Nik Aziz Nyanyuk, , , , " />

PASTI Gagal: Anak Kecil Diajar Untuk Taksub Kepada Pemimpin PAS?

Anak-anak kecil merupakan diantara aset utama sesebuah negara kerana mereka akan menjadi penentu kepada masa depan negara tersebut. Kerajaan Persekutuan Malaysia amat menitik beratkan pendidikan awal dan ini adalah pencetus kepada penubuhan tadika dan tabika KEMAS. Kini projek PERMATA NEGARA telah diadakan bagi menaikkan lagi taraf pendidikan awal selaras dengan visi dan misi kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 nanti. Kerajaan Persekutuan Malaysia juga mengalakkan penubuhan pusat-pusat pendidikan awal swasta yang mempunyai keunikan dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran agar rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan awal pilihan mereka.

Namun begitu usaha murni kerajaan persekutuan ini telah dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk menyebarkan ideologi sempit mereka. Persoalannya adalah, adakah ini satu perancangan rapi sesetengah kumpulan untuk memastikan kesinambungan ajaran sesat mereka diteruskan? Ataupun ia merupakan satu gerakan untuk menyemai benih ketaksuban di dalam jiwa anak-anak kecil ini? Apapun natijahnya, tindakan mempolitikkan anak-anak yang belum akhil baligh adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan satu institusi pendidikan yang secara terang-terangan menyebarkan ideologi Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PASTI diasaskan pada tahun 1970an dengan nama Tadika Islam. Pengurusan Tadika Islam telah diserahkan pula kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pada ketika itu merupakan NGO yang amat kuat sokongannya kepada PAS. Setelah berlaku perpindahan pengurusan Tadika Islam telah ditukarkan namanya kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI). TASKI diseluruh Malaysia diuruskan oleh ABIM, hanya di Negeri Terengganu dan Kelantan sahaja TASKI diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri masing-masing. Dewan Pemuda PAS Kelantan telah menukarkan nama TASKI kepada Putera Islam manakala PAS Negeri Terengganu masih mengekalkan nama TASKI. Hanya pada 6 Mei 1987 Dewan Pemuda PAS dengan secara rasminya menubuhkan PASTI, sebuah pusat pendidikan awal yang bertujuan kononnya untuk mendidik anak-anak ahli PAS tentang Islam mengikut acuan pemikiran singkat mereka. Sehingga kini, terdapat lebih 30 PASTI di seluruh negara.

Pada luarannya, PASTI tidak ubah seperti mana-mana institusi pendidikan awal yang lain, anak-anak yang menuntut di PASTI diajarkan dengan asas-asas fardhu ain dan juga pengenalan tentang agama Islam. Doa-doa ringkas dan ayat-ayat lazim turut diajarkan kepada anak-anak kecil ini. Pakaian murid turut mencerminkan betapa “Islamiknya” institusi pendidikan tersebut. Namun begitu sekiranya dilihat dengan lebih dekat PASTI tidak berpusat kepada Islam, tetapi lebih kepada ajaran jumud PAS.

Dinding-dinding kelas di setiap PASTI di seluruh negara dihiasi dengan gambar-gambar pemimpin PAS. Seperti satu tokong pemujaan, para murid di PASTI perlu menghafal nama-nama pemimpin PAS agar ketaksuban dapat disemai sejak umur mereka masih kecil lagi. Selain dari itu, anak-anak kecil ini juga diajarkan untuk menyanyi lagu parti PAS. Ya! Mereka diwajibkan untuk menghafal lagu rasmi PAS dan akan dipaksa untuk menyanyikan lagu tersebut setiap hari. Selingan-selingan isu politik juga diajarkan kepada anak-anak ini disamping silibus pelajaran yang jelas diambil remeh oleh para guru PASTI.

Silibus pengajaran dan pembelajaran PASTI (P&P) dikawal selia oleh pihak PAS pusat melalui “Jabatan Pendidikan PAS” yang terdiri daripada mereka yang begitu taksub kepada parti tersebut. Kesannya, walaupun sudah dua mengikuti kelas di PASTI, anak-anak kecil ini masih lagi tidak mampu untuk mengenali apa itu nombor dan huruf, apatah lagi mengira atau membaca. Malah ada anak-anak kecil yang masih lagi tidak tahu mengenal warna dan nama-nama binatang walaupun telah mengikuti kelas PASTI selama setahun, ini merupakan kegagalan nyata PASTI dan ia tidak patut diambil remeh. Penulis sendiri telah bertemu dengan beberapa ibu bapa yang telah mengeluarkan anak-anak mereka dari terus hanyut dibawah ketaksuban PAS. Mereka dengan jelas tidak mahu membiarkan anak-anak mereka terus dipergunakan bagi menjayakan pelan jahat sebuah parti yang telah tersimpang jauh dari tujuan asal penubuhan mereka.

Yuran PASTI tidaklah murah jika dibandingkan dengan yuran institusi pendidikan awal lain. Untuk menghantar seorang anak ke PASTI ibu bapa perlu mengeluarkan RM 30.00 yuran pendaftaran, RM 70.00 yuran tahunan, RM 120.00 yuran bulanan, RM 60.00 untuk pakaian seragam, RM 62.00 untuk alat tulis, RM 100.00 untuk alat bantuan mengajar, RM 40.00 untuk aktiviti sukan dan buletin bulanan dan RM 2.00 untuk insuran takaful. Jumlah keseluruhan untuk mendaftarkan seorang anak ke PASTI adalah sebanyak RM 484.00. Ternyata PASTi bukanlah bertujuan untuk mendidik secara ikhlas tetapi sebagai satu perniagaan oleh pihak PAS dan sekutu mereka. Cuba bandingkan pula dengan yuran institusi pendidikan awal yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah seliaan KEMAS. Jika ibu bapa ingin menghantar seorang anak ke Tadika Kemas, yuran yang perlu dibayar adalah RM 10.00 untuk pendaftaran (pembayaran hanya sekali sepanjang pengajian) dan RM 25.00 (setahun). Anak-anak yang mengikuti kelas di Tabika Kemas juga akan dilindungi insuran dimana bayarannya adalah termasuk di dalam bayaran yuran pendaftaran. Buku aktiviti dan alat tulis disediakan secara percuma setiap tahun. Jumlah keseluruhan untuk perbelanjaan seorang anak adalah RM 35.00 setahun dan tiada yuran bulanan dikenakan.

Selain dari itu setiap anak yang didaftarkan untuk mengikuti kelas Tabika KEMAS akan diberikan Geran Perkapita sebanyak RM 100.00 setahun. Manakala bagi anak-anak yang datangnya dari keluarga miskin akan diberikan Geran Perkapita Khas sebanyak RM 150.00 setahun. Bukan hanya bayarannya murah, tetapi diberikan pula wang bantuan untuk memudahkan anak-anak ini belajar. Bagi keluarga yang tidak mampu, turut diberikan sumbangan berbentuk baju, beg, pakaian sukan dan macam-macam lagi supaya anak-anak yang berasal dari keluarga miskin dapat mengikuti kelas dengan selesa bersama rakan-rakan mereka yang lain.
Silibus KEMAS dilengkapi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan anak-anak ini dimasa hadapan. Bukan sahaja ilmu duniawi diajarkan tetapi, anak-anak kecil yang mengikuti kelas Tabika Kemas akan turut diajarkan ilmu kerohanian. Bagi murid-murid yang beragama Islam, mereka diajarkan asas Fardhu Ain secara intensif dan praktikal. Manakala bagi murid-murid yang bukan beragama Islam pula akan diajarkan matapelajaran moral bagi membina sahsiah yang baik dan perilaku cemerlang. Guru-guru yang bertugas di tabika Kemas bukan calang-calang. Untuk meningkatkan tahap professionalisma dan kualiti pendidikan, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah memastikan bahawa guru-guru tabika KEMAS diberikan kursus dan latihan lanjut. Pada 12 Julai lalu, KEMAS telah menaja seramai 3,621 guru yang sedia ada untuk mengikuti kursus diploma pendidikan awal secara sepenuh dan separuh masa. Guru-guru Tabika Kemas ini ditempatkan di Universiti Perguruan Sultan Idris untuk melanjutkan pelajaran mereka. Bayangkan, hanya denga RM 35.00, anak-anak kecil ini dapat mengikuti kelas pendidikan awal terbaik, malah dikatakan taraf pendidikan Tabika KEMAS kini adalah mengikut standard piawaian pendidikan awal kanak-kanak antarabangsa.

Ternyata, PAS telah gagal dalam pengurusan PASTI dan tidak sepatutnya bermegah dengan kewujudan institusi tersebut. Tidak seperti KEMAS yang menyediakan platform pengajian tanpa prejudis, PASTI yang bersandarkan perjuangan sesat PAS dan bertujuan untuk mengaut untung semata-mata ternyata akan menyebabkan negara mengalami kerugian dalam konteks pembangunan pendidikan kanak-kanak, sekaligus merencatkan pembangunan modal insan yang amat diperlukan oleh negara ini. Adalah lebih baik PAS melakukan “damage control” dan menghentikan operasi PASTI, supaya ia tidak lagi dapat merosakkan pemikiran suci dan bersih anak-anak penyokong parti jumud mereka.


Posted by Che_Yan on August 2nd, 2012 :: Filed under Che_Yan,PILIHAN RAYA 2013,RENCANA
Tags :: , , , ,
You can leave a response, or trackback from your own site.

34 Responses to “PASTI Gagal: Anak Kecil Diajar Untuk Taksub Kepada Pemimpin PAS?”

  1. kukukambing
    August 2nd, 2012

    Nama nya tadika PASTI
    Bertepatan dengan nasib
    anak anak ini yang PASTI akan SESAT
    sesesat PARTI AJARAN SESAT dipimpin
    oleh ularmak jahat yang sesat lagi menyesatkan

  2. bangKano
    August 2nd, 2012

    Pemimpin teringgi PAS telah mendoktrin kanak kanak supaya menyokong perjuangan parti depa sekali gus membenci kerajaan sedia ada.

    Kaedah depa ni seakan akan yang pernah di laku kan oleh rejim komunisme China Mao Tze Tong ato Soviet Union Karl Marx pada rakyat nya melalui sistem pendidikan negara.

  3. pasdaplaknat
    August 3rd, 2012

    PAS bukan terapkan agama sgt tetapi terapkan kebencian pd UMNO sejak dr usia mumayyiz sehinggalah tua bangka nak mampos. Maaflah ckp kasar tp isulah realiti PAS.

    Yg tua kering nk mampos pun mulut dan hati masih gagah membenci sesama Islam hnya krn org itu UMNO.

    PAS cedok doktrin org kafir utk tanam kebencian melampau pd org UMNO!

  4. PASpartyNGOK
    August 4th, 2012

    Tiada dakwah ugama dalam pas. Ini kerana pas hanya sebuah parti politik yang terlalu kepingin kuasa. Jika mereka mendabik dada dengan keislaman mereka yang sekadar berketayap dan berjubah,(kerana tiada puak lain berimej begini selain mereka) dan bertakbir mengiring pemimpin, belum memadai sebenarnya . Mereka seharusnya tunjukkan credential diatas pencapaian cemerlang mereka.

    Credential saperti berapa kafir yang mereka islamkan tiap bulan dan berapa jumlahnya dalam setahun. Pastinya tak ada kerana yang ada ialah sebaliknya dengan mengkafirkan orang islam. Berapa masjid dan surau yang mereka bina dan berapa ramai umat yang berjaya mereka tarik kemasjid kesurau berjemaah besama mereka. Tak ada, sifar….

    Malah mereka dilihat menggalak industri arak ketahap memecat ahli yang menentang dasar pincang mereka. Alasan mudah ialah untuk menjaga hati rakan mereka.

    Justeru, wahai umat pas yang rasakan diri terlalu islam, lebih islam dari orang lain… tampilkan kedepan untuk tunjuk SATU dalil saja. Supaya kita yakin dan dapat bersetuju bahawa anda memang kedepan dalam keislaman anda.. dan demi agama kami ingin mengikut jejak anada . Jejak dalam agama bukan jejak dalam fahaman politik anda.

  5. yon76er
    August 5th, 2012

    semua tahu yg mereka nie memang jenis semcm tuuuuu…kita saja yg kena ingat pada sapa kita serahkan ank2 kecil kita utk menimba Ilmu….

  6. bad
    August 5th, 2012

    memang betul apa yang dipaparkan disini,contohnya ada satu Tadika Pasti di Taman Seri Mahkota di Kuantan…Parti PAS memang menggunakan Tadika tersebut untuk tujuan ceramah mereka…memang tak paham la orang melayu ni…..sayang anak-anak yang masih kecil ditanam sikap membenci sesama Islam….tolong la diorang tak tahu apa-apa

  7. joe
    August 7th, 2012

    em Pas tidak ubah seperti kerajaan Korea Utara yang mempengaruhi kanak2 dari kecil utk menyokong pas walaupun mereka yang sepatutnya belajar mengenai nombor dan huruf…

    ilmu kira2 dan sains…
    bukannya politik,sayang pas yg kuat dan lantang memperkatakan hak rakyat.
    tetapi mengabaikan hak anak2 kecil yg tidak tahu apa2 ttg politik

    Pas kini tidak lagi lantang melaungkan islam,tetapi lantang melaungkan hak rakyat….

    PAS tidak ubah seperti Kerajaan Komunis Korea Utara yg sanggup brain wash kanak2 yg kecil demi perjuangan parti…..

  8. ayiez
    August 9th, 2012

    PASTI kira ok la ajar anak-anak kecil berlandaskan islam dari ajar anak-anak kecil menyanyi menari macam kt kemas.tok ape sume tu???tu la ajaran sekular yg nak ajar anak-anak kecil ni, bila dah besar nanti p tengok konsert k-pop…

  9. melayu_islam
    August 14th, 2012

    umno2…memang x de isu…penyakit hasad dengki x habis2…bebudak pasti pon nk buat isu…Pasti pusat pndidikan kanak2 berteraskan islam sjk kanak2..pndidikan fardhu kifayah yg lain pon ade…

    apa yg orang x puas ati??…banding dgn pndidkan sekular kemas???mana yg lebih menguntungkan dunia dan akhirat…x mhu ke anak2 korang sjk kecil dah pandai agama..bile bsr blh doakan korang bile dah mati…nk harapkan pndidikan sekular skrg…kemana akhlak ank2 mude kite masa kini…

    pasal terap sokong pas dlm pasti/guna pasti utk program pas..ade mslh ke…tu bangunan pas yg beli/sewa…yg amno guna balairaya/tadika kemas buatprogram amno macm harta mk bapak korang sndiri pdhal tu harta kerajan…

  10. ana islam
    August 15th, 2012

    hey….2 ekoq melayu diatas ni mesti ternakan dari PASTI…bodoh tak boleh diajar.

  11. PAS najis
    August 21st, 2012

    Lepas diternak, dah besar jadi jadi binatang suruhan PAS Syiah.

  12. Eaddy Kuantan
    August 29th, 2012

    PAS=parti ajaran syiah

  13. zueyusof
    August 29th, 2012

    As Salam,
    sebelum memberi komen, ingin saya jelaskan, saya bukan ahli PAS dan bukan juga penyokong PAS. Namun saya tidak bersetuju dengan tulisan penulis blog dengan fakta yang tidak tepat tentang PASTI.

    Izinkan saya berkongsi pengalaman sebagai “orang luar” yang menghantar anak-anak ke PASTI. Anak-anak saya (sekarang 9 dan 7 tahun) kedua-duanya saya hantar ke PASTI di dua negeri berbeza. Yang sulung PASTI di Alor Gajah, Melaka, dan yang kedua sebuah PASTI di Pasir Gudang, Johor. Anak ketiga insyaAllah akan tetap saya hantar ke PASTI tahun depan. Kami berdua lulusan luar negara dan mahukan pendidikan awal kanak-kanak yang seimbang dunia dan akhirat untuk anak-anak kami. Sewaktu tinggal di Melaka, di kawasan kami, hanya PASTI yang menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang menepati kehendak kami, jadi kami hantar anak ke situ.

    Sepanjang 2 tahun anak sulung saya belajar di PASTI, tidak pernah sekali pun dia menyebut nama pemimpin-pemimpin PAS di hadapan saya, malahan dia sendiri tidak dapat mengaitkan hubungan antara PASTI dan PAS! Yang saya ingat, ayat seribu dinar dan ayat kursi juga asmaul husna memang selalu dihafal anak saya di rumah dan semasa hari terakhir di sekolah, itu juga pesanan cikgu anak saya: “sentiasa amalkan ayat seribu dinar dan ayat kursi, jangan lupa baca setiap hari”. Saya hadir setiap kali ada hari terbuka di PASTI dan pusat asuhan mereka sama seperti pusat asuhan lain, tiada beza! Di Pasir Gudang, Johor juga keadaannya sama. 2 tahun anak kedua di PASTI, tiada seperenggan pun lagu-lagu yang boleh mendoktrinkan anak saya kepada PAS diajarkan kepada anak saya. Saya, walaupun bukan ahli dan penyokong PAS, berkawan baik dengan guru-guru PASTI anak saya. Mengapa? Sebab kita saudara seislam. Dahulukan Islam, baru politik. Jangan jadikan politik sebagai dinding pemisah hubungan kita sesama islam.

    Berdasarkan kepada pengalaman sendiri, saya rasa penulis kurang tepat dalam memberikan fakta dan ada juga yang berbaur fitnah. Mungkin ada PASTI seperti yang dinyatakan penulis, sebab ia bergantung kepada pihak pengurusan PASTI itu sendiri. Harapan saya, elok sekiranya contoh yang diberi itu lebih spesifik. Jangan pukul rata semua PASTI, kerana mereka memang ternyata menyumbang kepada pendidikan awal yang baik untuk anak-anak kita. Sejuk hati bila mendengar anak-anak seawal usia 5 dan 6 tahun mampu manghafal surah-surah lazim.

    Wslm,
    zyusof, Pasir Gudang.

  14. bengah@serling
    August 29th, 2012

    PASTI akan terus beroperasi
    Sukarela atau terpaksa ahli
    Jika ke KEMAS,akan curigai
    Ahli Pas taksub pupuk PASTI

    PASTI hala serampang duamata
    Ruang pekerjaan muslimahnya
    Lokasi aktiviti anggotanya
    PASTI hidup jika taksub ada

  15. dolly
    September 1st, 2012

    HA HA HA…MANA HANG TAU YANG PASTI AJAR BERLANDASKAN ISLAM SAJE BEB..YAKIN SANGAT KE HANG..ANAK HANG BELAJAR KAT PASTI KE HA…HA HA HA..JGN JADI MUNAFIK..

  16. sifugino
    September 2nd, 2012

    saya setuju mgkin bkn smua pasti begitu. sy ada pengalaman pada tahun 2008. sy dtg ke pasti sg. abog, muar, johor utk mendaftar anak sy. bila masuk ke dlm bangunan pasti sy terkejut kerana frame2 di dinding terpampang gambar2 pemimpin pas. bahagian blkg kulit buku latihan ada gambar salahudin ayub. sy ambil masa hampir stgh jam untuk meninjau gambar2 dan membaca polisi, misi, visi di dinding. akhirnya sy keluar dan cari tadika islam lain. x jauh dari situ ada sebuah tadika islam di bawah pengurusan masjid jamek sg abong. beroperasi di bangunan lama masjid. alhamdulillah..

  17. Tap Payah Tau
    October 5th, 2012

    Assalamu’alaikum.

    Bak pepatah Melayu.., “Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung..” Maka.., kalau nak indoktrinasi dan ‘conditioning’ manusia biarlah dari usia kanak-kanak.

    Kalaupun anak sulung anda tidak pernah sekali pun menyebut nama pemimpin-pemimpin PAS dihadapan anda.., namun masakan dia (sebagai anak kecil) mampu mengaitkan hubungan antara PASTI dan PAS..? Sebab anak anda itu belum lagi mendapat pendedahan politik..!

    Adalah menjadi hak & pilihan anda menghantar anak-anak anda kemana-mana tabika atau tadika. Namun anda jangan pula tersilap pilih. Kalaulah maksud anda semoga anak-anak mendapat asas-asas ajaran agama Islam, maka itu adalah niat yang baik dan murni. Namun kalau anak-anak anda di’doktrinasi’ oleh unsur-unsur yang berbau politik.., maka itulah adalah suatu kesilapan besar buat masa depan mereka..! Indoktrinasi sedemikian pastinya akan membawa kepada pemikiran terkongkong serta menyemai sikap prejudis apabila kanak-kanak itu semakin membesar.

    Memanglah baik sekiranya anak-anak anda menghafal Ayat Seribu Dinar, Ayat Kursi serta Asmaul Husna. Namun jangan pula silap-silap haribulan kerana ketaksuban puak politik tertentu, maka anak-anak anda mampu menghafal pula nama-nama para-pemimpin parti politik tertentu.

    Baguslah kalau anda mampu hantar anak-anak anda ke Tadika PASTI.., sebab maklumlah anda suami-isteri adalah para lulusan luar negara, maka pastinya anda mampu menghantar mereka ke tadika yang agak ‘costly’ jugak, berbanding tadika KEMAS yang hanya buat mereka yang ‘marhain’ dan kurang mampu…, agaknya lah.

    Memang bagus kalau anda berkawan baik dengan guru-guru PASTI.., sebab mereka juga adalah saudara kita sesama Islam. Namun dikhuatiri kalau-kalaulah PASTI itu bersifat dan berbau politik.., maka nawaitu mereka adalah tidak ikhlas dan tidak murni, walaupun ‘form’ mereka adalah bersifat agama, namun ‘substance’ mereka adalah berniatkan & bermatlamatkan politik..!

    Perlu diingatkan bahawa Parti PAS itu tidak pun mendahulukan Islam.., malah mereka lebih mendahulukan kepentingan politik..! Ini jelas dapat dibuktikan apabila dahulunya perjuangan PAS adalah untuk mendirikan sebuah Negara Islam.., namun kini mereka lebih selesa memperjuangkan pula bagi mengadakan sebuah Negara Berkebajikan. Oleh sebab ‘political expediency’ maka PAS sanggup tunduk kepada tuntutan parti Kiasu DAP yang enggan samasekali menerima konsep Negara Islam di Malaysia. Itulah dia keadaannya apabila politik mendahului Islam.., sebagaimana yang telah dilakukan oleh PAS..!

    Kalaupun ada keadaan sebegitu di mana-mana Tadika PASTI seperti yang dinyatakan penulis ruangan blog ini, maka itu sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa PASTI sudahpun mengizinkan puak politik tertentu untuk meresapkan agenda politik mereka yang jumud.., terhadap kanak-kanak yang kecil..!

    Memang sejuk hati bila mendengar anak-anak seawal usia 5 dan 6 tahun mampu menghafal surah-surah lazim. Namun.., jangan pula anda terbeliak biji mata apabila terdengar anak-anak anda menyebut bahawa Uncle Mat Sabu adalah seorang yang lucu dan ‘cool’..!

    Sekian. Wassalam.

  18. ninjaturtle
    October 28th, 2012

    melayu_islam..
    ayat awal tu dah elok dah…

    tapi dihujung penulisan sdr itu anda telah membuktikan bahawa PASTI memang lubuk mendoktrinkan anak anak kecil melayu membenci sesama Islam…

    PASTI bukan sahaja mampu mengajar anak kecil mendoakan orang dah mati, malah mampu mengajar anak anak kecil baring atas jalan bila dah tua tua nanti ..
    itu yang hang nak bangga sangat ..

    Apa hang pikir orang PAS je tahu membaca doa?

    Aku tak masuk pasti pun tahu baca doa, apatrah lagi aku sebagai anak Johor sejak umur 7 tahun dah belajar agama secara formal hingga umur 14 tahun ..

    Jangan sombong sangatlah dengan Islam saudara ..
    Typical PAS Pis Pus..

  19. ninjaturtle
    October 28th, 2012

    Satu je aku nampak..
    Orang Melayu yang non partisan…
    Orang Melayu yang mungkin dahulunya gagal mendalami Islam ..
    sebut je Islam..
    Mereka terus terpa..
    Apa lagi Islam ala ala PAS ..
    Islam propaganda …
    sebab itu jangan hairan jika ramai cerdik pandai Melayu tertarik dengan PAS, walaupun Islamnya hanya pada kulit, walaupun kadang kadang kulit panau dan kurap..
    Benarkah tadika KEMAS mendidik anak anak menjadi generasi K-POP..? bukan kah ini satu tuduhan yang melulu?

    Tahukah anda akan psikologi anak anak itu bagaimana, yang suka bermain, suka beriadah, suka bersukan..suka akan pergerakan, suka akan bunyi bunyian..

    Apakah kurang Islam tadika KEMAS atau adakah orang orang PAS seperti lazimnya mengaku bahawa mereka sahajalah yang Islam?

    Kalau tak suka Tadika KEMAS sekalipun apakah tidak ada tadika tadika lain yang bercirikan Islam yang lebih diyakini Islamnya?

    Akhirnya kemanakah hala tuju tadika PASTI sebenarnya kalau bukan kerana kepentingan politik mereka semata mata ?

  20. ME
    November 1st, 2012

    Alhamdulillah..anak yang dihantar ke PASTI sudah panadai mengaji, menghafal hadis, menghafal surah2 pendek, solat dan tahu pelbagai doa termasuk doa yang saya sendiri tidak pernah tau..berkat ajaran PASTI yang berlandaskan nilai2 ISLAM..

  21. ME
    November 1st, 2012

    anak saya tidak pernah kenal ketua parti politik dan sebaiganya..parti politik pon tidak pernah tahu..

  22. ME
    November 1st, 2012

    tiada yang dinyatakan disini di sekolah pasti anak saya

  23. ME
    November 1st, 2012

    Sangt bersetuju, dengan pendapat awak..

  24. Anti Org Penyakit Hati
    November 4th, 2012

    islam pada kulit yer ninjaturtle…ko plak yg menilaikan, ko lagi pandai rupanya.

  25. freethinker
    November 9th, 2012

    Penulis dan sebahagian besar pemberi komen sgt taksub dgn pendirian masing2.. teruskan dengan apa yg anda percaya sbb sepertinya sgt tegar dan handal bermanipulasi.. Bahasa kasar adalah ciri2 munafiq.. Sikap amarah dan sifat melatah juga munafiq. Dalam apa jua perkara bertindak melulu. Allah lebih tahu mana yg benar!Allahuakbar!!

  26. Jul
    December 28th, 2012

    Sapa tau di mana PASTI Indera Mahkota, Kuantan…saya nak masukkan anak ke PASTI..tapi tak tau yang mana paling hampir dengan kediaman saya di Indera Mahkota, Kuantan.

  27. Uzmaa
    January 9th, 2013

    salam…

    boleh tau PASTI mana yg disebut diatas? yg mewajibkan murid hafal / nyanyi lagu PAS, kenal nama pemimpin, dsbnya tu?? sbb sy sndiri cikgu PASTI dan xde pernah sekali pun sebut politik dekat pelajar.

    Buktikan PASTI mana yg disebut diatas. Boleh kami pergi siasat sebab mmg x dibenarkan berpolitik dlm PASTI.

  28. Uzmaa
    January 9th, 2013

    Kalau masuk ke bangunan kerajaan, pejabat2 disekolah pun boleh nampak gambar Agong, PM, menteri besar, adakah semua itu tokong juga?..saya tak faham kenapa bila letak gambar pemimpin Pakatan terus dikatakan tokong. Sepatutnya semua kena sedar, PASTI itu dibawah pemuda PAS. Pemuda PAS dibawah Parti Islam Semalaysia. Jadi memang tidak menjadi masalah kalau nk tampal gambar TGNA dsbnya. Kalau x nak tengok, jgn hantar anak ke PASTI sbb PASTI mmg saling berkaitan dgn PAS. Tapi, xpernah lah kami ajar anak2 ni pasal politik.

  29. nurul
    March 24th, 2013

    fitnah semata-mata.. tiada satu pun gambar pemimpin pas di dalam kelas! lagu yg dinyanyikan setiap hari adalah lagu sekolah! bukan lagu parti pas.. malah guru -guru tdk prnh pun mybut nama pemimpin pas di pasti! agenda pendidikan yg diutamakan di pasti.pls la penulis.. jgn nak main politik kotor dgn mnyebarkn fitnah!. F.Y.I ada beberapa org yg mengaku sndiri mereka myokong UMNO yg hntr ank2 ke pasti krn percaya dan yakin pd sistem pndidikan pasti! sdgkn byk lg tadika lain kat hulu kelang ni.. nmpk sgt u jelesss ngan pasti kan…

  30. gerakan gov
    December 2nd, 2013

    Tunggu jadi pemerintah Islam baru diiktiraf…stkt pemimpin parti politik.tak sesuai.nampak ketaksuban

  31. zie
    December 30th, 2013

    salam..saya bukanlah penyokong PAS mahupun UMNO dan saya hantar anak saya ke PASTI sepanjang persekolahan 2013. PASTI bukanlah early education untuk mendidik anak saya menyokong PAS malahan TGNA pun dia tidak kenal. Apa yg saya nampak anak saya sudah boleh menghafal doa harian yg saya sendiri pun x terhafal. Sekarang ni byk preschool yg berlandaskan islam tp yurannya agak melampau nk dibandingkan dengan PASTI. Saya paling x faham kenapa nak dikaitkan PASTI dan PAS. Gantung gambar dikatakan tokong fahaman mana pulak ni.

  32. Zain
    January 2nd, 2014

    Saya pasti. Sebab saya masuk sendiri waktu pembelajaran setiap masa! So Dolly, jika anda beragama islam, sila beri makna sebenar maksud MUNAFIK! Kami di sini semua ingin tahu apa itu MUNAFIK.

  33. Amekkau
    January 2nd, 2014

    ahabat yang dirahmati Allah,
    Munafik dari segi bahasa maksudnya : “Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.”

    Dari segi syarak pula munafik bermaksud : ” Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.”

    Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu :

    Pertama : Munafik darisegi akidah dan I’tiqad.

    Kedua : Munafik darisegi perbuatan dan amalan.

    Huraiannya :

    Pertama : Munafik darisegi akidah dan I’tiqad.

    Munafik darisegi akidah dan I’tiqad adalah orang kafir yang mengaku beriman dan berpura-pura masuk Islam. Golongan ini adalah orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah SWT, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredaan Alah SWT.

    Orang munafik seperti ini adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik di sebut nifak. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.

    Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, harta dan pangkat, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya yang menentang Islam.

    Terdapat lima ciri-ciri munafik darisegi akidah dan I’tiqad :

    1. Ingin menipu daya Allah SWT.

    Firman Allah SWT. yang maksudnya : “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar” (Surah Al Baqarah ayat 8-9)

    2. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.

    Firman Allah SWT maksudnya : “…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”
    (Surah An Nisa’ ayat 139)

    3. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.

    Firman Allah SWT. maksudnya : “Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik) :’Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,’ nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
    (Surah An Nisa ayat 61)

    4. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)

    Firman Allah SWT. maksudnya : “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali.”
    (Surah An Nisaa ayat 142)

    5. Berusaha siang dan malam untuk memadamkan cahaya Allah SWT. Menghidupkan maksiat dan kemungkaran . (sifat bermusuhan dengan para alim ulama, pendakwah Islam, menyekat dakwah, tarbiah dan tazkirah daripada tersebar luas dalam masyarakat)

    Firman Allah SWT yang bermaksud :
    “Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.”
    (Surah Asy-Shaf ayat 8)

    Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi.

    Di zama Nabi SAW , ketua orang munafik bernama Abdullah ibn Ubay ibn Salul dengan hatinya yang busuk mengejek-ejek dan mengancam untuk mengusir Nabi SAW dan kaum muslimin dari kota Madinah. Kemudian setelah ucapannya yang menjelaskan kekentalan kemunafikannya itu dilaporkan kepada Nabi SAW dan baginda pun menegurnya lalu Abdullah ibn Ubay pun mengelak dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah mengatakan apa-apa pun seperti yang dilaporkan kepada baginda.

    Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.

    Munafik golongan pertama ini di hari akhirat akan dimasukkan kedalam Neraka Jahanam yang paling bawah sekal kekal selama-lamanyai, lebih azab daripada orang-orang kafir.

    Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.” (Surah. an-Nisaa ayat 145)

    Kedua : Munafik darisegi perbuatan dan amalan.

    Munafik darisegi perbuatan dan amalan adalah masih menjadi orang Islam, akidahnya masih mempercayai Allah dan Rasul dan rukun-rukun Iman yang enam tetapi perbuatan dan amalannya menjurus kepada melakukan dosa-dosa besar.

    Sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud :
    “Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Hadia Riwayat al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

    Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa terdapat empat ciri-ciri munafik darisegi perbuatan dan amalan (melakukan dosa besar) , sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT.

    1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

    2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

    3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

    4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

    Di dalam masyarakat umat Islam memang terdapat kaum munafik yang berlindung dibalik agama Islam . Mereka ini memerangi saudara seagama, merancang dan menangkap para pejuang Islam yang menegakkan syariat Islam. Mereka lebih gembira bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian atau kaum kafir daripada bekerjasama dengan ulama-ulama, para pendakwah, para mujahidin dan aktivis Islam.

    Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

    Sifat munafik jenis kedua ini masih berpeluang kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepada Allah SWT. Keempat-empat sifat ini adalah dosa-dosa besar yang hanya boleh diampunkan Allah SWT apabila dia bertaubat nasuhah dan meminta ampun dan maaf sesama manusia jika ada dikalangan manusia yang menjadi mangsa tipu helah dan kezalimannya.

    Sahabat yang dimuliakan,
    Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada sifat-sifat munafik samaada munafik darisegi akidah dan I’tiqad maupun munafik darisegi perbuatan dan amalan.

    Jika dalam hati kita bersarang perasaan hasad dengki, ada perasaan benci pada pendakwah Islam, benci pada pakaian menutup aurat dan sering menfitnah para daie yang berjuang menegakkan Islam ini bermakna dalam hati kita masih bersarang sifat nifak atau munafik. Sifat inilah yang akan menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT. Oleh itu sama-samalah kita perbaiki hati dengan mendekatkan diri dengan majlis ilmu, bersahabat dengan orang soleh dan menjauhkan diri daripada orang-orang yang suka melakukan maksiat.

  34. HHMH
    January 28th, 2014

    yang PASTI nya sekarang jelas dari komen2 siapa yg taksub pemimpin disini..soal guna tadika utk ceramah..Kemas juga biasa dijadikan pusat dan balai UMNO…jadi apa masalahnya…?yg penting..anak2 tidak turut serta..bukan jadi silibus dlm tadika itu..tidak mengapalah kalau ada pihak yg nak mengata atau menuduh..itu semua hak masing2 cuma nak tanya…apa yg korang dapat? kalau komen kamu berjaya timbulkan fitnah dan hasad..maka bersedialah nak tanggung balasan DIA..HANYA ALLAH yG MAHA MENGETAHUI TENTANG APA YANG KAMU PERKATAKAN…MAKA TAKUTLAH KAMU PADA-NYA..saya bukan orang PAS & saya bukan org UMNO tapi saya ORANG ISLAM YANG LAHIR DIBUMI MALAYSIA..sebagai umat MUHAMMAD masing-masing ada tanggungjawab memperbetulkan apa yg salah..dan mengajak kepada kebaikan mengikut kemampuan samaada dengan tangan, mulut atau walau hanya dgn doa yg tidak diketahui pun…tolonglah UBAH dan berubah demi diri sendiri, ahli keluarga, dan negara…

Leave a Reply

Type your comment in the box below: