14
Aug

Kafir Harbi Tidak Wujud Kerana Tiada Negara Islam atau Negara Islam Tidak Wujud Kerana Ada Kafir Harbi Menentang?

 

Gara-gara ingin terus ‘bersekedudukan’ dengan DAP, yang telah difatwakan haram oleh para Mufti dan juga Ulama-ulama pondok, maka PAS hari ini menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi.

Alasan yang diberi oleh PAS ialah selagi tiada Negara Islam yang sebenar maka tidak mungkin wujud golongan kafir harbi. Kenyataan ini dibuat oleh Dato’ Dr. Haron Din dan disiarkan di dalam Harakah, serta pantas dipetik oleh blog-blog dan laman web pro-pembangkang. Dengan pantas juga Lim Kit Siang membuat kenyataan menyokong kenyataan PAS tersebut bahawa dirinya bukan kafir harbi.

Jika kafir harbi tidak wujud kerana tiada Negara Islam sebenar mengikut kaca mata PAS, maka mana mungkin Negara Islam PAS itu wujud selagi ada kafir harbi yang menghalangnya? Dan PAS pula yang membantu mereka?

Kenyataan Haron Din tersebut bolehlah diumpama masalah telur dengan ayam – yang mana dulu yang mana kemudian?

Kafir harbi mengikut istilah mudah adalah golongan kafir yang memerangi Islam.

Adalah tidak mungkin Lim Kit Siang akan mengaku yang dirinya memerangi atau membenci Islam. Tentulah beliau bukan ahli politik yang berjaya jika beliau mengaku terang-terangan bahawa beliau membenci Islam dan orang Islam.

Namun, kebencian Kit Siang terhadap Islam dan orang Islam (Melayu) telah terakam dalam sejarah. Malah tidak salah rasanya jika kita memberi gelaran kepada beliau sebagai Bapa Perkauman Malaysia. Telah tercatat kemas dalam laporan Mageran mengenai tragedi 13 Mei 1969 tentang bagaimana Kit Siang menyemarakkan api perkauman melalui kempen DAP dalam pilihanraya yang diadakan pada 10 Mei 1969.

Akibat kempen yang berapi-api membenci Melayu di samping meniupkan semangat keangkuhan Cina DAP yang akhirnya membawa kepada perarakan besar-besaran kaum Cina ke kawasan Melayu, yang mana melanggar permit yang dikeluarkan kepada mereka, maka berlakulah pertumpahan darah. Dalam perarakan tersebut slogan yang dibawa DAP ialah: ‘Malai Si’. atau “Mati Melayu”. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. “KL sekarang Cina punya”.“Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”“Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.“…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Jika kata-kata di atas bukan membawa makna membenci dan memerangi Melayu Islam, maka apakah ia?

Jelas, agenda DAP tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini iaitu ingin menghalau Melayu.

Dan ini telah pun terbukti sejurus selepas mereka menguasai Pulau Pinang di mana kaum Melayu dihalau dengan cara tersusun dengan merobohkan kampung-kampung mereka serta membina kediaman kos tinggi dan mewah agar menyukarkan kaum Melayu memilikinya. DAP juga berusaha untuk merancang untuk membina cawangan Universiti Nanyang di Pulau Pinang sekali gus menambah bilangan kaum Cina dan menyekat pendudukan kaum Melayu di tengah-tengah bandar itu.

DAP turut menunjukkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan menerapkan kebencian terhadap kakitangan kerajaan serta pihak berkuasa seperti polis dan SPRM semata-mata kerana institusi tersebut dipegang oleh Melayu. Jika kita layari laman-laman sosial penyokong DAP, kita akan dapati ramai di antara mereka secara terang-terangan meluahkan kebencian terhadap Institusi Raja serta mempertikai pemakaian nama ‘DiRaja’ bagi pasukan keselamatan negara.

Suatu ketika, DAP juga telah enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.

Pendek kata, sikap DAP yang memerangi Melayu Islam begitu nyata, terang lagi bersuluh.

Hanya PAS sahaja yang menafikannya. Bukan sahaja menafi, malah membela dan sanggup menjadi anjing kurap meniarap tengah jalan menentang Raja-raja Melayu bagi pihak DAP. Lebih dahsyat lagi, PAS juga mengiakan sahaja bila DAP ingin menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Melayu melalui Injil berbahasa Melayu dan penggunaan nama Allah S.W.T. di dalam risalah dakwah mereka.

Jika DAP bukan kafir harbi, maka apakah mereka?

Apakah hanya apabila DAP mengangkat senjata memerangi kita sepertimana yang berlaku di Rohingya maka barulah DAP menjadi kafir harbi? Namun, ini juga tidak tepat jika mengikut huraian Haron Din kerana Rohingya bukan Negara Islam sebenar maka tiadalah istilah kafir harbi bagi mereka juga.

PAS nampaknya masih ketinggalan di zaman jahiliah sedangkan DAP dan dunia keseluruhannya telah melangkah ke era teknologi nano. Dalam kesibukan PAS mengira helaian rambut wanita yang terdedah serta mencongak dosa pahala mereka, PAS tidak sedar bahawa untuk memerangi Umat Islam di zaman ini tidak semestinya menggunakan senjata api. Selalunya, senjata api adalah pilihan atau jalan terakhir setelah umpan mengena, umat Islam terpedaya, menjadi benar-benar lemah lalu penghapusan etnik pun dilakukan.

Apatah lagi di Malaysia, di mana kekuatan tentera dan polis masih berada di tangan umat Islam, iaitu UMNO justeru, mana mungkin DAP memerangi umat Islam dengan menggunakan senjata.

Oleh itu, satu-satunya cara DAP untuk mengalahkan umat Islam adalah dengan mempergunakan umat Islam itu sendiri iaitu PAS untuk menghancurkan sesama sendiri (UMNO). Nampaknya, tidak sukar bagi DAP untuk melakukannya, kerana PAS benar-benar rela dan ‘redha’ menjadi anjing kurap kepada mereka.

Negara Malaysia adalah Negara Islam. Malaysia meletakkan Islam di tempat tertinggi dan mempertahankannya melalui Institusi Raja-raja. Kepimpinan serta pihak berkuasa di Malaysia juga dipegang oleh orang Islam. Malaysia menjadi negara Islam contoh kepada negara Islam lain kerana ia satu-satunya negara Islam yang aman, makmur dan maju serta lantang dan berkemampuan untuk membantu nasib umat Islam negara lain yang tertindas atau ditimpa bencana.

Dan inilah yang menjadi punca DAP tidak senang dan ingin mengambil-alih negara ini. DAP ingin merendahkan Islam atau sekurang-kurangnya meletakkannya setaraf dengan agama-agama lain. DAP tidak senang selagi umat Islam berhak melaungkan azan di subuh hari dan mengganggu mereka tidur. DAP tidak senang selagi arak dan babi tidak boleh dijual dan diratah sebebas-bebasnya di negara ini.

DAP tidak senang selagi agama rasmi Malaysia adalah Islam dan pemerintahnya juga orang Islam.

Dengan menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi dan berdegil ingin terus memeluk dan meruntun tangan DAP ke Putrajaya, maka PAS dengan sendirinya telah meletakkan parti mereka sebagai musuh Islam. Jika undi DAP haram, maka undi PAS juga adalah haram.

Kerana PAS dan DAP kini telah bersatu dari segi roh dan juga jasad walaupun bukan dari segi kata-kata

Ada 20 Comments setakat ini.

  • patuk
    August 14th, 2012 at 8:33 PM

    Bloger goblog guna. Akal berhujah hal agama kalau mca mic tak halang knp umno tak jd kan masia negara islam sepanjang pas menuntut negara islam umno lh jd penghalang satu ketika umno takutkan org cina jng sokong pas nnt kote d potong umno jng lupa islam pun boleh jd kafir kalau tolak hukum islam,umno dh memerintah laksanakan lah hukum islam kalau rasa tanggungjawab pd allah jng jd munafik

  • berlin santa cruz
    August 14th, 2012 at 8:56 PM

    NAK LAKSANAKAN HUDUD LANGKAH MAYAT AKU DULU.
    ORANG KAFIR YANG BERCAKAP BEGINI ADALAH KAFIR HARBI LAKNATULLAH.
    DAN MUSLIM YANG BERSONGKOL DENGAN MEREKA ADALAH MUNAFIK -MUSUH ALLAH YANG NYATA

  • azam
    August 14th, 2012 at 8:58 PM

    Yg kecoh nak buat hudud…Pas.Tetiba umno pulak yg ko kutuk.Bangang tak boleh diajar

  • ntahapa2
    August 14th, 2012 at 9:57 PM

    eh engko ni ntah pa2 sejak bila pulak umno halang??kalo ko rasa blh buat napa negeri kelate 20 tahun memerintah xkn x blh buat?jgn nak kata perlembagaan halang sebab dalam perlembagaan tak kata pun hudud x blh buat korang puak2 pas yang putar belit. umno pun islam jugak…tak kan la orang islam nak tolak hudud sendiri apa la kedongoi sgt otak ang ni…umno cuma kat belum sesuai ja…xkata pon taknak laksana…igt umno ni mcm pas ke ckp ja nak wat hudud tpi tak buat2…akan tiba masa nya hudud akan laksana jugak…tpi bukan msa PR menang nati…sbb kalo menang pun tak tentu pas akan buat komfem 100% sbb pas kena langkah dlu mayat kapal karam tu…hahaha nak hukum hudud terlaksana???jawapan dia mudah umat islam kena bersatu ni tak bila ajak bersatu ja nak syarat apa kes???macam mana syiah blh meresap kat malaysia pun tak tau la waallahualam

  • Anak_Nogori
    August 14th, 2012 at 10:37 PM

    Dr M pernah istiharkan Malaysia negara islam zaman pemerintahan beliau…apa yg PAS dan buat?.

  • korokstabang
    August 15th, 2012 at 1:30 AM

    hang tanya pas nak arap depa jujur jawab ? lebih baik hang tanya tunggul kayu saja, pasai kalau hang tanya pas depa takan jawab sbaliknya depa plak akan tanya hang balik.

    pas juara pasai gebang & janji saja, tang perlaksanaan semua fail.

    muehhhhhahahahahahahaha

  • korokstabang
    August 15th, 2012 at 1:35 AM

    semua yb UMNO kelantan sudah sign setuju sama enakmen hudud pas kelantan mintak depa buat lah di kelantan dulu, tapi pope nick ketar lutut bukan pasai dia takut sama Allah tapi dia lebih takut kalau buat hudud di kelantan nanti dia kena luku sama sigh OKU.

    muehhhhhahahahahahaha

  • salahuddin
    August 15th, 2012 at 5:20 AM

    standart penjual ubat jalanan jer PAS nih, langsung tak ikhlas, semuanya untuk kepentingan politik, pakai otak itik.

  • nik aziz pukimak
    August 15th, 2012 at 7:20 AM

    nik aziz tu pukimak, nak buat camne

  • nik aziz pukimak
    August 15th, 2012 at 7:21 AM

    kelantan dah perintah PAS 22 tahun. mana hukum hudud nya? kedah selangor penang. mana hudud nya. apa pendirian kerajaan negeri.
    pukimak punya nik aziz

  • tengkudin
    August 15th, 2012 at 8:04 AM

    PAS juara ayam berkokok sebelum subuh..bk kat hadi boroi hudud hanya 0.0001% dari hukum islam…

  • jijan
    August 15th, 2012 at 9:45 AM

    Nik Aziz ni kata UMNO tak kasi laksanakan Hudud di kelantan jd Nik Aziz lebih takutkan UMNO dari ALLAH.

  • chephang
    August 16th, 2012 at 2:24 PM

    Dulu memang ya, pas takutkan UMNO pasal nak buat hudud, tapi selepas beberapa kali mesyuarat dan mengkaji strategi pilihanraya serta trend semasa, maka pas dengan cara yang begitu sistematik menukar ketakutan nya dari umno kpd DAP pula. sebabnya ialah pada congakan mereka, selepas ini dap akan pegang putrajaya, jadi buat apa takutkan umno, kiblat ketakutan perlu diubah kpd dap pula. untungnya ialah hudud tidak akan dilaksanakan oleh mereka sampai bila2…

  • freemalaysiakini
    August 18th, 2012 at 12:17 AM

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  • Topup
    August 18th, 2012 at 7:53 AM

    kalau buat hudud di kelantan org pertama kena kerat tangan ialah menantu nik azis dulu , mentua kerat tangan menantu ..hish drama tragis

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 1:27 PM

    “MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,” kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

    “Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor,” kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

  • @helmetbiru,
    August 21st, 2012 at 10:07 AM

    percaya atau tak kafir harbi dari kalangan melayu lebih bahaya dari kafir harbi dari DAP. sebab kafir harbi melayu pun smbut raya gak. mereka ini ibarat musuh dalam selimut. mereka mengaku Islam tetapi mengambil sekular jadi pegangan, lebih bahaya dari DAP yang terang terangan tak mau negara islam. Hanya beberapa pemimpin DAP sahaja yg bantah tapi pemimpin yang lain berdiam dri sahaja. Dari dulu lagi Golongan melayu kafir harbi ini sejak zaman british asyik kritik hudud. ada seorang pemimpin besar mereka pernah berkata negara akan huru hara kalau laksana hudud.

  • @helmetbiru,
    August 21st, 2012 at 10:08 AM

    nik aziz tak pernah tinggal solat 5 waktu

  • raplahjingaa
    August 27th, 2012 at 7:06 PM

    hmmm…adi boroi kata dalam Quraan tak ada negara Islam…apa yang hangdok merepek ni bujuk ?

  • akuantiPAKATAN
    August 27th, 2012 at 9:57 PM

    Keluar pulak fatwa baru dari Tuan Guru @helmetbiru. Kafir harbi Melayu. Sorang lagi yang kafirkan orang Melayu Islam. Kau ni tertinggal keretapi kot. Kafir mengkafir ni kerja Hj Hadi, itu pun berpuluh tahun sudah. Amanat kau ni saling tak tumpah macam amanat Hj Hadi cuma moden sikit je.

    Kalau kencing pun masih berterabur tak payah nak kafir2kan orang la bro.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.