setakat ini.

  • tengkudin
    August 19th, 2012 at 12:25 PM

    biasalah…totok BERSHIT ni…tak kecoh bukan namamya pakatan haram…

    depa tak serik nak kene senaman ponggong lagi tu…heheh

  • mamu
    August 19th, 2012 at 12:35 PM

    Apa pun aku tetap tak akan percaya dengan lakonan Ambiga dan bershit ni, kononnya memulaukan ambiga, sebab mereka mereka tak akan pernah henti untuk memusuhi Islam dan orang melayu, sebab paria paria kafir musyrikin ni tidak mampu untuk menumbangkan orang melayu, tetapi mereka kena gunakan orang melayu sendiri untuk tumbangkan orang melayu.

    Sebab pada mereka Pas dan UMNO tetap ada persamaan dan tiada bezanya, tapi yang bezanya PAS dan UMNO adalah UMNO lebih bijak dari Pas, Pas ni dari dulu lagi bodoh dan bangang tak habis habis, jadi mereka guna kan Pas sendiri untuk jatuhkan kerajaan Melayu Islam, sebab mereka tidak akan mampu jatuhkan kerajaan Melayu islam yang ada sekarang ni. Jadi kita tgk lah kebodohan dan kemusyrikinan Pas sekarang ni…

  • Anakjatijohor
    August 21st, 2012 at 10:10 PM

    kita setuju kecekapan risikan polis kita(termasuk tentera) antara yang paling best di didunia. cuma yang tak best nya sikap pimpinan politik kita yang terlalu lembik dan penakut? dalam bab decision making bagi mengajar puak puak haramjadah
    ni .Jangan lah terlalu berlembut.Kerana sikap kita yang terlalu berlembut itulah yang membuatkan puak puak anak haram ni kurang ajar.pesanan kepada pimpinan kita GUNAKAN PERUNTUKKAN UNDANG UNDANG YANG ADA .Sumbat aja puak puak ni kedalam jika mereka terus terusan bersikap tak kenal undang undang

  • Alyabu
    August 23rd, 2012 at 6:42 PM

    Tun Mahathir kata..pilihlah BN kerana adalah lebih baik menpercayai Iblis (BN) yang kamu kenal drpd mempercayai malaikat (PR) yang kamu tak kenal…kalau dah jadi iblis takkan kita nak sokong kerana dah tentu pilihan yang sangat buruk…Malikat dah tentu baik cuma kita baru nak kenal..oleh itu MARILAH KITA BERSAMA2 KEPERHIMPUNAN JANJI BERSIH PADA 30HB,OGOS NANTI…sebilangan besar rakyat tidak mahu lagi mempercayai acara2 anjuran kerajaan BN..

  • bnbagus
    August 31st, 2012 at 1:28 AM

    Alyabu bodoh. yg pi translate idiom bahasa inggeris tu direct kot bm apa ke bodohnya. ko tahu ke simpulan bahasa? bodoh betul. ko baca sini lah bodoh!
    http://ondastreet.wordpress.com/2012/08/23/mbnizar-ohmyenglish-better-the-devil-you-know-than-the-angel-you-dont-cc-khalidsamad-drdzul/

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.