24
Jul

Menanti Lebuhraya Rakyat

 

Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda ‘mentekedarah’ dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

 

 

Beruang Biru

Ada 12 Comments setakat ini.

  • niel
    July 27th, 2012 at 2:28 AM

    nik aziz leh mampos dulu belum tentu itu jalan siap lol..muuhahhahaha

  • anon
    August 10th, 2012 at 4:26 PM

    BN pun sama dah nak pilihanraya baru bg macam2.. pirah..

    kelantan ditekan mcm2 peruntukan xbg royalti xbg.. dh nak pilihanraya barulah nak wujudkan draf nak agih royalti.. so fake la kerajaan BN nak membantu..

    tunggu PRU 13 terlingkup!

  • anon
    August 10th, 2012 at 4:27 PM

    bagus pi hina ulamak mcm tu baguss..

  • Topup
    August 18th, 2012 at 7:58 AM

    juak2 pas ni …hidup mesti atas usaha sendiri ..mcm cari makan untuk hidup ..kalau malas anak bini tak cukup makan ..takkan marah org lain tak kasi duit ..kalau pas jadi kerajaan dan dok bengong mcm ni nak marah siapa ? marah PBB , world bank, imf sebab tak kasi duit , sudah dapat tadbir negeri ..lu orang kena usaha cari pendapatan , bukannya menyalak kat orang lain tak kasi pendapatan , mcm nak buat lebuhraya rakyat ..buat la ..apa susah2

  • mamat
    August 26th, 2012 at 2:41 PM

    kelantan di tekan?? kau ni tak tengok pada realiti kot..

    pusat bagi bantuan beratus juta.. kalau kau nak tahu sepanjang pemerintahan PAS dah berbilion duiot pusat bagi bantuna utk pas kelantan..

    cuba tanya nik aziz kemana wang tu pergi.. terkini 600 juta utk selesaikan isu air ..

  • apadahjadi
    August 27th, 2012 at 3:01 PM

    ulamak ke yg dok ajak orang berpecah belah..

  • apadahjadi
    August 27th, 2012 at 3:03 PM

    tiap2 tahun kejaan pusat bagi sehingga 80 juta..mane prgi duit tu..negeri dok mcm tu jugak..kalau banyak duit lagi la tak ingat rakyat..tak caya tengok la nanti…

  • aku
    October 15th, 2012 at 10:41 AM

    knape la bodo sgt, org nak buat amal pon kena kutuk, biar ler diorg nak buat jalan pon, bukan mintak duit dr kerajaan be end pon, unta….

  • dulu bn lo ni pas
    October 30th, 2012 at 11:46 AM

    kerajaan pusat bagi 80 juta kat sapa? awang adik , mustapa mohamad bukannya kat kerajaan pas

  • mohada
    October 30th, 2012 at 5:51 PM

    apadahjadi says tahu tak sapa awang adek & mustapa mohamad,dan sapa nik abdul aziz. gaknya anda tak kenal orng atau tak tau kisah sbenar

  • mohada
    October 30th, 2012 at 5:55 PM

    kau mapus dulu

  • onizuka
    November 18th, 2012 at 10:41 AM

    pas je yg janji??? umporno x janji??? umporno lagi dahsyat bila janji…. kerajaan thailand bg negara sempadan kita pon tolong negeri yg dikuasai parti pembangkang mereks…. lebuhraya mereka lagi bnyak drp negara kita… lagi besar.. xde pon kedengaran pun accident yg bnyk mcm malaysia…yg penting na tolong atau x… tu jer… drp segi msyarkat..kltn paling rmai orang melayu… umporno cakap jer pejuang melayu….. tolong je la… usah berdolak dalik….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.