Kadar Indeks Jenayah Bercanggah Dengan Persepsi Rakyat

Oleh Datuk Rejal Arbee*

Kebimbangan ramai khususnya penduduk di sekitar Lembah Kelang terhadap keselamatan mereka berikutan dengan begitu kerapnya kejadian jenayah nekad berterusan walau pun kerajaan tetap mempertahankan bahawa angka tunjuk jenayah bagi negara ini telah berkurangan.

Terakhir ialah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selasa kelmarin bahawa data yang dikeluarkan adalah sahih dan telah pun disahkan oleh pihak berwibawa dari luar negera.

Malah beliau menjelaskan bahawa Malaysia telah diletakkan di anak tangga teratas sebagai negara paling selamat diantara 19 buah negara berpendapatan menengah atas dalam Projek Keadilan Sedunia manakala dalam Indeks Keselamatan Global, Malaysia diiktiraf sebagai negara paling selamat di Tenggara Asia dan di tangga ke empat untuk negara-negara Asia Pasifik.

Malangnya kedudukan tahap baik demikian tidak dapat melenyapkan kebimbangan warga Lembah Kelang terhadap tahap keselamatan orang ramai di tempat-tempat awam.

Ini tidak menghairankan dengan berlakunya jenayah melampau oleh puak-puak yang bersikap samseng dan tidak takut kepada pihak keselamatan yang mendapat liputan meluas media saban hari.

Perlakuan itu telah mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa walau pun pihak berkuasa negara ini berbangga dengan statistik yang menunjukkan kadar jenayah keseluruhan telah menurun kebanyakan rakyat terus berasa tidak selamat baik di jalan raya mahu pun di pusat-pusat membeli belah dan tempat letak kereta.

Kejadian-kejadian itu bukan pun berlaku di larut malam atau tempat-tempat sunyi tetapi pada siang buta dan di khalayak ramai pula.

Persoalan juga timbul yang boleh pertikaikan angka yang ada pada polis. Angka-angka itu adalah dari laporan yang dibuat oleh mangsa.

Diketahui bukan semua mangsa yang membuat laporan dan tanpa laporan tentunya kadar jenayah akan berkurangan.

Tetapi yang lebih aib lagi ialah mungkin juga ada kalanya laporan yang dibuat mangsa tidak termasuk dalam angka yang diambil kira polis. Ini tidak mustahil kerana saya sendiri pernah mengalaminya.

Rumah saya di Jalan Kuarza di Seksyen 7 Shah Alam sudah dua kali di masuk pencuri, kedua-dua pada siang hari waktu kerja semasa tiada siapa berada di rumah. Kedua-duanya dilaporkan kepada polis, di balai polis Seksyen Enam.

Anehnya dalam satu perjumpaan yang diadakan oleh Persatuan Penduduk di situ dengan pihak polis, seorang anggota kanan Polis Shah Alam dengan bangganya menyatakan bahawa tidak ada jenayah yang dilaporkan di kawasan itu. Saya dan isteri lantas mempertikaikan kenyataan itu dengan menyatakan bahawa rumah kami sememangnya telah di masuki orang yang sempat mengeledah seluruh rumah dan laporan polis juga telah dibuat.

Walau pun ini mungkin suatu yang terpencil tetapi apakah ini tidak mempertikaikan angka-angka yang dikeluarkan adalah yang tidak sebenarnya?

Dalam pada itu media terus sahaja melapurkan beberapa kejayaan polis menahan suspek. Bagaimana pun penahanan demikian itu juga tidak menyenangkan selagi mereka yang ditahan itu tidak disabitkan di mahkamah kerana perlakuan jenayah.

Tidak dinafikan sudah berapa banyak pengumuman polis menahan orang yang disyaki melakukan pelbagai jenayah tetapi malangnya jumlah mereka yang dihadapkan ke mahkamah tidak seberapa jangankan yang disabitkan dan dikenakan hukuman.

Perkara beginilah yang menyebabkan persepsi tidak selamat ini berterusan. Selagi polis dan pihak pendakwa tidak berjaya mengemukakan pelaku-pelaku jenayah ke pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal dengan perlakuan mereka, selagi itulah kepercayaan ramai terhadap kebolehan pihak berkuasa diragui.

Polis juga telah melakukan banyak serbuan ke atas tempat-tempat maksiat lengkap dengan iringan pemberita dan juru kamera tv lagi.

Diketahui terdapat ramai anak-anak gadis dari pelbagai negara Europah Timur seperti Rusia, Poland dan negara-negara rantau ini yang menjadi mangsa perdagangan manusia selain dari yang menjadi pelacur secara sukarela yang ditahan demikian.

Persoalannya apa sudah jadi dengan gadis-gadis itu? Kiranya mereka adalah mangsa perdangan manusia apakah mereka itu tidak harus dipulangkan ke negara asal mereka dan kalau memang berada di sini atas kerelaan sendiri berapa ramai pula di antara mereka itu yang sudah pun di hadapkan ke mahkamah jangan kata yang sudah disabitkan.

Malangnya hasil dari segala serbuan itu tidak pula diketahui.

Dan dalam begitu banyaknya serbuan kenapa tidak pernah terdapat berita penahanan dalang-dalang mereka. Apa susah sangatkah untuk menjejaki taukeh dan dalangmereka itu? Atau apakah juga ada perkiraan lain?

Demikian juga berita mengenai perlakuan melampau dan tidak senonoh warga Afrika yang berleluasa berada di sini kononnya untuk belajar.

Malangnya tidak pernah ada perkhabaran berapa buah kolej atau universiti yang sewenangnya mengeluarkan sijil pelajaran kepada mereka itu untuk mudah mendapatkan visa tinggal lama di sini di kenakan tindakan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi.

Kalau tidak ada tindakan, kenapa? Apa susah sangatkah hendak mendapatkan butiran mengenai begitu mudahnya sijil itu dikeluarkan?

Demikian pula sudah ramai juga warga Afrika itu yang diketahui hidup mewah hasil kegiatan penipuan mereka yang di serkup polis tetapi aleh-alehnya mereka sudah pula terlepas ketika masih dalam perjalanan ke balai polis. Jadi persoalannya bagaimana perkara begini aib boleh berlaku? Perkara ini juga perlu diberikan penjelasan oleh pihak atasan polis.

Sebabnya semua ini menimbulkan persoalan yang tidak menyenangkan dan tidak memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap kemampuan anggota polis dan ajensi penguat kuasa kita.

Apakah ianya kerana kelemahan penyiasatan polis atau pun kerana perkiraan lain. Ini juga hanya pihak atasan polis saja yang boleh menjelaskan.

Penulis adalah Felo Kanan di UKM


Posted by KuntaKinte Malaysia on July 19th, 2012 :: Filed under RENCANA,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

44 Responses to “Kadar Indeks Jenayah Bercanggah Dengan Persepsi Rakyat”

  1. ahmad_albab
    July 19th, 2012

    Sokong Dato’!

  2. lidi
    July 19th, 2012

    Yer betul….dot kpn lembik..kdn pun lembik…asik bg teori jer….

    Rakyat mengsmuk br tau kst oeti undi nsnti…jgn biarkan benda tu berlaku….tangkap jrr..psstu citer selanjutnya tsk tau

  3. PASpartyNGOK
    July 19th, 2012

    Antara kementerian yang ketara nampak terlalu tidak bermaya, letih, lembik dan lambat ialah KDN. Kita faham mungkin menteri berkenaan tersepit diantara implementasi satu syor undang undang yang keras dan jadi tidak popular atau membiarkan keadaan longgar supaya mereka dinampak flexible, terbuka untuk kekal popular.

    Kes gagak hitam bukan saja berleluasa malah bermaharajalela di tempat kita adalah satu contoh mudah untuk diberi.

    Rakyat tetiba rasa terancam dinegara sendiri oleh kehadhiran makhluk dari luar. Kalau dalam filem kita tengok manusia diancam oleh makhluk asing saperti dynasaur, anaconda dan lain lain yang pelik dicipta khas untuk tujuan berhibur.. lagi kan kita rasa cemas. Dalam pada cemas dalam penghayatan kita tak terasa ralat kerana ancaman itu datang nya dari makhlok ganas yang berbeza specis dari kita manusia.

    Sekarang sejenis manusia hitam sehitam gagak datang kesini mengancam penghidupan rakyat yang sebelum ini hidup aman damai, bebas kesana kemari tak kira waktu.. tetiba diancam takut yang teramat sangat oleh jenayah yang mereka lakukan terhadap rakyat tempatan.

    Sepatutnya KDN sudah lama mengkaji apa untungnya kita mempunyai ‘pelajar’ specis gagak ini dan apa ruginya kalau kita terus sekat mereka dari memasoki negara kita atas alasan jenayah yang menjadi niat kemasokan mereka.

    Kita bukan cakap Hisham kris mudin tak handsome kalau dia senyum. Tapi jangan asyik nak control macho saja, fikirlah sesuatu yang elok untuk kebaikan rakyat jangka masa panjang supaya dia boleh dilihat memegang amanah semua rakyat sebaiknya dalam menjalankan tugas dia sebagai menteri.

    Mana pergi thinktank dalam kementerian dia sedangkan PM memiliki gedung thintank yang hebat dengan idea baru dilahir untuk implementasi saban hari.

  4. bangKano
    July 19th, 2012

    PDRM telah sedang mengamal kan satu konsep bila penjenayah dapat di tangkap berkait satu satu kes tu terus di anggap kes tersebut telah selesai. Pendakwaan & penyabitan salah oleh mahkamah bukan dalam skop mutlak PDRM. Ni la masaalah nya la ni tentang sikap tak acuh agensi penguatkuasaan ni. Di haghap kan KPN mesti la ubah paradigma negatif ni….!!!

  5. Tubir
    July 19th, 2012

    Entahlah apa nak jadi dengan KDN ni .Lembik sesangat .Jangan sampai rayaat bangkit dan bertindak menghentam KDN secara terbuka serta hilang kepercayaan kepada kementerian ini .Bertindaklah dengan pantas dan selesaikan masalah yang rayaat biasa pun tau puncanya .
    Lihatlah dipasar pasar borong ,dimonopoli oleh warga asing …siap cakap kasar serta tengking penduduk tempatan .Jabatan yang bernaung dibawah KDN boleh dikatakan lembab dan terlalu malas .Datanglah kepasar borong selangor ,selayang dan pasar pudu …tengok sendiri ……..
    Belum lagi cerita pendatang tampa izin yang melambak dan tiada titik noktanya .Pemutihan dan tah apa apa lagi .Tangkap dan halau saja merika keluar dari negara ini .Mana mana pihak yang mengajikan warga asing tampa dekumen perjalanan yang sah hendaklah dihukum .
    masa bercakapsudah tamat Rayaat mahu tindakan yang berkesan Dari KDN…..bukan mengeluarkan kenyataan indek jenayah menurun .
    Penjawat awam yang bersubahat dengan sendikit ini adalah penjenyah jika tidak masakan begitu ramai pendatang haram yang tingal diMalaysia ini .Lihatlah dipuchong dan kawasan sekitarnya merupakan syurga bagi pendatang ……Merika menyewa rumah rumah pangsa serta rumah kedai beramai ramai ……pendatang ini tidak lagi tingal dirumah kongsi atau dalam hutan belukar .KDN kena bertindak ….hoi KDN bangunlah …….

  6. bangKano
    July 19th, 2012

    Ni la masaalah bila kita sentiasa mengamal kan pintu terbuka kepada semua pendatang kunun nak jadi kan negara ni sebuah negara kelas pertama dalam serba serbi bidang terutama pendidikan. Terlampau obses nak jadi negara maju setaraf US ni la jadi nya. Kita lemah dalam sistem pemantaun,penguatkuasaan dan perentah & kawalan. Pemimpin sanggup mengorban kan dasaq tulen terhadap bahasa & budaya negara seolah olah negara ni bukan negara berasas kan melayu sebagai teras budaya bangsa. Di IPT dah tak lagi mengguna kan bahasa melayu medium pengajaran & pembelajaran semata mata untuk memudah kan pelajaq antarabangsa menuntut di negara ni. Pelajaq tempatan di biaq kan termanggu manggu dalam menelaah subjek bukan berbahasa melayu.Semua nya hancoq leboq demi liberalisasi dan globalisasai……!!!!!

  7. bujuk
    July 19th, 2012

    Semua sedia maklum… sekarang kementerian ada KPI. Jadi untuk mencapai KPI tersebut maka tentunya ada prosedur2 tertentu jika tak dapat d capai secara benar. Melalui pengaman Datuk Rejal… memang d akui oleh banyak pihak laporan mereka tiada tindakan. Maknanya laporan tersebut d bakul sampahkan oleh PDRM. Bukan tuduhan, inilah kenyataan yg. PDRM kena betulkan. itu belum d kira jenayah yg. d lakukan sendiri oleh anggota PDRM sendiri. Terutama kes peras ugut pendatang. Perkara ini dah jadi rahsia terbuka… boleh pilih mana2 pendatang tampa Izin, pastinya kita akan dengar pengalaman yg. hampir serupa.
    berubah la.. PDRM, supaya rakyat menghormati, mempercayai dan yakin dengan diri anda. PDRM adalah antara unit yg. mendapat peruntukan tinggi samada gaji dan elaun. Apa guna k’jaan buat semua ni, kalau prestasi dan indeks rasuah serta kepercayaan rakyat pada anda semakin merudum.
    Jangan fikir rakyat akan mempercayai data dan fakta atas kertas, jika pengalaman yg. d lalui berbeza…

  8. tony gunawan
    July 20th, 2012

    ini semua salah hishamudin sendiri!jadi menteri sekolah gagal jadi menteri polis pun gagal!

  9. Azman Fi
    July 20th, 2012

    CARA MENILAI BIAR BETUL.
    Jenayah memang berlaku dimana2 saja di dunia ini.Pendatang asing juga tidak pernah lekang sejak dari zaman sebelum merdeka hingga sesudah merdeka sentiasa ada saja yg berhijrah dan merempat.Lebih rakus selepas Perang Dunia,masing2 lari mencari tempat berlindung dan berteduh. Mencari sesuap nasi/rezeki.Sudah pasti Negara yg dicarinya adalah negara yg aman damai sentosa yg subur dgn rezeki nya.Kalau ini pilihan dan tafsirannya, maka jelas Malaysia adalah tempat yg paling selamat dan harmoni,bukan saja kaya dgn sumber alam semulajadinya tapi kaya dgn budi juga bahasanya.Jgn kerna setitik nila rosak susu sebelanga dan jgn seekor kerbau terpalit semuanya.Mari kita tanya kpd diri kita,apakah sumbangan kita untuk memastikan Negara kita aman sentosa.

  10. akmal
    July 20th, 2012

    dato’ klu nak selamat rumah tak mahu dimasuk pencuri gaji kanlah jaga biar dia jaga rumah dato’.ni ujian yg Allah berikan pada dato’.

  11. sayang rosmah
    July 20th, 2012

    sebab yang jadi ajen memasukkan pendatang asing…

    ada lah pemimpin UMNO….

    seorang pendatang yang dibawa masuk dapat RM2,000 …

    pemimpin UMNO sahaja yang ada premit bawa masuk ….

  12. sayang rosmah
    July 20th, 2012

    2.7 juta rakyat asing kat malaysia ni…

    nanti mereka menuntut wilayah meredeka..

    tengok kepada kerajaan BN hari ini ….

    lembik nak mampus …

    boleh serah satu wilayah untuk pendatang asing …

    tidak mustahil …. boleh berlaku

  13. sayang rosmah
    July 20th, 2012

    bukan malaysia sahaja tempat yg paling selamat dan harmoni….

    negara lain pun selamat dan harmoni…

    singapura …… kenapa pendatang asing tak masuk ke singapura????

    sebab kerajaan nya tegas …. tak main dengan rasuah ….

    macam malaysia …. yang pemimpin nya mudah dibeli …..

  14. sayang rosmah
    July 20th, 2012

    2.7 juta rakyat asing kat malaysia..

    kalau sorang hantar balik RM300 sebulan…

    berapa billion duit malaysia mengalir keluar negara ???? sebulan..

    klau setahun berapa ????

  15. sayang rosmah
    July 20th, 2012

    “anak-anak gadis dari pelbagai negara Europah Timur seperti Rusia, Poland dan negara-negara rantau ini yang menjadi mangsa perdagangan manusia selain dari yang menjadi pelacur”

    PELANGGAN KEPADA PELACUR PUN TERDIRI KAKITANGAN YANG MENGUATKUASAKAN UNDANG2 ..

    NAK HAIRAN APA ……

  16. bujuk
    July 20th, 2012

    Takda masalah mereka datang cari rezeki, tapi mereka datang dengan pelbagai masalah sosial. Mereka tak tahu diri menumpang, sesetengah tempat mereka dah jadi raja kerana ada orang yg. akan melindungi jenayah mereka. Dari ragut, rompak, dadah, rosakkan anak gadis, mengkaldaikan rakyat m’sia, pelacuran, gengster… ini bukan cari rezeki bro. Kalau nak backup PDRM pun patut2 la. Ramai anggota yg. kerja tulus dan telus, tapi ramai lagi yg. hanya nampak dunia semata2. Aku cadangkan, setiap IPD adakan tazkirah setiap minggu. Siapa yg. ada masalah disiplin dan moral d hantar ke pusat pemulihan akhlak, jika berlaku kes ke-2 perlu d pecat.

  17. bujuk
    July 20th, 2012

    hang sembang apa?
    Akhbar semalam ka, rumah Megat Junid yg. ada jaga, pun d masuki pencuri. Pencuri/perompak hari ni dah tak takut jaga dan cctv, kerana mereka selamat asalkan bayar wang perlindungan. Adalah tak masuk akal jika jaga dan cctv dapat merakam dan mengenali penjenayah ini, tapi polis tak dapat tangkap.

  18. Adam Abdullah
    July 20th, 2012

    Artikel di atas terpanggil saya untuk memberi pandangan dan pendapat saya.

    Mengapakah orang ramai termasuk penulis masih mempersoalkan Kadar Indeks Jenayah yang selalu dinyatakan oleh PDRM atau Menteri Dalam Negeri?

    Betulkah bilangan kes jenayah seperti:- (1)curi dari dalam rumah (theft in dwelling), (2)kecurian oleh pekerja di rumah (theft by servants), (3)curi ragut (snatch thefts), (4)samun (robbery), (5) samun-bersenjata (armed-robbery), (6) pecah-rumah dan curi (house-breaking and theft), (7)perasugut (extortions),(8) kecurian motorsikal, kereta, van dan lori (thefts of motorcycles, cars, van and lorries),(9) rogol (rapes), (10)melewat (sodomy) dll tidak sama banyaknya dengan apa yang dilapurkan oleh pehak PDRM dengan apa yang disangkakan oleh orang ramai?

    Persepsi atau persangkaan orang ramai dan para akademian mungkin ada betulnya dan PDRM tidak boleh disalahkan 100% diatas kadar indeks yang dikumpulkan oleh PDRM.

    Yang saya faham kadar indeks yang dikumulkan oleh PDRM adalah bilangan kes yang dilapurkan kepada Polis di Balai-Balai Polis setiap hari oleh mangsa atau oleh mereka yang kena ragut, kena rogol, kena samun, kena kecurian, kena liwat dll.

    TETAPI adakah semua mangsa, semua kes kecurian, kes ragut, kes samun yang berlaku setiap hari di mana-mana kawasan perumahan, di lorong dan jalan, di lebuhraya, di rumah-rumah , di tempat membeli-belah, di pejabat, di kilang dll dilapurkan kepada Balai Polis untuk disiasat – Kertas Siasatan dibuka dan kes didaftarkan sebagai telah berlaku dan dilapurkan.

    Saya percaya ada beberapa kes jenayah seperti curi biasa, curi dalam rumah, curi oleh pembantu rumah, kes ragut, kes rogol dll tidak dilapurkan kepada Polis oleh kerana beberapa sebab seperti berikut:- (1) mangsa kehilangan barang yang harganya kecil sahaja seperti kurang RM300.00, (2) enggan ke Balai Polis kerana membebankan diri untuk menunggu Polis dan akan berulang-alik untuk memberi percakapan (statements) atau menjadi saksi Polis/Mahkamah, (3) mempunyi persepsi bahawa Polis tidak akan berjaya untuk mengesan, mengenalpasti dan menangkap mereka yang melakukan jenayah itu, (4)pehak Polis memakan masa yang lama untuk datang menyiasat, merakamkan percakapan dll.
    Sekiranya apa yang saya nyatakan di atas betul maka persepsi bahawa Kadar Indeks Jenayah PDRM tidak tepat adalah BETUL.

    Bagaimanakah PDRM boleh mengumpulkan Kadar Indeks Jenayah yang betul dan tepat sekiranya orang ramai (mangsa) jenayah tidak tampil kehadapan?
    Mungkiunkah juga ada kes-kes yang disalah kelasifisikan (wrongly classified) oleh Pegawai Penyiasat di Balai Polis dan di Ibu Pejabat Daerah Polis seperti “kes ragut dan curi” diklifisasikan sebagai bag-duit tercicir, kes yang sepatutnya dikira sebagai 1 kes curi ragut sudah jadi kes tercicir dan Kertas Siasatan tidak dibuka?

    Orang ramai yang tidak melapurkan kes jenayah patut disalahkan juga kerana tidak bekerjasama untuk membantu PDRM membendung jenayah.
    KDN, PDRM dan UKM patut memikirkan cara yang terbaik untuk mendapat dan mengumpulkan data dan Kadar Indeks Jenayah yang betul dan tepat.

    Kita sekarang tinggal/hidup dalam zaman IT, computer dan Internet, SMA dan twitter. Saya cadangkan KDN/PDRM mengujudkan satu FORMAT dimana orang ramai boleh menghantar maklumat kepada KDN/PDRM berhubung dengan kes jenayah yang mereka sendiri tahu berlaku di tempat tinggal mereka atau yang mereka nampak sendiri berlaku dengan menyatakan maklumat seperti tarikh, waktu, tempat kejadian, nama mangsa/saspek, jenis kenderaan yang terlibat dll. Maklumat ini kemudian disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah berkenaan untuk disiasat dan disahkan kebenarannya. Cara ini boleh dijadikan cara mengukur,menyemak dan menentukan Kadar Indeks Jenayah yang lebih tepat.

  19. Azman Fi
    July 20th, 2012

    Ini lah sumbangan rakyat yg berfikiran Pmbkg,demi untuk memastikan keamanan Negara,hanyalah air liur dan melihat dari kaca mata plastik,sebab itu lah pandangannya sentiasa kabur,tidak jelas penuh dgn prajudis.Kalau air liur yg keluar semuanya busuk2 belaka,sebab itu lah sangkaannya selalu buruk.Kalau buat statment bukan main lagi ada org yg melindungi jenayah lah, Ramai anggota yg kerja tulus dan telus, tapi ramai lagi yg hanya nampak dunia semata2 lah, dan yg lebih bongkak lagi nak mengajar IPD adakan tazkirah,seolah mcm anggota Polis tidak ada pegangan agama dan tidak pernah di tazkirahkan.Berckp bukan main gebang lagi dispilin,moral dan permulihan akhlak,kamu punya akhlak mcm mana ?Melanggar arahan polis,bakar kereta polis,menuduh dan memanggil Polis binatang dan baruah.Tu Nik Aziz tiap2 hari adakan tazkirah pada ahli2 PAS, apa hasilnya ?Cuba lihat lah perangai kau org ini,ini lah samdol yg paling besar melindungi penjenayah…

  20. Adam Abdullah
    July 20th, 2012

    Yang menyebabkan ramai pendatang asing masuk ke Malaysia ada beberapa sebab. Antaranya ialah (1) Malaysia sedang maju dan membangun dan memerlukan ramai pekerja yang mahir dan separuh mahir (2)ada banyak kontrektor di sektor pembangunan, perumahan, pembenaan, ladang getah dan kelapa sawit, pembuatan, hotel, pengangkutan dll perniagaan memerlukan tenaga pendatang asing (3) orang ramai pandai buat tuduhan sahaja TETAPI tidak mahu memberi maklumat yang tepat yang di kawasan mereka tinggal ada pendatang asing.

  21. Azman Fi
    July 20th, 2012

    Ini lah sumbangan rakyat yg berfikiran Pmbkg,demi untuk memastikan keamanan Negara,hanyalah air liur dan melihat dari kaca mata plastik,sebab itu lah pandangannya sentiasa kabur,tidak jelas penuh dgn prajudis.Kalau air liur yg keluar semuanya busuk2 belaka,sebab itu lah sangkaannya selalu buruk.Kalau buat statment dan menuduh bukan main lagi ada org yg melindungi jenayah lah, Ramai anggota yg kerja tulus dan telus, tapi ramai lagi yg hanya nampak dunia semata2 lah, dan yg lebih bongkak lagi nak mengajar IPD adakan tazkirah,seolah mcm anggota Polis tidak ada pegangan agama dan tidak pernah di tazkirahkan.Berckp bukan main gebang lagi dispilin,moral dan permulihan akhlak,kamu punya akhlak mcm mana ?Melanggar arahan polis,bakar kereta polis,menuduh dan memanggil Polis binatang dan baruah.Polis guna senjata lah,knp guna pistol lah dan bermcm2 lagi kecaman yg menunjukkan yg air liur kau org lah yg memyebabkan negara yg akan aman boleh jadi sebaliknya.Cuba lihat lah perangai kau org ini,ini lah samdol yg paling besar melindungi penjenayah… Lagi pun Pmbkg mana suka mengakui yg Negara ini aman,sebab kalau dia mengakui nya,ini akan menunjukkan kejayaan kerajaan BN.Itu saja.Ini juga disebabkan Pktn Pmbkg tak tak tahu nak berpolitik dan mempolitikkan apa saja perkara.

  22. Adam Abdullah
    July 20th, 2012

    sayang rosmah patut adakan Ajensi untuk melatih rakyat Malaysia jadi orang yang mahir dalam semua kerja seperti pembantu rumah, pekerja yang mahir buat kerja di sektor perumahan, pembenaan, eletrikal, ladang dll.

    Anak tempatan jangan memilih sangat tentang sesuatu pekerjaan yang ada di setiap Daerah.

    Kita rakyat Malaysia yang beri peluang kepada Pendatang Asing bekerja di sini. Jangan salahkan Kerajaan 100%.

  23. Adam Abdullah
    July 20th, 2012

    Berapa banyak kes dimana pembantu rumah terlibat dalam kes curi dalam rumah – curi barang emas, curi kain baju, curi pinggan mangkuk dll selapas itu cabut lari TETAPI tidak dilapurkan kepada Polis?

  24. Adam Abdullah
    July 20th, 2012

    Kita tidak boleh nafikan yang ramai pegawai dan anggota PDRM yang bekerja siang malam, bertungkus lumus untuk mencegah jenayah, menangkap penjenayah, pengedar dadah, pendatang asing/haram dll.

    Kita puji sumbangan mereka.

  25. sayang rosmah
    July 20th, 2012

    kita kan banyak pusat latihan2 seperti giatmara, IKBN, Dusun Tua dsb …

    kenapa kerajaan tak paksa budak2 melayu masuk ketempat macam tu…..

    negara lain boleh buat macam singapura, jerman, …

    dia tidak benarkan rakyat nya melepak …

    macam budak2 melayu ….

  26. bangKano
    July 20th, 2012

    Hang ni cakap saja pandai tang bertindak langsung tak gheti. Kalo pandatang pendatang tak dak sapa nak buat keja depa ni…? Sanggup ka orang kita jadi kuli binaan di tengah panaih,jadi pencuci bangunan,pelayan restoran/gerai,pekerja ladang,pemotong rumput tepi jalan raya & jadi amah..? Aku gerenti dah tentu anak hang pun tak sudi buat keja keja depa tu selama ni kan..kan…!!!

  27. bangKano
    July 20th, 2012

    Aku setuju apa hang cakap tu. Tentang salah klasifikasi pun memang wujud pun. Ni semua kerja pegawai polis di kaunter pertanyaan semasa menerima laporan awam.Depa la yang memutaq kan fakta supaya kes tu tak di siasat. Pelapoq kata duit di seluk oleh pencopet tapi sapa pencopet dan kat mana berlaku dia tak ingat.Lalu polis tu tulih tercicir dan tak ingat ciciaq kat mana. Pelapoq pulak setuju pendapat pegawai pemerima laporan tu. Apa lagi kes tu NFA la…No Further Action…!!!

  28. bangKano
    July 20th, 2012

    Dalam setandan kelapa tak semua nya elok begitu gak PDRM ada pegawai yang berdidikasi dan ada jugak pegawai dok sakan buat ayaq liok basi…!!!

  29. Tubir
    July 20th, 2012

    Jangan tanya apa sumbangan kami kepada negara tapi tanyalah diri penjawat jawatan dalam kerajaan dari kementerian itu sendiri yang dipertanggungjawab keatas keselamatan dan ketentraman awam .Jangan hanya bercakap ……bila kena tegur mulalah ajak rayaat bersama sama …..tapi bila dapat gaji tak pula ajak sama sama belanjakan .Kita ada tugas masing masin …..jadi jalankan tugas dengan baik itu saja .
    Malas nak cerita panjang pasal polis dan KDN…..Kami dah bosan itu hakikatnya ….

  30. Tubir
    July 20th, 2012

    Polis kan ada unit risikan …apa yang merika buat? ……..ataupun init ini digunakan untjuk jaga najib sepanjang masa ?…….sila jawab……angkatan tentera pun ada unit risikan ……….apa kejadah kau orang ni buat ……semua perlukan maklumat dari orang ramai semata mata …..apa polis hanya akan bertindak jika ada laporan atau aduan …….inikah perangai polis sekarang ?

  31. Adam Abdullah
    July 21st, 2012

    Jangan harapkan kerajaan sahaja. Sayang Rosmah patut berilah semangat kepada mereka budak-budak Melayu itu untuk berdikari dan menceburkan diri dalam perniagaan dan kerja-kerja yang boleh mendatangkan pendapatan.

  32. Adam Abdullah
    July 21st, 2012

    Siapa kata Singapura tidak ada rasuah? Sayang Rosmah tidak baca surat khabar NST Malaysia atau NST Singapura ke? Baru-baru ini bukankah dilapurkan 2 orang pegawai tertinggi dalam Polis dan CNB mereka dituduh di Mahkamah kerana kes rasuah.

    Siapa kata Singapura tidak ada pendatang haram?

  33. Adam Abdullah
    July 21st, 2012

    Risikan itu daripada perkataan “risik” – mencari, mendapat, mengumpul dan menyiasat.

    Kalau tidak ada maklumat apa yang hendak di risik.

    Kalau tidak ada anggota siapa yang hendak keluar merisik.

    Kalau ada anggota tetapi tidak sampai ke tempat yang ada banyak jenayah apa maklumat yang boleh diterima dan dirisik, disiasat dan di ambil tindakan?

  34. Bong
    July 23rd, 2012

    Sebab itu la undang2 pencegahan penting sebab penjenyah ni bukan bodoh, meka ada duit dan peguam, kepala penyenayah sukar di buktikan d mahkamah, oleh undang2 pencegahan telah d mansuhkan datuk boleh lihat dalam tempuh 12 bulan dari skg kes kekerasan dan harta benda akan naik, Hak penjenayah kini byk hak mangsa kini d nafikan, Pendakwaan kini sukar sebab polis kini berlembut jika dulu kes selesai sebab ada kekerasan dalam soal siasat agaknya, la ni polis kerap di perbodohakn oleh penjenayah, Kita dpt tahu polis takut nak buat kerja, kini ramai yg anggap polis mini hanya pengawal keselamatan, mencegah, tangkap dan bebaskan sebab kurang bukti, kurang bukti DPP akan nfa kes tu, itu aja…bagi kita undang2 pencegahan itu penting kepada 28 juta rakyat malaysia kini kerajaan lebih pentingkan manoriti penjayah dan puak pakatan utk kepentiang politik, kerajaan kini akan tembak kaki sendiri sebab peluru dan senapang kerajaan da beri pada penjenayah atas nama hak asasi manusia, di mana hak mangsa ?????

  35. Adam Abdullah
    July 23rd, 2012

    Kita sekarang bukannya tinggal dalam kawasan dan keadaan seperti dalam tahun-tahun 60han dan 70han atau sebelumnya.

    Dahulu kita tinggal di kampong, Kampong Baharu atau New villages, Ladang getah dan kelapa sawit. Jalan raya hanya 2 hala sahaja dan dua laluan sahaja.Tidak ada computer, Internet, hand-phone, SMS dan twitter. Penduduk hanya 7 juta.

    Sekarang rakyat Malaysia sudah bertambah menjadi 28 juta dan ditambah pula dengan pendatang dan pekerja dari negara-negara jiran berjumlah l/k 2-3 juta.

    Sekarang, seperti di Lembah Kelang kita ada berbagai-bagai jenis rumah kediaman – rumah pangsa, rumah panjang, apartment, condominium, rumah terrace, bungalow, Supermarket, Mall, Industri Kecil dll. Jalan raya sudah menjadi LEBUHRAYA – PLUS dll.

    TETAPI berapa ramaikah jumlah pegawai dan anggota polis yang ada di setiap Balai Polis di Kawasan Lembah Kelang seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kajang, Shah Alam, Rawang, Kelang dan Pelabuhan Kelang?

    Orang ramai perlu membantu Polis memberi maklumat apa yang terjadi di Kawasan Perumahan masing-masing – dimana ada PENDATANG HARAM, di mana ada gangster, di mana ada penjenayah dan penjual dan pengedar dadah, di mana ada tempat urut haram dll.

    Polis pula kenalah bertindak cepat, pantas, bersih, cekap dan beramanah dan mengikut keadaan tempat dan masa.

    Polis kenalah faham dan mahir akan kawasan sekeliling – Kawasan Balai Polis dan Daerah Polis masing-masing.

    Selain daripada “Guarded Community”, RUKUN TETANGGA perlu diaktifkan di semua kawasan perumahan, pekan dan bandar.

  36. Adam Abdullah
    July 23rd, 2012

    Rakyat Malaysia sekarang sudah ramai termasuk dalam golongan orang yang terpelajar – terpelajar di sekolah dan pengajian tinggi di Universiti tempatan dan di Luar Negara.

    Apabila sudah masuk dalam golongan terpelajar maka kita semua hendak ikut cara pentadbiran dan urusan negara mengikut “demokrasi” – kebebasan dan sistem keadilan ikut negara-negara Barat – kalau ada bukti baru seseorang itu boleh ditangkap, dituduh dimahkamah dan dibicarakan dan dikenakan hukuman.

    Singapura masih menggunakan ISA. Kerana, saya percaya, Singapura semacam Malaysia mempunyi masaalah untuk membuktikan sesuatu kes jenayah melalui saksi yang berani datang ke Balai Polis memberi keterangan dan kemudian memberi keterangan lisan di Mahkamah semasa perbicaraan. Mereka pun ada gangster.

  37. Bong
    July 24th, 2012

    Dasar paklah flip flop, cibai laknat jahanam politik malayais d kerjakannya

  38. Bong
    July 24th, 2012

    Nak risik apa, SB cawangan khas bukan boleh gi mahkamah, mereka salurka maklumat, dulu ada ISA la ni Tak ada, so SB org da tak gerun tak akut , tak heran, tp kenanika pangkat ASP meka 75% dari SB, cawangan laun mana ada kerja, Undi pun BN ta perlukan , anak isteri ipar sauadara mara da kawan kawan akan tetap x keluar mengundi,,,la ni tak cukup bukti DPP @ pendakwa raya aka buang Kertas siasatan dalam jamban, 1 lagi ramai buat repot bicara x mau datang apa taiknya, Jenayah akan meningkat selepas penjenayah d bebaskan dari penjara spg renggam seramai 1450 org tu, semua kepada penjenayah semua jenis, bijak kerajaan kita sebab nak undi pada hal meka ta akan sokong BN pun..

  39. Amoi
    July 26th, 2012

    Cakap apa pun menteri bapuk tu peduli apa, dia ada cita2 nak jadi pm, tp kalau pakatan gunakan isu peningkatan jenyah dan ketakutan rakyat terhadap jenyah, bye bye lah hishamkeris mudin,,kau akan jadi pembangkang yg paling aib, padan muka masa itu

  40. Adam Abdullah
    July 30th, 2012

    Jenayah di mana-mana pun berlaku. Di USA, di U.K., Australia, New Zealand, Singapura dll negara dalam ASEAN dan ASIA ada berlaku setiap hari.

    Adakah kejadian jenayah di Malaysia teruk sangat?

    Hujah pembangkang bahawa kejadian jenayah di Lembah Kelang menakutkan orang ramai adalah satu tafsiran yang keterlaluan. Tuduhan atau tafsiran itu mengambarkan seolah-olah jenayah seperti
    curi-ragut, samun, perasagut, curi kereta dll berlaku setiap minit di mana-mana kawasan atau jalan raya di Lembah Kelang.

    Anggapan sebagitu tidak betul. Anggapan bagitu memang menakutkan. Anggapan sebagitu memang bertujuan untuk mencemuk kecekapan dan integriti PDRM amnya dan Jabatan Siasatan Jenayah khasnya sedangkan kalau kita ikuti lapuran harian dalam surat khabar, TV dan laman web dan Facebook PDRM kita dapati Jabatan Siasatan Jenayah selalu berjaya menangkap penjenayah-penjenayah.

    Memperkecilkan atau menganggap bahawa PDRM tidak berusaha atau kurang berjaya adalah satu tektik lama pehak pembangkang dalam usaha mereka untuk menimbulkan perasaan marah dan benci terhadap Polis dan Kerajaan BN.

  41. dixie
    July 31st, 2012

    takde sapa nafikan mmg PDRM buat kerja tapi isu sekarang kadar jenayah meningkat. Dengan kebanjiran awang itam, indon, bangla, aku dah tak rasa macam duduk negara sendiri. Takyah dengar dakyah Pakatan Rakyat pun aku tau jenayah berleluasa. Apa taknya, dengar jiran kena samun, bini member kena kacau awang itam + macam2 lagi..

    Sorry la aku satu family pengundi BN untuk sekian lama tapi untuk kali ni, BN must go, biar BN jadi pembangkang, buang semua pemimpin yg pentingkan duit lebih dari kepentingan rakyat. Lepas pemimpin BN dah diganti dengan pemimpin2 yg btol2 berjiwa rakyat dan intelektual, aku akan undi balik BN. Tapi untuk sekarang say NO to BN. Cakap Najib dan pemimpin2 BN terlalu megah sampai lupa yang undi mereka.

  42. saman
    August 8th, 2012

    islam yang tidak tulen ,akan selalu hilang punca…….

  43. saman
    August 8th, 2012

    bila islam di injak injak ,maka kejahilan di per baharui sepanjang masa……

  44. Sasha
    August 24th, 2012

    Jenayah berlaku dimana mana…

    Selagi ada syaitan, selagi tu ada maksiat dan jenayah

    Yg penting ada usaha dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat..

    Yg penting kita berusaha..

    Saya pergi kenegara maju seperti USA (San Franscisco), saya rasa selamat di malaysia daripada di sana.. Di sana, malam hari menakutkan..Jgn jalan bersendirian..

    Apa apa pun, tahniah kepada PDRM yg sentiasa menambahbaik perkhidmatan dan insya allah terus istiqomah membeteras jenayah…

Leave a Reply

Type your comment in the box below: