18
Aug

“Janji” Singkirkan Ambiga Dan Bershit Dari Himpunan..?

Nampaknya gerakan memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipercayai didalangi pihak pembangkang mula menjarakkan diri dari Ambiga Sreevenasan yang dilihat menjadi liabiiti besar di dalam propaganda jahat mereka selama ini.

Setelah puas memperkuda dan mempergunakan Ambiga di dalam beberapa siri Bershit yang menyusahkan rakyat di negara ini, gerakan pembangkang mula menyisihkan Ambiga apabila bertindak “mufaraqah” dari tokoh LGBT itu pada himpunan “Janji”.

Pada mulanya, kecoh mereka membuat sidang akhbar menyatakan mahu berhimpun di Dataran Mereka pada waktu yang sama sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos dengan tema “Janji Bershit”.

Beriya-iya Pak Samad Janggut berucap memberi kenyataan berapi tentang himpunan “Janji Bershit” itu.

Tapi kemudiaannya setelah kurang mendapat sambutan dari puak-puak yang selalu buat kacau bersama mereka di jalanan, mereka ubah pula tarikh himpunan tersebut kepada 30 Ogos, sehari semalam sebelum tarikh kemerdekaan.

Malah yang terbaru semalam, kumpulan “Janji” itu telah membuat kenyataan “flip-flop” kononnya menafikan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gerakan yang dikepalai oleh Ambiga itu.

Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba gerakan NGO-NGO yang membawa dakyah pembangkang itu menukar tema “Janji Bershit” kepada “Janji Demokrasi” pulak! Kalau Sathiya tahu, mungkin dia akan bertanya, “sudah tukar ka?”!

Persoalannya, mengapa secara tiba-tiba mereka bertukar tema? Apakah mereka cuba menjarakkan diri dari Ambiga yang dilihat telah rosak reputasinya kerana terbabit dengan gerakan murtad dan menyokong golongan LGBT?

Selain itu, apakah tindakan menukar segala perancangan yang dilihat didalangi oleh pihak “Bershit” itu telah “dicantas” oleh pihak Pakatan Rakyat yang dipercayai dibiaya oleh Anwar Ibrahim?

Atau mungkin pihak pengajur himpunan itu kini semakin sedar bahawa tindakan mereka cuba mensabotaj perayaan sambutan Hari Kemerdekaan itu merupakan satu tindakan yang “back fire” di mana ia telah mencetus kemarahan masyarakat Malaysia?

Apakah pihak “Janji” tidak sedar bahawa tindakan mereka membawa agenda politik pembangkang itu jelas mengganggu semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang ingin hadir menyaksikan temasya sambutan itu pada setiap 31 Ogos?

Apakah mereka juga berpendapat bahawa semua rakyat di negara ini sependapat dengan mereka yang kononnya sistem pilihanraya dan demokrasi di negara ini tidak telus dan kotor sebagaimana yang didakwa Pakatan Haram?

Sebenarnya, majoriti rakyat di negara ini sudah sedar bahawa gerakan Bershit dan seumpamanya itu hanyalah permainan politik pembangkang yang kemudiaannya merosakkan minda dan menyusahkan rakyat di negara ini.

Melalui pengalaman yang dilihat melalui Bershit dan himpunan-himpunan bodoh anjuran pihak pembangkang sebelum ini, rakyat Malaysia bijak menilai dan sudah bosan dengan sikap pembangkang yang seolah-olah cuba mengada-adakan cerita yang tidak ada.

Pada pandangan saya, himpunan “Janji” ini dilihat tidak mendapat sambutan kerana rakyat mula sedar tentang propaganda pihak pembangkang yang menjelekkan serta keterlaluan sehingga mereka sudah bosan.

Mungkin kerana itu maka himpunan “Janji” ini dilihat kurang mendapat sambutan dari para pendemo upahan PAS yang lebih tertarik dengan “mood” Hari Raya dan enggan lagi dikeldaikan Pakatan Haram sewenang-wenangnya.

Apatah lagi mereka malu apabila “digandingkan” dengan “Ratu LGBT” dan tokoh gerakan memurtadkan umat Islam sehingga memaksa pihak “Janji” menyingkirkan bekas Presiden Majlis Peguam Negara itu dari pelan asal himpunan mereka.

Justeru itu, rasanya lebih baik pihak “Janji” batalkan saja himpunan mereka pada malam 30 Ogos nanti. Bukan apa, tak malukah pihak penganjur nanti kalau yang datang pada himpunan mereka pada malam itu tak sampai 200 orang? Mana nak letak muka?

Ada 17 Comments setakat ini.

  • Jack
    August 18th, 2012 at 11:00 AM

    Mereka singkir Ambiga bukan sebab LGBT. Pihak anal pas tak kisah semua itu. Mereka singkir Ambiga kerana Ambiga minta maaf dari penunjuk perasaan depan rumah dia haritu.

  • alfie60
    August 18th, 2012 at 12:25 PM

    Agenda Bersih ni hanya satu ia itu kalau PKR kalah dalam pilihanraya yang akan datang ia akan memberi kuasa kepada penyokong mereka untuk merampas kuasa melalui cara kekerasan atas alasan SPR and BN menipu mereka. 0.00001% kecacatan data SPR akan di guna sebagai alasan merampas 100% kuasa melalui demostrasi jalanan dan membuka peluang kepada Amerika untuk campur tangan untuk mengelak sivil war dari tercetus. Ini adalah cara tak langsung akan memberi gerenti kepada Anwar untuk menjadi PM kita. Jika BN/UMNO bodoh mereka akan kata ‘the silent majortity’ tidak akan biar ini berlaku which is a wrong tactic because Anwar akan mengguna ‘the show of force’ yang visible kunon nya seluruh Malaysia menyokong PKR.

  • korokstabang
    August 18th, 2012 at 1:30 PM

    depa ubah tarikh kaa ubah ketua lgbt kepada ngo kaa semua tu iklan dari puak pembangan konon ambiga tadak dlm program depa, demo ni lebih tepat di panggil “Janji Ambiga” atau “Janji LBGT” baru betui

    muehhhhhhahahahahahahahaha

    Muehhhhhahahahahahahaha

  • PASpartyNGOK
    August 18th, 2012 at 6:21 PM

    Pakatan haram sudah rekrut ramai artis termasok raja lawak. Bilangan yang ada cukup untuk buat konsert. Justeru, pakatan haram jadah ini sepatutnya berfikir untuk adakann satu konsert dimalam 30 Ogos bukan perhimpunan bershit yang pasti berakhir ganas, tidak banyak pun sikit pasti ada ganasnya.

    Bob Lokman boleh menjuru-acarakan konsert dengan syam kunta kinte main gitar. Aisyah ngam beduet dengan faizal tahir dan abby boleh menyanyi dan tunjuk aksi seksi dia dengan berjalan tonggeng punggong. man rajalawak akan isi slot loyar burok.

    Mereka boleh dendangkan lagu demokrasi tulen. Boleh nyanyikan lagu tang dicipta khas berlirikkan ketidak telusan SPR dan kerajaan. Dan kerana ketidak adilan yang dijangka mereka akan boikot PRU.

    Kenapa tak mahu buat macam itu. Bodoh tak habis habis pakatan haram ni.

  • StinGray
    August 18th, 2012 at 8:20 PM

    Saya StinGray ( bukan nama sebenar ) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada Admin MyKMU dan rakan2 seperjuangan siber – raplahjingga, pasdaplaknat, selamber, jebat, tengkudin, yon76er, paspartyngok, Anak Lenggong, Nik Aziz Pukimak, ciku, chepang, niel, omega, baba, mamu, mat, joe, Delta Sourcs, abg sudin, modern domo, Nasir Rahim, Kunta Kinte Malaysia, achmad, jack, shah, che_yan, 1Malaysia, Anti Ungrateful immigrants, yuss, mRsTURDY, kassim selamat, keris jentayu, m.basir, no way, Fazli Yusof, bluekang, jagat, Wong Ping Ter, bangkano, ahmad.albab, kukukambing, bad, Anak Nogori, jijan, mamu, ku2, Anak jantan, korokstabang, akuantiPAKATAN, buana, kacaudaun, Ntah Apa Apa Ntah, arizmaya, abe, nadim, MalaysiaTanahAirKu, dolly, hoodymack, santrang, umnototok, fabregaz, Raja Kongkiak, azam, MenantuOrangFelda, remBULAN, no, BEBULU, konceng, coldblood, telescope, yo, siti, dina, Azman Fi, Bulan Empat, randomsee, syaa, pandipory, Ikhlas Menjawab, jeffry, takbai, lady J, ada hati, c10, raspower, mie, amir, sesumpah, zumazore, pangkah lagi, masukdepanbelakang, akmal, Adam Abdullah, putertahan, idris, zero007, mawar, orang kampung, djray, blues, tukul, Yop Tulin, Kerisjentayu, kudabelang, Cfu, gullit, sungai_ siput, nangkabulat, OrangPekan, Zizan, Jokiden, siamang gagap, ElectroMagneticPulse, Repomen, penyokongketuanan, dll nama rakan2 seperjuangan yg saya tertinggal untuk dicatatkan nama anda di sini..

    Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan pada geng2 kat sebelah sana – bujuk, melayu_islam, mooo, neutron, Kajang pak malau, Tony Gunawan & c4.

    Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir & maya terhadap apa jua kekasaran bahasa, keterlanjuran pandangan, kesalahan ejaan & perenggan, kecuaian tanda koma, titik, soal & seruan sepanjang saya berhujah di ruang bicara MyKMU ini….

    Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman….berhati-hati di jalan raya..

    Akhir kata semoga kalian semua bergembira di hari raya ini di samping keluarga dan sanak saudara yg tercinta..

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

  • raplahjingaa
    August 18th, 2012 at 8:50 PM

    Raplahjingaa..bukan jugak nama sebenar..hehe ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pendokong MYKMU seperti nama-nama yang stingray tatapkan di atas, semoga aidilfitri tahun ini membawa kegumbiraan kepada semua, selepas sebulan berpuasa.

    Tak lupa jugak kepada yang sebelah sana, mohon ampun atas kesalahan-kesalah yang secara sengaja dan tidak di sengajakan..perjuangan ini kekadang memerlukan kita keluar dari landasan kemanusiaan demi menegakkan kebenaran, tetapi kita tetap bersaudara sesama Islam.

    Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya, pandang traffic jauh di hadapan dan tengok-tengok lah side mirror di kiri dan kanan.

    E’den berayo kat Port Dickson tahun ni, dan pulang ke Pulau Pinang dan Taiping 4/5 hari raya nanti Insyaalah.

    Sekali lagi ” SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN “

  • zumazore
    August 18th, 2012 at 10:43 PM

    aku pun mintak maaf pada pihak yang sebelah sana yang mana selalu kena “mangkok” ngan aku.. so aku mintak maaf zahir batin.. untuk rakan seperjuangan yang sama bendera.. selamat berjuang demi islam dan melayu!
    SELAMAT HARI RAYA!

  • niel
    August 19th, 2012 at 1:49 AM

    perhimpunan cari makan beb..sumbat jer pertualang negara dalam lockup..

  • StinGray
    August 19th, 2012 at 3:38 AM

    banyaknya kampung hang rap…

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 11:03 AM

    Isteri, mak / bapak and atuk….hehe

  • mamu
    August 19th, 2012 at 11:53 AM

    StinGray, saya juga tidak mahu ketinggalan melepaskan peluang untuk mengucapkan juga selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan rakan forumer MYKMU kolumnis kolumnis yang penuh bersemangat memperjuangkan agama bangsa dan negara, selamat hari raya maaf zahir dan batin….,

  • mamu
    August 19th, 2012 at 11:55 AM

    sama la kita rap, biasalah anak perantauan, hehehe

  • tengkudin
    August 19th, 2012 at 12:18 PM

    hehehe…selamat hari raya buat semua

  • PASpartyNGOK
    August 19th, 2012 at 9:36 PM

    Khutbah yang di baca oleh Datok jamil khir dimasjid negara selepas solat sunat edulfitri jika diamati dengan penuh kusyuk membuatkan kita meremang bulu tengkok.

    Khutbah yang menyeru perpaduan ummah menjauhkan pecah belah.

    Hakikatnya agama kita berpecah kerana ummah berpecah belah. Malang sekali sekira khutbah itu diangggap hanya sebagai satu ceramah politik kerana ia diberikan oleh seorang menteri kerajaan, maka khutbah itu menjadi tidak lebih dari slogan yang tak memberi apa apa erti.

  • Anak Lenggong
    August 19th, 2012 at 9:38 PM

    Assalamualaiku, semua
    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.

    Ya Allah…aku memohon berkat penutup Ramadhan, pembuka tirai syawal ini, kau berkatilah saudaraku yang membaca mesej ini supaya sentiasa menjaga persahabatan,Limpahkan lah rezekimu padanya,Bahagiankan ia bersama keluarganya, Permudahkan urusannya,Tarima lah ibadahnya dan kau ampuni segala dosanya serta kedua kedua ibubapanya.

    SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

  • Chephang
    August 20th, 2012 at 1:23 PM

    Saya individu yang disebalik nick chephang mengambil kesempatan disini untuk memohon ampun dan maaf terutama kepada saudara sebelah sana seperti bujuk, moo, mm, m_i, c4, rosm, rosmahaltantuya, dan lain2 yang seangkatan sekiranya bicara saya ada yang menyinggung perasaan tuan2. Adab berforum disini mungkin ada yang terlanjur, tapi dlm usaha cuba memahamkan sesuatu fakta menyebabkan kita menggunakan contoh atau sebutan yang agak extrim, tapi sebenarnya bukan berniat untuk menghina dan merendahkan makhluk Allah….
    Sekali lagi jari disusun maaf dipinta kepada semua termasuk kawan2 yang sealiran sepertimana tersenarai dlm bicara stingray.
    Selamat hari raya maaf zahir batin…

  • Gullit
    August 21st, 2012 at 10:29 PM

    amiga simbol sex LGBT…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.