DAP Boleh DiKategorikan Lebih Teruk Dari “Kafir Harbi”?

Semalam, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Khairuddin Razali mengeluarkan “fatwa” menyatakan bahawa DAP ditakrifkan sebagai golongan “kafir mua’hid” yang membawa pengertian sebagai golongan “orang bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam”.

Janji apa yang boleh diikat dengan kuffar sedangkan janji itu jelas merugikan dan menjejaskan syiar Islam di negara ini?

Ulama’ “agama PAS” itu menafikan pula bahawa DAP merupakan golongan “kafir harbi” iaitu istilah yang diberikan para ulama Islam di negara ini kepada parti chauvinis ultra kiasu itu.

Katanya, “kafir harbi” membawa maksud “golongan orang bukan Islam yang berada di luar negara umat Islam dan menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam”. Itu pandangan dari Khairuddin…

Itu kata dia. Pandangan itu dilihat dari sudut kaca mata seorang ahli politik yang menyebelahi PAS dan mahu membela DAP yang merupakan rakan sekutu kuatnya. Meskipun DAP dilihat sering memijak PAS, Dewan Ulama PAS tetap mahu membela DAP…

Dewan Ulama PAS terpaksa membela DAP disebabkan politik dan bukan kerana Islam. Jika PAS membela Islam, mungkin PAS sendiri akan “menghalalkan darah” DAP untuk diperangi.

Mujurlah PAS kini sudah “tidur sekatil” dengan DAP. Bayangkan apa yang akan PAS kata kalau PAS masih sendirian seperti dahulu…kan?

Jika diikutkan fatwa terbaru PAS itu, golongan yang boleh dikatakan sebagai “kafir harbi” itu amat sesuai untuk diberikan kepada rejim Yahudi Zionis di Israel yang memerangi dan menzalimi negara Palestin serta umat Islam di sana.

Persoalannya, apa pula istilah bagi golongan bukan Islam yang memerangi dan membantah syiar Islam di dalam sebuah negara Islam?

Bayangkan, orang bukan Islam yang tinggal di dalam sebuah Daulah Islamiyyah dan menentang syiar Islam dari dalam negara itu! Tentulah ia lebih teruk dan lebih merbahaya berbanding “kafir harbi”, bukan?

Kafir Harbi menyerang menggunakan senjata dari luar sesebuah negara Islam. Tapi, “kafir jenis DAP” ini pula menyerang secara halus menggunakan taktik phsycology untuk melemahkan Islam dan umatnya di negara ini!

Mereka ini begitu sesuai  disifatkan sebagai “gunting dalam lipatan” atau “musuh dalam selimut”, dan apakah pula istilah yang layak diberikan kepada golongan yang lebih merbahaya dari golongan “kafir harbi” ini?

Apakah saya boleh menyifatkan DAP sebagai golongan “kafir harbi khafi” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “golongan kafir harbi yang tersembunyi”?

Sungguh pelik dan menghairankan apabila dilihat tentang pendirian PAS di dalam hal ini. Rupa paras PAS yang terkini memperlihatkan keazaman mereka mengejar kuasa politik amat kuat berbanding semangat mengimarah dan mempertahankan syiar Islam di negara ini.

Bayangkan, Daulah Islamiyyah dan perlaksaan hudud yang dulu sangat diimpikan oleh setiap ruh umat Islam di dalam PAS, kini menjadi debu dan diterbangkan angin setelah dipijak lumat oleh puak-puak “kafir harbi khafi” ini…

Begitu lemah dan dhaif sungguh ketegasan iman di hati puak-puak penganut “agama PAS” sehingga sanggup melacurkan perjuangan asal mereka yang mahu tertegaknya Daulah Islamiyyah dan hudud di negara ini hanya kerana sayangkan DAP!

Mungkin kerana itulah maka Allah SWT tidak pernah redha terhadap PAS dan para pemimpinnya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Iman mereka begitu nipis dan IQ mereka begitu rendah sekali untuk melayakkan mereka sebagai pemerintah sesebuah kerajaan Islam.

Bila diajak bersatu bersama UMNO di bawah BN dan bertahaluf siyasi bersama rakan-rakan komponen yang terdiri dari “kafir zimmi”, PAS begitu bongkak dan sombong untuk menolak usul yang bakal menyatu padukan umat Islam di Malaysia itu.

Kini, PAS terus hancur bersama “kafir harbi khafi” serta “agen Yahudi Zionis Israel” yang menenggelamkan parti itu ke tahap paling hina di dalam sejarah politik negara. Entah bilalah PAS dan pemimpinnya akan sedar tentang perkara ini? Wallahua’alam…


Posted by dukeofmontecristo on August 17th, 2012 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “DAP Boleh DiKategorikan Lebih Teruk Dari “Kafir Harbi”?”

  1. Anak Lenggong
    August 17th, 2012

    Lari daripada tajuk sekejap…

    Kepada member dlm group MyKMU.Net

    Sempena menyambut hari raya ni Ampun dan Maaf gua pinta andai.. TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena, TERtanya tak tentu hala, TERbising menyakitkan telinga, TERsasul yang tak sengaja, TERpukul kat mana-mana, TERpekik di telinga, TERhantuk di kepala, TERpinjam harta benda, TERmoody tak semena-mena, TERumpat bila-bila, TERemail perkara yang sama, TERmacam-macam lagi yang kene mengenalah ye…

    Kepada yang menggunakan jalan raya tu ..berhati-hati lah ketika memandu..rumah dan kampong tak lari punya..lambat ke cepat ke kita sampai jua..psttt..Bujuk & C4 dah beli jubah & ketayap baru kee

  2. PASpartyNGOK
    August 17th, 2012

    Berhati hati diJalan Raya. SEmoga anda semua selamat dalam perjalanan pulang kekampong dan selamat balik kembali selepas bercuti.

    Dalam pada mendoakan keselamatan, pas harus sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berkolek dalam sebuah sampan kecil bersama sekutu mereka dikepalai oleh dap. Dalam sampan itu pas duduknya ditepi side railing sementara dap selesa dalam accomodation atas main deck. Sampan akan merentasi air yang tenang sesekali sampan akan bergocak dipukul badai. Pas diberi oleh dap bahan bacaan untuk dibaca sambil berkolek supaya leka
    dan tidak bosan. Buku tersebut buku dongeng yang indah isinya mengesahkan putera raja dan pari pari. Pas tenggelam dalam keseronokan kisah dongeng membayangkan akan dilantik menjadi raja satu hari.

    Pakaian mereka yang duduk diside railing tentunya basah kutup oleh percikan air namun pas tidak menyedari akan hal ini dek keasyikan bahan bacaan dongeng.

    Dipertengahan, sampan kandas melanggar bukit pasir dimujara , sampan hampir tenggelam.

    Apa yang berlaku dalam keadaan ini ialah apa yang dipanggil jettison. Ye ini tindakan menyelamat bahtera dengan mengurangankan muatan supaya sampan menjadi rengan dan tidak tenggelam. Tindakan ini dibenarkan dalam maritime law antarabangsa yeini mengorban muatan dan rugi sedikit bagi mengelakkan rugi yang lebih besar jika sampan/kapal dibiar tenggelam.

    Pas disuruh terjun keair lepas sorang, sorang dalam tindakan jettison ini. Diakhirnya semua mereka mati lemas dan dap pun meneruskan pelayaran selepas diberi bantuan dan menegakkan sampan semula.

  3. raplahjingaa
    August 17th, 2012

    Opps…tak habis lagi cerita tu bro, sambung sikit…

    bila di suruh terjun, tanpa persoalan PAS pun terjun dengan segenggam harapan syurga yang di janjikan nik ajis atau mungkin juga mereka akan di anugerahkan keistimewaan Nabi Yunus di telan ikan paus dan di hantar ke pantai

    Tapi apakan daya, kemunafikan dan kebinasaan yang mereka lakukan terhadap perpaduan ummah dan agama islam adalah terlalu berat, ikan paus tak muncul tapi ikan yu tokek yang datang, meratah tubuh mereka satu per satu…

    di sebabkan terlalu busuk dan tercemarnya PAS maka ikan-ikan yu di serang sakit perut yang amat sangat dan terpaksa memuntahkan PAS keluar

    lalu tiba-tiba datang kapal yang bernama UMNO menghampiri, atas dasar peri kemanusiaan anak-anak kapal mengutip saki baki PAS yang tinggal lalu di berikan pengkebumian yang sempurna.

    hehe…

  4. mamu
    August 17th, 2012

    DAP pun tahu Pas ni bodoh, sebab tu ada ahli ahli DAP kata dia mendatangkan masalah kepada Pakatan Haram, tak pernah tetap dengan pendirian, DAP hina dia sebegitu teruk pun Pas masih nak membela DAP, dasar tiada maruah….

  5. umnototok
    August 17th, 2012

    ‘Selamat Hari Raya’
    Selamat bergumbira bersama sanak saudara,
    sesama bangsa dan seagama …tapi DAPig bukan saudara aku???!!!
    Pada Hari Terbuka nanti aku nak jumpa juga rakan2 lain bangsa dari MCA dan MIC…kah..kah..kah..ASAL BUKAN DAPig…

  6. PASpartyNGOK
    August 17th, 2012

    Cantik dan mantop. Selamat Hari Raya Brother.

  7. no way
    August 17th, 2012

    pas parti lalang..

  8. BLACK
    August 17th, 2012

    Kafir harbi jika zaman nabi dulu sudang terang mengistiharkan perang terhadap kerajaan islam.kerajaan bn tunggu apa lagi tangkap pemimpin2 dap masukan dalam penjara kerana telah mengistiharkan perang terhadap sistem pemerintahan islam,ada berani ke..

  9. Anak_Nogori
    August 18th, 2012

    Tak perlu pun tangkap dan penjarakan pemimpin2 DAP kapir harbi anti islam tu, krn org islam akan ajar mereka dan parti ko yg dah sesat tu dlm pru13 nanti..insyaaallah.

  10. bujuk
    August 19th, 2012

    Kalau DAP ‘kafir harbi’ aku tuntut semua organisasi UMNO dan k’jaan tidak berurusan dengan DAP dan ahli serta penyokongnya. UMNO/k’jaan wajib menghalau mereka dari bumi m’sia dan bunuh semua ahli DAP dan harta mereka mesti d rampas. Ini yg. Rasulullah buat terhadap kafir harbi dulu. Bila mereka d perangi dan harta mereka d rampas, iaitu bila segolongan Yahudi ini bersekongkol dengan kafir kuraish menentang Islam.
    Apakah UMNO/K’jaan hari ini sanggup melakukan hal tersebut atau sebahagian ahli UMNO/k’jaan mempunyai sahabat serta kerjasama ekonomi dengan ahli DAP?
    Jika begitu halnya kenapa DAP d cop kafir harbi.
    Pernahkah pada bila2 masa DAP d serang oleh PAS walaupun semasa PAS tiada kerjasama politik dengan DAP dulu? Maknanya PAS tidak pernah anggap DAP mahupun MCA dan MIC sebagai kafir harbi.

  11. bujuk
    August 19th, 2012

    Rasulullah bunuh dan rampas harta kafir harbi, tapi k’jaan hari ni bagi makan dan kekayaan. UMNO/k’jaan ikut siapa?

  12. bujuk
    August 19th, 2012

    Tq.. kerana ingat aku, selamat Aidilfitri, hari raya d sambut tanda kemenagan lawan hawa nafsu d bulan ramadhan. Jangan tewas d awal syawal pulak dengan mengkada’ nafsu makan, hiburan dan segalanya. Rayalah sebagai seorang Muslim.

  13. raplahjingaa
    August 19th, 2012

    hush ! hang ni bujuk….anwar naik kuda kafir harbi, hangpa siap sokong lagi…apa cerita ?

  14. raplahjingaa
    August 19th, 2012

    PAS tak pernah anggap DAP kafir apa pun bujuk…teman sekatil, tak elok la kata kafir ia tak ?

    Walau pun tok guru hang dah berapa kali makan ” penampor ” karpal sink, malam tidue sekali jugak…hmmmm ada ke perkataan maruah dalam dictionary PAS?
    rasa aku tak ada…

  15. bujuk
    August 19th, 2012

    Kafir tu kafir lah.. takkan nak kata kafir tu saudara Islam pulak. Tapi aku pernah baca kenyataan Samy Vellu dulu kata nanti PAS kata dia KAFIR. Tak faham apa maksud dia…

  16. bujuk
    August 19th, 2012

    Jawab soalan dulu.. kalau DAP tu kafir Harbi kenapa UMNO tak perang habis-habisan dan rampas harta mereka. Kepada MCA dan MIC jaga2 anda juga akan d kategori kafir harbi dan boleh d perangi jika UMNO tak sependapat dengan anda.

  17. OrangPekan
    August 20th, 2012

    PAS tu parti ajaran sesat. Peminpinnya tipis imannya & IQ amat rendah sekali.Tapi serbannya sebakul, janggut taliban & perutnya buncit. Bininya ramai.

  18. baujuk
    August 21st, 2012

    Dalam BN, umno memandu arah pemerintahan kerajaan, Bukan mca atau mic. Tapi dalam pr, dap yg menerajunya, Contohnya dlm pemerintahan singkat MB nizar. Habis tanah new vilalages di perak diberi pada kaum cina. Mereka ini adalah bekas penyokong pengganas kominis yang dikurung dlm new villages berpagar. Tiba2 mereka diberi hak milik tanah 999 TAHUN!!!. Adakah polisi ini dicetuskan oleh MB dari pas tu atau dap?

  19. baujuk
    August 21st, 2012

    kaum2 cina itu adalah peladang haram yg menggunakan tanah di pinggiran hutan dan mengambil kesempatan membekalkan makanan, ubatan, maklumat dll kpd pengganas kominis. Apabila British susah mengawal aktiviti mereka maka mereka dikumpulkan ke dlm new villages. Tak ada pernah hak milik tanah diberi utk jangkamasa 999 tahun. Begitu juga di penang. Adakah pas atau pkr mempunyai suara dlam menentukan arah tuju pemerintahan? Di selangor Ronie Liew tu kdg2 nampak lebih berkuasa dari MB. Di negeri2 yg diperintah BN adakah mana2 exco bukan umno berani mengemukakan hala tuju kerajaan?

Leave a Reply

Type your comment in the box below: