11
Aug

Ahli PAS Masuk Neraka Jika Hudud Gagal Dilaksana

 

Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya.

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.

Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud.

Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini?

Oleh kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga.

Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.

Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.

Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.

Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama.

Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.

Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa. Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.

Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?

Beruang Biru

Ada 10 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    August 11th, 2012 at 11:07 AM

    Apabila pertikaian mengenai hudud timbul kita terasa macam menonton sketsa raja lawak diastro. Kerana apa, kerana perkara berkarat yang sering dipaparkan dimasa masa tertentu , dimusim tertentu untuk tujuan satu. Tujuan memapar kehebatan diri yang konon dia lebih tahu pada orang lain tentangnya dan orang lain mudah dikelentong serta ditemberang atas isu itu.

    Kegagalan mereka berbuat lebih untuk menegakkan nya, orang lain
    dipersalahkan kononnya orang lain tidak islamic, memerintah tidak mengikut syariat dgsbnya.

    Putar belit puak ini terlalu memualkan dan jika dilayan boleh mengurang pahala berpuasa.

  • rosmah altantuya
    August 12th, 2012 at 1:16 AM

    sapa yang cakap hukum hudud tidak berpaksi kpd realiti???

  • korokstabang
    August 12th, 2012 at 3:32 AM

    hang tanya pasai berpaksi kepada realiti

    hang kena paham bila kenyataan yang di buat oleh pas ” HUDUD TIDAK SEMESTINYA DI LAKSANAKAN ”

    TIDAK SEMESTINYA bermakna TIDAK WAJIB,
    perkara yang wajib mestilah di laksanakan, ada paham

    muehhhhhahahahahahahahaha

  • mRsTURDY
    August 12th, 2012 at 9:51 AM

    Islam tidak dapat menumpang teduh dalam perjuangan PAS yg pada hakikatnya tiada bermatlamat? Kalau ada matlamat pun hanya untuk memenuhi tuntutan puak2 kufur. Sedangkan puak kufur itu tak pernah lekang dlm hati mereka untuk menghancurkan Islam! Suroh Al-Imran Ayat 118: “Wahai orang2 yg beriman! janganlah kamu mengambil menjadi teman kepercayaanmu orang2 yg di luar kalanganmu kerana mereka tidak henti2 menimbulkan kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yg menyusahkan kamu. Telah nyata daripada mulut mereka kebencian dan apa yg disembunyikan dalam hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kpdmu ayat2 Kami, jika kamu memahaminya “.

  • PASpartyNGOK
    August 12th, 2012 at 11:03 PM

    Bapak aku cakap. Mungkin bapak kau lain pendapatnya.

  • bangKano
    August 13th, 2012 at 1:47 AM

    Hang ni meghamun apa? hukum hudud tokm leh jadi realiti keghana realiti jugak. Hang pi baca keputusan mantan hakim mahkamah Tun Abbas dia kata Malaysia memang negara sekular keghana mengamalkan undang undang sekular. Hudud tak leh di laksanakan keghana realiti pelbagai etnik,agama & budaya.

    Hakim Abbas adala penyokong tegaq PAS tapi pasai pa hang tak mau pecaya kata kata mantan hakim PAS ni ???

  • sulaiman
    August 14th, 2012 at 5:32 AM

    di semua negeri yg pakatan perintah, tiada menunjukan peningkatan syiar islam pun…..UMNO dan BN dah buat lama….apatah lagi nk jalankn hudud….slogan politik sahaja!!!Nak perkenalkan dinar emas dengan cara riba’…takdak teloq, cabarlah kerajaan supaya perlembagaan diubah.Jadi balaci DAP, macam lembu kena cucuk hidung. Guan Eng jadi PM woi…DAP punya kerusi 2 kali ganda PAS, sokongan org islam semakin berkurangan. DAP dan aljuburi lebih mahir main politik berbanding berbanding org PAS ori….1malaysia semakin diterima, persepsi & mood rakyat selesa, kenaikan harga barang & petrol bukan menjadi isu lagi. Di pihak PR, tiada satu pun janji janji yg ditaburkan sebelum 2008 tertunai, 4 tahun setengah PR tak mampu membawa perubahan yg baik malah membusukan negeri negeri yg ditadbir .Transformasi telah merubah pola sokongan pengundi pada PRU13 berbanding PRU12. Politik Malaysia berada di liga tersendiri. Fitnah menjadi makanan, senjata, ceramah, harakah demi nafsu serakah.

  • IloveIslam78
    August 16th, 2012 at 3:43 PM

    PAS tinggal hamPAS je…….huhu,,,kesian tul jadi kuda tunggangan parti DAP yang jelas2 anti islam….kemanakah akal mereka yang diANUGERAHkan oleh ALLAH TAALA? Xkan langsung xlh pikir yang mana salah dan yang mana betul?

  • Fahim
    August 28th, 2012 at 3:59 PM

    Best bile tengOk Org yg x berfikir berhujah, pendek kate hudud hukum Allah, bukan hukum manusia, bukan menjadi kewajipan PAS je nk mengamalkan hudud, sebaliknya da menjadi kewajipan semua yg bergelar Muslim.. kalO bercakap HUDUD, sume akan cakap PAS, PAS itu, PAS ini, kesian sebenarnye bile tengOk Org yg gune nick name, I LOVE ISLAM la, yg kOnOn2 nye mencintai sangat ngan agama, tp ape yg dibuat, nama cume nama je, hakikatnya mungkin kehidupan nye membelakangkan agama, Wallahua’lam sape la yg tau kn.. ape ade pade mahkamah dunia?? baik bersedia nak menempuh Mahkamah Akhirat Kelak..

    -> bile sebut pasal DAP, jangan lupe sebut pasal MCA juge ye?? MCA yg kelihatan lagi keras penentangan nya terhadap ISLAM, sehingga mengugut untuk keluar parti.. dimana ilmuan2, pemimpin2 UMNO/BN yg beragama ISLAM?? tak dengar bunyi ape pOn sume senyap, sebab ape?? mungkin sebab takut MCA keluar dari BN agaknye, ishkk.. kesian tengOk nye, x payah Org cakap pOn kite bOleh tau sape tunggangan sape sebenarnye.. samaada PAS tunggangan DAP, atau UMNO/BN TUNGGANGAN MCA..:)
    Ye aku mengaku aq penyOkOng gerakan ISLAM, kalO di MALAYSIA aq bersama Parti Islam Semalaysia, selagimana parti ini memperjuangkan Agama Islam (PAS).. sekian, mekaseh..
    serOnOk bile membaca entry2 yg di pOst, baru “terbukak” sikit pemikiran..hahhaahaa :D

  • Crk
    August 29th, 2012 at 3:08 PM

    isk, isk,..kesian kat fahim, nama tidak melambangkan maksud sebenar….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.