MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

PAS Patut Malu Pada “Tahaluf Siyasi” Nasharuddin Mat Isa Dengan UMNO

Agak keras mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang semalam berpendirian bahawa PAS perlu mengambil inisiatif memutuskan hubungan dan keluar dari Pakatan Haram.

Menurutnya, atas ketegasan yang ditunjukkan oleh puak-puak kafir harbi DAP yang menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud di negara ini maka ia jelas bertentangan dengan kedua-dua asas perjuangan asal partinya.

Malah lebih mengejutkan, dia yang dilihat begitu jelas sekali marah dengan DAP menegaskan bahawa kecenderungan parti chauvinis ultra kiasu itu menentang perjuangan PAS itu menunjukkan bahawa mereka boleh ditafsirkan sebagai golongan anti-Islam di negara ini.

Setahu saya, sehingga ke hari ini, Ustaz Nasharuddin masih lagi merupakan salah seorang ahli PAS dan belum lagi keluar dari parti tersebut.

Namun saya percaya, ramai rakyat Malaysia khususnya mereka yang mengikuti perkembangan dunia politik tanahair bersetuju dengan saya bahawa kelibat Nasharuddin sering dilihat bersama para pemimpin BN, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin ada di kalangan para penyokong PAS sendiri mentafsirkan bahawa hubungan baik dan keintiman Nasharuddin – Najib itu merupakan satu pengkhianatan bekas Timbalan Presiden PAS itu terhadap parti mereka.

Namun sekiranya diteliti dengan lebih dekat lagi, sebenarnya Nasharuddin masih lagi sayangkan PAS  dan mahu melihat partinya itu berubah serta kembali ke landasan perjuangan asal setelah “dibutakan” oleh “syaitan-syaitan” yang bersekutu dengan partinya.

Saya tertanya-tanya, di dalam ramai-ramai pemimpin PAS, apakah tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang bersetuju dan menyokong penuh kenyataan serta gesaan yang dibuat oleh Ustaz Nasharuddin yang terkenal dengan sifat “istiqamah”nya itu?

Dari sekecil-kecil ahli di peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi PAS, tidak adakah di kalangan mereka yang mengakui kebenaran yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Presiden PAS tersebut?

Atau puak-puak PAS lebih gemar untuk menipu diri sendiri dan enggan mengakui kelemahan parti mereka serta kesilapan “tahaluf siyasi” dengan “syaitan-syaitan” yang begitu bijak “mengkeldaikan” mereka selama lebih empat tahun?

Pada saya, para penyokong dan pemimpin PAS itu sebenarnya “buta” kerana meminggirkan Ustaz Nasharuddin yang mempunyai kekuatan jiwa dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Beliau sedar bahawa dirinya disisihkan, disekat secara halus dan “dicantas” oleh puak-puak Mat Sabu, namun ia tidak menyebabkan bekas Timbalan Presiden PAS itu patah semangat untuk berjuang demi Islam dan anak bangsanya.

Nasharuddin sedar bahawa mendekatkan diri dan bersahabat dengan para pemimpin UMNO, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu tindakan yang terbaik sebagai platform untuk beliau meneruskan perjuangan Islam dengan lebih realistik dan progresif!

Ustaz Nasharuddin tahu bahawa sekiranya beliau terus bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar, Mat Sabu dan konco-konconya, sudah tentu Islam tidak ke mana, malah akan ditentang kemajuan syiarnya oleh “syaitan-syaitan” tersebut.

Justeru itulah maka beliau memutuskan untuk menjalin hubungan baik dengan para pemimpin UMNO di negara ini bagi meneruskan perjuangannya menegakkan Islam di negara ini tanpa ragu-ragu atau syak wasangka buruk.

Hasilnya, beliau diberi perhatian oleh para pimpinan tertinggi kerajaan dan boleh dikatakan beliau telah memainkan peranan yang aktif bagi membincangkan masalahat kepentingan umat Islam dan melaksanakan sebahagian dari dasar Islam bersama UMNO!

Pada saya, tindakan Ustaz Nasharuddin inilah barulah boleh dikatakan sebagai “tahaluf siyasi” di mana Islam mendapat kelebihan di dalam hubungan tersebut dan bersesuaian dengan “masoleh mursalah” yang selari dengan “maqasid syariah” yang dilaungkan selama ini.

Apa yang PAS dapat selama bersama DAP dan PKR? Apakah mereka “buta” dan “tuli”kan diri apabila begitu banyak dasar dan perjuangan asal mereka ditolak serta dibantah keras oleh sekutu-sekutu politik mereka itu?

Terus terang saya katakan, saya punya ramai rakan-rakan PAS di peringkat akar umbi di seluruh negara, khususnya di sebelah utara yang begitu pro kepada golongan ulama dan mereka sebenarnya sudah tawar hati untuk mengundi pada PRU ke-13 nanti.

Kata mereka, mungkin mereka tidak akan mengundi BN kerana prinsip politik namun mereka lebih “geli” dan “jijik” untuk memberi undi kepada parti mereka yang kini bagaikan “anjing” yang boleh disepak terajang oleh DAP dan PKR. Itu kata mereka, bukan saya…


Posted by dukeofmontecristo on August 15th, 2012 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “PAS Patut Malu Pada “Tahaluf Siyasi” Nasharuddin Mat Isa Dengan UMNO”

  1. PASpartyNGOK
    August 15th, 2012

    Agak teruja kita lihat seorang bekas timbalan presiden pas yang masih wakil pas, ahli pas bersama pemimpin tertinggi kerajaan. Bersama orang nombor satu negara.

    Dalam meniti realiti ini tidak pun kita dengar sesiapa dari kerajaan dakwa yang pas bakal hancur lebur, berkecai. Andaikan jika keadaan yang sama berlaku sebaliknya. cuba Bayangkan.

    Yang ada ialah golongan reject yang sudah lama tak aktif. Golongan artist yang tak ada nama dilihat bersalaman dengan Nik Ajis. Ini semua hal kecil.

    Tak dinafikan Nashruddin Mat Isa ialah seorang kecewa. Walau pun begitu kekecewaan nya berasas tentang hala tuju ummah. Tentang hukum hakam dan tentang penerimaan, perlaksanaan dan penolakan.
    Kekecewaan beliau sama waktu dengan Hasan Ali. maka kita berharap sangat untuk lihat hala tuju dan pendirian jelas dari individu berdua ini. Untuk kebaikkan ummah.

  2. raplahjingaa
    August 15th, 2012

    hmmmm aku jugak teruja tengok bekas timbalan presiden PAS yang berakal dan berpandangan jauh…duduk bersama pemimpin negara dan di kelilingi oleh ulamak-ulamak terkenal dunia….

  3. freemalaysiakini
    August 15th, 2012

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  4. jagat
    August 15th, 2012

    lps ni moooh & bujuk akan kata ” ala utz nasharudin dah kena beli berjuta2 oleh umno” sbb skrip ni ANUA selalu pakai

  5. PASpartyNGOK
    August 15th, 2012

    Disitulah sebenarnya tempat Nasharudin . Tak payah kita soalkan kenapa baru sekarang, tak dari dulu? Tiap perkara ada permulaan dan itulah permulaan Nasharduin selepas diberi hidayah. Dia terus melonjak keseblah pemimpin tertinggi tanpa perlu mengintai intai dengan mata pejam celik, hidung kembang kempis.

    Kita mahu rasa gembira melihat dia sebagaimana kita pernah rasa gembira dengan Lee Lam Thye dan Datuk Nakhaei walau pun mereka berdua tidak berada dalam kancah sama menerus kesinambongan tetapi dimana mereka berada kini membuat mereka selesa dan telah pun diterima semua pihak,

  6. PASpartyNGOK
    August 16th, 2012

    Biar mereka dendang lagu sama, lirik serupa bertahun tahun. Kerana kita tahu mereka bukan penulis lagu. Lagu nyanyian mereka sebenarnya semua ciplak dan hasil recyle.

  7. fabregaz
    August 16th, 2012

    siap la uztaz nasha kena maki hamun lps ni..mcm hasan ali jgk..

  8. bujuk
    August 16th, 2012

    Ust.Nasha.. kalau nak jadi macam Nakhaei Ahmad boleh masuk UMNO. PAS pun dah taknak lagi kalau nak jadi BONEKA UMNO. Senang PAS nak lawan daripada jadi gunting dalam lipatan. PAS patut buang sama2 dengan DHA dulu, bila Ust.Nasya bersama DHA dalam sidang akhbar.
    PAS tahu kehebatan ILMU Ust.Nasha.. dan kebolehan dia serta pengalaman dia dengan orang luar negara. Sebab itu Ust.Fadhil Noor lantik jadi SU PAS. Malah beliau dilantik jadi Tim.Presiden walaupun waktu tu, UMNO kata dia Profesional dan bukan ulamak bila bertanding menentang Ust.Harun Taib. Hari ni bila Mat sabu lawan Ust.Nasha.. UMNO kata PAS tolak ulamak sebab tak pilih Ust.Nasya. Jelas sifat adu-domba UMNO.
    Ust.Nasya.. kena ingat, PAS adalah laluan dia naik. Dia takkan naik kalau dalam UMNO, kerana UMNO tak alu-alukan Ulamak. Dalam m’sia hanya ada PAS dan UMNO sebagai parti DOMINAN MELAYU/ISLAM. Jadi ISTIHARAH la.. minta petunjuk. Atau Ust. kembali ke dunia akademik yg. kurang saingan. Jagan jadi BONEKA UMNO yg. dulu Ustaz tolak dan tentang… kenapa?

  9. raplahjingaa
    August 16th, 2012

    Tu la bujuk, hati hang hitam sangat..yang baik bagi ummah hang nampak buruk…yang buruk bagi ummah hang nampak baik !! percaturan iblis dan syaitan, cukup senang kalau dunia ni di penuhi oleh manusia yang hitam hatinya macam cai-cai yang dok ada.

    satu kemenangan kepada Islam !!

  10. IloveIslam78
    August 16th, 2012

    Apa la si bujuk ni! Salah satu usaha murni ust nasha nak menyatu paduka semula islam yang dah berkecamuk…anda kena memohon byk2 kepada ALLAH SWT minta diberikan petunjuk dan hidayah supaya dpt membezakan yg mana baikdan tidak…anda suka ke saudara islam bermusuhan untuk selama2nya? Bila pertumpahan telah berlaku antara sesama islam mungkin barulah puas hati anda!

  11. Raja Kongkiak
    August 16th, 2012

    Pas dan macam belacak yang hilang selut. tak tau dah nak mengodek macam mana. Pas dan gelabah macam anak tapir tersedak buah keriang dot.Sebagai pasrti yang kalau nak kira pasai umoq,,kira dah baligh banyak laaaa Tapi takutnya pada seseorang terutama orang di dalam parti itu sendiri dan seperti budak budak takut kat cerita hantu tarak gigi. Kalau pas ingat ustaz nasha dah tak derrr maknerr nya di dalam pas..apa nak kisah sangat..nihhhh…dah naik botak pemimpin pas punya perah otak nak buat ulasan.Bukan apa…nak masuk lain nak jadik CALON laa tuhhh hahahahaahahaah..yang dok mamai nak ganti ustaz Nashruddin pun bukan sikit..pikiaq ambik laaaa

  12. Santrang
    August 16th, 2012

    PAS sepatutnya menjadi parti politik melayu yamg positif bersama-sama UMNO melindungi bangsa, Agama dan Raja, inilah saja Negara orang Melayu, kalau jadi pembangkang pon harus menjadi pengimbang kepada UMNO agar UMNO tidak tergelincir daripada politik asas Negara Melayu.Orang Cina dan India tidak perlu risau tentang negara mereka, kerana negara mereka telah sedia ada dan tidak tergugat walau apa pon kaedaan melanda dunia, tapi orang melayu dengan negara sekangkang kera ini yang hendak diperjudikan, malang sungguh bangsa melayu mendapat pembangkang sebangsa yang tidak tahu bermain politik.

  13. Pasdaplaknat
    August 17th, 2012

    Tgk tu, hujah org sakit otak leman agama bujuk. Dia ‘bariman’ dgn PAS sehingga tk ketahuan hala lg apa yg ditaip itu betul atau slh disisi prinsip Islam!

    Bujuk rosak ni sgt risau bersatu dgn UMNO tp lupa DAP lh yg membonekakan PAS sehingga buang agama!

    Aku tk risau tntng Ust Nasha sbb dia dijalan benar, dia pasti dpt lindungan dan Rahmat Allah bersama DSNajib yg berfikir soal ummah. Biarlh Rejim PAS yg diketuai oleh bapa munafik sesat itu menghina atau menghukumnya pasti besar jihad disisi Allah melawan boneka kuffar PAS Laknatullah ini!

  14. Pasdaplaknat
    August 17th, 2012

    Bujuk hang sakit hati mcm mnpun dgn tahaluf Ust Nasha dn DS Najib dlm maslahat ummah, disisi Allah ia adalah satu kemuliaan. Hang kutuk dn hina mereka mknanya hng hina syariat Allah yg perintahkn kita berdamai pd tali agama..!

    Hujah hng xdk nilai lg melainkn sudah capai level sekukar yg amt dhsyat! Sama taraf dgn pemikir Kafir DAP

  15. Pasdaplaknat
    August 17th, 2012

    SUBHANALLAH… Dlm suasana perpaduan ummah dn barakah ulamak besar..
    Inilah Keindahan Islam bro!! Inilh cara Islam yg PAS tentang dan haramkan pd cai mereka!!

  16. mamu
    August 17th, 2012

    Hujah macam ni sudah menjelaskan hati kau di saluti perasaan benci dan dendam terhadap nasha, sebab kebenaran tidak mampu mengubah hati kau, hanya bisikan iblis yang menjadi pedoman kau bujuk, alahai….

Leave a Reply

Type your comment in the box below: